IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Tuesday, January 4, 2011

Melangkah ke tahun baru sebagai calon pelajar SEM 4 :: SERIUSLY SEMAKIN MENCABAR..!

Assalammualaikum smua, n gud morning evryone..!

fuhh! lame dah tak update my blog. kesian kau blog terabai..
sebenarnya, aku dah memulakan sesi pengajian aku untuk sem yang ke4 pada tahun 2011 nie.
terasa macam baru je aku mendapat tawaran dan melangkah ke menara gading. aku sendiri tak mengerti kenapa masa jika dilalui dengan hari-hari yang diisi dengan pelbagai rutin dan sepertinya tidak terlalu ditunggu sangat begitu tidak terasa.. mungkin sebab kesibukkan dan keseronokkan.. Ya KESERONOKAN..kenapa dengan keseronokkan??

sepanjang aku berada di tempat aku belajar ni, banyak benda yang aku tinggal dan lupakan..azam semasa menjejakkan kaki ke sini, harapan mak ayah, nekad, Semangat.. dan banyak benda.. kononnye dulu, datang sini hanya sekadar study.. stdy..sdty!! dan sekaligus akan merubah personaliti dan juga diri aku sendiri supaya lebih bermotivasi dengan tagline " hari ini akan sentiasa lebih baik dari semalam "... ini yang aku slalu sangat lupakan... hurmm...

sebagai seorang budak yang masih dilanda hingusan yang dah tak seberapa ni.. ok, anyway, aku tau aku bukan budak lagi.. dah masok ketahun baru ni umur aku semakin meningkat 19 + 1 =20 tapi ia sepertinya tak melambangkan aku sebagai seorang yang dewasa... seriusly, aku masok sini berkobar-kobar dengan harapan nak capai target dan merubah personaliti aku.. tapi aku still aku yang dulu!

1) bangun lewat akibat tidur lambat
2) malasnya nak bukak buku
3) love katil more than book (tak termasok mukabuku ok..)
4) tak begitu punctual
5) harus memaksa diri untuk stdy..stdy..stdy.. n buat assgmnt...(kalau tak da inisiatif langsung aku tak buat!)
6) ENJOY!!

OK, Skop enjoy tu aku boldkan sebab memang kat sini dari awal sem 1, masok bulan kedua apabila aku dah ada ramai kawan semuanya.. 100% aku enjoy! haish! apa la yang nak jadi ni kan.. tapi tu la hakikat yang terjadi sebenarnya. aku dah melupakan ape aim aku masok sini dan teramatlah bersyukur sebab kat sini tak ada pusat-pusat hiburan such as shoping kompleks yang ada panggung wayang, games, and bla..bla... yang ada kat selangor.. kalau tak.. habislah hidup aku kat sini.. lunyai dibungkus dek arus masa yang dilimpahi dengan pelbagai peralatan yang berteknologi tinggi dan canggih.. asyik nak hang out je.. kat sini nak g ke shoping mall kne g ke KL atau IPOH.. ape yang ada kat sini cuma pemandangan dan jugak kehidupan yang sederhana.. suasana kampung yang mendamaikan..pekan kecil yang kira bagi kami sangat besar sebab itu lebih baik dari tak ada bukan? haha.. tempat-tempat untuk relaxing our mind dan juga tempat untuk beriadah seperting jogging dan junggle tracking. mana tak nya kat sini ada sungai samak ( teratak river view ), kalumpang, tasik di proton city...dan banyak g tempat..cuma aku je yang belum habis teroka.. mmg best bagi yang suke bercamping dan pemandagan. tapi bagi yang tak suke aktiviti outdoor ni confirm datang sini akan cakap sini hulu dan tak ada pape..

....dan atas sebab itu, aku sangat bersyukur tak dapat kat tempat yang berpusat atau tertumpu dibandar atau kawasan yang pelancong asing suka datang.. contoh at melaka.. even bandar melaka kat situ je.. tapi tak penah jemu pergi.. kat situ banyak shoping mall yang leh kite buat tempat tok hang out dengan member-member..nak dicompare dengan kat sini..yang paling terbesar shoping mall adelah Big10... ni adalah pusat beli belah yang famous di Tg Malim.. kalau tanya student atau tanya pada orang awam confirm arah yang ditunjukkan korang memang takkan sesat.. nak tau apa yang ada kat Big10 tu, hah! korang singgah la sendiri ea..

Bile aku dapat ramai kawan, apa yang aku boleh katakan.. even kami suka enjoy dan suke gelak kuat-kuat sampai dah tak ada rupa seorang gadis.. cewah.. ye la gelak sampai satu kolej dianggarkan boleh dengar dalam hanya satu nafas gelakkan seramai 7-8 orang, hah! amik kau.. satu kolej boleh dengar... tapi kawan-kawan yang aku ada kat sini tidak lah terlalu soSIAL.. kami memang sosial dan ramah tamah tapi tak de ar sampai sume lelaki yang dok say "HAI" akan dilayan. atau sesuka hati ikut orang keluar dan buat perlakuan seperti " AKU PILIH KLCC ".. HELLO, kami semua masih ada etika kami, tahu menjaga batas pergaulan walaupun lelaki kat sini memang orang kata walau dia gelap atau apa sekali pun.. dia tetap HOT.. mgkin atas sebab lelaki di sini jumlahnya sangat kurang dibandingkan wanita dan juga atas profession dorang.. tapi bagi aku, aku tak ada lah nak dok hadap sangat.. dan kawan-kawan aku di sini sentiasa berpesan-peasan dan mengingati. cuma, aku ni yang susah nak buat benda yang dari dulu aku tak terbuat...

...dan kalau korang nak tau sebenarnya problem aku, aku tak suka bila aku tepati masa dan i hve to wait till about an hour or 1 hour dan so ON.. itu sebenarnya problem aku.. kalau sekali dua tak pe kalau berkali-kali haru biru. dan sebab tu juga aku selalu akan turun lambat bagi smua dah ada.. dan kesian pulak pada orang-orang yang punctual kan??? hurmm.. soryla. janji tak buat lagi... dan cuba sehabis boleh sygs-sygs ku... tapi kadang-kadang memang salah aku sebab lambat.. ada je halnya.. wallet tinggal la.. itu la.. ini la.. dan aku tak marah sesape kalau tyme aku lambat korg tak tunggu aku.. tak perlu pon tak pe.. nevermind.. sebab boleh lebih disiplinkan aku untuk lebih punctual dan tak ditinggalkan.. hahaha... dan sebenarnya aku tak kisah pun menunggu orang.. :)

SEM 4 ni aku rasa adalah segala kemuncak sem.. kenapa sebab, sem 3 dan 4 engin dah panas.. sem 1 dan 2 hanya suam-suam kuku, start 3 dan mula nak panas.. sem4 kene bergerak pantas.. sem 5 nanti boleh slow down dan gunekan kawalan manual... sem 6 adalah waktu untuk mempraktikalkan diri jadi seorang yang bitara.. hahhaa...  aku daftar je sem hari tu, benda first yang akan keluar ialah.. jadual.. ya.. jadual, disebabkan kami anak kandung suluh budiman.. maka, kami dengan senang lenangnya tak perlu nak berebut wifi, sampaikan kene pilih hari dan kalau subjek tu dah penuh korang carik la subjek ape yang korang nak tambah untuk sem tu sampai ada.. hahaha...kami tak perlu buat jadual atau aturkan jadual seperti anak-anak kandung suluh budiman yang terpaksa berdikari.. yeah!
 dan bila aku tengok jadual aku.. ishh! aku dah tepuk dahi.. dan mengucap... ya, mengucap sebab aku orang islam... dan seharusnya bila ditimpah musibah kita jangan cakap benda-benda yang mengarut mencarut dan cecarut... sangat pack jadual sem kali ni.. hurmm... dari isnin sampai jumaat aku ada kelas sampai petang.. kecuali isni yang hanya ada satu kelas sahja...dan setakat ni cuma ada satu kelas yang akan ditukarkan masa.. hanya masa.. bukan hari... macam sem lepas walau dapat jadual pack tapi kami dengan excellentnya memujuk pensyarah untuk menukarkan masa, menukarkan hari dan membatalkan kelas satu jam atas alasan buat discuss atau assgmnt (padahal TIDUR).. dan disebabkan itu, kami ada 4 hari free dalam seminggu termasuk sabtu dan ahad.. itulah waktu kami untuk pulun assgmnt dan balik.. atau beriadah.. tapi kali ni spertinya kasut sukan yang aku bawak mcam tak boleh digunakan disini melainkan sabtu dan ahad... tapi tu pun dah adjuzt masa untuk berasgmnt dan belum bagi masa untuk BERINTERNET...

lately ni pula, banyak sangat masalah yang aku hadapi dan aku hampir terfikir untuk berhenti blaja... malas dan hurmm.. tapi atas aku manusia yang masih waras.. aku masih ada lagi target untuk berjaya dan capai impian aku yang belambak...  dan untuk pengetahuan korang.. hari first aku iaitu semalam.. dah ada asggmnt.. dan jumlah yang terkumpul ialah 4.. serta 1 quiz yang telah dijawab semalam.. hahaha.. first class terkejut tak ada kuiz..?? tapi kuiz tu masih boleh bagi aku untuk menjawab... alhamdulillah..  hari ni kelas aku kul 12 tengah hari.. dan aku dengar cerite dari kelas lain untuk subjek english, assgmnt dia sangat mencabar dan susah... serta dah dapat pon tugasan... hahaha.. memang best dan aku tengah menanti assgmnt tu dengan sabarnya pada hari ni bile lectrer masok ke kelas... agak-agak berape banyak yang akan terkumpul pada hari ini sampai petang punye kelas??? tunggu!!

untuk assgmnt semalam untuk subjek pesekitaran pembelajaran yang responsif tugasan individu kena buat observation dan ia memerlukan seorang kanak-kanak daripada tadika dan perlu untuk kami tau aspek perkembangan dari pelbagai sudut..tahu background dan kena bertanya pada cikgu mereka dan ibu bapa mereka tentang tingkahlaku anak tersebut. buat laporan.. dan untuk tugasan kumpulan kena buat satu slot dan bengkel ceramah. kena jemput penceramah yang ada dalam kepakaran yang di tugaskan untuk kami dalam subjek ni.. pastu buat laporan lengkap untuk assgmnt bengkel ni..

assgmnt penjagaan pula kami dapat tugasan individu tentang penyakit-penyakit..( terasa seperti mengambil bidang perubatan pula ya ketika membuka google dan search after tu keluar banyak penyakit yang namanya pelik-pelik...seperti rotavirus, hepatitis yang aku hanya tau ada A,B dan C tapi sebenarnya sampai ke G pun ada... hahahaha betapa cetek ilmu aku dalam bidang perubatan..dan rupanya cacing dalam badan kita ada banyak jenis.. ada cacing Benang N Jarum lagi kau, cacing gelang, cacing rambu dan cambuk.. jangan main-main..hahaha) untuk tugasan berkumpulan pula kena buat observation dan markah adalah 40.. banyak tue...!!

hurm.. apa-apa pun aku memang tawakal.. dan kalau korang nak tau aku memang tak pernah ada azam tahun baru melainkan " nak buat yang lebih terbaik " itu sahaja.. dan kali ni, biar la aku bukak buku baru dan nak buat azam "mencuba dari tak langsung" trademark ni memang untuk benda-benda yang dulunya semua dah hilang akibat aku enjoy... aku akan cuba menjadi seorang yang punctual... walaupun... hurmm agak sukar...dan smua benda yang aku nak buat yang masih tak tercapai... atleast aku mencuba dengan effort aku, bukan atas usaha orang lain..contoh copy paste assgmnt.. ceh.. pastu senang je dapat dekan.. memang tak leh pakai.. buat stakat ni tak ada pulak yang aku copy dari orang. kalau tak tahu tanya pada yang pakar dan tengok contoh untuk buat.. tapi sory ye.. juz tengok macam mana nak buat dan penerangan bukan tiru ayat ataupun point... dan alhamdulillah, result aku sem lepas masih tetap dalam senarai dekan.. dan tak menurun.. (mintak-mintak JANGAN!) AMIN.. aku tak nak menurun.. dan itu adalah usaha aku sendiri sem lepas.. akibat berperap kat library... selame seminggu dan buat assgmnt sampai pecah otak tak tidur 3 hari akibat assgmnt yang aku nak hantar last minit hilang sebab virus nyanyi tue.. sengal!! tapi tekejut gak sebab assgmnt tu jugak yang dapat 20/20.. hurmm aku bukan nak membangga cuma aku nak adik-adik yang baru masok belajar tue jangan malas dan bagi sesiapa yang tension akibat penah hilang assgmnt tue, jangan giveup walaupun rumusan korang hanya 4 baris.. keh3.. tu yang aku buat tok rumusan assgmnt ni.. hanya 4 baris.. kawan aku si hana Gk tu gelakkan aku.. sebab rumusan aku terbaek hanya 4 baris.. tapi alhamdulillah.. dapat gak skor fullmarks..sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...


akhir kata meh la aku sharekan satu vedio yang tadi room8 aku baru tunjuk kat aku.. dan tak da kena mengena pun vedio ni dalam entry aku kali ni.. hahahaha JADI LAYANKAN JE... sementara tengah pening nak buat penyakit apa untuk assgmnt ni.. or buat penyakit hati.. ialitu dengki?? boleh ka?? humm...

p/s:: tak mau tension-tension.. dugaan, dan moga tahun baru ni lebih buat kita tabah dan bijak menguruskan kehidupan kita yang seperti lilin.. bila-bila masa je boleh terpadam.. :)

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...