IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Friday, April 8, 2011

lelaki suka add perempuan yang comel + seksi meksi... FAKTA atau AUTA?

Assalammualaikum..
hai... lelaki gedik-gedik sekalian..
macho-macho....*hahah jgn marah.. relax.. cool...*

ape ingat entry kali ni aku nak band kaum lelaki ke???ohhh TIDAKKK!
tapi kalau rasa ter band... awal-awal lagi aku mintak maaf ni..
awal-awal tau.. so jangan cakap aku tak minta maaf pula..

semuanya bermula daripada fb.. hahaha.. siapa kat sini yang tidak ada facebook? *sila angkat tangan anda dan tayang bulu ketiak*

banyak kebaikan dan keburukan sebenarnya ber facebook ni. sepanjang aku berfacebook ni aku sedar.. tapi manusia memang selalu buat kesalahan kan? tetapi tidak dinafikan facebook juga adalah sesuatu yang baik. contoh berkongsi ilmu.. kami *ceh nak kate aku la tu*  selalu mmgunakan fb untuk berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan dan menyampaikan maklumat... diakui sebb aku ada banyak group kat dalam FB ni.. group untuk kelas.. halaqah.. *Alhamdulillah*...salahnya bila mana orang kita ni buat benda yang bukan-bukan. upload vedio lucah la... upload gambar seksi meksi la.. oppss!! seksi.. YESS SEKSI...





* trade mark facebook.. "find us on facebook"*


sesuai benar la dengan sifat manusia yang selalu suka find.. find... find ape??? hahaha.. sendiri mau ingat.! ok, berbalik pada topik kita.. lelaki suka add perempuan yang comel+seksi.. fakta ataupun auta??? berdasarkan kajian yang telah aku jalankan di FB, cehh.. jeng3.. keputusan memihak pada....!


*ofcoz la ramai yang memihak setuju dan fakta*
so.. sory la.. jgn nak marah ea...


ye.. ini sebenarnya fakta dan tidak dinafikan. kan lelaki memang suka pada keindahan.. jadi tak salah la kan aku cakap? kajian membuktikan bahawa ramai lelaki yang sukakan kepada wanita yang cantik. serta kegairahan, keasyikan... itu sebenarnya.! memang kita sedia maklum bahawa lelaki mempunyai 1 nafsu yang mana nafsu itu kepada.. tuuuuttttt.....!  perempuan pula ada 9 nafsu yang pelbagai tetapi 1 akal... tapi lelaki ada banyak akal..... dalam hal ini aku tidak menyalahkan kaum lelaki 100%...  tapi ada juga salahnya tu kan?

salahnya bila mana ;-

1) kau sudah ada isteri tapi mengaku bujang dan menambah kenalan kau adalah perempuan... cantik daripada bini kau, muda + seksi... itu salah... tahu kenapa?? sebenarnya isteri kau lagi cantik daripada gadis tersebut.. sini aku nyatakan pempuan cantik dan seksi yea... kau tak kenal pun perempuan tu dan kau main add sahaja. kau tak fikirkan perasaan isteri kau.. dia juga ada facebook, tapi ada dia add kaum adam yang hensem plus seksi-seksi??? badan berketul-ketul?? tidak...! sebab dia masih memilih kau kaum lelaki yang telah menjadi suaminya walaupun badan kau tidak tegap *turf* sewaktu dia mengahwini kau.. sebab badan kau kurus kering dan dia bagi kau makan cukup, sempurna layanannya pada kau sehinggakan kau menjadi apa sekarang kau iaitu.. BUNCIT +BOROI.. tapi pernah ke kau sedikit sahaja dengar dia kata.. "abang ni tak hensem la.. boroi lepas kita kawin.. dulu keding sekarang boroi... ishh.. langsung tak ada ciri-ciri idaman." penah tak??? sebab dihati dia.. cuma ada kau seorang.. iaitu suaminya... sebab itu kalau pun ada lelaki hensem, kacak, bergaya, tampan, seksi.. dia tetap akan cakap dalam hati.. laki aku sejuta kali lebih hensem walhal kau tahu kau bukan dikategori itu.. betul??? dia tundukkan pandangan semata kerana dia tidak mahu melihat badan lelaki lain selain badan kau.... tapi penah ke kau fikir macam tu??? tidak sama sekali kan?? kenapa??? kau add perempuan, bila dah kantoi kau kata "sengaja nak berkawan je" tapi, kau add perempuan yang muda bergetah.. siapa tak angin dan cemburu??? budak kau add tu boleh dikategorikan sebagai anak atau cucu.. 14 tahun.. 15 tahun... semata sebab apa? dia cantik dan seksi.. dan itu alasan kau beri?? apa kau ingat perempuan yang cuma ada satu akal ni bodoh yea?.. meski wanita itu kerjanya duduk di rumah, bancuh susu anak. sediakan pakaian kau, minum kau.. tapi dia tahu apa yang berlaku.. sebab tahap kefahaman wanita lebih tinggi berbanding lelaki.. ITU FAKTA!.. tak ada modal la kalau kau umur 30 tahun nak berkawan dengan budak berumur 14 tahun.. nak pinjam dia duit pun kau tak dapat.. kau bagi duit ada lah.. baik kau sumbang duit kau yang berjuta tu pada anak-anak yatim yang sebaya dengan budak-budak tu di rumah anak-anak yatim.. pahala dapat... semua pun dapat..


2) kau bercerai dengan bini kau semata pasal facebook, kau tak mahu remove atau block perempuan comel dan seksi.. MOTIF???? tidak ada kan?? alasan kau guna "dia cantik dari awak, dia boleh bagi saya segalanya" meh aku bagitahu kau, suatu masa dahulu sewaktu kau memikat hati isteri kau, ayat apa yang kau berikan kepada dia melainkan kata-kata pujian... ada ke kau  memikat hati dia dengan makian??? tidak bukan?... sekarang kenapa ini yang kau kata kan? mahu tahu kenapa??? sebab kau terlalu mengikutkan nafsu yang selalunya ia akan kecundang dan waktu itu semuanya tidak akan berbalik kepada keadaan asal. DIA.. iaitu wanita yang kau kata lebih cantik dari bini kau, apa yang dia mampu bagi??? melainkan bukan jaminan untuk hidup kau sempurna, bahagia dan kesetiaan.. kerana apa?? sebab kau belum menghadapi kebahagiaan sebenar.. kau tahu kah dia hanya berpura menyintai kau? nak duit kau.. bukan jiwa kau..? tahu? tidak bukan.. dia, iaitu perempuan yang kini bergelar isteri kau yang kau lemparkan semua itu, adalah seorang wanita yang tabah dan sanggup bersusah payah demi kau.. sanggup menjaga dan menyempurnakan kekurangan kau... dia menjaga anak-anak kau yang lahirnya hasil dari benih kau sendiri.. dia wanita yang pabila tidur anak-anak mu tidak sempurna, dialah yang menjadi kelambu... tidakkan ada nyamuk berani hinggap... dia juga yang menemani dan setia bersama mu.. siang dan malam mu... kau sakit kepala.. dia yang tak tidur.. dia sakit kepala kau tidur kan???  pernah kau buat semua itu???? tidak bukan.. atas sebab itu kau mula mempertikaikan kecantikannya?? sesungguhnya segala kedutan yang terlakar diwajah, tangan, adalah seribu kepahitan derita beserta kebahagiaan bersama kau.. tapi ada dia kata "kedutan saya atas sebab derita bersama awk.. bak sini sejuta??" tidak bukan.. kerana dia hanya mahukan cinta dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.. *setiap kedutan adalah kecantikan di dalam dan di luarannya. itu yang kau harus tahu*


3) Sudah berpunya dan mahukan wanita yang sempurna tapi kau masih tidak boleh mengawal dan masih membiarkan diri kau add perempuan comel dan seksi sebagai kenalan. kau nak perempuan yang baik perawakannya.. mampu menjaga kau, bersusah payah bersama kau.. bukan hanya bersenang lenang lepas itu tinggalkan kau.. bukan? kau pilih wanita yang sedap mata memandang.. pakaian sopan.. tapi kau masih pandang wanita mcam itu.. yang tersembul segala-galanya... satu soalan.. mana satu kriteria wanita idaman kau? BAIK ATAU YANG DEMIKIAN???? kalau baik... untuk apa kau pandang wanita yang sebegitu?? untuk apa kau jeling wanita yang sebegitu?? kau tidak memikirkan perasaan wanita yang setia di sisi mu.. menunggu pinangan dari mu.. untuk dijadikan sebagai ISTERI??? oo OOO..Kau ingat wanita itu tidak sedih?? kau ingat dia senyap bermakna dia setuju dan suka ya???? 


4) SINGLE tetapi MASIH mencari. adakah itu wanita yang ingin kau peristerikan?? alasan kau mungkin simple "aku mahu mengajar dan menarik mereka kejalan yang lurus.. yang bengkok boleh diperbetulkan." *cehh ayat*. simple bukan ayat kau... sebenarnya, untuk semua itu mmg benar.. pahala kau dapat sekiranya dapt merubah.. tapi jika kau tersilap langkah, tulang yang kau ingin luruskan akan patah... demikian juga dengan ilmu kau ingin mengajarnya... kau yang akan diajar sebenarnya... tahu kenapa??? iman kau tidak kuat.. kau yang tergoda.. kau yang terjerumus walaupun dalam sekelip mata... wanita itu sifatnya pengoda... itu kau harus tahu..!

cukup lah hujah aku.. aku tak mahu nanti smua orang band blog aku ni.. hahahaha...

fikirkan yea... 

renung-renungkan dan selamat beramal!


p/s: aku tidak ada niat untuk band sesiapa.. tapi siapa yang terasa.. aku dahulu dan akhiri dengan ribuan kemaafan.. namun, sila lah.. fikirkan apa yang aku katakan.. dan aku cuma bercakap atas apa yang aku perhatikan.. setiap manusia tidak kan lari dari melakukan kesilapan.. tapi kita mampu merubahnya,,,

KAU yang aku maksudkan bukan anda... tetapi adalah bersifat umum.. harap tidak menimbulkan spekulasi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...