IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Monday, April 25, 2011

Penulisan Senja Terakhir

Assalammualaikum..

Selesai segala urusan baru aku terpandang dan teingat akan tugasan aku, yang kali ini sikit pun aku rasa tidakkan terbeban buat aku.. lantas aku suakan satu senyuman.. mungkin kerana aku suka berceloteh, suka mengarang.. aku dapat tugasan ini dari CIK MUSFIRAH.. sudah beberapa orang mengajak aku menyertai contest yang hadiahnya pada aku sangat lumayan tapi sayangnya, satu pun aku tak pernah join. *maaf*

Hah! sebab apa? ok, aku sebenarnya tak pandai nak join contest serta aku menulis bukan atas mahukan sesuatu.. namun, ia ikhlas dari hati aku. *ceewah!* sebetulnya, aku memang tak pandai nak join.. kadang-kadang teringin juga nak join contest yang diadakan oleh blogger-blogger terkenal contoh abang ben.. dan yang lain. tapi, kadang-kadang syarat yang diletakkan sulit dan aku bukan seorang yang pakar dalam bidang IT ni..

..tapi, hari ini aku buat keputusan mengila dengan mengikuti contest yang dianjurkan oleh blogger ini. anda yang turut berminat boleh [klik] pada pautan ini.

Bagi menjawab soalan yang dikemukakan.. Mengapa aku mengikuti contest ini?
Aku seorang yang bukan terlalu pakar dalam menulis, namun aku tahu setiap yang terhasil ikhlas dan mampu membawa mesej yang ingin disampaikan. Aku join bukan mengharapkan apa-apa, tapi ia adalah sekadar bicara kata bernilai buat semua yang ingin membaca. cukup lah hujah sasatera ni.. jom baca pula. ^___^








HATI

Malam ini ku rasakan sepi..
Telah ku harungi kepahitan hari..
Tenggelam dan kini sentiasa disisi..
Aku tetap masih bersendiri..


Telah ku turuti segalanya..
Ku patuhi segala derita..
Biar ia mencalar dada..
Sehingga sesak dan ku tersiksa..



Walau terlakar segalanya..
senyumankan pasti menjelma..
Mengukirkan  ia semanis kurma..
Hingga tiada dapat dibaca..



Hati gagah berani bangkit berdiri..
Walau musuh sentiasa mencaci..
Jangan gundah atasi keji..
Kelak mereka jatuh tunduk menyembah bumi..



Manusia menggila musuhkan diri..
Saudara mulai disangkakan api..
Bara merebak segenap diri..
Membakar  jiwamu wahai pemudi..
Kau jua yang menyesali..



harap faham lah dengan apa yang nak disampaikan. kalau tak faham.. buat-buat faham.. hahaha
ok, jangan nak gelakkan aku kalau korang rasa aku jiwang.. nanti aku malu... *biasalah orang comel memang selalunya pemalu.*

aku nak cari mangsa jiwang aku...
1) baby kecik
2) WIFE BIEBER
3) bakal ibu
4) wen comel
5) cik SENJA

penulis senja suh aku tag 3 je.. tapi ni dah over.. cam ne?? aku akan tersingkir ke?? hahaha.. maaflah over excited nak kenakan mereka ni.. ^__^

P/S: Smua diantara mereka ni adalah anak kandung suluh budiman (UPSI), 3 diantara mereka mengambil pendidikan awal kanak-kanak, 1 diantara mereka iaitu Cik senja mengambil bidang Bahasa Melayu. dan seorang lagi saya tak dapat kesan dia.. sebab kenal melalui blog sahaja..  tapi, ada masa dan jodoh mungkin akan berjumpe ye cik wen comel.. ^.^ selamat menyiapkan tugasan anda.. anda cuma ada berapa jam sahaja untuk menyiapkannya sebelum atau pukul 12 am.. kejam kan saya..! hahaha.. *gelak jahat*

tarikh tutp 25 hb April 2011
arigato ko zaimas!!!

Tuesday, April 12, 2011

TERPUKUL :: Kematian adik SAIFUL

awal pagi tadi aku post entry pasal TERPUKUL. Aku dah pun jelaskan mengenai dua maksud terpukul...

Sekarang ni, aku nak masuk kan entry pasal terpukul dalam dua sifat.. pertamanya terpukul dengan kematian adik Saiful.. dan keduanya terpukul atas sebab lakuan..iaitu ustaz pukul awah.. tapi betul ke ustaz yang pukul?? meh baca..!


kematian adik saiful, apa ceritanya?

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung olehwarden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri


YANG INI SEMUANYA AKU COPY DARI http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/ KORANG SMUA BOLEH TERJAH KE SANA K.




Pada aku, media sememangnya mendatangkan kebaikan dan keburukan. Terkadang media ni menambah-nambah perisa yang boleh menjatuhkan imaj seseorang dan mengaibkan sampai tahap teraib lah.. bukan aku nak bela guru terbabit. tapi kasihan pada mereka yang di sebutkan didalam penulisan media, yang sebenarnya tidaklah seperti apa yang tertulis. bukankah itu suatu ANIAYA nama nya???


Isu ini sebenarnya bakal mengaibkan guru terbabit dan pandangan masyarakat di sekeliling serta keluarga mereka. Nak menulis boleh, tetapi janganlah keluarkan suatu kenyataan yang bakal mengundang pelbagai fitnah. walhal sedia maklum.. memang sesiapa yang baca akan menyebarkan dan juga memberi persepsi.. lagi teruk kalau dapat makian dan tomahan. aku harap pihak media selepas ni dapat la bagi sedikit perhatian dan dapat lah buat kenyataan yang tidak terlalu hiperbola. dasyat beb! ini boleh memberikan tanggapan masyarakat yang buruk kepada guru-guru di Malaysia. betul! aku tak tipu..! sekarang ramai iu bapa yang tahu menyalahkan guru sahaja tanpa menyiasat dan mendengar dulu penjelasan atau hujah yang ingin disampaikan. oleh sebab itu, benda yang betul tidak dapat di beritakan.. ...dan masyarakat akan tunding salah.. tunding semuanya pada guru.. imej guru terjejas... kasihan pada guru.. ingat sikit, kita dulu tak tahu apa-apa.. dan tanpa guru, kita tidak akan menjadi seperti apa kita sekarang.


p/s: Aku menulis bukan atas kerana profession GURU tapi aku tahu benda yang serabut harus dirungkaikan. Aku mohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati akan pendapat aku, tetapi ini kenyataannya.. kita selalu dimomokan dengan tajuk dan juga perbandingan yang melampau. sehinggakan masyarakat kini, agak sukar menerima sesuatu yang baru serta perubahan demi perubahan. sampai bila kita harus macam ni?? "tepuk dada tanya selera"

hendakah kita suatu masa nanti, kes-kes yang selalu dimomokkan mengenai guru itu.. guru ini.. dan sebagainya mengundang percikkan yang sangat dasyat dimata masyarakat?

.... jangan samapi suatu masa nanti ibu bapa dah tak mahu hantar anak-anak mereka ke sekolah, atas sebab takut guru dera anak-anak mereka.. masa tu, siapa nak ajar anak-anak? siapa nak bagi anak-anak ilmu? siapa nak bangunkan mentaliti anak-anak? nak biarkan anak-anak terus berpleseran..? jadi kutu rayau?? dan sebagainya??? untuk itu siapa yang bakal memegang, memimpin dan membangunkan Negara?? kalau bukan anak-anak bangsa....takkan nak tragedi lama berulang kembali?? -sejenak renungkan...

kalau rasa aku merapu.. abaikan....
tapi aku tahu apa aku perkatakan...

TERPUKUL!

Assalammualaikum dan salam sejahtera





ceh!! gambar bajet good-good macam pandai main..


Terpukul.. boleh dikatakan dan diolah dengan banyak perkataan membentuk satu ayat. Menjadi maksud yang pelbagai. merujuk kepada imbuhan Ter-, ianya menandakan bahawasanya keadaan tersebut diluar kawalan kita ataupun ianya tidak terkawal iaitu bukan disengajakan. *agak formalnya bahasa saya*

apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah mengenai perasaan.. bukan lakuan... terpukul boleh menjadi dua ayat:-

1) saya terpukul Ali, kata Ainul kepada cikgunya.-lakuan dan tidak terkawal/ bukan disengajakan
2) mak rasa terpukul dengan kehilangan ayah semalam.- bukan lakuan dan diluar kawalan 

sekarang jelas?

kita manusia biasa yang diciptakan oleh tuhan, dikurniakan akal dan juga perasaan. Adakalanya sesuatu yang berlaku dapat diterima oleh akal dan ianya baik pada emosi kita. namun, ada juga sebaliknya yang mana sesuatu itu tidak mampu kita terime dengan akal kita dan ia mempengaruhi kepada emosi kita.

aku bercakap bukan sekadar dengan kata-kata kosong. ianya setiap manusia pasti akan rasa. sesuatu lelehan cecair yang disebut sebagai tangisan pasti wujud di kalangan kita tidak kira baik lelaki mahupun perempuan. ia wujud sedari kita lahir kedunia lagi.

namun sekarang, manusia lebih merelakan ego mereka naik memuncak tinggi *high* sehinggakan cecair itu tidak dikeluarkan dan menjadi asid dalam kehidupan kita. malu? geram? takut?

untuk apa dimalukan wahai kaum adam dan hawa?
untuk apa digeramkan hendak ditahan?
untuk apa ditakutkan jika mahu menangis?

tangisan itu normal. menangislah wahai hati sekiranya kita merasa terpukul akan sesuatu itu.
menangis kerana ia mampu melegakan dan meleaikan gelodak jiwa.



p/s: setiap manusia berhak untuk menangis.. tidak ada satu pun manusia berhak untuk melarang ianya dari keluar. jangan terlalu ego dan menurut rasa, ia boleh jadi binasa.

aku tulis, kau baca..
aku beri, kau rasa..
*sama berfikir*

Friday, April 8, 2011

lelaki suka add perempuan yang comel + seksi meksi... FAKTA atau AUTA?

Assalammualaikum..
hai... lelaki gedik-gedik sekalian..
macho-macho....*hahah jgn marah.. relax.. cool...*

ape ingat entry kali ni aku nak band kaum lelaki ke???ohhh TIDAKKK!
tapi kalau rasa ter band... awal-awal lagi aku mintak maaf ni..
awal-awal tau.. so jangan cakap aku tak minta maaf pula..

semuanya bermula daripada fb.. hahaha.. siapa kat sini yang tidak ada facebook? *sila angkat tangan anda dan tayang bulu ketiak*

banyak kebaikan dan keburukan sebenarnya ber facebook ni. sepanjang aku berfacebook ni aku sedar.. tapi manusia memang selalu buat kesalahan kan? tetapi tidak dinafikan facebook juga adalah sesuatu yang baik. contoh berkongsi ilmu.. kami *ceh nak kate aku la tu*  selalu mmgunakan fb untuk berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan dan menyampaikan maklumat... diakui sebb aku ada banyak group kat dalam FB ni.. group untuk kelas.. halaqah.. *Alhamdulillah*...salahnya bila mana orang kita ni buat benda yang bukan-bukan. upload vedio lucah la... upload gambar seksi meksi la.. oppss!! seksi.. YESS SEKSI...





* trade mark facebook.. "find us on facebook"*


sesuai benar la dengan sifat manusia yang selalu suka find.. find... find ape??? hahaha.. sendiri mau ingat.! ok, berbalik pada topik kita.. lelaki suka add perempuan yang comel+seksi.. fakta ataupun auta??? berdasarkan kajian yang telah aku jalankan di FB, cehh.. jeng3.. keputusan memihak pada....!


*ofcoz la ramai yang memihak setuju dan fakta*
so.. sory la.. jgn nak marah ea...


ye.. ini sebenarnya fakta dan tidak dinafikan. kan lelaki memang suka pada keindahan.. jadi tak salah la kan aku cakap? kajian membuktikan bahawa ramai lelaki yang sukakan kepada wanita yang cantik. serta kegairahan, keasyikan... itu sebenarnya.! memang kita sedia maklum bahawa lelaki mempunyai 1 nafsu yang mana nafsu itu kepada.. tuuuuttttt.....!  perempuan pula ada 9 nafsu yang pelbagai tetapi 1 akal... tapi lelaki ada banyak akal..... dalam hal ini aku tidak menyalahkan kaum lelaki 100%...  tapi ada juga salahnya tu kan?

salahnya bila mana ;-

1) kau sudah ada isteri tapi mengaku bujang dan menambah kenalan kau adalah perempuan... cantik daripada bini kau, muda + seksi... itu salah... tahu kenapa?? sebenarnya isteri kau lagi cantik daripada gadis tersebut.. sini aku nyatakan pempuan cantik dan seksi yea... kau tak kenal pun perempuan tu dan kau main add sahaja. kau tak fikirkan perasaan isteri kau.. dia juga ada facebook, tapi ada dia add kaum adam yang hensem plus seksi-seksi??? badan berketul-ketul?? tidak...! sebab dia masih memilih kau kaum lelaki yang telah menjadi suaminya walaupun badan kau tidak tegap *turf* sewaktu dia mengahwini kau.. sebab badan kau kurus kering dan dia bagi kau makan cukup, sempurna layanannya pada kau sehinggakan kau menjadi apa sekarang kau iaitu.. BUNCIT +BOROI.. tapi pernah ke kau sedikit sahaja dengar dia kata.. "abang ni tak hensem la.. boroi lepas kita kawin.. dulu keding sekarang boroi... ishh.. langsung tak ada ciri-ciri idaman." penah tak??? sebab dihati dia.. cuma ada kau seorang.. iaitu suaminya... sebab itu kalau pun ada lelaki hensem, kacak, bergaya, tampan, seksi.. dia tetap akan cakap dalam hati.. laki aku sejuta kali lebih hensem walhal kau tahu kau bukan dikategori itu.. betul??? dia tundukkan pandangan semata kerana dia tidak mahu melihat badan lelaki lain selain badan kau.... tapi penah ke kau fikir macam tu??? tidak sama sekali kan?? kenapa??? kau add perempuan, bila dah kantoi kau kata "sengaja nak berkawan je" tapi, kau add perempuan yang muda bergetah.. siapa tak angin dan cemburu??? budak kau add tu boleh dikategorikan sebagai anak atau cucu.. 14 tahun.. 15 tahun... semata sebab apa? dia cantik dan seksi.. dan itu alasan kau beri?? apa kau ingat perempuan yang cuma ada satu akal ni bodoh yea?.. meski wanita itu kerjanya duduk di rumah, bancuh susu anak. sediakan pakaian kau, minum kau.. tapi dia tahu apa yang berlaku.. sebab tahap kefahaman wanita lebih tinggi berbanding lelaki.. ITU FAKTA!.. tak ada modal la kalau kau umur 30 tahun nak berkawan dengan budak berumur 14 tahun.. nak pinjam dia duit pun kau tak dapat.. kau bagi duit ada lah.. baik kau sumbang duit kau yang berjuta tu pada anak-anak yatim yang sebaya dengan budak-budak tu di rumah anak-anak yatim.. pahala dapat... semua pun dapat..


2) kau bercerai dengan bini kau semata pasal facebook, kau tak mahu remove atau block perempuan comel dan seksi.. MOTIF???? tidak ada kan?? alasan kau guna "dia cantik dari awak, dia boleh bagi saya segalanya" meh aku bagitahu kau, suatu masa dahulu sewaktu kau memikat hati isteri kau, ayat apa yang kau berikan kepada dia melainkan kata-kata pujian... ada ke kau  memikat hati dia dengan makian??? tidak bukan?... sekarang kenapa ini yang kau kata kan? mahu tahu kenapa??? sebab kau terlalu mengikutkan nafsu yang selalunya ia akan kecundang dan waktu itu semuanya tidak akan berbalik kepada keadaan asal. DIA.. iaitu wanita yang kau kata lebih cantik dari bini kau, apa yang dia mampu bagi??? melainkan bukan jaminan untuk hidup kau sempurna, bahagia dan kesetiaan.. kerana apa?? sebab kau belum menghadapi kebahagiaan sebenar.. kau tahu kah dia hanya berpura menyintai kau? nak duit kau.. bukan jiwa kau..? tahu? tidak bukan.. dia, iaitu perempuan yang kini bergelar isteri kau yang kau lemparkan semua itu, adalah seorang wanita yang tabah dan sanggup bersusah payah demi kau.. sanggup menjaga dan menyempurnakan kekurangan kau... dia menjaga anak-anak kau yang lahirnya hasil dari benih kau sendiri.. dia wanita yang pabila tidur anak-anak mu tidak sempurna, dialah yang menjadi kelambu... tidakkan ada nyamuk berani hinggap... dia juga yang menemani dan setia bersama mu.. siang dan malam mu... kau sakit kepala.. dia yang tak tidur.. dia sakit kepala kau tidur kan???  pernah kau buat semua itu???? tidak bukan.. atas sebab itu kau mula mempertikaikan kecantikannya?? sesungguhnya segala kedutan yang terlakar diwajah, tangan, adalah seribu kepahitan derita beserta kebahagiaan bersama kau.. tapi ada dia kata "kedutan saya atas sebab derita bersama awk.. bak sini sejuta??" tidak bukan.. kerana dia hanya mahukan cinta dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.. *setiap kedutan adalah kecantikan di dalam dan di luarannya. itu yang kau harus tahu*


3) Sudah berpunya dan mahukan wanita yang sempurna tapi kau masih tidak boleh mengawal dan masih membiarkan diri kau add perempuan comel dan seksi sebagai kenalan. kau nak perempuan yang baik perawakannya.. mampu menjaga kau, bersusah payah bersama kau.. bukan hanya bersenang lenang lepas itu tinggalkan kau.. bukan? kau pilih wanita yang sedap mata memandang.. pakaian sopan.. tapi kau masih pandang wanita mcam itu.. yang tersembul segala-galanya... satu soalan.. mana satu kriteria wanita idaman kau? BAIK ATAU YANG DEMIKIAN???? kalau baik... untuk apa kau pandang wanita yang sebegitu?? untuk apa kau jeling wanita yang sebegitu?? kau tidak memikirkan perasaan wanita yang setia di sisi mu.. menunggu pinangan dari mu.. untuk dijadikan sebagai ISTERI??? oo OOO..Kau ingat wanita itu tidak sedih?? kau ingat dia senyap bermakna dia setuju dan suka ya???? 


4) SINGLE tetapi MASIH mencari. adakah itu wanita yang ingin kau peristerikan?? alasan kau mungkin simple "aku mahu mengajar dan menarik mereka kejalan yang lurus.. yang bengkok boleh diperbetulkan." *cehh ayat*. simple bukan ayat kau... sebenarnya, untuk semua itu mmg benar.. pahala kau dapat sekiranya dapt merubah.. tapi jika kau tersilap langkah, tulang yang kau ingin luruskan akan patah... demikian juga dengan ilmu kau ingin mengajarnya... kau yang akan diajar sebenarnya... tahu kenapa??? iman kau tidak kuat.. kau yang tergoda.. kau yang terjerumus walaupun dalam sekelip mata... wanita itu sifatnya pengoda... itu kau harus tahu..!

cukup lah hujah aku.. aku tak mahu nanti smua orang band blog aku ni.. hahahaha...

fikirkan yea... 

renung-renungkan dan selamat beramal!


p/s: aku tidak ada niat untuk band sesiapa.. tapi siapa yang terasa.. aku dahulu dan akhiri dengan ribuan kemaafan.. namun, sila lah.. fikirkan apa yang aku katakan.. dan aku cuma bercakap atas apa yang aku perhatikan.. setiap manusia tidak kan lari dari melakukan kesilapan.. tapi kita mampu merubahnya,,,

KAU yang aku maksudkan bukan anda... tetapi adalah bersifat umum.. harap tidak menimbulkan spekulasi..

Thursday, April 7, 2011

CARRY MARK:: BERTUKAR JADI KARI MAMAK.. HMMM

HAI.. guys...


hurmm.. aku sedang rasa geli hati bila tengah-tengah chat dengan kakak kesayangan aku.. chat.. punya chat...
hah!! meh tengok apa yang aku sembangkan..



zilacosmo: pagi2 da on??dasat as ni..ehheheee
suaratersekat: HAHAHA...DARI KUL 5 PG TADI.. BORING PULAK BILE DAH TAK
                      DE ASGMNT
zilacosmo: heheeh..awlnye bgon...akak pkul 5 stil wt pete ag..ngee...
               da sarapan??hmm...
suaratersekat: hahaha...sarapan msih blom lagi
zilacosmo: diet ea..ke mls nk msak ni..hiiihhiiih...ada klas arini
suaratersekat: huhu..rasanya hari ni tak de klas..hehhehe mls pun nak g..
                      bukan diet..duit tarak...hahaha
zilacosmo: ahahha..samela kite...wet pun xda ni..ngee...as ok kep???
                status cm ta ok jep??
                o00o0o gaduh gan pkwe ea??ehehe
suaratersekat: hahaha..eh bukan la...tu frust ngn cary mark..
zilacosmo: frust???hak3..cary mark tuh spew??? kari mamak tuh ea???
                kihkihkihihk..
suaratersekat: hahahaha.. akk ni buat lawak la.. carry mark tu, markah la syg
                      oii...hhehehehehehe...NI MARKAH2 ASGMNT.. TU YG
                      DIPANGGILCARY MARK.. BUKAN KARI KAT KEDAI MAMAK...
zilacosmo: eheehhe...adoi..malu sye..eheheh... markah sokongan la
                 konon2 nye ni ea????mnela sye tau..hahahaha...hmm???
                 showi2...ta blajo ni la akibatnye..ngee...



lawak ar kakak ni...
siap tanya CARRY MARK tu siapa... akak ingat pelakon industan ape?.. atau orang putih?... hahahaha.. lawak-lawak..

tapi satu ayat akak ni, selalu cakap tak belajar inilah akibatnya.. pesanan saya.. tiada siapa didunia ini yang ketinggalan melainkan tanpa usaha.. jadi, jangan risau.. biar semua tidak menerima usia kita untuk berjaya, tetapi teruskan usaha, jangan berhenti.. ilmu itu tidak melihat pada usia kita.....

sesuatu yang takkan hilang pada dunia ini ialah ILMU...

P/S: TUNTUTLAH ILMU WALAU SAMPAI KENEGERI CHINA..

TAK MENYANGKA DAN TAK KU DUGA.. AKHIRNYA...!

Assalammualaikum..
hye abang-abang dan adik-adik yang hensem, kacak lagi bergaya...
hye cik kak dan adik comel, baik, santun dan rupawan....
hahahaha.. hah! ape??? nak buat baik sikit pon tak boleh.. puji je pon...
mane ada nak minta apa-apa.. betul.. cuma puji je...
*hahaha.. gediksss*
macam la ada yang baca entry aku... ^.^'' hah! tak kisah la....




hah.! mari-mari tuan puan dengar ini cerita... kisah saya pula bukan kisah mereka... kalau semua mahu lah tahu.. mari baca jgn segan silu..... * acececehhh..! senang je hati aku walau banyak lagi masalah yang datang.. argghh! relaxn saje..*

ok.. sebenarnye aku nak story mory kat korg... eh!! meh3.. duk rapat2.. *ceh.. macam Cik Kiah pulak aku ni..*

aku.....
aku....



eissshhh!!! malunye nak cite... hmmmm...
korg tengok la sendiri.....



yang ini, seriusly dah lama dah aku anta kat penulisan2u.com...disember lepas waktu tu aku baru je buat blog ni.. tak sampai pun sebulan.. semninggu aku dok belek setiap hari.. mane kot tahu cite ni dapat dikuarkan kat situ.. alih2 tak ada...tetibe semalam... ye.. semuanya semalam... bukan itu je,,, semalam, godek.. punye godek... aku jumpa lagi....



hah.. yang ni pun aku ngaku.. selepas aku rasa percubaan petama aku di penulisan2u gagal *actually tidak*.. hurm..aku pun cuba nasib la post dekat blog koleksi cinta ni... bulan mac yang lepas... hum.. ingatkan mybe tak tersiar.. so, aku pun buat ar derk je.....




alamak..!! sory la kawan-kawan.. siapa yang tunggu tapi tetibe tak ada pun sambungan part ke dua tu.. maaf yea... saya tak sengaja.. mana nak tahu.. ingatkan tak ada.. so minta maaf banyak-banyak....


dan semalam.. ceh.. semalam lagi.... hahaha
aku jumpe pula blog awek sorg ni... aku follow dia pon tidak.. kenal pun tidak.... dia copy aku punye cerita harga sebuah cinta tu.. bulat-bulat pulak tu.. ni aku hanginnnnn jeee...... awek ni comel.. jadi aku tak de la marah dia terus... aku pun senyum je duduk depan laptop.. baca balik entry tu... hah!! SAH!! DIA COPY.. meh tgok awek comel yang aku maksudkan....




hahaha.. comel kan... eh!!! nak ke mana tu?? sabar.. jangan buat report polis.. aku tak habis lagi...
sebenarnya.. dia copy semua tu dengan niat baik... tujuan dia mungkin nak bantu bagi ramai lagi yang kenal dengan penulisan tu... *agak bangga ye.. ayat macam penulis*.... hurm... cube tengok bawah ni...



hah... skarang clear... ?
terima kasih yea Zara.. saya rasa terharu pula.. rasa bertuah.. rasa.. hehehe.. *skema ayat aku* ^.^
walaupun kita tak kenal.. zara boleh pula tolong letak pada blog zara... hurmmm.... agak dihargai, bila mana zara bukan buat plagiat... sbb zara letak link saya disitu... terima kasih..

aku bagi kredit kat zara.. dengan menjadi follower dia.. inilah yang dikatakan.. "org berbudi kita berbahasa"...aku ni susah sikit nak follow org dan bukan menjadi budaya aku bila "u follow me.. i follow u.." sebab pada aku, blog bukanlah untuk dipopularkan.. tetapi yang ingin disampaikan adalah penulisannya yang bagus dan juga ada sedikit bingkisan hati buat pembaca... *yea.. aku sedar aku banyak buat entry merapu*

ok.. lastly, mesti ramai.. *ceh..! sape je la yang nak tahu* dah.. aku tak kisah pun... yang penting aku nak share... hurm... aku jumpa semua ni.. yang kenal jadi aku tak kenal... aku tak tahu pun blog tu wujud jadi aku tahu... smuanya bermula apabila aku....





tadaaaaaa...!!!!! aku menggooglekan cerita harga sebuah cinta... ceh ini semua kebetulan.... bukan nye sengaja... *cehh!! ayat tak menahan. sambil buat muke bangge..*

dan.. akibat itu juga, aku jumpe ramai kawan-kawan aku yang turut share blog aku pada side bar dorg dengan title entry mereka mantap..mesti baca.. jom singgah... *aceeceh.! ni aku main taram je*
thnks pada musfirah, intan, hana, wen, adik manis... dan sory kepada sesiapa lagi yang aku tak share nama... Tuhan sahaja mampu balas.. aku ni ucapan terima kasih je la mampu bagi.. nak belanja roti canai duit dah kering.. poket tu jangan kata habuk.. debu pun tak de.. sory yea... trima kasih..

nak tahu satu rahsia?? aku ni bukan pandai sangat dalam blog ni.. blog ni pun baru je aku buat.. bukak pun jarang-jarang sebab internet susah nak dapat... jadi sory la tak dapat nak post pape atau ubah pape.. nak letak kat sidebar tu pun aku tak tahu.. wakakakaka.. sedihhhh!!!

siapa yang belum tahu, rasa segan nak add aku kat facebook tak pe... like je cerita harga sebuah cinta tu di page facebook.. tak kena bayar kalau like..




tapi kalau da tak sudi dan rasa tak best.. nak buat macam mana kan?? aku terima saja...




anyway, thnks banyak-banyak...
saya tayunk korg!!*hari ni hari gedik untuk aku*


pelajari sesuatu :
1) orang berbudi kita berbahasa- orang buat baik, balas lah dengan kebaikan juga..
2) plagiat-sesuatu jenayah dengan menyalin hasil kerja orang lain dan mengakui itu kepunyaanya.
3) budaya u follow me i follow u - satu budaya yang mana bila kau ikut aku, aku juga akan ikut kau.. benda ni aku taram je.. jangan pergi carik pada kamus dewan pula.. memang takkan jumpa..

P/S: SEDANG BERCHATING DENGAN KAKAK SAYANG.. LAWAK SANGAT!!!! HAHAHA..

Wednesday, April 6, 2011

HADIAH HARI LAHIR YANG TERBAIK : SESUATU YANG AKN DIINGATI SAMPAI BILA-BILA

Assalammualaikum..
pagi ni, sibuk aku duduk kat bilik kakak housemate aku nak menumpang sbb tenet kat bilik dia lajuuuu... hehe.
tu la tujuan aku, ape la kan.. bukan nak tnye khabar ke.. bg roti ke.. hahaha.. sory la kak.. :)

ok, ada yang bertanya dan minta idea dari aku, ape hadiah yang boleh diberikan kepada kawan karib/ baik/ ngan gila ea?? kalau menurut aku, aku prefer katakan yang hadiah terbaik adalah hadiah yang akan diingati sampai bila-bila. ia boleh create sesuatu yang menimbulkan rasa dan perasaan di dalam hati sehinggakan ianya berbekas... tak perlu yang mahal.. tak perlu yang exclusive.. cukup skadar ikhlas berbalut sebuah kasih sayang.. ia dah perfect..!

aku ada sesuatu untuk kau orang baca.. ini adalah hadiah yang ikhlas dari hati aku untuk kawan baik aku sejak kecik lagi ni.. ^^ hope suke... sbb dia suke sgt.....

tapi kalau nak tgok yang lebih jelas.. boleh la pergi pada muka buku aku.. click pada note.. akan jumpe post ni.. k

selamat membaca..!


AKU BENCI KAU BERGANDA! BTW HEPY BESDAY!

by Benang N Jarum Gk on Friday, November 12, 2010 at 2:00p
m









dedicate to: my pucuk muda
                  : http://www.facebook.com/unieyat
                  : Murni Yati Binti Naim


dear,

honestly aku nak bgtau kat ko aku BENCI kau!
alamak.. sory.. lupelak... ASSALAMMUALAIKUM....

ok, aku sambung....
aku tak tahu knp la aku ni leh pk pasal ko...
aku sentiasa kne buli dengan kau...
aku pon tak tau knp kau ni asik buat hidup aku huru hare....

bile pk lik.. aku sakit haty weh... mkn haty....
asal besday kau je... aku pening dah k pasal kau! 
sbb tu aku sakit haty.. leh tak ko keluar dari otak aku????????

hah...
ko tak yah ar nak buat muke comel kat pic kau tuh... aku tak HERAN pon..
sbb lebih dr muke,aku dah tgok kau..
tido pon dah penah sebantal...semua da... 
ko ni main suke haty je kdg2 nak ngis.. tak hirau pon perasaan aku... CIWEK!!!!
ape hal kau bace ngn nada geram???? chill sudah la.....
hah! ape? nak gado????? tak yah ar nak KEREK2 plk ngn aku....
bce note ni mcm tak puas haty je.... ase mcm nak tampar2 aku ke???
sory beb! TAKKAN DAPAT!!!!!!
MANJE sangat kau ni.. hah! elok la MUDA SAMA MUDA.....

aku nak cakap kat ko nie....
pesahabatan ni, bukan hanye kene ade rase syg je.. kdg2 kne ade rase BENCI...
dan sebb tu hari ni aku nak cakp kat ko aku BENCI ko..! ( ape??? ko pon benci aku??)
ADE AKU KESAH??????????????????????????????!!!!! TAK!

so buat stakat hari ni... byk dah wish kau dapt???
jadi kau SUKE la????? sbb tu ko POST kat fb kau status cam tu kan????
ni hah aku tunjuk sikit ape kau post!!

Unie Amani terima kasih kawan ! kerana tgok belah kanan tue birthday saya, lalu anda post ke wall, HAHA =)

hello kawn.. aku nak cakp kat kau nie.... takyah nak BANGGE la....
Kalau nak buat aku jeles... SORY! AKU TAK JELES... agains aku cakp.. TAK HERAN!



dan thnks kau sudi bace.... 
aku nak kau tau... satu bende..... yang ko sendiri tak sedar...

KAU SYG AKU... N AKU TETAP SYG KAU....
KITE DAH BESAR BESAMA... MCAM ADIK BERADIK DA......
TAPI AKU TAU.. KO MMG SGT SYG AKU.....
SEBABBB....


bile aku balik tak bgtau ko.. ko msty marah n majuk.. knp??? nak tau.. sbb nye....


Unie Amani : berjumpa kah kita pada cuti sem wahai benang emas ? HAHA.
 November 4 at 4:40pm · Unlike · Comment · See Friendship

KAU AKN SENTIASE RINDUKAN AKU.. nak jumpe aku... sampai post kat fb aku.. kan3....
dah kau tak yah kate pape.. dah cukup terBUKTI....


hurmmm...
aku still ingt tyme kite g kem rakan mude.. kau menangis.. aku yang jauh kat blakang kau.. tempat terpisah.. kau g datang kat aku.. menangis tersesak.. terus peluk aku.. tyme tu kite kne buat surat wasiat untuk family kite.... hunny sampai pengsan menangis.... hahaha.. mata kau.. macam penyu bile nangis..! kau ingt tak???
aku nak post gamba mata penyu kau.. tak leh... tu sharing kite berdua... :)


KAU DAN AKU SALING MEMERLUKAN...

bile aku ade masalh.. aku cite kat kau.. bile kau ade mslh.. kau pon akn cite kat aku...
sampai skg.. even da terpisah.. dalm satu negeri g tempat belaja.. tapi kau uitm.. aku upsi...
still cantct bile masing2 ade mslh......... =) kau bangge tak ade kwn macm aku cam ne aku BANGGA 
ada kawan macam kau..

ingt agy tak waktu kite kua, tyme aku nak spm??? hahaha.. aku tak de duit tyme tue.. ade pon dalm bp puluh je.. kau ajak aku kua... kite g jj bukit tinggi... ade "funfair"... aku dah ckp aku tak de duit.. tapi aku still sanggup gak beLi token ikut kau main.. even aku tau duit aku akn habis... satu token pon dah mahal... aku tau risikonye.. minggu tu aku takkan ade duit belanje,...tapi tak pe.. demi nak main ngn kau... =) tapi.. after kite main.. token kat tangan aku dah habis...
aku kate murni aku dah tak de duit.. kau kata.. "la.. aku nak sangat naik bende tue... jom la.." . kau tgok token aku tggal 1.... kau pon kuakan duit.. ajak g beli token g... ape yang kau main.. aku main gak... berpuluh gak duit kau habis tyme tue......... aku tyme spm... kau hiburkan aku.. enjoykan aku.. tyme tu aku duk umah angah kan... kau tau aku tension stdy... sbb aku pemals.. dah last minit bru nak stdy..... kite nek bende tu.. giler bapak.. naik gugur jantung aku nak tercabut!! tapi puas.. tengah dipusing2kan kite kt udara tue.. kau boleh pulak ye gelakkan aku bile aku menjerit takoott!!! mmg agak geram bila tgok kau rilex je main.. n suke giler... upenye.. kau dah penah naik ngn epul mmgu lepas nye.. adoiiiiii......

bila kau ada maslh ngn sesapa.. kau carik aku.. aku still akn tolong kau.. sgt2 akn tolong kau.. biar susah mana... paling tak pon.. tolong bagi nasihat.. :)
ye la.. mane leh tahan tengok adik aku nagis mate dia mcm penyu.. kan??? hahahaha.... aku sedih bile org wat ko sakit haty.... klau org wat aku sakit haty.. ko rase tak benda yang same????

aku penah carik budak2 yang bermasalh ngn kau tyme kat sekolah.. terdiam dorg bila aku marah.... ikotkan haty aku lempang je sesorg yang wat mulut pasal kau.. tak tahan tgok kau sik ngis je... tapi.. aku pk aku pon dah besar.. n aku tak nak jatuhkan airmuka dorg.... last2 dorg mintak maaf kat kelas,..:) aku suka tgok kau puas..!


aku penasihat kau.. dan kau penasihat aku...:)

tyme kau spm lak... aku taknak kau menyesal cam ne aku menyesal.. sbb baru aku tau.. aku punye otak masih leh bfungsi... n kalau aku gunakan btol2 dr dulu.. aku boleh dapt lebih byk A'1 dalam spm.. sbb tu aku sentiasa nasihatkan kau... mmg tyme kau spm.. aku hanye sempat n bawk kau kemana kau nak pergi.. dengan MOTOSIKAL aku jep.. nak bwk kete aku tak dak lesen lagi... walau kadag aku penat... mak aku tak bagi aku kua... aku tak dak moto.. tp aku still brusaha bawk kau.. mana yang ko kate kau nak g.. even Aku slalu DTG LEWAT setgh jam yang dijanjikan untuk ke umah kau.. tp percayalah.. dr umah aku ke umah kau.. atleast, 2 LAMPU TRFIK AKU DAH LANGGAR TAK IKOT PERATURAN.... mane tak nye.. aku takot kang ko masam muke n marah.... bile tgok jam je dah lambat.. hak3....
lastly, U MAKE ME PROUD OF U MA DEAR IN UR SPM.... VERY PROUD OF U!!!!

last year, kau ade marah aku kan... cian kau.. dah palan besday party ntuk aku.. tapi aku tak leh balik.. ye sory.. aku salh.. tp aku tak leh mengelak.. tyme tu aku bru sem 1 kat sane.. aku kelam kabut.. buat keje bayk.. stdy untuk exam... n byk keje kne submit.... hidup tak terurus.. BUKAN AKU SENGAJA.. PERCAYALAH.. btw, aku still hargai niat kau tue... 

tp tyme besday kau.. ingt agy tak ape aku bg kat kau... itu adalah semangat untuk kau bila aku tak de dekat ngn kau... kau dah nak spm tyme tue... :) still remember????



AKU TREAT KAU DAH MCM PAKWE MAKWE....
ingt tak kau majuk, aku penah pujuk kau.. aku dtg umah kau.. tapi kau tak bukak pintu.. perghh! mmg aku sedih sgt... tpi.. kau ingt tak ape yang aku bg kat kau untuk pujuk kau????? aku bg coklat kat kau.. besa....

aku letak kat pintu umah kau.. aku gantung.. ade tisu dalm plastik coklat tue.. aku ckp... aku minta maaf.... =) sminggu after tu.. kau contct aku.. :) kite mcm biasa bejalan bersama...kau tau.. untuk kau aku bli coklat besa... aku nak makn coklat besa pon susah!! isshhh3... ntah knp aku syg kau sgt hah! aku pon tak tau....


KEMANA KAU PERGI.. PASTI AKU ADA!
kau dah banyak kali support aku g mane2.. g camron.. ingt tak.. ade je even ngn umi.. mesty kau ajak aku... g ke camron... g ke pantai.. hotel sume, kau yang support.... aku cakp tak nak ikot.. tp kau mesty ckp " la... aku dah bayr da.."


AKU PEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK KAU.. DAN KAU PEMPUAT KEPUTUSAN UNTUK AKU...

-bile g shooping.. kau msty tnye aku.. la,,, ni cantik tak... same la mcm aku.. ni, ni cantik tak??? 
-bile ade pape je mesty kau rujuk aku.. dan aku pun same... dulu tyme kecik2.. kite penah janji.. tak nak berahsia... tapi kite penah lancarkan perang dingin waktu aku form 3. kau form 2... kau tak cntct aku.. walaupon duk dpn umah... perghh! setahun tak bercakp! seksa ooo.....
-lastly, kau jgn nak menafikan....
sbb aku ade bukti kukuh! 
*ingt tyme kau nak g majlis graduasi? kau tanye aku.. la.. nak pakai bju ape nie... yang ne satu ok n sesuai??

ni aku tunjukkan kat ko lik.. takot ko lupe... 
NAK PAKAI YANG NI
ATAU YANG NI

ok...now.. lastly,


AKU PHOTOSHOOT KAU PALING GEMPAK!

even now kau dah ade sorg photo grafer hebat pakai NIKON/CANON... TP...

-kemana pon kau pergi... ngn aku.. kompom kau akn suh aku yang tangkap kan tok kau dengan menggunakan kamre olympus pink kau...
hahaha.. aku dah tau lama dah syg, yng kau sygkan aku sgt2....


AKU MSIH INGT JANJI AKU KAT KO.. KO JGN INGT AKU DAH LUPE.. INSYAALLAH.. NNTY AKU TUNAIKAN.. KO TUNGGU JE LA.. :)


byk g kalau aku nak tulis.. takot kau busan lak bace....
haha.. skg kau msih bace dalm keadaan geram? kerek?
now ko tak puas haty la???? hahaha..

love u syg.. bila kau majok.. love u syg bila kau marah.. ye.. ok..! aku tau ko lebih comel dr aku..
tp aku still nak tunjuk gamba kite.. :)

anyway, SELAMT HARY LAHIR.. :)
NNTY LA AKU POS KAN HADIAH.. TP TGGU DUIT TABUNG AKU PENUH!! :p


P/S: WALAU AKU KAT UPSI.. BYK DAH KAWN AKU.. TAPI.. KAU TETAP AKU TAK LUPE...
     : KAN KO KATE NAK KAWN NGN AKU SAMPAI AKU MATY!!!!  =)


~tamat~ 

ps: amacam?? best tak??? so make a creative k..  slmt mencuba..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...