IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Friday, October 28, 2011

Harga Sebuah CINTA (PART 7)










"Assalammualaikum. En. Naqib?" sapa seorang yang berbadan tegap dan bermisai lentik. Di sisinya setia ditemani seorang yang berbaju hitam bermuka bengis.


"Waalaikumsalm. ya saya, ada apa ya?", jawab Naqib.


"kami polis. kami mempunyai waran tangkap untuk membawa encik ke Balai untuk di soal siasat mengenai kes kematian Cik Mellisa Edward. sila ikut kami ke balai." tegas nada lelaki itu. seraya menunjukkan kad kuasanya dan kemudian membuka pintu Naqib untuk memegangnya.

Najwa yang duduk di dalam kereta turut tersentak mendengar khabar yang diberitakan oleh mereka." Abang?", sepintas itu Najwa terus memaling dan memandang Naqib.

"ta..tapi encik. Apa kaitan kes kematian dia dengan saya? begini encik, isteri saya tidak sihat biarlah dia masuk ke dalam dahulu. Saya akan ikut encik ke balai. tapi biar saya papah isteri saya ke dalam dahulu. encik boleh ikut jika encik tak percaya."  Pinta Naqib seraya bangun dan keluar membuka pintu Najwa. 


Najwa memandang Naqib dengan penuh pertanyaan. kelopak matanya sudah mulai membengkak menampung air mata."Abang. Wa takot, jangan tinggal wa." pinta Najwa, kali ini dipeluknya Naqib seeratnya.


"hey sayang, kenapa nangis. abang ada ni. abang tak kemana. wa tunggu abg di rumah ya. abang pasti balik. wa jangan kemana-mana. jaga diri dan kandungan. abang tak nak apa-apa jadi pada wa. abang sayang wa. jangan nangis sayang. abang ada. abang pasti balik. abang janji." Naqib memujuk najwa dan kemudiannya mengucup dahi isterinya sambil memapah isterinya masuk naik ke atas kamar. 


Dia menyelimutkan najwa. kemudian dia berkata, "abang tahu sayang abg marah dengan abang. tapi abang bangga dengan sayang sebab sayang tak pernah meninggalkan abang waktu abang dalam kesusahan. abang sayang wa. abang tak bersalah. abang akan pulang. wa tunggu ya. " Dia mencium dahi najwa dan tangan Najwa.


Najwa menangis kerana dia takut akan kehilangan Naqib. "abang janji dengan wa, abang akan balik ya.wa tunggu, wa takot sorang-sorang. abang wa nak minta maaf wa kasar. wa tak mahu hilang abang. wa cintakan abang." airmatanya seperti air hujan yang mencurah-curah tanpa di pinta.


"ye wa, abang janji. jaga diri, jangan wat kerja berat-berat. jaga kandungan. nanti abang suruh fatimah datang jaga wa. ye sayang. abang pergi dulu. tidurlah sayang. I love you." Naqib menghampiri dua lelaki tadi dan keluar dari kamar tersebut.

Najwa binggung dengan kejadian yang menimpa. dia risau dan berbagai persoalan sedang berada di dalam pemikiranya. adakah naqib bersalah? kenapa Mellisa pergi secara tiba-tiba?. "Ya Allah selamatkanlah suamiku, kau ringankanlah dan permudahkanlah setiap urusan itu. aku tahu suamiku tidak bersalah, kau bantulah kami Ya Allah. amin ya rabbal a'lamin" doa najwa tidak henti-henti. dia mengelap airmatanya, dia mula rasa rindu kepada naqib. 


***********************************************************************"


Tok..tok..tok!!" ketukan pintu bilik berbunyi.

Najwa terjaga dari lenanya, dia sangat kepenatan menangis. Dia lihat jam di dinding sudah ke angka lapan malam."Ya Allah. aku sungguh terlena. asar dan maghribku belum tertunai." Namun dihatinya lega kerana dia sangkakan naqib sudah pulang.  

tiba-tiba, pintu dikuak dari luar dan kemudiannya dia melihat sekujur tubuh yang memakai baju kurung berada dimuka pintu. "Fatimah" desis hatinya.

"kak, macam mana? okey?. ima datang dengan mak. abang telifon tadi cakap akak tak sihat dia ada hal diluar takot balik lewat. dia suruh kami temankan akak. maaf lewat, jalan sesak sangat tadi dari Klang ke sini. kan hari kerja. semua balik kerja." dia terus mencapai tangan najwa dan mencium.


"oo.. akak ingat tadi abang balik. hurm. mak mana?",tanya Najwa cuba untuk berselindung takut benar andai dapat di duga akan kemelut yang melanda rumah tangganya. 

"mak ada kat bawah dengan along. malam sikit nanti mak balik. Ima tidur sini jaga akak ya. esok mak dengan along kerja.", jawab Fatimah lembut.


 "akak nak solat sayang, badan akak tak larat sangat, boleh tolong papah akak pergi tandas?", Pinta najwa lembut. "baik kak. mari."  Najwa dipapah oleh Fatimah ke tandas dan dia menyempurnakan wuduk'nya.Najwa menunaikan solat fardhu dan qada'. Usai keduanya dia berdoa dan kemudian turun ke bawah untuk berjumpa dengan mak mertuanya.

Dia hanya mengenakan tudung syiria dan jubah yang dipakai bersama Naqib sewaktu di hospital tadi. Teringat di fikirannya, mengapa Naqib memakaikannya jubah? mungkin dalam keadaan cemas itu jubah adalah yang bersesuaian dan mudah disarungkan. lucu.

"mak, dah makan?", sapa Najwa sambil menyalami mak mertuanya. 
"kamu okey?", tanya Puan Rukayah. 
"alhamdulillah. baik mak. cuma badan rasa lemas sangat dan tekak mual-mual." jawab Najwa.


"Pergilah berehat. mak nak balik kejap lagi.Kamu tu sakit dan berbadan dua." ujar mak naqib.Najwa tersentak dan terus tunduk. dia fikir naqib belum memberitahu perihal itu kepada keluarganya.

"insyaAllah, abang pun dah pesan tadi. nanti najwa ke dapur buatkan air dulu ya mak." 

Along yang diam dari tadi mulai bersuara. "tak payah Wa, Ima dah tolong buatkan. Kamu rehat je kat rumah. Naqib pun la, urusan apa lah sampai isteri tengah sakit pun nak pergi lagi." Nadanya tegas.  

"abang tak sengaja tu along. dia ada urusan penting. nanti balik la tu. along esok kerja?" tanya najwa mengubah topik perbualan.

"along kerja wa esok, itu yang kena balik. tak apalah, esok along dengan mak datang lagi. along minta cuti esok." jwab along sepontan.

Najwa terkejut dengan jawapan along, dia tidak mahu menyusahkan along dan mak mertuanya. Najwa tahu along memang seorang yang sangat perihatin dan penyayang penuh dengan tanggungjawabnya, namun dia masih belum mempunyai rezeki untuk berjodoh. Dia senyum melihat along, ikutkan hati hendak saja dia berkata tidak perlu bimbang menyusahkan tapi bila difikirkan dia kenal benar along, jika dia kata itu, maka itu lah jawapannya. 

Puan Rukayah ibu mertuanya hanya tersenyum, dia kenal benar sifat pendiam mak mertuanya, bukan dingin tapi lebih suka berdiam dari berbual.


 "Ima, mak dengan along nak balik ni, tolong jaga kak wa kamu ya. esok mak datang bawakan apa yang patut." arah mak mertuanya kepada Fatimah. 

"baik mak. mak dengan along balik hati-hati ya." pinta Fatimah sambil menyalami mereka. 
Najwa turut menyalami ibu mertuanya. kemudian menghantar mereka sehingga ke muka pintu, badannya masih lemah dan tidak mampu berdiri lama. 

Dia pantas masuk ke dalam semula dan duduk di sofa.Najwa merenung nasib dan masih menanti suaminya pulang dengan penuh setia. "Abang wa rindu abang. balik cepat bang. wa takut." pinta najwa di dalam hati.


"kak, kenapa ni? rindu abang ya?" soal Fatimah.
Najwa hanya mampu senyum dan mengangguk. "Sudahlah kak. nanti abang balik.dia pun mesti ingat akak. akk rehatlah dalam bilik. kalau nak apa-apa cakap nanti Ima buatkan. mari Ima hantar akak masuk bilik." ujar gadis molek itu.

Mereka berjalan seiringan menuju ke bilik."Ima, malam ni tidur dalam bilik dengan akak ya. akak takut." Rayu Najwa. Fatimah tersenyum sambil mengangguk kemudian berlalu. 


Najwa mencapai telifon bimbitnya kemudian menaip pesanan ringkas kepada Naqib. Dia tahu Naqib tidak akan membalas namun dia tetap menghantarnya. 


"Assalammualaikum, abang.. ayang rindu sangat pada abang. wa tak tahu abang tak bersalah. wa percaya abang. abang balik cepat. wa rindu. wa takut sangat.. balik cepat abang. wa risaukan abang. wa rindu abang.. baliklah bang.ampunkan wa bang. wa minta maaf.  Wa cintakan abang."


 Najwa menangis dan berdoa moga Naqib akan dibebaskan cepat. Dia kemudiannya mengambil wuduk dan mulai mengaji.



**********************bersambung***********************


p/s: maaf lewat sangat. dan terlampau sangat2 terlewat menyambung.  maaf banyak-banyak. insyaAllah sambungan untuk part 8 akan dipercepatkan. komen anda amat dihargai, terima kasih.

2 comments :

ziera joe said...

alaaaa...cepat la continue...!! sedey nyer... tp suke ngan pgunaan ayat nyer..

SuaraTersekat said...

ohooo.. ok terima kasih ziera..
nanti akan diuploaad part 8. pada petang ini k. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...