IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Wednesday, January 5, 2011

:: Praktikal atau teori mana yang lebih baik? ::

assalammualaikum dan salam sejahtera,

Dah 2 entry aku tulis pagi-pagi, sebab waktu pagi je aku dapat connection dalam bilik aku ni.
oh wifi kolej, mengapakah engkau begitu kejam denganku...! masalah pasal wifi ni bukan aku sorang je yang hadapi, tapi agak dikira ramai la yang macam ni. Aku pun jadi tak paham kenapa sebab selama aku kat sini, ok je wifi.. laju hanya dengan satu klik je dah leh akses internet.. ( hah yang ni memamg aku bohong sikit la ) tak de la hanya dengan satu klik tapi dia agak laju la nak di bandingkan yang sekarang langsung tak ada connection. nak pakai broadband kat sini rasa rugi je sebab kat sini dah ada wifi. tapi bila hadapi masalah macam ni, agak menyesal sebab tak gunakan broadband la.. hahaha.. tak pe la nanti bawak boadband la bulan 2.



ok, berbalik pada topik aku kali ini, teori atau praktikal, yang mana satu lebih baik??  aku rasa bila bukak topik ni, mesti ramai yang lebih prefer pilih praktikal dari teori. teori ni buat semak dan sakit kepala je nak pikir dan lagi satu nak mengingat, menghafal nama-nama tokoh. kalau satu dua tak pe lagi. ni sampai belas-belas dengan apa yang dia buat, biodata ringkas dia. pergghh! pecah kepala. aku paham sebab aku pun mengalaminya.

...tapikan kawan-kawan teori ni ada banyak kebaikannya which is dia bagi kau orang semua memahami apa yang dia cuba lakukan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada dan sudah dikaji. Hanya kita ni semua manipulated dan adaptasikan je dalam life atau sesuatu tu. tokoh-tokoh yang terdahulu punyalah bijak dan ada banyak masa dorang. mana tak nya, spend more years sampai ke tua hah aku tengok dah beruban untuk mengeluarkan suatu teori yang kukuh dan ada kesahihan. kadang-kadang kajian tu dibuat ke atas anak-anak diorang je. Aku salut la dengan Jean Piaget, Lev Vygotsky, Maria Montessori, Freud, Eric dan ramai lagi. Diaorang ni dok spend banyak masa dengan mengkaji dari awal pertumbuhan kanak-kanak tu iaitu sejak dilahirkan sampai la ke dewasa. diaorang perhati, kaji, mencatat dan juga merakamkan sesuatu untuk dibincangkan dan kita tinggal guna pakai je teori yang ada. Pentingnya belajar teori ni, kau orang akan ada platform korang untuk menapak dan mengendalikan sesuatu dengan berbekalkan ilmu yang tak seberapa dan korang kajilah teori diaorang. kalau ada yang boleh diguna pakai, why not korang gunakan waktu praktikal dan tugasan ataupun kehidupan seharian. kan?

..tapi teori tanpa praktikal pada aku sangat membosankan dan ada kelemahan. contohlah, kau orang hanya belajar teori dan langsung tak mengendalikan praktikal. Ok aku amik skop kecil iaitu bidang pendidikan, agak sukar untuk kita mengendalikan kanak-kanak sebenarnya ya. Orang yang dah dewasa pun sukar nak dididik, inikan pula budak yang buas, nakal, hyperaktif dan sebagainya. kita tak tahu latar belakang mereka, perangai mereka. Kalau belajar teori dan tidak dipraktikalkan ianya sememangnya menjadi suatu yang sangat sukar untuk kita laksanakan dan mendidik mereka dengan jayanya. Tanpa praktikal, kebiasaannya orang akan berasa kekok dan juga tidak berkeyakinan untuk mengajar, dan di sinilah pentingnya praktikal itu. Kita belajar untuk mengajar. kita belajar untuk mengendalikan kanak-kanak tu. Tahu macam mana memujuk dan mewujudkan suasana yang ceria, selesa dan mengembirakan kanak-kanak untuk belajar. eh! apa kau orang ingat senang nak ajar kanak-kanak. Mereka susah untuk belajar sebab dalam kepala mereka dan usia mereka hanya akan tahu bermain dan bermain.



Jadi kalau tetibe ada bakal cikgu masuk-masuk atau dapat sekolah dengan ZERO praktikal. Ya diucapkan tahniah untuk mereka ni kalau dapat mengawal dengan baik budak-budak tu. Memang ada setengah yang mempunyai bakat semula jadi tapi kebarangkalian itu sangat tipis. Kita tak tahu siapa mereka, dan sikap mereka. Mula-mula memang semangat nak mengajar lastly, cikgu yang kena BULI.


Hah! kat sini la pentingnya korang kena ada skill. budak sekarang bukan macam dulu yea...nak menurut dan dengar kata. kena marah dah takut.

Budak sekarang, semuanya kita kena pandai main psikologi dan kena ada skill nak buat mereka sayang kita dan respek kita. Kalau nak dibanding orang dulu dengan sekarang, memang sangat jauh bezanya.

Teori tanpa paktikal sangat membosankan dan sepertinya kita tak habis meneroka sesuatu yang kita belajar. Kita tak aplikasikan sesuatu itu dengan realiti. Kita hanya belajar dan memahaminya melalui konsep dan buku. Walhal, kita akan cepat belajar melalui praktikal sebab kita belajar, lihat, buat dan faham. Sekiranyalah ada course yang korang ambil tu langsung tak ada praktikal di dalam kelas atau kerja kursus luar dan hanya tunggu tiba masa untuk korang buat L.I /praktikal pastu grad hanya itu je, Fight dan perjuangkan!! jangan duk diam dan follow je apa yang dibagi. Tak ubah la macam orang OKU sebab orang istimewa (OKU) je yang makan sampai ke hari ini disuapkan. Eh, now orang OKU pun leh bediri atas kaki sendiri tau.. Kita ada MPP dan sebenarnya memang ada setengah MPP nama je wujud dan ada ahli jawatan kuasa, tapi langsung tidak berfungsi. Ada setengah Universiti tu bukan tidak wujud MPP tapi aman je, damai je. Bukanlah kita minta rusuhan tetapi cuma minta hak kita sebagai seorang siswa dan siswi. Kadang-kadang tu ada yang dah buat kertas projek nak buat tapi ditolak untuk diluluskan. kesian sangat... mana punca nya??

Ok.. fine aku bukan nak manipulated atau pape sabab aku pun bukan tau sangat, tapi it is the best way bila kita belajar ada praktikal. Sebab pihak Universiti kompom dah bagi kita pasal teori. Ya, memang dia ada bagi kita praktikal tapi hanya praktikal ditahun akhir selama bape bulan tu sahaja.. cukup ke?? untuk belajar the hole things yang korang belajar betahun tu? come on la..show ur skill. Make a diffrent with others.  Tak rugi pun bila kita ada praktikal dan buat sendiri atas usaha kita sebab benda tu yang kita akan pakai time kita kerja. Bagi kita keyakinan dan boleh mengaplikasikan jadi orang tak adalah pandang kita dan kata, "eh pelajar ni dari .........tapi langsung tak tahu buat keje!!"...  Ada ke bos yang nak kita menerangkan tentang teori selain dari melihat skill, kepakaran dan kemahiran kita? tak de orang nak dengar kita berleter pasal teori la.. teori tu untuk kita jadikan panduan dan untuk seat for the exam then pass paper. Siapa yang nak merubah nasib kita kalau bukan kita sendiri.. Think on it!

....tapi bagi sesiapa yang ada skill dan kemahiran, kau orang janganlah rasa bila korang dah pakar dan tak perlukan teori sebab teori boleh menaikkan daya pemikiran kita dan bagi kita nampak jalan yang lain. Kita akan lebih memahami bila kita juga mempelajari teori. Jadi teori dan praktikal sangat diperlukan dalam pembelajaran kita. Integrated sikit korang punya skill tu dengan teori. Sambunglah belajar sebab ia tak merugikan. Tak semestinya sambung belajar dengan masok ke Universiti atau mana-mana pastu belajar dalam kelas. Carik la alternatif, jangan matikan akal korang macam tu je. Banyak benda yang kita leh buat untuk belajar contoh bacalah buku.. Usahalah sikit untuk sesuatu itu. mesti akan menjadi punye.. InsyaAllah...


My last word for this entry :: Think out of the box! 

5 comments :

hanz_sideme@blogsport.com said...

beli lah sebijik brodband.. dua2 kena ader.. ibarat mcm makan gak.. kena makan dan minum untuk terus idop.. nak jadi pandai kena der ilmu dan tahu mempraktikkan ilmu..

Sekamar Rindu said...

salam...

follow ur blog

Suara Tersekat !!! said...

mr hanz: yep.. btol.. kedua kene balance..

sekamar rindu: ye.. thnks.. :)

AZRUL AZMI said...

thank for following my blog.... follow u back...
hehehhe.....
BTW, nice blog.....

Suara Tersekat !!! said...

azrul: yep... anyway, thnks.. :)
blog yang tak de header pon nice ke?? ha6..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...