IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Monday, February 7, 2011

GITAR OH GITAR : GITAR YANG TERBENGKALAI



ASSALAMMUALAIKUM...






OK.. melihatkan hari ni aku tak de buat apa-apa. Meh aku nak share sikit satu benda yang dari dulu aku rasa aku teringin nak buat.. tapi tak kesampaian atau pun tak berkesempatan atau mungkinkah aku sendiri yang malas nak capai..? hurmm berapa banyak atau kan..

Aku ada seorang abang.. and memang ada sorang je pun abang aku.. hurmm dia ni aku rasa ada pelbagai satu jenis sifat yang aku kira hobi dia tak stabil. Setiap tahun pasti akan bertukar dan bertukar ikut suka hati dia dan kaum kerabat dia. Means, “kawan-kawan dia” maka dengan ini aku kira kawan-kawan dia pun memiliki hobi yang tidak stabil sebab dia dari sekolah memang tak pernah nak bertukar-tukar kawan sangat. Hurm friendship forever la konon.. ceit! Hahaha

Kenapa aku kata hobi dia tak stabil, macam-macam setiap tahun mesti akan ada hobi dia yang bertukar. Sebagai contoh, tahun ni gitar, tahun depan skate, pastu scooter, tahun akan datangnye pulak kerete... ntah macam-macam lagi.. dan yang terbaru skrg ni korang boleh intai blog dia, hurmm dia dah berjinak-jinak plak dengan dslr....lantak kau la janji kau hepy bro! Aku jeles dengan kau punye dslr sebenarnye.. kadang-kadang sedikit sebanyak aku perasan yang aku memiliki hobi yang sama dengan abang aku, tapi satu benda yang aku tahu, tahap pemikiran aku lebih dewasa sikit dari dia,,! Hahahaha... sory again bro! Aku dengan abang aku ni dulu memang rapat sebab itulah mungkin kami ada banyak berkongsi hobi yang sama. Aku ni seorang yang kasar, dulu kecik-kecik mak selalu kata aku macam jantan.. hahaha... funny!

Ok, tutup citer tu. Sebelum aku bagitau apa yang aku nak buat meh aku kisahkan sebuah cerita al-kisah tentang sebuah gitar kapok milik abg aku. Dahulunya abang aku ni rajin kot main gitar. Bukan rajin je malah setiap hari. Dari celik je mata.. sampai la nak tutup mata.. gitar.. gitar.. dan gitar.. lama dah tak dengar mak aku menjerit “ bang! Kau ni tak sudah-sudah ke? Dah maghrib sembahyang dulu apa semua jangan nak memekak je. Tak reti ke dah malam?” hahahaha.. itu dulu la, skrg tak kot.. seriusly, abg aku memang giler gitar dulu. Menyumbangkan suara dia kat setiap pelusuk rumah, bila dia menyanyi je, habis satu isi rumah bergegar.. ntah ler.. korg paham-paham je la maksud aku ea.. hahaha.. *opss! Sory bro* .....Kemana mengusung gitar tapi skg gitar tu terperuk je dalam bilik aku langsung tak berusik. Aku rasa mak aku je yang usik gitar tu untuk dialihkan waktu menyapu. Aku tgok kesian kat gitar tu da lemah dek habuk, sinarnya dah tak kelihatan. Semalam waktu aku belek-belek gitar tu baru aku perasan tali gitar tu dah putus satu. Dia tak pernah nak ajar aku main gitar, bukan kedekut ilmu, tapi dia memang tak pandai nak ajar orang. Ade ke dia pernah suh aku petik benda tu ntah kod ape.. dia kata “dik, kau petik je benda ni sampai kau dah pandai”, haram jadah tiap hari aku petik tak gak aku tahu kod-kod yang lain. Bengong kan? Hahahaha.. itulah abang aku!


Oleh sebab hobi dia yang tak pernah nak istiqamah, gitar tu pun dah dipandang sepi je.. kalaulah gitar tu bernyawa, mesti dah macam-macam gitar tu luahkan kan?? Hahaha.. * teringatlah dulu waktu darjah 4 cikgu suruh buat karangan biografi, aku sebuah jam tangan* hahaha... dan aku rasa abang aku mcam dah tak nak dah gitar tu..itu pemberian kakak aku kat abang aku. Abang aku ini kire bertuah la, kadang apa yang dia nak, kakak and mak aku mesti akan bagi.. ye la.. hero sorang je pun.. hahaha... 



....dan, itulah satunya benda yang dari dulu aku nak buat. Aku nak belajar main gitar.. dan benda ni makin hidup bila baru-baru ni aku duduk umah sorang kakak ni, dia pandai main gitar. Aku dengar dia citer.. makin excited aku.. lama dah aku nak post entry ni, tapi masih tak kesampaian disebabkan internet yang sangat sangat sangat lajuuuuuuu............ aku start teringin sangat sejak awal sem ni, tapi aku masih tak bawak gitar dan cuti baru-baru ni, aku sempat balik lepas menghadapi demam teruk.. jadi aku amik gitar tu and bawak kat sini untuk aku belajar.. ntah sape yang sudi ajar aku pun aku tak tahu, tapi aku tahu yang aku tetap nak main..  sebab, puas aku asik dengar orang mainkan gitar untuk aku.. dan sekarang orang tu dah pun berhenti bermain untuk aku.. sepi je talian tanpa gurindam yang dulu selalu jadi halwa telinga aku. Tp aku pasti... ada hikmah nada itu terhenti.. meski aku tak mendengar tapi ia masih terus bermain.. dan dimainkan.. itu yang pasti..!


p/s: jadi ada sesiapa sudi ajar aku?? Hah! Aku offer nie!!!! Hahha...
p/s/s : aku harap gitarkan terus dipetik dan didendangkan... kerana setiap yang didendangkan amat menghiburkan dan menenangkan... ia muzik jiwa....

p/s/s/s:: ok, tahu la kalau main gitar atau apa sahaja lagu yang korang nak dengar, muzik is for our emotion.. tapi the best way is read AL-QURAN... itulah penawar segalanya.. kalau berduka, kalau rindu, kalau suka, atau apa sahaja, IA ADALAH MEDIUM TERBAIK.. DAN KAWAN YANG KEKAL HINGGA KE MATI KITA... :)




jom layan lagu ni...




2 comments :

sazali yusof said...

guitar is a mystery.. just like love.. ahaks..

SuaraTersekat said...

sazali : yes... juz like love... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...