IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Tuesday, April 12, 2011

TERPUKUL!

Assalammualaikum dan salam sejahtera





ceh!! gambar bajet good-good macam pandai main..


Terpukul.. boleh dikatakan dan diolah dengan banyak perkataan membentuk satu ayat. Menjadi maksud yang pelbagai. merujuk kepada imbuhan Ter-, ianya menandakan bahawasanya keadaan tersebut diluar kawalan kita ataupun ianya tidak terkawal iaitu bukan disengajakan. *agak formalnya bahasa saya*

apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah mengenai perasaan.. bukan lakuan... terpukul boleh menjadi dua ayat:-

1) saya terpukul Ali, kata Ainul kepada cikgunya.-lakuan dan tidak terkawal/ bukan disengajakan
2) mak rasa terpukul dengan kehilangan ayah semalam.- bukan lakuan dan diluar kawalan 

sekarang jelas?

kita manusia biasa yang diciptakan oleh tuhan, dikurniakan akal dan juga perasaan. Adakalanya sesuatu yang berlaku dapat diterima oleh akal dan ianya baik pada emosi kita. namun, ada juga sebaliknya yang mana sesuatu itu tidak mampu kita terime dengan akal kita dan ia mempengaruhi kepada emosi kita.

aku bercakap bukan sekadar dengan kata-kata kosong. ianya setiap manusia pasti akan rasa. sesuatu lelehan cecair yang disebut sebagai tangisan pasti wujud di kalangan kita tidak kira baik lelaki mahupun perempuan. ia wujud sedari kita lahir kedunia lagi.

namun sekarang, manusia lebih merelakan ego mereka naik memuncak tinggi *high* sehinggakan cecair itu tidak dikeluarkan dan menjadi asid dalam kehidupan kita. malu? geram? takut?

untuk apa dimalukan wahai kaum adam dan hawa?
untuk apa digeramkan hendak ditahan?
untuk apa ditakutkan jika mahu menangis?

tangisan itu normal. menangislah wahai hati sekiranya kita merasa terpukul akan sesuatu itu.
menangis kerana ia mampu melegakan dan meleaikan gelodak jiwa.



p/s: setiap manusia berhak untuk menangis.. tidak ada satu pun manusia berhak untuk melarang ianya dari keluar. jangan terlalu ego dan menurut rasa, ia boleh jadi binasa.

aku tulis, kau baca..
aku beri, kau rasa..
*sama berfikir*

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...