IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Sunday, July 31, 2011

PERSEPSI MATA HATI :: DRIVER bernama BAHASA

Assalammualaikum dan selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi yang beragama islam.


hurm, wish dah..bagi salam pun sudah sekarang is story telling.. yeay! haha..
ok, semalam aku telah pun pulang ke kampung. nak berpuasa dengan mak ayah dan alhamdulillah aku telah pun selamat tiba ke destinasi. tapi semalam ada satu cerita yang aku nak kongsikan bersama.

ceritanya begini>>

Aku telah selamat tiba di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang pada aku sanggat gah namanya di mata penduduk Malaysia dan dunia. Pelancong dari negara asing juga akan menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi yang wajib dilawati. Hidup di Bandar ini bukan mudah untuk golongan orang yang sederhana seperti aku. hanya manusia yang cekal dan berkedudukan tinggi sahaja yang mampu hidup di sana. Buruh asing juga ramai dikawasan ini. Kuala Lumpur adalah bandar yang sangat sibuk. Di sana bukanlah suatu tempat kedaiman kerana orangnya juga bukanlah seorang yang boleh bersabar dalam segala hal.

Aku macam biasa akan turun di Pasar Seni dan berjalan kaki ke Stasen Bus Klang lama.  Aku memang akan terus naik bas dan pulang ke rumah, aku bukan seorang yang suka berjalan-jalan di Kuala Lumpur. sewaktu di dalam bus, aku lihat macam-macam ragam manusia. ada yang suka merokok, buat bising, mengorat, bergayut, melihat macam nak makan tak kurang juga manusia yang kurang adabnya. tapi satu benda yang bila sahaja aku naik bas aku akan selalu memerhatikan ialah pemandu bas tersebut.cara dia layan dan sebagainya. kali ini, biar aku ceritakan semuanya sebagai pedoman dan panduan.

semalam aku lihat seorang pemandu yang elok rupanya tapi bukan sifatnya. mungkin nasib aku sebab dia tak menunjukkan sikapnya sewaktu aku naik. tapi kasihan melihat dua orang warga asing, mungkin buruh di situ. sudah tua dan aku kira dia beragama islam kerana dia memakai kopiah. dari pengetahuan aku dia mungkin dari bangladesh.

dua orang warga asing tadi naik dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang aku kira usianya baru sahaja mencapai 16 tahun, yang duduk di sebelah pemandu. lagak budak itu seperti pembantu pemandu. aku lihat budak itu duduk dan menggoyangkan kaki, memakai rayban yang tak ori, seluar jeans lusuh, baju ketat dan lambang tah pape. budak itu dengan sombongnya tersenyum sinis dan buat muka macam budak hensem padahal dia gemok dan tak hensem.. MassyaAllah.. tapi itu kebenarannya. budak itu memang mungkin tak sekolah dan tak belajar adab. kasihan bukan. pertanyaan warga asing itu senang sahaja. "halo encek ini ka bus number 16 belas encek?" budak itu jawab, "eh, kau ni tak payah naik bas ni la kalau tak tahu ni bas nombor berapa." kemudian dia ketawa.

warga asing itu tunduk malu dan sekali lagi cuba bertanya kepada pemandunya pula. "encek, ini bus number apa encek? number 16 ka encek?" pemandu tadi menjawab, "hah, ya la.ini nombor 16. kenapa u orang asik tanya saja? mau naik ke tak mau?" lalu warga asing tadi bertanya lagi "encek ini betul la number 16 ya encek?" pemandu bas itu naik berang, kini dia bukan sahaja meninggi suaranya seperti yang tadi. dia siap bangun dan menengking. "ya la! u mau naik ke tak mau? kalau tak mau u keluar sekarang dan u jangan naik lagi. i tak nk u naik lagi. faham!!" kemudian warga asing tadi di tolak keluar.

orang ramai kemudiannya naik, naik, dan naik bas ini sehinggakan hampir penuh ruang yang ada. tiba masa bas ingin berjalan. aku lihat dua warga asing yang sudah tua tadi masih berada di sisi bas. kemudian cuba mendapatkan bas, tetapi apa yang berlaku. pemandu bas itu menutup pintu bas dan terus berlalu. yang paling menyentuh hati, warga asing tu berlari di sisi bas, tetapi pemandu itu terus laju dan sikit pun tak berhenti. lama kemudian aku lihat ada pengawal memarahi warga asing itu. mungkin kerana membahayakan dirinya. kasihan sangat sehinggakan aku mengucap melihat perangai buruk pemandu. hilang terus warga asing dari pandanganku, tiba-tiba pemandu dan budak tadi ketawa berdekah-dekah. sekali lagi aku rasa sangat sedih. insan seperti inilah yang menjatuhkan persepsi orang luar kepada negara kita. insan seperti ini jugalah yang merosakkan anak bangsa. tidak tahu langsung adab berbudi.

aku kemudian terlelap dan aku lihat sekitarku seperti aku sudah sampai di Klang. Sebelum aku turun tergerak aku untuk pergi kebahagian tempat pemandu dan dengan keberanian yang Allah berikan kepada aku, terkeluar daripada mulut aku sesuatu "dik, adik rasa adik hensem tak? kalau rasa adik hensem sila hensemkan juga perangai tu.. pak cik, rasa tak dah tua pakcik sekarang ni? kalau pak cik tak rasa..cuba tengok cermin dan selak satu persatu rambut pakcik ada tak uban.kalau ada bersiap sedialah dengan amalan.takut nanti kat kubur kena tanya. maafkan saya. salam".. aku terus berlalu, aku dapat tengok budak dan pak cik tadi mengomel dan pandangannya memang seakan tidak puas hati. dalam hati aku cuma mampu berdoa semoga mereka diberikan taufik dan hidayah. amin..


p/s: budi bahasa budaya kita. tak rugi kita berbudi dan tak rugi juga kalau kita berbahasa.

2 comments :

Wen said...

hmmmm tindakan yang harus di lakukan. semoga ada seorang dua yang akan sedar hal ni.

Suara Tersekat !!! said...

yup.. thnks wenn.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...