IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Wednesday, June 19, 2013

The Power Of Food





Assalammualaikum.

Sejak buat blog, tak pernah aku kongsikan tentang makanan. Walhal nama blog aku ade kuali dan senduk.
Aku sangat suka makan, berat badan aku boleh naik mendadak kalau pasal makan.


Mak aku bukan seorang yang suka masak berkuah sangat, dia lebih kepada gorengan dan tumisan. Tapi untungnya aku ada mak angkat ramai dan semua mak angkat aku suka masak makanan yang berkuah dan berlemak.


Tapi masakkan mak kita tetap akan rasa lain kan?
Sebab kita dah biasa dengan masakkan mak walaupun mungkin masin dan pedas melampau.
Tapi itu yang sedap dan membuatkan kita rindu.


Aku nak kongsikan beberapa makanan favourite aku untuk di makan dengan nasi kosong. Mengikut heiraki. hehe.


1) Asam Pedas




Memanglah tersangat sedap makan asam pedas. Tak ramai orang yang tahu buat asam pedas. Jadi bagi aku susah nak jumpa orang yang pandai masak asam pedas. Even, aku sendiri tak pandai masak asam pedas.
Tapi kalau suami aku suka makan asam pedas, aku memang akan belajar masak asam pedas ni walaupun terpaksa menuntut di negeri Melaka. hehe. Cinta katanya!


2) Tom Yam



Tom Yam, memang makanan yang sinonim dengan diri aku, senang je nak dapat sebab ramai orang Thai dah berniaga dan membawa resepi Tom Yam ke sini. Masa belajar di UPSI dulu, memang inilah makanan wajib setiap hari atau 2 hari sekali. hehe. Aku expert buat ni. Sebab dari kecil lagi suka makan ni. Nak panas, nak pekat dan nak banyak ramuan dan pedas! nyum!


3) Gulai Tempoyak Ikan Patin



Menangis kalau dapat makan gulai tempoyak ni yang pedas. Memanglah terbaikkan. Gulai ni pun susah sebenarnya aku nak dapat di mana-mana restoran tapi tak ramai yang suka buat pedas-pedas. Masa makan dekat Medan dulu memang sedap. Haish! terliur dan ni. Aku tak pandai masak ni, tapi macam biasalah, kalau suami aku nak sangat, aku sanggup belajar. hahaha. Buat masa ni makan je apa yang mak angkat aku masak. Pemalas!


4) Sambal Udang masak Petai



Ya Allah, ini memang mengancam. Aku peminat ulam-ulaman dan petai tak pernah ada dalam senarai hitam aku untuk dimakan. Tapi tak ramai suka masak dan makan benda ini. Petaikan ada bau, tapi aku suka walaupun ia berbau. Wow! sedapnya. Kena pergi borong petai macam ni.


Ini kalau ada ikan pekasam dengan sambal petai. Memang heaven!


#Sebenarnya aku hari ini berpuasa, jadi tadi tengah fikir apa aku nak masak. Sebab itu aku tiba-tiba nak buat post ini. So apa makanan kegemaran korang?

Monday, June 17, 2013

Lelaki Psiko Itu.



Lelaki Psiko Itu.


Berkelakuan aneh malam itu,
Datang kehadapan keretaku,
Merenung kami berdua,
Rapat hingga tersembam muka di cerminan.

Dia menghimpit ke tepi pula,
Mengetuk cermin di sisi,
Mengajak aku bersuara,
Berdebat dan tunjukkan muka.

Nyaring katanya,
Bilang aku garang,
Mengapa kini sepi diam,
Dia lihat aku lama.

Lelaki itu memberikan satu nota,
"Bila lihat awak saya jadi insaf",
Ditanya mengapa,
dia tidak menjawab.





Kartu nama diberikan kepada si kakak,
Kemudian di minta untuk disampaikan,
Aku melihat lama kad itu,
Ada nama, ada butiran tertera.

Rupanya dia siuman,
Bukan orang gila yang entah tidak kutahu siapa nama,
Dia ingin mengikuti aku kemana sahaja,
Sedar dalam akuan memang dia selalu perhatikan,
Hingga mengekori aku dari jarak selamat,
Lihat rumah berbatu,
Lihat halaman tak bersapu.





Pagi ini aku terlihat,
Ada satu tanda,
Di dada cermin dengan embun pagi,
Tapak tangan manusia,
Lelaki PSIKO itu.



# Suara Tersekat - 18062013
# Motif gambar dia? Dush3!!! Oh! aku suka cara dia berfikir. 

Tuesday, June 4, 2013

Sumpahan Si Nenek Sihir


Assalammualaikum.


Dulu ada orang menyumpah aku, yang aku takkan bahagia. 

Aku akan binasa, Aku akan berada di bawah dan di sakiti.

Tapi hampir bertahun benda-benda tu semua berlalu. 
Aku rasa dia bukan Tuhan untuk cakap macam tu dengan aku.
Maka semua sumpahan tu tak terkena pun kat aku. 

Aku tetap bahagia. 
Tapi aku tak salahkan dia. 
Sebab aku tahu dia ada masalah jiwa. 
Ya, percayalah, orang yang selalu bercakap diluar kawalan
adalah seorang pesakit jiwa.

Jadi jangan mudah terpedaya. Buat apa korang sedih-sedih dengan psiko orang sakit jiwa? lebih baik bertawakal dekat Allah.

#pesanan untuk sahabat aku yang sedang kecewa dan merana. Opss! tak leh sebut nama. tapi kawan aku harap kau baca ni. Tolonglah jangan percaya sebab kalau tak kau pun akan jadi pesakit jiwa. kau nak?





Untuk Hidup dalam dunia nyata, kita kena menjadi seorang yang peka dan berpijak pada realiti. Ramai sekarang manusia yang hidup dalam halusinasi dan illusi. Fikirkan!

Paramore Vs Alarm


Assalammualaikum.





Terasa macam di awangan. Dah bertahun tinggalkan sekolah.

Cepatkan masa berlalu. Pantas. Tak lah macam kilat. Tapi bila kenang balik seumpama lampu picit cahayanya. On and Off!



Masa SPM dulu aku suka dengar lagu PARAMORE. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, lagu tu bingit, serabutkan, music kuat. Lagho! haha. tapi aku tetap juga dengar.


Aku seorang yang sangat suka tidur. Hobi aku tidur. Benda paling aku rajin buat adalah tidur. Kemudian diikuti dengan makan. Makan? huh!


Lagu masa zaman jahiliah. haha!

Aku suka dengar lagu paramore masa study dengar waktu malam-malam dengan harapan aku takkan tertido. Aku buat air kopi pekat likat, kemudian baca buku. Aku kuat tidur jadi lagu yang memekak macam ni buat aku terjaga dari tidur.


Dulu bukan main hafal lagi lagu ini. Masa aku SPM dulu aku belajar dengan kawan-kawan lelaki. Bukanlah sebab aku menggatal atau aku ni tak ada kawan perempuan. Tapi sebab aku lebih suka dengan tahap IQ dan pemikiran lelaki. Bila mereka serius, mereka akan betul-betul serius, bila sembang mereka akan sembang dan bila hampeh, aku pun jadi hampeh.


Nanti aku cerita tentang kawan-kawan aku yang super duper cool masa study SPM dulu-dulu.
Tapi dalam lain episod. haha.


So, lagu ini memang buat aku betul-betul segar masa tu. Masa masuk Universiti aku dapat Kolej,  duduk datu rumah 8 orang dan setiap bilik dua orang. Roomate aku masa sem 1, tak banyak cakap. Masa hari pertama mak aku dengan mak dia sembang-sembang. Aku dengan dia cuma berpandangan. Aku rasa macam aku asing lak. Aku memang takkan kena buli punya sebab aku ni keras kepala. So, apa berlaku awal sem tu, sebab takut masuk kelas lewat gara-gara bangun lambat, aku pun kunci jam guna lagu-lagu paramore ni. Memang memekak! Tapi resultnya... dia yang terjaga dan kejutkan aku. Aku pulak boleh selambe bangun dan matikan jam kemudian tidur balik. Lepas tu sepuluh minit lagi jam berbunyi. Sampai kali yang ke lima. Sebab aku set jam 5 kali untuk alarm. Memang dia bengang masa tu. kejut aku. kejut aku. Last yang ke lima aku bangun sendiri tanpa rasa serba salah kemudian senyum. duh!


Selepas dua minggu di awal sem, roomate aku dah faham keadaan aku dan dia mengambil keputusan sendiri untuk mengejutkan aku. Masa tu aku dah tak pakai jam loceng elektronik melalui gadget. So aku dapat jam loceng tak berbayar yang manual. hehe. Awesome! Dia sangat baik dan penyayang!


Sem dua aku dapat roomate baru, serius pengemas. Baguslah! sebab aku tak suka kotor-kotor. Tapi, hari pertama lagi dah kena panggil dengan dia. Nak adakan meeting bilik katanya. padahal aku dengan dia berdua je. duh! badget senior padahal sama masuk. Bincang punya bincang, sekali aku tengok banyak sangat barang dia. Sangat okay! siap tikar semua macam orang pindah rumah baru. Semua kaler hijau. semua dia nak renovate. Aku lak semua kaler unggu. Sebab aku suka unggu. tapi tak obses sangat macam dia. So aku pening tgok barang dia serabut sangat sampai tempat aku pon dia macam nak letak gak, aku amik masa untuk kenal dia. Lama jugak. dia ni pelik sikit. Sambungan nanti bila-bila aku cerita pasal dia.



Dan.. lagi sekali aku buat masalah yang sama. Pasang jam loceng sebanyak 5 kali guna lagu Paramore. Dia kejut aku banyak kali. Aku buat selambe je, malas bangun. Tak lama lepas tu dia tolong kejutkan aku.


Roomate aku tahu nak kejutkan aku sebab tak nak di ganggu oleh lagu yang bising tapi tuan punye badan tak bangun-bangun jugak. -___-''. maafkan aku! Aku memang tak penah duduk asrama.








#Jangan menyusahkan orang ya, bagi adik-adik yang baru nak belajar duduk asrama. Tapi kalau nak tiru aksi aku, tengok orang jugak. Takut kena sembur kang. Padan muka! aku tak nak jawab. hahaha.



Khas untuk Korang yang Tersayang.
Ni lah lagu yang aku guna!








Layan!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...