IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Friday, February 18, 2011

Kenapa perlu wujud perpisahan pabila telah terjadinya pertemuan??

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua, pagi yang hening ni, aku nak berkongsi sesuatu kepada anda semua. Sesuatu yang setiap manusia pasti akan merasainya. Tengok tajuk aku korang pasti tahu..

Describe about " perpisahan ".... ianya boleh terjadi antara ibu bapa, guru, rakan, keluarga, komuniti dan juga pasangan kita. Perpisahan adalah sesuatu yang boleh disama ertikan dengan banyak situasi/ keadaan di mana sekiranya seorang ibu berjauhan dengan anaknya apabila anaknya sudah mula melangkah ke alam Universiti, alam pekerjaan atas sebab-sebab tetentu dia terpaksa duduk berasingan dan juga buat anak-anak yang sudah melangkah ke alam perkahwinan. Maka, perpisahan sementara pasti akan terjadi. Begitu juga dengan sahabat, jiran dan seangkatan dengannya. Lagilah sekiranya kita berpisah dengan kekasih atau pasangan kita.
Pasti ianya buat kita runsing sentiasa, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Aneh sungguh perasaan itu.. ianya sungguh halus..



 Namun, cuba kita lihat pada konteks " perpisahan yang bukan bersifat sementara " yakni kekal buat selamanya dan hanya yang bakal menyatukan kita semula adalah di alam lain. Tahukah kita alam apakah itu?? Sentiasalah menunggu detik-detik ajal yang bakal menyinsing membawa roh keluar dari tubuh serta menyemadikan kita di alam yang kekal nanti. Perginya seseorang, biasanya seorang yang kita sangat kasihi yang akan memberikan kesan yang amat mendalam buat diri kita dan ia disebut sebagai pepisahan. Pepisahan ini adalah perpisahan buat selamanya. hari ini kita mendengar ada seseorang yang akan dikebumikan setelah di mandikan serta disolatkan. Penahkah kita bertanya, bila pula masa kita untuk dijemput pergi menghadap Tuhan yang Maha Esa?

Aku ada seorang kenalan. Dia pada aku sangat bertanggungjawab dengan keluarga. Walaupun duduk berjauhan dari ibu dan adik beradiknya yang lain, tapi sekalipun dia tak pernah abaikan mereka. Dia selalu bertanya khabar dan bila balik ke kampung akan bawak adik dan ibunya berjalan-jalan. Ayahnya sudah meninggal dunia sewaktu dia masih diawal kanak-kanak lagi. Belum pun meningkat ke alam remaja dia sudah kehilangan seorang bapa yang amat dikasihinya.


** Sedikit Sorotan buat kalian **

>>>dia nampak tegar namun hatinya rapuh dan mudah goyang
>>>dia nampak seperti tegas namun dia adalah seorang yang berjiwa lembut
>>>dia seorang lelaki yang sangat ego penah aku kenali
>>>" sy tak pernah menangis macam ni..awk nak tahu dalam hidup sy, apa yang saya paling kesalkan ialah.. kehilangan seorang ayah dan juga sahabat baik. saya tak sempat jumpa mereka saat mereka menghembuskan nafas terakhir, atas sebab itu saya sangat terkilan "
>>>dia nakal, dia jahat tapi dalam jahatnya, tersemat seribu satu kebaikan yang dilahirkan secara ikhlas yang mana hanya manusia yang celik mampu melihat.
>>>dia seorang manusia yang cepat melatah dan cepat marah tapi mudah untuk disejukkan.
>>> dia seorang yang malas untuk berfikir untuk hal yang remeh dalam membuat keputusan tapi sangat bijak dalam mengendalikan wang dan hal keluarga.
>>>dia bukanlah seorang yang boleh bertindak rasional dalam situasi yang keruh kerana dia mudah terpengaruh dan mudah diambil hatinya.
>>>dia seorang yang ramah dan mudah mesra sehinggakan wanita mampu melihat dari sudut perspektif lain bahawa dia menyintai wanita tersebut namun ia adalah sebaliknya.
>>>dia akan tersedar dengan sekali jentik namun juga mudah alpa.
>>> kata-kata yang pernah dia beritahu " kenapa Dia tak adil? dunia ni kejam? amik ayah.. amik kawan.. dan sekarang buah hati saya nak pergi pula tinggalkan sy.. sy seorang... seumur hidup sy tak pernah menangis di tikar sembahyang sehingga tertidur.. dan inilah KALI PERTAMA beserta Yassin yang masih ditangan."
>>> romantisnya tidak begitu jelas kelihatan.



Apa yang aku nak bagitahu. perpisahan boleh menjadi punca perubahan seseorang itu berlaku.
yang waras menjadi tidak waras.. yang baik menjadi sebaliknya..
yang berpegang teguh kepada agama menjadi mudah terpesong... ianya akibat??
ledakkan emosi yang tidak stabil..

Siapa kita untuk mempersoalkan hukum Allah dan takdir dariNya. Namun terkadang aku juga sering bertanya pada diri sendiri "Kenapa perlu wujud perpisahan pabila telah terjadinya pertemuan??"


p/s: Entry kali ini menginginkan jawapan/ pendapat dari kalian..namun yg hidp harus meneruskan perjalanan yang masih tersisa di bumi Allah.

p/s/s: Sekiranya kita mempunyai pasangan, dan pasangan kita meninggalkan kita.. sentiasalah senyum.. senyum itu pengubat jiwa.. Dan apa yang korang rasa sekiranya korang tinggalkan pasangan korang, selang beberapa hari mendapat berita tentang si dia " innalillahiwainnalillahirojiun....."..



kalau korang tak ada rasa means hati korg ni kne cuci ngn klorok... bagi bersih sikit.!
tapi kalau korang dapat rasa sesuatu.. silalah cepat-cepat mohon kemaafan dan cuba menghargai sesuatu yang masih ada didepan mata.. sebab kalau dah kena tanam.. korang takkan dapat gali balik untuk suruh dia bangun dan bercakap dengan korang.. serta untuk korang dengar bebelan dia.. dan juga untuk korang dengar apa yang ingin dia perkatakan dan jawab soalan-soalan korang atau mgkin korang nak suruh dia tanya korang soalan.. ITU ADALAH MUSTAHIL!!!!

BERSIAP SEDIALAH.. MGKIN SELEPAS INI ADALAH GILIAN KITA UNTUK MENJADI MAYAT DAN DIMANDIKAN... (ini adalah pesanan buat aku juga)




lagu buat kita semua : sekadar untuk dihayati bersama...

Tuesday, February 8, 2011

SOALAN :: Macam mana nak jadi BAIK??

Assalammualaikum/ salam sejahtera...
HAI SEMUA... 
SIAPA YANG SUKA BUDAK JAHAT?? MEH BAGI TAHU..
RASANYA SEMUA DIANTARA KITA SUKA BUDAK BAIK...
NAK CARIK CALON ISTERI NAK BAIK..
CALON SUAMI NAK BAIK...
ANAK NAK BAIK.....
SEMUA PUN NAK BAIK...
KAN.. KAN.. KAN??


Biasanya kalau nak berubah dan buat satu perubahan mesti ditahun baru...
mule la time ni nak pasang niat....
nak itulah.. inilah... 
lastly........
same je.... kan???
dan ada juga yang ingin berubah atas sebab-sebab tertentu...
contoh : demi insan tersayang...

dan baru-baru ni aku chating dengan seorang kawan aku...
kawan yang aku rasa aku selesa dan suka dengan cara dia...
gaya dia.... dan life dia yang pada aku simple je...


Teman: Salam
Aku: Waalaikumsalm.. dah tulis?
 Teman: guess what??
Aku: what??
Teman: i already write bout her..
Aku: wow.. 
Teman: nak baca? tapi tak post pun kat blog..
Aku: nak lah.. meh..
Teman: kejap ea... nah ni link ********
Aku: wah excited nak bace.. kejap ea..
Teman: jangan nak bace sangat.. jgn lame sangat.. hahaha
Aku: kenapa?? hahahaha.. bestnye... ape dia kata?
Teman: eh jangan bagi orang bace tau..
Aku: kenapa tak post?
Teman: biarlah hanya jadi simpanan.. dan dia dah bace..
Aku: Komen dia??
Teman: dia cakap ************
Aku: ooo.. bagus lah... hurmm
Teman: dia yang cabar.. hahaha
Aku: i rase dia pun dah ada hati dengan u.. but, u dont have to force...
nanty dia bosan.. so biar perlahan-lahan..

and bla..bla..bla... lagi cite.. lastly, akibat internet slow.. ada satu ayat dia..

Teman: dia terlalu baik la...macam mana nak jadi orang yang baik???
dia terlalu baik untuk i..............................................

dan dikala aku nak balas... habis tenet aku memang laju sangat.. sampai loadingnya sejam lebih.. sampai dia offline pun dia tak dapat apa yang aku hantar agaknye.. lastly dah fadeup, aku terus offline and tidur... 

see, ramai yang buat demi orang yang tersayang dan yang tercinta.. aku bukan pakar, tapi aku tahu bila orang meluah, aku boleh menjadi pendengar yang baik.. as long as benda tu bukan benda remeh pastu dihadapkan kat aku everyday..sebab aku jenis orang yang mudah bosan dan tak suke benda yang remeh ditangisi atau pape.. sebab pada aku, benda biasa jangan nak "over" ada orang yang lebih teruk ditimpa ujian, dan aku tak suke orang duk melalak dan meraung bagai nak rak.. nak nangis tapi senyap boleh.. means suh aku dgr je nangis dia... tanpe cakap pape... jangan nak meraung, melalak, meratap.. spesis macam ni aku tak boleh sebab aku kenal siapa diri aku...

*dan aku salah seorang yang bila terlampau sedih hanya mampu menangis.. tapi tidak akan bercakap apa-apa.. sebab pada aku itu satu cara luahan terbaik.. bile aku perlukan seseorang, biarlah hanya seseorang tu mampu mendengar aku menangis.. itu sudah cukup dari aku meluah.. dan meluah... but, kalau aku tak puas hati.. ye.. aku akan meluah.. meluah.. meluah.. sampai aku dah tak ada benda nak cakap... ada reason kenapa aku buat macam tu.. tapi ada setengah pekara, aku lebih suke pendam.... ia adalah jalan terbaik.. kita kne bijak dan perlu tahu, mana harus diluah, dan mana yang perlu dirahsiakan...*

ok, sory bro.. aku tak dapat nak jawab masa tu sebab keadaan yang tak mengizinkan.. tapi meh singgah sekejap dekat blog aku untuk kau bace apa yang aku nak bagitau pasal soalan tu..



Teman: dia terlalu baik la...macam mana nak jadi orang yang baik???
dia terlalu baik untuk i..............................................




my answer is : u dont have to ask me bout this.. u know ur self better..

kalau rasa tak mampu berubah menjadi yang lebih baik dari insan lain yang penah berada dalam hati dia.. juz jadi diri kau but make sure jadi yang terbaik untuk dia.. bukan yang terbaik dari yang lain...
sedia maklum, dia adalah wanita pilihan kau yang kau rasa sangat baik dimata kau. kau tahu yang kau tak mahu lepaskan dia, dan kau mahu menjadi yang terbaik.. jadilah yang terbaik.. sebab kalau dah tahu mana tahap kita dengan dia, jika kita tidak boleh jadi yang lebih baik.. setidak-tidaknya cubalah jadi yang terbaik buat dia.. kerana wanita sangat senang jika itu yang kau lakukan.. ia adalah bukti bahawa kamu amat menghargainya..jangan ingat wanita tak sedar akan itu tapi jangan pula melakukan sesuatu untuk meminta balasan... ia takkan jadi.....lakukan dengan rela hati dan ikhlaskan dalam perhubungan.!
kalau ikhlas, semuanya secara automatik akan berubah menjadi baik.. jangan kau tahu kau dah la tak cukup baik.. sedang dia kau kira macam malaikat, pastu kau buat lagi onar dengan dia.. memang haru biru la.. kau kena belajar.. bahawa kepercayaan perempuan hanya datang sekali. Ia tak datang secara berpekej.. Ia datang sekali... sekali kau dah terlepas atau lepaskan peluang.. it wont be happen again...! 
remember dat!!

jadi kepada sesiapa yang sedang menjalinkan hubungan, hargailah perhubungan itu.. jaga hubungan tu.. dan jangan sekali disia-siakan. Jangan sampai " Nasi dah jadi bubur ".. mmg masih boleh makan.. tapi ia tak seperti yang asal... harap korang faham lah dengan puitis yang aku sampaikan ni.. 
dan satu lagi... nak awek baik... isteri baik.. pakwe baik.. suami baik....anak baik...
semua itu bermula dari ANDA SENDIRI...

ANDA KENA JADI YANG TERBAIK... KALAU TAK BOLEH JADI YANG TERBAIK.. 
SEKURANG-KURANGNYA MENCUBA... BUKAN KENA BAYAR PUN..!!!


PESANAN PENAJA: TEMAN, AKU HARAP KAU DAPAT MENGEKALKAN HUBUNGAN KORANG DENGAN BERAKHIRNYA KE JINJANG PELAMIN... DAN AKU DOA, DIA AKAN SEDAR KEIKHLASAN KAU DALAM BEKAWAN DENGAN DIA...

P/S: mari cuba menjadi yang terbaik... dan tak semestinya buat demi orang yang tersayang kan?? habis kalau tak ada yang nak disayang., takkan selamanya nak menjadi apa yang anda jadi sekarang?? cuba fikirkan..

p/s/s: kan lebih elok jika kita buat atas kerana DIA pencipta kita... akan lebih nampak ikhlasnya..  jadi...
         "RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"


Monday, February 7, 2011

GITAR OH GITAR : GITAR YANG TERBENGKALAI



ASSALAMMUALAIKUM...






OK.. melihatkan hari ni aku tak de buat apa-apa. Meh aku nak share sikit satu benda yang dari dulu aku rasa aku teringin nak buat.. tapi tak kesampaian atau pun tak berkesempatan atau mungkinkah aku sendiri yang malas nak capai..? hurmm berapa banyak atau kan..

Aku ada seorang abang.. and memang ada sorang je pun abang aku.. hurmm dia ni aku rasa ada pelbagai satu jenis sifat yang aku kira hobi dia tak stabil. Setiap tahun pasti akan bertukar dan bertukar ikut suka hati dia dan kaum kerabat dia. Means, “kawan-kawan dia” maka dengan ini aku kira kawan-kawan dia pun memiliki hobi yang tidak stabil sebab dia dari sekolah memang tak pernah nak bertukar-tukar kawan sangat. Hurm friendship forever la konon.. ceit! Hahaha

Kenapa aku kata hobi dia tak stabil, macam-macam setiap tahun mesti akan ada hobi dia yang bertukar. Sebagai contoh, tahun ni gitar, tahun depan skate, pastu scooter, tahun akan datangnye pulak kerete... ntah macam-macam lagi.. dan yang terbaru skrg ni korang boleh intai blog dia, hurmm dia dah berjinak-jinak plak dengan dslr....lantak kau la janji kau hepy bro! Aku jeles dengan kau punye dslr sebenarnye.. kadang-kadang sedikit sebanyak aku perasan yang aku memiliki hobi yang sama dengan abang aku, tapi satu benda yang aku tahu, tahap pemikiran aku lebih dewasa sikit dari dia,,! Hahahaha... sory again bro! Aku dengan abang aku ni dulu memang rapat sebab itulah mungkin kami ada banyak berkongsi hobi yang sama. Aku ni seorang yang kasar, dulu kecik-kecik mak selalu kata aku macam jantan.. hahaha... funny!

Ok, tutup citer tu. Sebelum aku bagitau apa yang aku nak buat meh aku kisahkan sebuah cerita al-kisah tentang sebuah gitar kapok milik abg aku. Dahulunya abang aku ni rajin kot main gitar. Bukan rajin je malah setiap hari. Dari celik je mata.. sampai la nak tutup mata.. gitar.. gitar.. dan gitar.. lama dah tak dengar mak aku menjerit “ bang! Kau ni tak sudah-sudah ke? Dah maghrib sembahyang dulu apa semua jangan nak memekak je. Tak reti ke dah malam?” hahahaha.. itu dulu la, skrg tak kot.. seriusly, abg aku memang giler gitar dulu. Menyumbangkan suara dia kat setiap pelusuk rumah, bila dia menyanyi je, habis satu isi rumah bergegar.. ntah ler.. korg paham-paham je la maksud aku ea.. hahaha.. *opss! Sory bro* .....Kemana mengusung gitar tapi skg gitar tu terperuk je dalam bilik aku langsung tak berusik. Aku rasa mak aku je yang usik gitar tu untuk dialihkan waktu menyapu. Aku tgok kesian kat gitar tu da lemah dek habuk, sinarnya dah tak kelihatan. Semalam waktu aku belek-belek gitar tu baru aku perasan tali gitar tu dah putus satu. Dia tak pernah nak ajar aku main gitar, bukan kedekut ilmu, tapi dia memang tak pandai nak ajar orang. Ade ke dia pernah suh aku petik benda tu ntah kod ape.. dia kata “dik, kau petik je benda ni sampai kau dah pandai”, haram jadah tiap hari aku petik tak gak aku tahu kod-kod yang lain. Bengong kan? Hahahaha.. itulah abang aku!


Oleh sebab hobi dia yang tak pernah nak istiqamah, gitar tu pun dah dipandang sepi je.. kalaulah gitar tu bernyawa, mesti dah macam-macam gitar tu luahkan kan?? Hahaha.. * teringatlah dulu waktu darjah 4 cikgu suruh buat karangan biografi, aku sebuah jam tangan* hahaha... dan aku rasa abang aku mcam dah tak nak dah gitar tu..itu pemberian kakak aku kat abang aku. Abang aku ini kire bertuah la, kadang apa yang dia nak, kakak and mak aku mesti akan bagi.. ye la.. hero sorang je pun.. hahaha... 



....dan, itulah satunya benda yang dari dulu aku nak buat. Aku nak belajar main gitar.. dan benda ni makin hidup bila baru-baru ni aku duduk umah sorang kakak ni, dia pandai main gitar. Aku dengar dia citer.. makin excited aku.. lama dah aku nak post entry ni, tapi masih tak kesampaian disebabkan internet yang sangat sangat sangat lajuuuuuuu............ aku start teringin sangat sejak awal sem ni, tapi aku masih tak bawak gitar dan cuti baru-baru ni, aku sempat balik lepas menghadapi demam teruk.. jadi aku amik gitar tu and bawak kat sini untuk aku belajar.. ntah sape yang sudi ajar aku pun aku tak tahu, tapi aku tahu yang aku tetap nak main..  sebab, puas aku asik dengar orang mainkan gitar untuk aku.. dan sekarang orang tu dah pun berhenti bermain untuk aku.. sepi je talian tanpa gurindam yang dulu selalu jadi halwa telinga aku. Tp aku pasti... ada hikmah nada itu terhenti.. meski aku tak mendengar tapi ia masih terus bermain.. dan dimainkan.. itu yang pasti..!


p/s: jadi ada sesiapa sudi ajar aku?? Hah! Aku offer nie!!!! Hahha...
p/s/s : aku harap gitarkan terus dipetik dan didendangkan... kerana setiap yang didendangkan amat menghiburkan dan menenangkan... ia muzik jiwa....

p/s/s/s:: ok, tahu la kalau main gitar atau apa sahaja lagu yang korang nak dengar, muzik is for our emotion.. tapi the best way is read AL-QURAN... itulah penawar segalanya.. kalau berduka, kalau rindu, kalau suka, atau apa sahaja, IA ADALAH MEDIUM TERBAIK.. DAN KAWAN YANG KEKAL HINGGA KE MATI KITA... :)




jom layan lagu ni...



video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...