IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Wednesday, June 19, 2013

The Power Of Food





Assalammualaikum.

Sejak buat blog, tak pernah aku kongsikan tentang makanan. Walhal nama blog aku ade kuali dan senduk.
Aku sangat suka makan, berat badan aku boleh naik mendadak kalau pasal makan.


Mak aku bukan seorang yang suka masak berkuah sangat, dia lebih kepada gorengan dan tumisan. Tapi untungnya aku ada mak angkat ramai dan semua mak angkat aku suka masak makanan yang berkuah dan berlemak.


Tapi masakkan mak kita tetap akan rasa lain kan?
Sebab kita dah biasa dengan masakkan mak walaupun mungkin masin dan pedas melampau.
Tapi itu yang sedap dan membuatkan kita rindu.


Aku nak kongsikan beberapa makanan favourite aku untuk di makan dengan nasi kosong. Mengikut heiraki. hehe.


1) Asam Pedas




Memanglah tersangat sedap makan asam pedas. Tak ramai orang yang tahu buat asam pedas. Jadi bagi aku susah nak jumpa orang yang pandai masak asam pedas. Even, aku sendiri tak pandai masak asam pedas.
Tapi kalau suami aku suka makan asam pedas, aku memang akan belajar masak asam pedas ni walaupun terpaksa menuntut di negeri Melaka. hehe. Cinta katanya!


2) Tom Yam



Tom Yam, memang makanan yang sinonim dengan diri aku, senang je nak dapat sebab ramai orang Thai dah berniaga dan membawa resepi Tom Yam ke sini. Masa belajar di UPSI dulu, memang inilah makanan wajib setiap hari atau 2 hari sekali. hehe. Aku expert buat ni. Sebab dari kecil lagi suka makan ni. Nak panas, nak pekat dan nak banyak ramuan dan pedas! nyum!


3) Gulai Tempoyak Ikan Patin



Menangis kalau dapat makan gulai tempoyak ni yang pedas. Memanglah terbaikkan. Gulai ni pun susah sebenarnya aku nak dapat di mana-mana restoran tapi tak ramai yang suka buat pedas-pedas. Masa makan dekat Medan dulu memang sedap. Haish! terliur dan ni. Aku tak pandai masak ni, tapi macam biasalah, kalau suami aku nak sangat, aku sanggup belajar. hahaha. Buat masa ni makan je apa yang mak angkat aku masak. Pemalas!


4) Sambal Udang masak Petai



Ya Allah, ini memang mengancam. Aku peminat ulam-ulaman dan petai tak pernah ada dalam senarai hitam aku untuk dimakan. Tapi tak ramai suka masak dan makan benda ini. Petaikan ada bau, tapi aku suka walaupun ia berbau. Wow! sedapnya. Kena pergi borong petai macam ni.


Ini kalau ada ikan pekasam dengan sambal petai. Memang heaven!


#Sebenarnya aku hari ini berpuasa, jadi tadi tengah fikir apa aku nak masak. Sebab itu aku tiba-tiba nak buat post ini. So apa makanan kegemaran korang?

2 comments :

Kufazuke said...

salah time pulak aku baca entry ni. hahaa... time pose lak tu baca.. anyway, nice blog! jenguk juga blog saya ye... :) TQ2...

thekufazukeshow.blogspot.com

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice. Sy jg suka makan tapi ga suka masak;)
Anda upload banyak foto di blognya....
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...