"bukan nak suruh korang belajar sains hari ini dan bukan juga belajar pertanian dan cara penyebaran. sila take a note.. hehe"
"insyaAllah, kalau baja salah. akar bunga masih ada bukan. jadi boleh pilih baja lain, tetapi kalau akar bunga dah rosak, macama mana pusing pon takkan boleh pilih baja lain. sebab bunga takkan segar sebab akar dah rosak. jadi pilih baja lain atau tidak tetap takkan bagi impak.♥"
ini adalah sesuatu yang aku luahkan secara sepontan saat ada sipolan yang menyatakan.. "pakai baja apa?..." kemudian aku jawab "baja GRED A" dan jawapan yang dia berikan pada aku.. "hehehehe..jangan salah baja pulak. merana bunga"...... maka itulah cetusan yang dikurniakan oleh otakku yang ligat pada masa itu...
kusut.
itu yang ada dalam kotak fikiranku.
frontal lobe aku macam digunakan secara laju..laju.!
kiri dan kanan! huh!
ini ulasan ku kepada hujah diatas.
knp?
1)bunga yang aku maksudkan adalah diri kita.
2)akar adalah kohormatan kita sebagai wanita.
3)baja adalah cinta *pasangan kita* jika kita mempunyai kehormatan, maka insyaAllah jika kita salah memilih pasangan, kita masih boleh memilih pasangan lain yang lebih baik boleh dijadikan peneman kita menuju kejalanNya. tetapi jika kita tidak mempunyai kehormatan diri, kita takkan boleh merubah kehormatan yang sudah terjual itu kepada kehormatan yang masih ada dalam diri kita. nasihatku wahai adik2, kakak2 wanita2 yang berada diluar sana. jagalah akar anda dengan baik.. baja yang baik tidak akan merosakkan akan dan memakan akar. itu baja GRED A. maka jika bunga merana masih ada baja yang boleh menggantikannya. untuk menghidupkan bunga. jika baja salah, maka itulah yang terjadi bunga takkan berbunga lagi dan akar ditelan dek tanah akibat kerosakan. p/s: "biarkan bunga hari ini merana (bersedih), tetapi jangan biarkan akar yang rosak di makan dek baja yang tidak baik.." renung2kan dan selamat beramal. ♥ ini untuk mereka yang masih belum berkahwin, jaga2lah dirimu.. ada seorang lelaki pernah mnyanyikan sebuah lagu untuk ku. judul "baik2 syg".. lagu ini dan dia telah menekankan tentang liriknya yang berbunyi "kerna bagiku, kau kehormatanku, dgrkan dengarkan aku..".. itu lah lelaki jika dia seorang baja yang baik walaupun mungkin bukan yang terbaik.. ♥
"sebagai manusia kita selalu kena ingat, ada hati yang harus dijaga. keegoan dan keterlampau bijaksanaan akan membuatkan kita menderita kesakitan, tidak rasa sekarang bukan. tapi suatu hari nanti itu pasti. jangan melukai mereka yang tidak bersalah... jangan nangis.."
itu je yang aku boleh gambarkan buat setakat ini.
maaf sebab membiarkan blog ini yang sudah usang lagi bertambah sarang..
ada niat nak update blog, sebab ada banyak benda yang aku nak catatkan ulasan di sini..
tapi banyak benda juga setiap kali aku tulis, setiap kali itu aku memadamkannya..
tulisan ada sesuatu yang lebih mudah dibaca daripada membaca apa yang ada di dalam hati.. bukan?
terlampau banyak yang berlaku dalam kehidupan aku sewaktu aku tidak mengendalikan blog ini.
ya!
banyak sangat!
kadang kala bila kenang semua benda yang jadi..
ada tiga perasaan yang kita akan rasa.
1) bersyukur
2) pedih
3) matang
tidak?
okey! sakit itu yang lebih bukan.
itu biasa bila terlalu lama dipendam, nanahan hati itu makin menjadi-jadi.
wow! seriusly sakit macam nak tukar je hati baru..
jadi untuk mengubati nanahan itu kena ambil masa yang lama..
ya..lama..
kadang-kadang kita selalu ditomah dengan hinaan yang menggunung.
tidak!
bukan kadang-kadang tapi selalunya..
manusia selalu meleparkan fitnah tanpa menjaga hati kita.
ya. itu manusia yang tidak punya hati..
dan aku selalu akan menjadi pemerhati.
kini.
aku ingin bebas dari hujah-hujah kosong yang dirasakan berisi.
aku nak jauh pergi dari perlihatan kurang bijak yang dikendalikan oleh manusia.
cuba untuk memaafkan.
tapi masih tidak dapat menyempurnakan kemaafan itu.
maka kini aku berdiri..
mutiara jernih pada kelopak dah lama aku cuba hapuskan.
dan ia semakin surut.
tapi Allah selalu memberikan aku satu hati yang dalam kesedihan dan kemurungan untuk aku ajak dia bersama-sama menjadi kuat. yeah! kuat!! kadang kala kita tidak dapat memahami akan diri kita sendiri walhal kita sebenarnya sudah cukup faham dengan kemampuan diri kita. maka kini, aku dan sebilangan rakan sedang mengalami pembinaan hati yang baru.. insyaAllah moga dipermudahkan segala urusanya..
nota: Aku ingin melangkah penuh gagah dan meninggalkan sesuatu itu jauh dalam pelosok dan biarkan ia hilang dalam penglihatanku dengan penjejakan yang dilangkahi hari demi hari.. moga-moga.!
Assalammualaikum dan selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi yang beragama islam.
hurm, wish dah..bagi salam pun sudah sekarang is story telling.. yeay! haha..
ok, semalam aku telah pun pulang ke kampung. nak berpuasa dengan mak ayah dan alhamdulillah aku telah pun selamat tiba ke destinasi. tapi semalam ada satu cerita yang aku nak kongsikan bersama.
ceritanya begini>>
Aku telah selamat tiba di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang pada aku sanggat gah namanya di mata penduduk Malaysia dan dunia. Pelancong dari negara asing juga akan menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi yang wajib dilawati. Hidup di Bandar ini bukan mudah untuk golongan orang yang sederhana seperti aku. hanya manusia yang cekal dan berkedudukan tinggi sahaja yang mampu hidup di sana. Buruh asing juga ramai dikawasan ini. Kuala Lumpur adalah bandar yang sangat sibuk. Di sana bukanlah suatu tempat kedaiman kerana orangnya juga bukanlah seorang yang boleh bersabar dalam segala hal.
Aku macam biasa akan turun di Pasar Seni dan berjalan kaki ke Stasen Bus Klang lama. Aku memang akan terus naik bas dan pulang ke rumah, aku bukan seorang yang suka berjalan-jalan di Kuala Lumpur. sewaktu di dalam bus, aku lihat macam-macam ragam manusia. ada yang suka merokok, buat bising, mengorat, bergayut, melihat macam nak makan tak kurang juga manusia yang kurang adabnya. tapi satu benda yang bila sahaja aku naik bas aku akan selalu memerhatikan ialah pemandu bas tersebut.cara dia layan dan sebagainya. kali ini, biar aku ceritakan semuanya sebagai pedoman dan panduan.
semalam aku lihat seorang pemandu yang elok rupanya tapi bukan sifatnya. mungkin nasib aku sebab dia tak menunjukkan sikapnya sewaktu aku naik. tapi kasihan melihat dua orang warga asing, mungkin buruh di situ. sudah tua dan aku kira dia beragama islam kerana dia memakai kopiah. dari pengetahuan aku dia mungkin dari bangladesh.
dua orang warga asing tadi naik dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang aku kira usianya baru sahaja mencapai 16 tahun, yang duduk di sebelah pemandu. lagak budak itu seperti pembantu pemandu. aku lihat budak itu duduk dan menggoyangkan kaki, memakai rayban yang tak ori, seluar jeans lusuh, baju ketat dan lambang tah pape. budak itu dengan sombongnya tersenyum sinis dan buat muka macam budak hensem padahal dia gemok dan tak hensem.. MassyaAllah.. tapi itu kebenarannya. budak itu memang mungkin tak sekolah dan tak belajar adab. kasihan bukan. pertanyaan warga asing itu senang sahaja. "halo encek ini ka bus number 16 belas encek?" budak itu jawab, "eh, kau ni tak payah naik bas ni la kalau tak tahu ni bas nombor berapa." kemudian dia ketawa.
warga asing itu tunduk malu dan sekali lagi cuba bertanya kepada pemandunya pula. "encek, ini bus number apa encek? number 16 ka encek?" pemandu tadi menjawab, "hah, ya la.ini nombor 16. kenapa u orang asik tanya saja? mau naik ke tak mau?" lalu warga asing tadi bertanya lagi "encek ini betul la number 16 ya encek?" pemandu bas itu naik berang, kini dia bukan sahaja meninggi suaranya seperti yang tadi. dia siap bangun dan menengking. "ya la! u mau naik ke tak mau? kalau tak mau u keluar sekarang dan u jangan naik lagi. i tak nk u naik lagi. faham!!" kemudian warga asing tadi di tolak keluar.
orang ramai kemudiannya naik, naik, dan naik bas ini sehinggakan hampir penuh ruang yang ada. tiba masa bas ingin berjalan. aku lihat dua warga asing yang sudah tua tadi masih berada di sisi bas. kemudian cuba mendapatkan bas, tetapi apa yang berlaku. pemandu bas itu menutup pintu bas dan terus berlalu. yang paling menyentuh hati, warga asing tu berlari di sisi bas, tetapi pemandu itu terus laju dan sikit pun tak berhenti. lama kemudian aku lihat ada pengawal memarahi warga asing itu. mungkin kerana membahayakan dirinya. kasihan sangat sehinggakan aku mengucap melihat perangai buruk pemandu. hilang terus warga asing dari pandanganku, tiba-tiba pemandu dan budak tadi ketawa berdekah-dekah. sekali lagi aku rasa sangat sedih. insan seperti inilah yang menjatuhkan persepsi orang luar kepada negara kita. insan seperti ini jugalah yang merosakkan anak bangsa. tidak tahu langsung adab berbudi.
aku kemudian terlelap dan aku lihat sekitarku seperti aku sudah sampai di Klang. Sebelum aku turun tergerak aku untuk pergi kebahagian tempat pemandu dan dengan keberanian yang Allah berikan kepada aku, terkeluar daripada mulut aku sesuatu "dik, adik rasa adik hensem tak? kalau rasa adik hensem sila hensemkan juga perangai tu.. pak cik, rasa tak dah tua pakcik sekarang ni? kalau pak cik tak rasa..cuba tengok cermin dan selak satu persatu rambut pakcik ada tak uban.kalau ada bersiap sedialah dengan amalan.takut nanti kat kubur kena tanya. maafkan saya. salam".. aku terus berlalu, aku dapat tengok budak dan pak cik tadi mengomel dan pandangannya memang seakan tidak puas hati. dalam hati aku cuma mampu berdoa semoga mereka diberikan taufik dan hidayah. amin..
p/s: budi bahasa budaya kita. tak rugi kita berbudi dan tak rugi juga kalau kita berbahasa.
assalammualaikum.. dan selamat pagi..
hai smua... *sambil tarik nafas dalam-dalam*
lama dah tak menaip untuk menyatakan sesuatu..
notebook pun seakan berhabuk je..
**maaf la.. aku sangat sibuk.. tapi dalam kesibukkan aku mengakui kadang fikiran aku tak berhenti mengingati blog aku yang usang dan yang tidak berpenghuni, tak seperti blog Cik Apple atau Abg Ben.. hahahah...
ye.. aku akui, dalam sendirian aku sempat terfikir akan sesuatu, dan sering kali itu aku disua dengan pelbagai rintangan tapi tak mengapa sebab aku berblog bukan untuk mengaut keuntungan daripada nuffnang ataupun yang sewaktu denganya. chill..*hembus nafas*
.... baiklah.. aku nak berbincang mengenai tajuk entry kali ni iaitu Cinta Si Pemungut Tin..*duh! bunyi dah macam good-good je entry ni... lets find the answer.. good atau put ur mother print down.. ceh.. skiping omputeh aku tau! <<<<
ceritanya bermula pada pagi isnin yang lalu.
waktu tu aku duduk di tempat biasa yang hmm.. macam biasa aku datang bagi salam pada pakcik kaunter tu, then cakap.. pakcik tiket Tanjung Malim paling awal pukul berapa ya??? pakcik tu jawab," pukul 2 petang dik.." aku tengok pada jam ditangan yang dah masuk air dan batu berlian tiruan sudah jatuh 2 biji... ouchhh! baru pukul 12.20 minit...what the nuget rite!
aku pandang sekeliling lepas dapatkan tiket..after tu, aku duduk.. dan sekali lagi aku lihat sekeliling.. tempat ni tak ubah.. bersawang.. kotor.. hurmmm...... sejak pudu tutup untuk diubah suai dulu, aku lagsung dah tak pergi sana... beli tiket kat situ je...
selepas 5 minit aku duduk.. tiba-tiba ada orang datang dekat depan aku.. beb! dup dap.. dup dap..! aku dongak.. bulat mata aku tengok...............dia pakai baju compang camping...rambut tak bersikat.. memang tak terurus.. GOD! aku memang rasa nak suh dia pergi mandi je kat tandas awam tu... aku nak je bagi rm20 sen kat dia suh g mandi... *kejam kan!*
............tapi jauh sangat dalam hati aku sedih melihat hamba Allah ni..dia datang dan senyum...masih senyum walaupun keadaannya seperti itu.. sikit pun tiada airmata yang dititiskan dihadapanku....dia capai tin kosong milik pemuda yang tiada sivik tinggalkan kat situ sambil pandang aku.. mungkin dia ingat itu kepunyaan aku.. tapi aku tahu jauh disudut hati dia, dia bersyukur.. sebab ada rezeki tin untuk dia hari itu... lantas dia kembali tersenyum dan berlalu...
aku masih memerhatikannya dalam sembunyi....aku lihat dia seperti memunggah sesuatu di sana... matanya redup meski rambutnya kusut masai seperti berus dawai.. dan anak mataku tak lepas mengekori tubuh susutnya.. dan arah mataku berfokus lama...dia datang pada seorang budak, budak itu peminta sedekah.. dia hulurkan wang seringgit pada budak itu dan masih menghadiahkan senyuman sepertimana senyuman yang terhulur buat ku. arghh! aku tergamam.. dia sudah tua..kedutnya berselerak...
** timbul persoalan, kenapa dia yang susah masih mampu menderma kepada orang yang susah? kenapa kita yang senang tidak mampu menghulurkan sesuatu untuk dikongsikan bersama? bahkan untuk sedekahkan satu senyuman juga sangat berat untuk dilakukan oleh pemuda/i sekarang... aku terkesima..
perlahan aku dekati budak si peminta.. dan ku hulurkan sebungkus makanan.. kerna hanya itu yang masih bersisa buatku.. dia menerima dengan rasa selesa... dan aku kembali ke tempat dudukku.. seorang pakcik menegurku dan berkata," kenapa suka pandang orang macam tu? " dan aku senyum hambar.. pakcik tadi bersuara garau.. "dik tahu, zaman sekarang ni manusia sanggup buat apa sahaja untuk puaskan keinginan hati. terlebih lagi remaja-remaja. kadang kita ada ilmu.. tinggi!! lebih tinggi dari gunung, mungkin..tapi ilmu tu belum cukup mampu untuk pastikan sahsiah kita ini seperti seorang yang sangat berilmu.. sebab ilmu matematik tidak digunakan untuk membina sahsiah... ilmu sains juga begitu.... dan ilmu agama juga sekarang bukan jaminan untuk membentuk sahsiah.. kenapa? sebab budak sekarang belajar agama walau dipaksa macam mana sekalipun dihantar oleh ibu dan ayah ke sekolah waimah sekolah itu sekolah agama sekalipun, agamanya belum cukup mantap untuk tertusuk ke dalam hati. sebab mereka hanya belajar untuk duduk dalam peperiksaan dan lulus cemerlang. tetapi tidak dipahatkan di dalam hati.. sebab itulah ada seorang bapa yang sudah penat lelah.. bersengkang mata.. membesarkan anak-anak menjadi seorang yang berguna...akhirnya menjadi seorang pemungut tin...semata akibat mengisi masa lapang yang ada dari di tempatkan di rumah orang-orang tua.. mungkin ada dua jalan dalam hidup kita. satu ia sakit.. teramat sakit... tapi senang duduknya.... satu sulit, perit, hiba.. sukar duduknya.. tapi kebebasan dapatnya....dan pakcik pemungut tin tadi memilih jalan yang kedua. anak-anak sukar untuk memahami keinginan dan jiwa ibu bapa.. kerana ibu bapa terlebih dahulu meningkat usianya dari anak-anak.. dan anak-anak belum sampai masa lagi untuk capai tahap umur ibu bapanya... dah berjaya jadi guru nanti jangan lupa jasa orang tua.. seperti mana anak-anak pakcik pemungut tin itu.. mereka lupa akan cinta pakcik pemungut tin tadi." dia berlalu.. dan aku senyum..
*** aku sedih melihat keadaan orang yang terbiar nasibnya.. mungkin rasa empati itu sangat kuat dalam diri aku... aku janji, ibu dan ayah aku takkan terima nasib yang sama.. dan aku juga yakin dan pasti yang mana, atas cinta si pemungut tin itu tadi.. dia juga sanggup mengorbankan wang sakunya.. menahan lapar untuk anak kecil yang meminta-minta di jalanan... pada aku, dia bukan sahaja seorang bapa yang baik kerana tidak merungut sampai masuk dalam tv 3... tulis dan heboh pada media massa untuk memburukan reputasi anak-anaknya... tapi dia juga seorang masyarakat yang perihatin.. kerana dia seorang bapa... mungkin juga seorang datuk.. aku tahu dia tidak mahu anak kecil itu kelaparan..........
..SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAHANDA TERCINTA MOHD SAIMI BIN JAINI..
p/s: nilailah sesuatu dari cerita ini.. aku menulis bukan minta untuk dipuji.. tapi untuk dibaca dan secebis rasa itu buat tersemat dihati.. chill!
Hai semua, pagi yang hening ni, aku nak berkongsi sesuatu kepada anda semua. Sesuatu yang setiap manusia pasti akan merasainya. Tengok tajuk aku korang pasti tahu..
Describe about " perpisahan ".... ianya boleh terjadi antara ibu bapa, guru, rakan, keluarga, komuniti dan juga pasangan kita. Perpisahan adalah sesuatu yang boleh disama ertikan dengan banyak situasi/ keadaan di mana sekiranya seorang ibu berjauhan dengan anaknya apabila anaknya sudah mula melangkah ke alam Universiti, alam pekerjaan atas sebab-sebab tetentu dia terpaksa duduk berasingan dan juga buat anak-anak yang sudah melangkah ke alam perkahwinan. Maka, perpisahan sementara pasti akan terjadi. Begitu juga dengan sahabat, jiran dan seangkatan dengannya. Lagilah sekiranya kita berpisah dengan kekasih atau pasangan kita.
Pasti ianya buat kita runsing sentiasa, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Aneh sungguh perasaan itu.. ianya sungguh halus..
Namun, cuba kita lihat pada konteks " perpisahan yang bukan bersifat sementara " yakni kekal buat selamanya dan hanya yang bakal menyatukan kita semula adalah di alam lain. Tahukah kita alam apakah itu?? Sentiasalah menunggu detik-detik ajal yang bakal menyinsing membawa roh keluar dari tubuh serta menyemadikan kita di alam yang kekal nanti. Perginya seseorang, biasanya seorang yang kita sangat kasihi yang akan memberikan kesan yang amat mendalam buat diri kita dan ia disebut sebagai pepisahan. Pepisahan ini adalah perpisahan buat selamanya. hari ini kita mendengar ada seseorang yang akan dikebumikan setelah di mandikan serta disolatkan. Penahkah kita bertanya, bila pula masa kita untuk dijemput pergi menghadap Tuhan yang Maha Esa?
Aku ada seorang kenalan. Dia pada aku sangat bertanggungjawab dengan keluarga. Walaupun duduk berjauhan dari ibu dan adik beradiknya yang lain, tapi sekalipun dia tak pernah abaikan mereka. Dia selalu bertanya khabar dan bila balik ke kampung akan bawak adik dan ibunya berjalan-jalan. Ayahnya sudah meninggal dunia sewaktu dia masih diawal kanak-kanak lagi. Belum pun meningkat ke alam remaja dia sudah kehilangan seorang bapa yang amat dikasihinya.
** Sedikit Sorotan buat kalian **
>>>dia nampak tegar namun hatinya rapuh dan mudah goyang
>>>dia nampak seperti tegas namun dia adalah seorang yang berjiwa lembut
>>>dia seorang lelaki yang sangat ego penah aku kenali
>>>" sy tak pernah menangis macam ni..awk nak tahu dalam hidup sy, apa yang saya paling kesalkan ialah.. kehilangan seorang ayah dan juga sahabat baik. saya tak sempat jumpa mereka saat mereka menghembuskan nafas terakhir, atas sebab itu saya sangat terkilan "
>>>dia nakal, dia jahat tapi dalam jahatnya, tersemat seribu satu kebaikan yang dilahirkan secara ikhlas yang mana hanya manusia yang celik mampu melihat.
>>>dia seorang manusia yang cepat melatah dan cepat marah tapi mudah untuk disejukkan.
>>> dia seorang yang malas untuk berfikir untuk hal yang remeh dalam membuat keputusan tapi sangat bijak dalam mengendalikan wang dan hal keluarga.
>>>dia bukanlah seorang yang boleh bertindak rasional dalam situasi yang keruh kerana dia mudah terpengaruh dan mudah diambil hatinya.
>>>dia seorang yang ramah dan mudah mesra sehinggakan wanita mampu melihat dari sudut perspektif lain bahawa dia menyintai wanita tersebut namun ia adalah sebaliknya.
>>>dia akan tersedar dengan sekali jentik namun juga mudah alpa.
>>> kata-kata yang pernah dia beritahu " kenapa Dia tak adil? dunia ni kejam? amik ayah.. amik kawan.. dan sekarang buah hati saya nak pergi pula tinggalkan sy.. sy seorang... seumur hidup sy tak pernah menangis di tikar sembahyang sehingga tertidur.. dan inilah KALI PERTAMA beserta Yassin yang masih ditangan."
>>> romantisnya tidak begitu jelas kelihatan.
Apa yang aku nak bagitahu. perpisahan boleh menjadi punca perubahan seseorang itu berlaku.
yang waras menjadi tidak waras.. yang baik menjadi sebaliknya..
yang berpegang teguh kepada agama menjadi mudah terpesong... ianya akibat??
ledakkan emosi yang tidak stabil..
Siapa kita untuk mempersoalkan hukum Allah dan takdir dariNya. Namun terkadang aku juga sering bertanya pada diri sendiri "Kenapa perlu wujud perpisahan pabila telah terjadinya pertemuan??"
p/s: Entry kali ini menginginkan jawapan/ pendapat dari kalian..namun yg hidp harus meneruskan perjalanan yang masih tersisa di bumi Allah.
p/s/s: Sekiranya kita mempunyai pasangan, dan pasangan kita meninggalkan kita.. sentiasalah senyum.. senyum itu pengubat jiwa.. Dan apa yang korang rasa sekiranya korang tinggalkan pasangan korang, selang beberapa hari mendapat berita tentang si dia " innalillahiwainnalillahirojiun....."..
kalau korang tak ada rasa means hati korg ni kne cuci ngn klorok... bagi bersih sikit.!
tapi kalau korang dapat rasa sesuatu.. silalah cepat-cepat mohon kemaafan dan cuba menghargai sesuatu yang masih ada didepan mata.. sebab kalau dah kena tanam.. korang takkan dapat gali balik untuk suruh dia bangun dan bercakap dengan korang.. serta untuk korang dengar bebelan dia.. dan juga untuk korang dengar apa yang ingin dia perkatakan dan jawab soalan-soalan korang atau mgkin korang nak suruh dia tanya korang soalan.. ITU ADALAH MUSTAHIL!!!!
BERSIAP SEDIALAH.. MGKIN SELEPAS INI ADALAH GILIAN KITA UNTUK MENJADI MAYAT DAN DIMANDIKAN... (ini adalah pesanan buat aku juga)
lagu buat kita semua : sekadar untuk dihayati bersama...