IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Tuesday, June 4, 2013

Paramore Vs Alarm


Assalammualaikum.





Terasa macam di awangan. Dah bertahun tinggalkan sekolah.

Cepatkan masa berlalu. Pantas. Tak lah macam kilat. Tapi bila kenang balik seumpama lampu picit cahayanya. On and Off!



Masa SPM dulu aku suka dengar lagu PARAMORE. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, lagu tu bingit, serabutkan, music kuat. Lagho! haha. tapi aku tetap juga dengar.


Aku seorang yang sangat suka tidur. Hobi aku tidur. Benda paling aku rajin buat adalah tidur. Kemudian diikuti dengan makan. Makan? huh!


Lagu masa zaman jahiliah. haha!

Aku suka dengar lagu paramore masa study dengar waktu malam-malam dengan harapan aku takkan tertido. Aku buat air kopi pekat likat, kemudian baca buku. Aku kuat tidur jadi lagu yang memekak macam ni buat aku terjaga dari tidur.


Dulu bukan main hafal lagi lagu ini. Masa aku SPM dulu aku belajar dengan kawan-kawan lelaki. Bukanlah sebab aku menggatal atau aku ni tak ada kawan perempuan. Tapi sebab aku lebih suka dengan tahap IQ dan pemikiran lelaki. Bila mereka serius, mereka akan betul-betul serius, bila sembang mereka akan sembang dan bila hampeh, aku pun jadi hampeh.


Nanti aku cerita tentang kawan-kawan aku yang super duper cool masa study SPM dulu-dulu.
Tapi dalam lain episod. haha.


So, lagu ini memang buat aku betul-betul segar masa tu. Masa masuk Universiti aku dapat Kolej,  duduk datu rumah 8 orang dan setiap bilik dua orang. Roomate aku masa sem 1, tak banyak cakap. Masa hari pertama mak aku dengan mak dia sembang-sembang. Aku dengan dia cuma berpandangan. Aku rasa macam aku asing lak. Aku memang takkan kena buli punya sebab aku ni keras kepala. So, apa berlaku awal sem tu, sebab takut masuk kelas lewat gara-gara bangun lambat, aku pun kunci jam guna lagu-lagu paramore ni. Memang memekak! Tapi resultnya... dia yang terjaga dan kejutkan aku. Aku pulak boleh selambe bangun dan matikan jam kemudian tidur balik. Lepas tu sepuluh minit lagi jam berbunyi. Sampai kali yang ke lima. Sebab aku set jam 5 kali untuk alarm. Memang dia bengang masa tu. kejut aku. kejut aku. Last yang ke lima aku bangun sendiri tanpa rasa serba salah kemudian senyum. duh!


Selepas dua minggu di awal sem, roomate aku dah faham keadaan aku dan dia mengambil keputusan sendiri untuk mengejutkan aku. Masa tu aku dah tak pakai jam loceng elektronik melalui gadget. So aku dapat jam loceng tak berbayar yang manual. hehe. Awesome! Dia sangat baik dan penyayang!


Sem dua aku dapat roomate baru, serius pengemas. Baguslah! sebab aku tak suka kotor-kotor. Tapi, hari pertama lagi dah kena panggil dengan dia. Nak adakan meeting bilik katanya. padahal aku dengan dia berdua je. duh! badget senior padahal sama masuk. Bincang punya bincang, sekali aku tengok banyak sangat barang dia. Sangat okay! siap tikar semua macam orang pindah rumah baru. Semua kaler hijau. semua dia nak renovate. Aku lak semua kaler unggu. Sebab aku suka unggu. tapi tak obses sangat macam dia. So aku pening tgok barang dia serabut sangat sampai tempat aku pon dia macam nak letak gak, aku amik masa untuk kenal dia. Lama jugak. dia ni pelik sikit. Sambungan nanti bila-bila aku cerita pasal dia.



Dan.. lagi sekali aku buat masalah yang sama. Pasang jam loceng sebanyak 5 kali guna lagu Paramore. Dia kejut aku banyak kali. Aku buat selambe je, malas bangun. Tak lama lepas tu dia tolong kejutkan aku.


Roomate aku tahu nak kejutkan aku sebab tak nak di ganggu oleh lagu yang bising tapi tuan punye badan tak bangun-bangun jugak. -___-''. maafkan aku! Aku memang tak penah duduk asrama.








#Jangan menyusahkan orang ya, bagi adik-adik yang baru nak belajar duduk asrama. Tapi kalau nak tiru aksi aku, tengok orang jugak. Takut kena sembur kang. Padan muka! aku tak nak jawab. hahaha.



Khas untuk Korang yang Tersayang.
Ni lah lagu yang aku guna!








Layan!



No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...