IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Sunday, December 25, 2011

TOPUP FREE RM10, ANDA MAHU???

Assalammualaikum..




Hai gadis yang cantik lagi anggun bergaya dan abang handsome yang tunjuk macho!

Wow, besar kot gambar kat atas tu. Anyway memang sengaja. ya!
Even sebenarnya story ni dah basi, tapi akibat lama dah tak update sebab banyak kerja yang menimbun masa praktikal ni, maka hari ini baru berkesempatan nak share. Ya, ramai yang pelik kenapa aku boleh dapat topup RM100 FREE. yes! its FREE. Sure aku tak tipu korang. dah claim and dah guna pun.

Ok, korang ingat tak last entry aku sebelum ni pasal E-Belia. Ya, itu adalah satu penyertaan sebenarnya dan aku sebenarnya tak niat pun nak join apatah lagi menang, tapi dah rezeki  alhamdulillah. Memandangkan aku ada seorang kenalan yang suggest suruh aku masuk penyertaan tu, jadi aku cubalah. Tapi the fact is, aku terlewat hantar post entry tu, lebih dari berapa minit jam masa penutup tu akibat internet memang slow. Dari situ aku dah redha tapi aku post juga sebagai menunaikan permintaan kenalan aku tu dan aku awal-awal dah notice yang "ini sekadar pekongsian bukan untuk masuk bertanding. bacalah.". tapi memang tak sangka lepas beberapa minggu kot, malam tu waktu aku jalan-jalan pergi beli barang dapur then aku dapat satu msj "u, menang tempat ke-3.". Memang menjerit aku, alhamdulillah. aku terus tgok hadiah ape aku dapat, dan kalau korang nak tahu hadiah memang menarik la...

1st place dapat RM200, 2nd RM150, 3rd RM100 (ini aku dapat), 4-10 dapat RM50 dan hadiah saguhati untuk berapa orang RM20.

Then bila aku tanya kenapa aku menang, they all said yang penulisan aku telus menggunakan ayat sendiri tanpa menciplak ayat orang lain walaupun ayat aku sebenarnya ada sedikit merapu. ok! bukan sikit tapi BANYAK. ^____^


 

Ok if korang nak baca pasal E- Belia tu dengan lebih detail, ye la aku tuliskan banyak merapu, sini aku sertakan link kepada blog yang berwajib dan pemenang yang join contest tu skali.




Ok, mesti korang fikir kenapalah aku tak ajak korang join contest ni kan? sory sangat sebab aku tahu pun lewat dan masa aku post entry tu pun dah tarikh tutup. Maaf, maka hari ini aku nak tebus balik and story macam mana nak dapatkan RM10 TOPUP FREE! 






Senang sahaja, korang cuma perlu menjawab servey untuk IPPBM, yang open servey sekarang pasal RASUAH dan aku dah jawab pun tadi tinggal tunggu no topup je yang akan dikirimkan kepada 5,000 rakyat Malaysia yang berusia 21 hingga 40 tahun yang menjawab servey ini melalui email anda.

Jadi apa tunggu lagi, jom jawab dengan ikhlas. Jangan risau kerana semua jawapan adalah sulit dan dilakukan terus akan disimpan di dalam data. Ia sebenarnya bertujuan untuk memproses maklumat bagi membantu menangani gejala rasuah yang semakin menjadi kabus busuk dalam negara kita.

Untuk jawab servey ini kenalah ke pautan laman rasmi IPPBM :: Kajian Persepsi Rasuah Malaysia.

Cuma 5 minit je, rugilah kalau tak jawab. Mana tahu rezeki korang. Sape nak bagi rm10 untuk 5 minit punya kerja? ini betul-betul punya bukan cobaan. rebut peluang k!





Ini pesanan daripada admin vyrec.com,

Dan ingin kami ingatkan bahawa wang dan hadiah bukanlah nilai kajian ini, apa yang kami mahukan adalah ketulusan dan keikhlasan para belia untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan negara walaupun ianya hanya sekadar berbentuk sehelai kertas namun percayalah sumbangan anda semua amat bermakna buat negara yang tercinta ini.
Note: Pemberian prabayar ini akan diperolehi didalam masa dua minggu waktu bekerja.Hanya 5,000 orang yang pertama sahaja layak menerima sagu hati ini. Juga buat meraka yang mengisi borang kajian Parlimen belia yang lepas borang kajian sedang diproses dan Tambah Nilai prabayar untuk 5,000 orang yang pertama sedang diproses dan anda akan menerimanya didalam tempoh masa terdekat. Sekian.

Thursday, November 17, 2011

E-Belia :: anda generasi Y, maka anda patut BACA!

siapa kata Malaysia lemah?? see.. malam ni membuktikan segalanya.
Assalammualaikum.
salam harimau malaya.
GOALLLLLLLL!!!! yeay Malaysia menang malam ni lawan Indonesia.


Ok, menang-menang jugak tapi itu bukan topik yang aku nak story malam ni.
Disebabkan line maxis buat hal. lambat la jawabnya aku nak post entry ni.
Aku nak cerita tentang E-Belia. korang tahu apa itu E-Belia?


Make it simple supaya korang yang tak tahu boleh la tahu sikit-sikit.Atleast, adalah tahu sikit info.
E-belia adalah satu sistem yang di wujudkan bagi memperolehi maklumat korang untuk disimpan dipengkalan data maklumat bagi tujuan yang baik. Which is, di mana mereka boleh alirkan sesuatu informasi yang berguna buat kita semua golongan remaja masa kini.

Paling best, bila mana ada aje yang aku dengar bunyi-bunyian yang berbunyi seperti ini  "Eh lama dah rakan muda tak buat program belia. mana kerajaan salur duit ntah. dulu banyak je program. sekarang lesap." itu baru kes 1. kes 2 bila dia cakap macam ni. "hah? rakan muda? pernah dengar tapi tak tahu pun ada program-program boleh join ke? senyap je. macam tak de pape je rakan muda tu."  ok, see? ini yang bestnya. E-belia ni ada link dengan KBS. hah ape itu KBS?


Ok, KBS adalah kementerian belia dan sukan. Aku berani jamin, memang ramai yang tahu adanya rakan muda dan Kompleks Belia disetiap negeri dan kawasan. tapi tak ramai yang tahu selalu ada program yang dianjurkan adalah untuk orang ramai dan paling penting ianya FREE. Ok, jangan segan silu sebab benda ni memang jadi trend dalam budaya kita yang mana bila ada je program tak nak amik tahu, tapi bila senyap sibuk cakap itu. cakap ini, tapi sebenarnya dan hakikatnya kita selalu suka menunding dan menyalahkan tapi kita tak pandang betul-betul usaha yang sedang dijalankan bagi memantapkan generasi youth memansuhkan agenda yang tidak bermanfaat. Betul, ini fakta!


Maka, E-Belia ini mampu menyalurkan maklumat akan program-program yang bakal dianjurkan buat generasi Y. Tak salah and rugi kalau korang join, sebab ada banyak manfaatnya. Nak tahu? Sila baca sampai habis. dan korang tak payah nak google lagi.





Ok, syarat untuk mendaftar mudah saja anda hendaklah mempunyai ciri iaitu warganegara MALAYSIA. dan berumur 15-40tahun sahaja. lebih dari had ini bukan dinamakan youth. hehe. aku masih lagi youth. korang?


Macam mana nak apply? pergi pautan di atas klik je. korang akan boleh memasuki laman sesawang tersebut. Untuk tambahan, sistem E-Belia ni digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Institut ini adalah sebuah pusat penyelidikan nasional bawah penyelarasan KBS, ia menjalankan penyelidikan pelbagai aspek pembangunan belia.



So, ini juga adalah masa dan peluang untuk korang memberikan idea yang baik bersama untuk dikongsikan dan diketengahkan kepada kerajaan. Bukan senang nak kongsi bersama, daripada asyik cakap belakang je. pot pet pot pet mulut kau jah, tapi siapa yang boleh dengar? hah, ape kata daftar dulu dan ketengahkan apa saranan kau. siapa tahu idea itu kerajaan akan ketengahkan mengikut keperluan dan ia boleh disumbangkan kepada negara. kan? Pada aku ini satu peluang baik usaha kerajaan untuk lebih dekat dengan generasi Y.



aku dah join. korang tak nak terima manfaat bersama ke? bukan susah. 5 minit je.


Ok korang untuk maklumat lanjut boleh la klik pada pautan ni. mana tahu korang ingat aku tipu ke kan. baik korang baca sendiri.  senyum... ^___^

1) Pautan 
2) Pautan
3) Pautan


Itu semua sumber yang korang boleh baca informasinya. Lebih sahih dari korang google. haha. dan lebih terperinci.



P/s:: Aku tulis ni bukan nak kipas kerajaan. Sekadar perkongsian bersama ok. atleast, kita jadi warganegara yang boleh sama berbakti dan tahu akan sesuatu. bukan suruh menyibuk benda buruk, jadi tak salah kan sekali sekala amik tahu. chill.




sponsored link ::




Wednesday, November 16, 2011

HATIKU HATIMU MILIK DIA.

Assalammualaikum wahai Hati kecil makhluk ciptaanNya



Ini entry pendek. Semoga sampai apa yang ingin di sampaikan. Mudah-mudahan.



-Tolong ajarkanku untuk tidak tutup kamus hati-


Bukankah Allah telah tetapkan sesuatu itu sejak kau belum pun lahir ke dunia?maka, untuk apa engkau gusarkan. teruskan memohon dan minta petunjuk.Allah ada bukan untuk menolongmu. mecari apa yang telah DIA tetapkan untukmu.


-Ku cuba buka pintu dan membina pintu lain untuk bertandangnya seseorang mengetuk kembali. tapi ku tidak mahu ia datang mengetuk lalu pergi.-



Bukankah telah di beritakan bahawasanya JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT semuanya ditanganNya? lantas untuk apa engkau fikirkan sesuatu itu? biar sahaja Allah menentukan segalanya. rancang sahaja perjalanan dan berdoa moga Allah titipkan keberkatan bersama hubungan itu. lalu jagalah ia sebaiknya.


-Tapi hati ini terlalu perih menerima semuanya.bagaimana cara untuk pulihkannya.-


Bukankah semua yang ada hanyalah pinjaman semata? hati itu juga seharusnya kau nyatakan bahawa ia milik Allah. bukan milik sesiapa selain Allah. jika itu yang kau akui dan teguhkan bersama maka, insyaAllah akan ada penawar buatnya meskipun sakit itu berjuta kali terasa. kerana Allah ada untuk sedia memberikan penawar. walau ia lambat ia tetap akan terubat dengan kuasaNya.




Nota berjalan :: Apapun yang kita lakukan di dunia. Apapun yang kita rasa. Berbaliklah kepadaNya kerana semua yang berlaku adalah atas izin dariNya. Apapun yang kita jalani dan kita rasai kita harus tahu. Kita milik DIA bukan milik sesiapa terlebih lagi makhluk yang juga diciptakan oleh DIA.

YA RABB.

Friday, October 28, 2011

awak, dia ada hati sangat kecil




[gambar sekadar hiasan]



Awak,
hati dia sudah lama tercalar,
ubat bisa setelah dikelar,
kian terobek akibat kata nan liar,
dirinya disakiti tanpa penawar,
hidup umpama bersulam gambaran kasar.


Awak,
selalu anggap semua remeh,
hati itu bukan baru nak bernanah tapi dah meleleh.
sakit katanya dalam sedu tanpa tertoleh,
otak berserabut jiwa kian menggelebeh,


 hati itu mungkin mati.


perempuan itu berhati kecil,
ya.
nampak dia kuat,
tapi dia sakit.
nampak dia berlari,
tapi dia rebah.
nampak dia senyum,
tapi dia hiba.

kau.
patut tahu saat kau memilihnya menjadi teman hidupmu,
kau patut bersyukur,
dia tidak pernah menyakiti hatimu dengan maha dasyat.
kau patut jengah,
sakit itu kau yang buat.


lelaki,
jangan selalu menyulam kata cinta,
jangan selalu kata janji sumpah seranah,
jangan selalu mengulum kasih,
jangan selalu mencium jejak ikatan.
kau buat dia tambah derita saat hatinya ada namamu.
saat jiwanya buat mu,
saat kasihnya hanya untukmu,
saat ikhlasnya pada dirimu.

lelaki,
saat kau lepaskan dia pergi,
jangan cari salahnya dengan bandingkan yang dahulu,
kau tak tahu apa yang kau tuturkan.
ia merobek jiwa hatinya.
kau kini makin tertekan,
permainan apa yang kau ciptakan.
lelaki apakah kamu?
kau tak tahu apa yang terjadi hakikatnya.
wanita itu kesakitan.



Sahabat sudah aku kata, ia sakit. tapi kau degil. sudah aku bilang jangan, tapi kau hampiri. kini hidupmu malah tak terurus. hidupmu tidak terjaga, dirimu serba kesakitan dan aku.. menahan sebak. jangan salahkan takdir. kita tawakal selain dari berusaha. itu jalan terindah.


mari kenang satu rentetan hubungan.

jalani dengan keindahan
PJJ (percintaan jarak jauh)
memerlukan pengorbanan,
kesetiaan perlu wujud,
kehormatan hubungan perlu diadakan,
keindahan dan keamanan perlu diseragamkan,
puncaknya kau harus kenal diri kau.
bila dia sudah berusaha percaya,
jangan mungkiri dan khianati,
kelak kau takkan dapat apa.
hidup sendiri bukankah lebih baik?
tapi kau jangan menyesal akibat salah pilihanmu,

dia wanita tabah,
aku kenal dia cuba usaha menyingkirmu dalam hidupnya,
kau senang di sana,
dia sengsara di sini,
harinya gelap,
sementara kau cerah,
dia berkeseorangan,
namun kau tidak.
kau carikanlah dia cinta baru,
sepertimana telah kau perolehi.
kau tak sanggup bukan?

jadi.
kenapa ego menyelubungi diri?
katakan saja kau sayang dia.
itu sudah cukup.
mengapa perlu tegaskan untuk keraskan hati.
bukankah sudah berjanji akan mengakhiri.
kau dusta sana,
kau belot sini,
mana akalmu berdrama?
akhiran ceritamu tiada.
carilah penutup itu segera.
agar ceritamu berakhir dengan baik-baik saja.
seindah bunga di taman yang telah engkau ciptakan dan ada pari-pari cinta
yang ceria menjaga taman.





[gambar sekadar hiasan]


nota pejam:: kau sayang hidupmu makin meminggir, seleramu makin hilang, sakitmu makin kelihatan. bangkit, jangan sedih. Allah itu Maha Berkuasa. dia pemilik sekian hati. mari berserah.

Harga Sebuah CINTA (PART 7)










"Assalammualaikum. En. Naqib?" sapa seorang yang berbadan tegap dan bermisai lentik. Di sisinya setia ditemani seorang yang berbaju hitam bermuka bengis.


"Waalaikumsalm. ya saya, ada apa ya?", jawab Naqib.


"kami polis. kami mempunyai waran tangkap untuk membawa encik ke Balai untuk di soal siasat mengenai kes kematian Cik Mellisa Edward. sila ikut kami ke balai." tegas nada lelaki itu. seraya menunjukkan kad kuasanya dan kemudian membuka pintu Naqib untuk memegangnya.

Najwa yang duduk di dalam kereta turut tersentak mendengar khabar yang diberitakan oleh mereka." Abang?", sepintas itu Najwa terus memaling dan memandang Naqib.

"ta..tapi encik. Apa kaitan kes kematian dia dengan saya? begini encik, isteri saya tidak sihat biarlah dia masuk ke dalam dahulu. Saya akan ikut encik ke balai. tapi biar saya papah isteri saya ke dalam dahulu. encik boleh ikut jika encik tak percaya."  Pinta Naqib seraya bangun dan keluar membuka pintu Najwa. 


Najwa memandang Naqib dengan penuh pertanyaan. kelopak matanya sudah mulai membengkak menampung air mata."Abang. Wa takot, jangan tinggal wa." pinta Najwa, kali ini dipeluknya Naqib seeratnya.


"hey sayang, kenapa nangis. abang ada ni. abang tak kemana. wa tunggu abg di rumah ya. abang pasti balik. wa jangan kemana-mana. jaga diri dan kandungan. abang tak nak apa-apa jadi pada wa. abang sayang wa. jangan nangis sayang. abang ada. abang pasti balik. abang janji." Naqib memujuk najwa dan kemudiannya mengucup dahi isterinya sambil memapah isterinya masuk naik ke atas kamar. 


Dia menyelimutkan najwa. kemudian dia berkata, "abang tahu sayang abg marah dengan abang. tapi abang bangga dengan sayang sebab sayang tak pernah meninggalkan abang waktu abang dalam kesusahan. abang sayang wa. abang tak bersalah. abang akan pulang. wa tunggu ya. " Dia mencium dahi najwa dan tangan Najwa.


Najwa menangis kerana dia takut akan kehilangan Naqib. "abang janji dengan wa, abang akan balik ya.wa tunggu, wa takot sorang-sorang. abang wa nak minta maaf wa kasar. wa tak mahu hilang abang. wa cintakan abang." airmatanya seperti air hujan yang mencurah-curah tanpa di pinta.


"ye wa, abang janji. jaga diri, jangan wat kerja berat-berat. jaga kandungan. nanti abang suruh fatimah datang jaga wa. ye sayang. abang pergi dulu. tidurlah sayang. I love you." Naqib menghampiri dua lelaki tadi dan keluar dari kamar tersebut.

Najwa binggung dengan kejadian yang menimpa. dia risau dan berbagai persoalan sedang berada di dalam pemikiranya. adakah naqib bersalah? kenapa Mellisa pergi secara tiba-tiba?. "Ya Allah selamatkanlah suamiku, kau ringankanlah dan permudahkanlah setiap urusan itu. aku tahu suamiku tidak bersalah, kau bantulah kami Ya Allah. amin ya rabbal a'lamin" doa najwa tidak henti-henti. dia mengelap airmatanya, dia mula rasa rindu kepada naqib. 


***********************************************************************"


Tok..tok..tok!!" ketukan pintu bilik berbunyi.

Najwa terjaga dari lenanya, dia sangat kepenatan menangis. Dia lihat jam di dinding sudah ke angka lapan malam."Ya Allah. aku sungguh terlena. asar dan maghribku belum tertunai." Namun dihatinya lega kerana dia sangkakan naqib sudah pulang.  

tiba-tiba, pintu dikuak dari luar dan kemudiannya dia melihat sekujur tubuh yang memakai baju kurung berada dimuka pintu. "Fatimah" desis hatinya.

"kak, macam mana? okey?. ima datang dengan mak. abang telifon tadi cakap akak tak sihat dia ada hal diluar takot balik lewat. dia suruh kami temankan akak. maaf lewat, jalan sesak sangat tadi dari Klang ke sini. kan hari kerja. semua balik kerja." dia terus mencapai tangan najwa dan mencium.


"oo.. akak ingat tadi abang balik. hurm. mak mana?",tanya Najwa cuba untuk berselindung takut benar andai dapat di duga akan kemelut yang melanda rumah tangganya. 

"mak ada kat bawah dengan along. malam sikit nanti mak balik. Ima tidur sini jaga akak ya. esok mak dengan along kerja.", jawab Fatimah lembut.


 "akak nak solat sayang, badan akak tak larat sangat, boleh tolong papah akak pergi tandas?", Pinta najwa lembut. "baik kak. mari."  Najwa dipapah oleh Fatimah ke tandas dan dia menyempurnakan wuduk'nya.Najwa menunaikan solat fardhu dan qada'. Usai keduanya dia berdoa dan kemudian turun ke bawah untuk berjumpa dengan mak mertuanya.

Dia hanya mengenakan tudung syiria dan jubah yang dipakai bersama Naqib sewaktu di hospital tadi. Teringat di fikirannya, mengapa Naqib memakaikannya jubah? mungkin dalam keadaan cemas itu jubah adalah yang bersesuaian dan mudah disarungkan. lucu.

"mak, dah makan?", sapa Najwa sambil menyalami mak mertuanya. 
"kamu okey?", tanya Puan Rukayah. 
"alhamdulillah. baik mak. cuma badan rasa lemas sangat dan tekak mual-mual." jawab Najwa.


"Pergilah berehat. mak nak balik kejap lagi.Kamu tu sakit dan berbadan dua." ujar mak naqib.Najwa tersentak dan terus tunduk. dia fikir naqib belum memberitahu perihal itu kepada keluarganya.

"insyaAllah, abang pun dah pesan tadi. nanti najwa ke dapur buatkan air dulu ya mak." 

Along yang diam dari tadi mulai bersuara. "tak payah Wa, Ima dah tolong buatkan. Kamu rehat je kat rumah. Naqib pun la, urusan apa lah sampai isteri tengah sakit pun nak pergi lagi." Nadanya tegas.  

"abang tak sengaja tu along. dia ada urusan penting. nanti balik la tu. along esok kerja?" tanya najwa mengubah topik perbualan.

"along kerja wa esok, itu yang kena balik. tak apalah, esok along dengan mak datang lagi. along minta cuti esok." jwab along sepontan.

Najwa terkejut dengan jawapan along, dia tidak mahu menyusahkan along dan mak mertuanya. Najwa tahu along memang seorang yang sangat perihatin dan penyayang penuh dengan tanggungjawabnya, namun dia masih belum mempunyai rezeki untuk berjodoh. Dia senyum melihat along, ikutkan hati hendak saja dia berkata tidak perlu bimbang menyusahkan tapi bila difikirkan dia kenal benar along, jika dia kata itu, maka itu lah jawapannya. 

Puan Rukayah ibu mertuanya hanya tersenyum, dia kenal benar sifat pendiam mak mertuanya, bukan dingin tapi lebih suka berdiam dari berbual.


 "Ima, mak dengan along nak balik ni, tolong jaga kak wa kamu ya. esok mak datang bawakan apa yang patut." arah mak mertuanya kepada Fatimah. 

"baik mak. mak dengan along balik hati-hati ya." pinta Fatimah sambil menyalami mereka. 
Najwa turut menyalami ibu mertuanya. kemudian menghantar mereka sehingga ke muka pintu, badannya masih lemah dan tidak mampu berdiri lama. 

Dia pantas masuk ke dalam semula dan duduk di sofa.Najwa merenung nasib dan masih menanti suaminya pulang dengan penuh setia. "Abang wa rindu abang. balik cepat bang. wa takut." pinta najwa di dalam hati.


"kak, kenapa ni? rindu abang ya?" soal Fatimah.
Najwa hanya mampu senyum dan mengangguk. "Sudahlah kak. nanti abang balik.dia pun mesti ingat akak. akk rehatlah dalam bilik. kalau nak apa-apa cakap nanti Ima buatkan. mari Ima hantar akak masuk bilik." ujar gadis molek itu.

Mereka berjalan seiringan menuju ke bilik."Ima, malam ni tidur dalam bilik dengan akak ya. akak takut." Rayu Najwa. Fatimah tersenyum sambil mengangguk kemudian berlalu. 


Najwa mencapai telifon bimbitnya kemudian menaip pesanan ringkas kepada Naqib. Dia tahu Naqib tidak akan membalas namun dia tetap menghantarnya. 


"Assalammualaikum, abang.. ayang rindu sangat pada abang. wa tak tahu abang tak bersalah. wa percaya abang. abang balik cepat. wa rindu. wa takut sangat.. balik cepat abang. wa risaukan abang. wa rindu abang.. baliklah bang.ampunkan wa bang. wa minta maaf.  Wa cintakan abang."


 Najwa menangis dan berdoa moga Naqib akan dibebaskan cepat. Dia kemudiannya mengambil wuduk dan mulai mengaji.



**********************bersambung***********************


p/s: maaf lewat sangat. dan terlampau sangat2 terlewat menyambung.  maaf banyak-banyak. insyaAllah sambungan untuk part 8 akan dipercepatkan. komen anda amat dihargai, terima kasih.

Thursday, October 27, 2011

pakar cinta - tips kebahagiaan







ok, pinjam kejap gambar yang abg aku baru je edit. ni gambar SAIFFUL DAN SAFIAH.
moga dorang hepy dan berjodoh hingga ke akhir hayat. amin


Hari ini aku bangun dengan perasaan yang berdebar dan terus berdoa moga sentiasa berada dalam perlindunganNya.
Ok, post aku hari ini memang khas aku nak tuju untuk mereka yang bakal menjejakkan alam perkongsian*berdua* atau yang sudah sah berkongsi-kongsi. ngeh3.. ini kisah percintaan dan kasih-kasihan. *mood jiwang*

siapa kata senang jadi isteri orang?
angkat tangan.
siapa kata senang jadi seorang suami yang memikul tanggungjawab?
angkat tangan.

ya,
mesti semua pelik bukan.
atau ada yang kata macam ni.
"hek eleh minah ni, kecoh ar.. belum kawin tapi sibuk nak nasihat orang.."
atau.
"adoi pegi belajar dulu ye dik. jangan sibuk-sibuk.."
jawapan.

aku bukan pandai, bahkan aku juga belum berkahwin.
aku bukan warak. aku juga insan yang melakukan khilaf dimuka bumi Allah.
aku bukan menyibuk, aku sekadar mahu kita sejenak merenungkan apa yang dikatakan dengan perkahwinan dan perkongsian hidup.

bukan senang sebenarnya menjadi isteri dan suami. tanggungjawab besar. kena selalu jaga diri, jaga hati, jaga makan minum, jaga lah semuanya. Aurat kita adalah aurat dia. faham?
tapi aku bukannya nak bising-bising. aku cuma nak kongsi apa yang aku baca hari ini.


hari ini aku bukak facebook. (bukan hari ini je, tapi setiap hari.)
aku memang suka dengan satu page ni.
dan dia ada share untuk suami isteri.
tips kebahagiaan.
jom baca.
aku share je kat korg.
harap ia berguna.


"INILAH TIPS CINTA UNTUK KEBAHAGIAAN..."

Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia.
Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari
orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan
hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah
ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tips Cinta Untuk Suami (lelaki):-

1. Bersikap baik dan lembut dengan isteri.
2. Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah.
3. Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik.
4. Bersabar terhadap karenah isteri.
5. Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros).
6. Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra).
7. Membantu tugas-tugas isteri di rumah.
8. Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri.
9. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
10. Tidak bermesra dengan wanita lain.
11. Menjaga rahsia isteri.
12. Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain.
13. Tidak makan hasil kerja isteri.

Tips Cinta Untuk Isteri (wanita):-

1. Berterima kasih di atas pemberian suami walaupun kecil.
2. Segera memenuhi permintaan suami.
3. Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara.
4. Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri.
5. Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi.
6. Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir.
7. Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir.
8. Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya.
9. Membantu urusan perjuangannya.
10. Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami.
11. Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan.
12. Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata.
13. Menghormati keluarga suami.
14. Menjaga rahsia suami.
15. Tips cinta untuk kedua suami isteri.

P/s: Jangan lupa SHARE jika ianya bermanfaat buat anda dan sahabat!

Tuesday, October 25, 2011

I Follow.. I Follow.. I Follow.. (trademark dalam show Salih Yaacob)



Pagi yang begitu indah tapi dikejutkan dengan berita kesakitan.
maka itu,

Nak beritahu saya sedang sakit.
heh.
Bagitahu pon bukan ada orang nak bagi ubat.
haha.

Kehidupan sebagai manusia ini sangat rumit kan. Sulit untuk diperkatakan atau diperdebatkan.
Jadi andalah yang mampu ubah segala kesulitan itu. yeay! motivasi pagi.






(jadi setelah banyak aku berhujah di atas, maka nak bagi tahu semua tu bukanlah isi untuk tajuk post hari ini)
aku tak ada la iri hati bila tengok follower orang banyak macam ni. tapi kalau dapat follower banyak macam ni. sape tak nk kan? haishh! menipu! semua orang pasti bangga. kah3
Bbuat setakat ini, follower aku dah nak hampir ke angka ratus. alhamdulillah.
jadilah daripada tak de langsung kan? lagipun ini semua pasal aku jarang update blog.
bukan malas. tapi ada banyak komitment lain yang perlu diutamakan.
blog bersarang, sape nak follow kan? haha
ya.

T_______T memang sedih. tapi tak pe.. asalkan mereka bahagia bila skali aku menulis aku tak pernah hampakan dan sia-siakan mereka.

kebanyakkan fedback yang aku terima daripada network fb yang membaca. mereka kata.

1. wow, blog cantik.
2. penulisan bagus.
3. gud entry.
4. nice.
5. eh awak comel la. plus pandai mengarang.. (okey yang ini aku tipu.haha)

huh, tapi semua tu mereka tulis dalam chat je kat aku. kah3.
akibat mereka tak jadi follower aku.
ada setengah mereka tak tahu yang kalau kita tak de blog kita boleh jadi follower blog yang kita minat.
(hah ini aku lah time tak berkecimpung dalam dunia blog.)

ok, bagi kawan-kawan yang  tak tahu macam mana nak follow senang je.
klik je butang follower, lepas tu sign in account google.
hah. senang je buat akaun google tu. macam buat yahoo dengan gmail la. haha
eh sekarang dah ada rocketmail kan?. ceh! lame dah aku tahu. saje nak bgtahu korang. haha


hah. motif tak aku buat entry ni?
mesti korang ingat aku nak naikkan follower aku kan. (kalau naik pon ape salahnya)
haha.
tak lah, aku buat entry ni sebab aku nak bagitahu orang yang masih tak tahu.
walaupun ia nampak remeh, tapi bagi orang-orang yang tak tahu ia satu input baru tau.
(ni memang aku saje je bedal. sebab dulu aku pon macam tu, tak tahu. keh3)


So, bagi orang-orang kampung.
anda boleh menjadi follower mana-mana blog sahaja yang anda suka.
mudah sahaja, sign in je akaun google. sebelum tu jangan lupe klik butang follow/ikut.
dan.
ikut sahaja arahan mudah.


Nota berjalan: Aku buat sesuatu aku tak mengharapkan pulangan. tapi jika dapat pulangan itu maknanya rezeki oii.. :)









Monday, October 24, 2011

kalau akar bunga dah rosak, gunalah baja apa sekali pun ia tetap takkan berguna.






"bukan nak suruh korang belajar sains hari ini dan bukan juga belajar pertanian dan cara penyebaran. sila take a note.. hehe"



"insyaAllah, kalau baja salah. akar bunga masih ada bukan. jadi boleh pilih baja lain, tetapi kalau akar bunga dah rosak, macama mana pusing pon takkan boleh pilih baja lain. sebab bunga takkan segar sebab akar dah rosak. jadi pilih baja lain atau tidak tetap takkan bagi impak.♥"


ini adalah sesuatu yang aku luahkan secara sepontan saat ada sipolan yang menyatakan.. "pakai baja apa?..." kemudian aku jawab "baja GRED A" dan jawapan yang dia berikan pada aku.. "hehehehe..jangan salah baja pulak. merana bunga"...... maka itulah cetusan yang dikurniakan oleh otakku yang ligat pada masa itu...

kusut.
itu yang ada dalam kotak fikiranku.
frontal lobe aku macam digunakan secara laju..laju.!
kiri dan kanan! huh!

ini ulasan ku kepada hujah diatas.
knp?
1)bunga yang aku maksudkan adalah diri kita.
2)akar adalah kohormatan kita sebag
ai wanita.
3)baja adalah cinta *pasangan kita*


jika kita mempunyai kehormatan, maka insyaAllah jika kita salah memilih pasangan, kita masih boleh memilih pasangan lain yang lebih baik boleh dijadikan peneman kita menuju kejalanNya. tetapi jika kita tidak mempunyai kehormatan diri, kita takkan boleh merubah kehormatan yang sudah terjual itu kepada kehormatan yang masih ada dalam diri kita.

nasihatku wahai adik2, kakak2 wanita2 yang berada diluar sana. jagalah akar anda dengan baik.. baja yang baik tidak akan merosakkan akan dan memakan akar. itu baja GRED A. maka jika bunga merana masih ada baja yang boleh menggantikannya. untuk menghidupkan bunga. jika baja salah, maka itulah yang terjadi bunga takkan berbunga lagi dan akar ditelan dek tanah akibat kerosakan.

p/s: "biarkan bunga hari ini merana (bersedih), tetapi jangan biarkan akar yang rosak di makan dek baja yang tidak baik.." renung2kan dan selamat beramal. ♥
ini untuk mereka yang masih belum berkahwin, jaga2lah dirimu..

ada seorang lelaki pernah mnyanyikan sebuah lagu untuk ku. judul "baik2 syg".. lagu ini dan dia telah menekankan tentang liriknya yang berbunyi "kerna bagiku, kau kehormatanku, dgrkan dengarkan aku..".. itu lah lelaki jika dia seorang baja yang baik walaupun mungkin bukan yang terbaik.. ♥


Sunday, October 23, 2011

Dalam pemikiran :: Pembinaan hati baru

benda rumit dan tak nampak bayang penyelesaian.

"sebagai manusia kita selalu kena ingat, ada hati yang harus dijaga. keegoan dan keterlampau bijaksanaan akan membuatkan kita menderita kesakitan, tidak rasa sekarang bukan. tapi suatu hari nanti itu pasti. jangan melukai mereka yang tidak bersalah... jangan nangis.."


itu je yang aku boleh gambarkan buat setakat ini.

maaf sebab membiarkan blog ini yang sudah usang lagi bertambah sarang..
ada niat nak update blog, sebab ada banyak benda yang aku nak catatkan ulasan di sini..
tapi banyak benda juga setiap kali aku tulis, setiap kali itu aku memadamkannya..
tulisan ada sesuatu yang lebih mudah dibaca daripada membaca apa yang ada di dalam hati.. bukan?

terlampau banyak yang berlaku dalam kehidupan aku sewaktu aku tidak mengendalikan blog ini.

ya!

banyak sangat!

kadang kala bila kenang semua benda yang jadi..
ada tiga perasaan yang kita akan rasa.

1) bersyukur
2) pedih
3) matang

tidak?
okey! sakit itu yang lebih bukan.
itu biasa bila terlalu lama dipendam, nanahan hati itu makin menjadi-jadi.
wow! seriusly sakit macam nak tukar je hati baru..
jadi untuk mengubati nanahan itu kena ambil masa yang lama..
ya..lama..

kadang-kadang kita selalu ditomah dengan hinaan yang menggunung.
tidak!
bukan kadang-kadang tapi selalunya..
manusia selalu meleparkan fitnah tanpa menjaga hati kita.
ya. itu manusia yang tidak punya hati..
dan aku selalu akan menjadi pemerhati.

kini.
aku ingin bebas dari hujah-hujah kosong yang dirasakan berisi.
aku nak jauh pergi dari perlihatan kurang bijak yang dikendalikan oleh manusia.
cuba untuk memaafkan.
tapi masih tidak dapat menyempurnakan kemaafan itu.
maka kini aku berdiri..
mutiara jernih pada kelopak dah lama aku cuba hapuskan.
dan ia semakin surut.

tapi Allah selalu memberikan aku satu hati yang dalam kesedihan dan kemurungan untuk aku ajak dia bersama-sama menjadi kuat. yeah! kuat!! kadang kala kita tidak dapat memahami akan diri kita sendiri walhal kita sebenarnya sudah cukup faham dengan kemampuan diri kita. maka kini, aku dan sebilangan rakan sedang mengalami pembinaan hati yang baru.. insyaAllah moga dipermudahkan segala urusanya..


nota: Aku ingin melangkah penuh gagah dan meninggalkan sesuatu itu jauh dalam pelosok dan biarkan ia hilang dalam penglihatanku dengan penjejakan yang dilangkahi hari demi hari.. moga-moga.!

Sunday, July 31, 2011

PERSEPSI MATA HATI :: DRIVER bernama BAHASA

Assalammualaikum dan selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi yang beragama islam.


hurm, wish dah..bagi salam pun sudah sekarang is story telling.. yeay! haha..
ok, semalam aku telah pun pulang ke kampung. nak berpuasa dengan mak ayah dan alhamdulillah aku telah pun selamat tiba ke destinasi. tapi semalam ada satu cerita yang aku nak kongsikan bersama.

ceritanya begini>>

Aku telah selamat tiba di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang pada aku sanggat gah namanya di mata penduduk Malaysia dan dunia. Pelancong dari negara asing juga akan menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi yang wajib dilawati. Hidup di Bandar ini bukan mudah untuk golongan orang yang sederhana seperti aku. hanya manusia yang cekal dan berkedudukan tinggi sahaja yang mampu hidup di sana. Buruh asing juga ramai dikawasan ini. Kuala Lumpur adalah bandar yang sangat sibuk. Di sana bukanlah suatu tempat kedaiman kerana orangnya juga bukanlah seorang yang boleh bersabar dalam segala hal.

Aku macam biasa akan turun di Pasar Seni dan berjalan kaki ke Stasen Bus Klang lama.  Aku memang akan terus naik bas dan pulang ke rumah, aku bukan seorang yang suka berjalan-jalan di Kuala Lumpur. sewaktu di dalam bus, aku lihat macam-macam ragam manusia. ada yang suka merokok, buat bising, mengorat, bergayut, melihat macam nak makan tak kurang juga manusia yang kurang adabnya. tapi satu benda yang bila sahaja aku naik bas aku akan selalu memerhatikan ialah pemandu bas tersebut.cara dia layan dan sebagainya. kali ini, biar aku ceritakan semuanya sebagai pedoman dan panduan.

semalam aku lihat seorang pemandu yang elok rupanya tapi bukan sifatnya. mungkin nasib aku sebab dia tak menunjukkan sikapnya sewaktu aku naik. tapi kasihan melihat dua orang warga asing, mungkin buruh di situ. sudah tua dan aku kira dia beragama islam kerana dia memakai kopiah. dari pengetahuan aku dia mungkin dari bangladesh.

dua orang warga asing tadi naik dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang aku kira usianya baru sahaja mencapai 16 tahun, yang duduk di sebelah pemandu. lagak budak itu seperti pembantu pemandu. aku lihat budak itu duduk dan menggoyangkan kaki, memakai rayban yang tak ori, seluar jeans lusuh, baju ketat dan lambang tah pape. budak itu dengan sombongnya tersenyum sinis dan buat muka macam budak hensem padahal dia gemok dan tak hensem.. MassyaAllah.. tapi itu kebenarannya. budak itu memang mungkin tak sekolah dan tak belajar adab. kasihan bukan. pertanyaan warga asing itu senang sahaja. "halo encek ini ka bus number 16 belas encek?" budak itu jawab, "eh, kau ni tak payah naik bas ni la kalau tak tahu ni bas nombor berapa." kemudian dia ketawa.

warga asing itu tunduk malu dan sekali lagi cuba bertanya kepada pemandunya pula. "encek, ini bus number apa encek? number 16 ka encek?" pemandu tadi menjawab, "hah, ya la.ini nombor 16. kenapa u orang asik tanya saja? mau naik ke tak mau?" lalu warga asing tadi bertanya lagi "encek ini betul la number 16 ya encek?" pemandu bas itu naik berang, kini dia bukan sahaja meninggi suaranya seperti yang tadi. dia siap bangun dan menengking. "ya la! u mau naik ke tak mau? kalau tak mau u keluar sekarang dan u jangan naik lagi. i tak nk u naik lagi. faham!!" kemudian warga asing tadi di tolak keluar.

orang ramai kemudiannya naik, naik, dan naik bas ini sehinggakan hampir penuh ruang yang ada. tiba masa bas ingin berjalan. aku lihat dua warga asing yang sudah tua tadi masih berada di sisi bas. kemudian cuba mendapatkan bas, tetapi apa yang berlaku. pemandu bas itu menutup pintu bas dan terus berlalu. yang paling menyentuh hati, warga asing tu berlari di sisi bas, tetapi pemandu itu terus laju dan sikit pun tak berhenti. lama kemudian aku lihat ada pengawal memarahi warga asing itu. mungkin kerana membahayakan dirinya. kasihan sangat sehinggakan aku mengucap melihat perangai buruk pemandu. hilang terus warga asing dari pandanganku, tiba-tiba pemandu dan budak tadi ketawa berdekah-dekah. sekali lagi aku rasa sangat sedih. insan seperti inilah yang menjatuhkan persepsi orang luar kepada negara kita. insan seperti ini jugalah yang merosakkan anak bangsa. tidak tahu langsung adab berbudi.

aku kemudian terlelap dan aku lihat sekitarku seperti aku sudah sampai di Klang. Sebelum aku turun tergerak aku untuk pergi kebahagian tempat pemandu dan dengan keberanian yang Allah berikan kepada aku, terkeluar daripada mulut aku sesuatu "dik, adik rasa adik hensem tak? kalau rasa adik hensem sila hensemkan juga perangai tu.. pak cik, rasa tak dah tua pakcik sekarang ni? kalau pak cik tak rasa..cuba tengok cermin dan selak satu persatu rambut pakcik ada tak uban.kalau ada bersiap sedialah dengan amalan.takut nanti kat kubur kena tanya. maafkan saya. salam".. aku terus berlalu, aku dapat tengok budak dan pak cik tadi mengomel dan pandangannya memang seakan tidak puas hati. dalam hati aku cuma mampu berdoa semoga mereka diberikan taufik dan hidayah. amin..


p/s: budi bahasa budaya kita. tak rugi kita berbudi dan tak rugi juga kalau kita berbahasa.

Thursday, June 16, 2011

pandangan :: mahalnya cinta

assalammualaikum..
dan salam sejahtera...
ada apa dengan CINTA ??




Sebenarnya entry ini aku sengaja buat khas untuk bagi pendapat aku pada seorang sahabat aku merangkap kawan lama time sekolah rendah.. Actually, we are not best frend and not knowing each other.. tapi aku tahu dia dulu budak baru yang masuk sekolah tu darjah 5. hahahahaha... tapi itu dulu.. now we are frend, sebab dia suka menyemakkan wall aku di facebook..huh!

Guys out there yang budget tahu pasal L.O.V.E, stop dreaming by using ur money to get woman heart. bukan semua benda kau boleh beli dengan wang ringgit... What The Nugget with people those who were thinking like you! you! and you!!.. stop dreaming la... now, woman can succed without man... money can't buy everything.

aku salut dengan kawan aku   Si  Batman ni.. kisah sebenarnya dia pergi dengan gadis idaman dia yang merangkap kawan dia ke satu tempat untuk orang yang nak buat, atau buat pasaran MLM ni..dia kata dia sangat teruja dengan si speaker tu, tapi ada satu ayat yang dia tak setuju.. got it!! bagus kalau kau tak setuju.. sebab aku pun tak setuju.. speaker tu cakap,"sekarang cinta semua boleh di beli. Tiada duit tiada la kasih sayang".. duh!!



"ibarat seperti awan. bukan mudah untuk kita gapai. atau meredahinya.. padang ke dada langit
lontarkan sesuatu kearahnya.. kalau kau mudah mengalah ia akan mudah jatuh...
dan sukar sesuatu itu untuk sampai kepadanya..
seperti cinta... mudah putus asa
kau kecundang memilikinya.."

                                                                                        

memang benar cinta itu sangat mahal.. orang yang berilmu tapi tidak memiliki akal sahaja yang boleh bercakap macam tu.. aku tak berapa nak setuju sebab...

mungkin dia tak tahu yang cinta itu sangat mahal. atau mungkin dia tak pernah dapat cinta dan selalu kecundang dalam cinta. atau... dia tak tahu apa itu cinta...tahukah dia cinta itu sangat mahal..??


Reason aku:


1) Adakah cinta kita kepada anak dengan memberikan dia wang sahaja tanpa kasih dan sayang? dan sekiranya anak kita terlibat dalam kemalangan.. adakah nyawa anak yang kita cinta tadi boleh ditukar ganti dengan hanya berikan pada doktor itu wang?? jwapannya: wang bukan jaminan..
2) Maruah...cinta kita kepada maruah kita.. adakah dara perempuan dan juga teruna lelaki boleh juga dimiliki kembali melalui wang? jawapannya masih sama iaitu wang bukan jaminan..
3) cinta akan ibu bapa, adakah ibu bapa juga boleh dibeli dengan wang ringgit?? ringgit malaysia?? ataupun RM? hahaha.. sama je la semua tu kan....  jawapannya: wang bukan jaminan..
4) terakhir, cinta kepada ILLAHI.. adakah ianya juga boleh dihadapkan dengan wang ringgit?? jawapannya: wang bukan jaminan..


yea.. wang bukan jaminan, bukan jaminan untuk mengikat jamin nyawa yang dah hilang atau akan hilang.. bukan juga untuk mengikat jamin dan mendapatkan kembali maruah yang telah hilang... bukan juga jaminan untuk mendapatkan hati seseorang.. bukan juga jaminan untuk mendapatkan seseorang. meskipun kita boleh mendapatkannya dengan senang atau membeli isteri.. ya! membeli isteri.. zaman sekarang isteri boleh dibeli beb.. sama ada untuk isteri yang haram.. main pakai buang atau pun hadapkan duit pada mak ayah yang mata duitan untuk mendapatkan gadis sunti.. padahal gadis itu tidak cintakan dia... tapi dipaksa.... bukan jaminan.. meskipun seorang pelacur dibayar harga wang untuk dipakai selama semalam.. atau mungkin setahun.. belum tentu hatinya milik awk.. kenapa? sebab dia bukan digunakan oleh awak sahaja.. tapi ramai orang.. bukan juga  jaminan untuk memiliki hati gadis yang terpaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan atas kehendaknya. ya mungkin kau menang dengan memiliki tubuhnya atau zahirnya.. tapi bukan batin iaitu dalamannya.. hati bukan boleh untuk dilonggokan dengan wang ringgit. percayalah.. terakhir, ia juga bukan jaminan untuk mendapatkan keredhaan Ya Illahi...

semua yang kita lakukan di dunia. rujuklah kembali dan cuba berpaksikan padaNya.. dengan lafaz niat..
"Lillahi taala : sesungguhnya hanya kerana Allah SWT".




p/s: sekadar bingkisan dari hati. kau rasa aku betul.. sila senyum.. ^____^

Wednesday, June 15, 2011

:: cinta si pemungut tin ::

assalammualaikum.. dan selamat pagi..
hai smua... *sambil tarik nafas dalam-dalam*
lama dah tak menaip untuk menyatakan sesuatu..
notebook pun seakan berhabuk je..

**maaf la.. aku sangat sibuk.. tapi dalam kesibukkan aku mengakui kadang fikiran aku tak berhenti mengingati blog aku yang usang dan yang tidak berpenghuni, tak seperti blog Cik Apple atau Abg Ben.. hahahah...

ye.. aku akui, dalam sendirian aku sempat terfikir akan sesuatu, dan sering kali itu aku disua dengan pelbagai rintangan tapi tak mengapa sebab aku berblog bukan untuk mengaut keuntungan daripada nuffnang ataupun yang sewaktu denganya. chill..*hembus nafas*

.... baiklah.. aku nak berbincang mengenai tajuk entry kali ni iaitu Cinta Si Pemungut Tin..*duh! bunyi dah macam good-good je entry ni... lets find the answer.. good atau put ur mother print down.. ceh.. skiping omputeh aku tau! <<<<




ceritanya bermula pada pagi isnin yang lalu.
waktu tu aku duduk di tempat biasa yang hmm.. macam biasa aku datang bagi salam pada pakcik kaunter tu, then cakap.. pakcik tiket Tanjung Malim paling awal pukul berapa ya??? pakcik tu jawab," pukul  2 petang dik.." aku tengok pada jam ditangan yang dah masuk air dan batu berlian tiruan sudah jatuh 2 biji... ouchhh! baru pukul 12.20 minit...what the nuget rite!

aku pandang sekeliling lepas dapatkan tiket..after tu, aku duduk.. dan sekali lagi aku lihat sekeliling.. tempat ni tak ubah.. bersawang.. kotor.. hurmmm...... sejak pudu tutup untuk diubah suai dulu, aku lagsung dah tak pergi sana... beli tiket kat situ je...

selepas 5 minit aku duduk.. tiba-tiba ada orang datang dekat depan aku.. beb! dup dap.. dup dap..! aku dongak.. bulat mata aku tengok...............dia pakai baju compang camping...rambut tak bersikat.. memang tak terurus.. GOD! aku memang rasa nak suh dia pergi mandi je kat tandas awam tu... aku nak je bagi rm20 sen kat dia suh g mandi... *kejam kan!*

............tapi jauh sangat dalam hati aku sedih melihat hamba Allah ni..dia datang dan senyum...masih senyum walaupun keadaannya seperti itu.. sikit pun tiada airmata yang dititiskan dihadapanku....dia capai tin kosong milik pemuda yang tiada sivik tinggalkan kat situ sambil pandang aku.. mungkin dia ingat itu kepunyaan aku.. tapi aku tahu jauh disudut hati dia, dia bersyukur.. sebab ada rezeki tin untuk dia hari itu... lantas dia kembali tersenyum dan berlalu...

aku masih memerhatikannya dalam sembunyi....aku lihat dia seperti memunggah sesuatu di sana... matanya redup meski rambutnya kusut masai seperti berus dawai.. dan anak mataku tak lepas mengekori tubuh susutnya.. dan arah mataku berfokus lama...dia datang pada seorang budak, budak itu peminta sedekah.. dia hulurkan wang seringgit pada budak itu dan masih menghadiahkan senyuman sepertimana senyuman yang terhulur buat ku. arghh! aku tergamam.. dia sudah tua..kedutnya berselerak...

** timbul persoalan, kenapa dia yang susah masih mampu menderma kepada orang yang susah? kenapa kita yang senang tidak mampu menghulurkan sesuatu untuk dikongsikan bersama? bahkan untuk sedekahkan satu senyuman juga sangat berat untuk dilakukan oleh pemuda/i sekarang... aku terkesima..

perlahan aku dekati budak si peminta.. dan ku hulurkan sebungkus makanan.. kerna hanya itu yang masih bersisa buatku.. dia menerima dengan rasa selesa... dan aku kembali ke tempat dudukku.. seorang pakcik menegurku dan berkata," kenapa suka pandang orang macam tu? "  dan aku senyum hambar..  pakcik tadi bersuara garau.. "dik tahu, zaman sekarang ni manusia sanggup buat apa sahaja untuk puaskan keinginan hati. terlebih lagi remaja-remaja. kadang kita ada ilmu.. tinggi!! lebih tinggi dari gunung, mungkin..tapi ilmu tu belum cukup mampu untuk pastikan sahsiah kita ini seperti seorang yang sangat berilmu.. sebab ilmu matematik tidak digunakan untuk membina sahsiah... ilmu sains juga begitu.... dan ilmu agama juga sekarang bukan jaminan untuk membentuk sahsiah.. kenapa? sebab budak sekarang belajar agama walau dipaksa macam mana sekalipun dihantar oleh ibu dan ayah ke sekolah waimah sekolah itu sekolah agama sekalipun, agamanya belum cukup mantap untuk tertusuk ke dalam hati. sebab mereka hanya belajar untuk duduk dalam peperiksaan dan lulus cemerlang. tetapi tidak dipahatkan di dalam hati.. sebab itulah ada seorang bapa yang sudah penat lelah.. bersengkang mata.. membesarkan anak-anak menjadi seorang yang berguna...akhirnya menjadi seorang pemungut tin...semata akibat mengisi masa lapang yang ada dari di tempatkan di rumah orang-orang tua.. mungkin ada dua jalan dalam hidup kita. satu ia sakit.. teramat sakit... tapi senang duduknya.... satu sulit, perit, hiba.. sukar duduknya.. tapi kebebasan dapatnya....dan pakcik pemungut tin tadi memilih jalan yang kedua. anak-anak sukar untuk memahami keinginan dan jiwa ibu bapa.. kerana ibu bapa terlebih dahulu meningkat usianya dari anak-anak.. dan anak-anak belum sampai masa lagi untuk capai tahap umur ibu bapanya... dah berjaya jadi guru nanti jangan lupa jasa orang tua.. seperti mana anak-anak pakcik pemungut tin itu.. mereka lupa akan cinta pakcik pemungut tin tadi." dia berlalu.. dan aku senyum..


*** aku sedih melihat keadaan orang yang terbiar nasibnya.. mungkin rasa empati itu sangat kuat dalam diri aku... aku janji, ibu dan ayah aku takkan terima nasib yang sama.. dan aku juga yakin dan pasti yang mana, atas cinta si pemungut tin itu tadi.. dia juga sanggup mengorbankan wang sakunya.. menahan lapar untuk anak kecil yang meminta-minta di jalanan... pada aku, dia bukan sahaja seorang bapa yang baik kerana tidak merungut sampai masuk dalam tv 3... tulis dan heboh pada media massa untuk memburukan reputasi anak-anaknya... tapi dia juga seorang masyarakat yang perihatin.. kerana dia seorang bapa... mungkin juga seorang datuk.. aku tahu dia tidak mahu anak kecil itu kelaparan..........


..SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAHANDA TERCINTA MOHD SAIMI BIN JAINI..


p/s: nilailah sesuatu dari cerita ini.. aku menulis bukan minta untuk dipuji.. tapi untuk dibaca dan secebis rasa itu buat tersemat dihati.. chill!

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru

ye.. tak lupa..




SELAMAT HARI GURU
*16 MEI*

buat semua guru di Malaysia.. jasamu guru dikenang..




mood: down

assalammualaikum..


aku tak mampu buat apa-apa hari ini.
macam down je..
lagi-lagi hari sabtu semalam.. dah la kat tempat lesen..
kenapa aku pun tak tahu. dada sesak.. kepala berat.. mata nak keluar air..
aku rasa macam rindu je.. TAPI TAK TAU KAT SAPE...
down sangat. aku harap smuanya akan pulih seperti biasa..

18hb aku dah kne balik tg malim. aku ada tugas untuk kemasukan budak-budak baru..
aku cuma harap satu sahaja..

sekiranya Allah ingin menunjukkan sesuatu pada aku.
maka tunjukkanlah kebenaran itu.. amin..



Bencinta - Faizal Tahir

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu







Cuba

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu


Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa


Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa


Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu

Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku


Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu





SAMPAI SYURGA


Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu



NOTA: mesti semua pelik kan kenapa aku dah letak vedio yang ada lirik.. tetibe je bagi lagi lirik lagu. tujuan aku bagi kau orang baca betul-betul. dan cubalah hayati.. hehehe... aku pun tak tahu apa motif aku.. tapi.. lagu ni feel pulak bila aku dengar time down-down ni.. hahahahaahahahaha.. chill beb.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...