IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Friday, February 18, 2011

Kenapa perlu wujud perpisahan pabila telah terjadinya pertemuan??

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua, pagi yang hening ni, aku nak berkongsi sesuatu kepada anda semua. Sesuatu yang setiap manusia pasti akan merasainya. Tengok tajuk aku korang pasti tahu..

Describe about " perpisahan ".... ianya boleh terjadi antara ibu bapa, guru, rakan, keluarga, komuniti dan juga pasangan kita. Perpisahan adalah sesuatu yang boleh disama ertikan dengan banyak situasi/ keadaan di mana sekiranya seorang ibu berjauhan dengan anaknya apabila anaknya sudah mula melangkah ke alam Universiti, alam pekerjaan atas sebab-sebab tetentu dia terpaksa duduk berasingan dan juga buat anak-anak yang sudah melangkah ke alam perkahwinan. Maka, perpisahan sementara pasti akan terjadi. Begitu juga dengan sahabat, jiran dan seangkatan dengannya. Lagilah sekiranya kita berpisah dengan kekasih atau pasangan kita.
Pasti ianya buat kita runsing sentiasa, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Aneh sungguh perasaan itu.. ianya sungguh halus..



 Namun, cuba kita lihat pada konteks " perpisahan yang bukan bersifat sementara " yakni kekal buat selamanya dan hanya yang bakal menyatukan kita semula adalah di alam lain. Tahukah kita alam apakah itu?? Sentiasalah menunggu detik-detik ajal yang bakal menyinsing membawa roh keluar dari tubuh serta menyemadikan kita di alam yang kekal nanti. Perginya seseorang, biasanya seorang yang kita sangat kasihi yang akan memberikan kesan yang amat mendalam buat diri kita dan ia disebut sebagai pepisahan. Pepisahan ini adalah perpisahan buat selamanya. hari ini kita mendengar ada seseorang yang akan dikebumikan setelah di mandikan serta disolatkan. Penahkah kita bertanya, bila pula masa kita untuk dijemput pergi menghadap Tuhan yang Maha Esa?

Aku ada seorang kenalan. Dia pada aku sangat bertanggungjawab dengan keluarga. Walaupun duduk berjauhan dari ibu dan adik beradiknya yang lain, tapi sekalipun dia tak pernah abaikan mereka. Dia selalu bertanya khabar dan bila balik ke kampung akan bawak adik dan ibunya berjalan-jalan. Ayahnya sudah meninggal dunia sewaktu dia masih diawal kanak-kanak lagi. Belum pun meningkat ke alam remaja dia sudah kehilangan seorang bapa yang amat dikasihinya.


** Sedikit Sorotan buat kalian **

>>>dia nampak tegar namun hatinya rapuh dan mudah goyang
>>>dia nampak seperti tegas namun dia adalah seorang yang berjiwa lembut
>>>dia seorang lelaki yang sangat ego penah aku kenali
>>>" sy tak pernah menangis macam ni..awk nak tahu dalam hidup sy, apa yang saya paling kesalkan ialah.. kehilangan seorang ayah dan juga sahabat baik. saya tak sempat jumpa mereka saat mereka menghembuskan nafas terakhir, atas sebab itu saya sangat terkilan "
>>>dia nakal, dia jahat tapi dalam jahatnya, tersemat seribu satu kebaikan yang dilahirkan secara ikhlas yang mana hanya manusia yang celik mampu melihat.
>>>dia seorang manusia yang cepat melatah dan cepat marah tapi mudah untuk disejukkan.
>>> dia seorang yang malas untuk berfikir untuk hal yang remeh dalam membuat keputusan tapi sangat bijak dalam mengendalikan wang dan hal keluarga.
>>>dia bukanlah seorang yang boleh bertindak rasional dalam situasi yang keruh kerana dia mudah terpengaruh dan mudah diambil hatinya.
>>>dia seorang yang ramah dan mudah mesra sehinggakan wanita mampu melihat dari sudut perspektif lain bahawa dia menyintai wanita tersebut namun ia adalah sebaliknya.
>>>dia akan tersedar dengan sekali jentik namun juga mudah alpa.
>>> kata-kata yang pernah dia beritahu " kenapa Dia tak adil? dunia ni kejam? amik ayah.. amik kawan.. dan sekarang buah hati saya nak pergi pula tinggalkan sy.. sy seorang... seumur hidup sy tak pernah menangis di tikar sembahyang sehingga tertidur.. dan inilah KALI PERTAMA beserta Yassin yang masih ditangan."
>>> romantisnya tidak begitu jelas kelihatan.



Apa yang aku nak bagitahu. perpisahan boleh menjadi punca perubahan seseorang itu berlaku.
yang waras menjadi tidak waras.. yang baik menjadi sebaliknya..
yang berpegang teguh kepada agama menjadi mudah terpesong... ianya akibat??
ledakkan emosi yang tidak stabil..

Siapa kita untuk mempersoalkan hukum Allah dan takdir dariNya. Namun terkadang aku juga sering bertanya pada diri sendiri "Kenapa perlu wujud perpisahan pabila telah terjadinya pertemuan??"


p/s: Entry kali ini menginginkan jawapan/ pendapat dari kalian..namun yg hidp harus meneruskan perjalanan yang masih tersisa di bumi Allah.

p/s/s: Sekiranya kita mempunyai pasangan, dan pasangan kita meninggalkan kita.. sentiasalah senyum.. senyum itu pengubat jiwa.. Dan apa yang korang rasa sekiranya korang tinggalkan pasangan korang, selang beberapa hari mendapat berita tentang si dia " innalillahiwainnalillahirojiun....."..



kalau korang tak ada rasa means hati korg ni kne cuci ngn klorok... bagi bersih sikit.!
tapi kalau korang dapat rasa sesuatu.. silalah cepat-cepat mohon kemaafan dan cuba menghargai sesuatu yang masih ada didepan mata.. sebab kalau dah kena tanam.. korang takkan dapat gali balik untuk suruh dia bangun dan bercakap dengan korang.. serta untuk korang dengar bebelan dia.. dan juga untuk korang dengar apa yang ingin dia perkatakan dan jawab soalan-soalan korang atau mgkin korang nak suruh dia tanya korang soalan.. ITU ADALAH MUSTAHIL!!!!

BERSIAP SEDIALAH.. MGKIN SELEPAS INI ADALAH GILIAN KITA UNTUK MENJADI MAYAT DAN DIMANDIKAN... (ini adalah pesanan buat aku juga)




lagu buat kita semua : sekadar untuk dihayati bersama...

6 comments :

panda montel said...

hallo i tag u in a GA... http://winkwinkwithwen.blogspot.com/2011/02/smiley-baggy-giveaway.html

Anonymous said...

perpisahan wajib terjadi sbb tiada yg kekal dlm dunia ini... nyway folo kamu...

Niesa said...

Lumrah kehidupan sbb hdp kan sementara...=)

KNS said...

perpisahan trjadi utk membuatkan kte sentiasa mghrgai insan yg ade di sisi selagi mna mereka masih ade ;)

Hafiz Esa said...

kullu nafsin za'ikatul maut..
(setiap yang bernyawa pasti melalui saat kematian (perpisahan)). itu dah janji Allah untuk makhluk
-Nya. Bagi yang hidup ini pasti berlaku kematian. Bagi yang bertemu pasti berlaku perpisahan. PASTI. kenapa ia berlaku? jawapannya adalah ia adalah suatu kehebatan Allah yang manusia perlu fikir.

SuaraTersekat said...

wen: thnks.. tp i tak tau nak join contest mcm mana...

azmi: yep.. btul.. thnks yea..

khairunesa: yess.. i agree with u..

nasuha: btul tu... thnks suha.. anyway.. kau makin cantik..!

hafizude:terime kasih atas renungan ni.. sy hargai...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...