IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Tuesday, December 21, 2010

Harga Sebuah CINTA ( Part 5 )

by Benang N Jarum Gk on Tuesday, December 21, 2010 at 1:54pm


Naqib sudah pun sampai di perkarangan rumah Melissa yang dahulunya pernah menjadi teratak persinggahan buat dirinya. Dia melihat rumah tersebut sudah berpita bagi menandakan kawasan larangan. Dia terus melulu masuk dan melihat mayat Melissa yang berpagima dengan ubat yang bergelimpangan disisinya.


“ Awak kenal dengan mangsa?” soal Inspektor Rahman.

“ Ya, dia teman sepejabat saya” jawab Naqib dengan suara yang tersekat.

“ Adakah kamu mengenali ahli keluarga mangsa?” soal inspektor lagi, dan cepat Naqib menjawab “ tidak, Encik ”.

“ Baiklah, kami akan menghubungi Encik Naqib semula nanti, kerana kami mahu membuat beberapa siasatan untuk mengesahkan kes kematian si mangsa. Diharap Encik Naqib dapat menghubungi rakan rapat si mangsa untuk memberitahu kepada ahli keluarga si mangsa.” Ujar Inspektor Rahman kemudian berlalu kepada mayat Melissa.


Naqib tidak dapat berbuat apa-apa kerana siasatan masih dijalankan. Dia berlalu keluar dan hilang arah kemana ingin dituju. Dia masih terpukul dengan berita tersebut kerana serasanya baru setahun yang lepas dia mengenali Melissa dan mula bermadu asmara dengannya. Kesal benar dengan tindakkan Melissa hanya kerana demi cinta dia sanggup mengorbankan dirinya.

“ Mel.. maafkan aku Mel.. cintaku hanya buat isteriku kini... Nurin Najwa.. dan ia akan tetap bersemadi selamanya... hanya buat dirinya. Maafkan aku kerana tidak dapat membahagiakanmu dan hanya menjadikan dirimu peneman sepiku.. aku berdosa kepadamu Mel..” keluhnya sendirian dan airmata mula berlinangan.


Kini yang tinggal hanya kenangan dan juga penantian yang bakal diterimanya untuk hari esok dan seterusnya kerana dia tahu bahawa isterinya akan terus menjauhinya. Terlayar satu persatu rentetan peristiwa pertemuan dan detik terjalinnya hubungannya bersama Melissa Edward. Impian gah yang diciptakan mereka bersama hanya dalam khayalan Melissa semata walhal, untuk dirinya semua itu tiada dan hanya akan bersama tunangannya pada ketika itu. Dia akui itu adalah kelemahannya sebagai seorang lelaki yang tidak pernah boleh menahan godaan syaitan, apabila dihadapkan wanita yang sedemikian dan hanya pintaan nafsunya semata. Dia kesal dengan apa yang berlaku malah menyalahi dirinya atas apa yang terjadi kepada Melissa dan semakin kesal dengan perbuatan silamnya bersama Melissa kerna telah menodai cinta suci Najwa.

“ Maafkan abg Wa... abg takkan lepaskan Wa.. bukan untuk siksa Wa.. tapi untuk buktikan cinta abg kepada Wa.. abg dah menyesal Wa..”




*************************************************************





Jam sudah menunjukkan keangka 11 malam, lama benar dia berada di luar seharian hanya untuk menenangkan dirinya juga untuk bersendirian buat seketika. Dia masuk ke dalam rumah yang dibeli dan dihadiahi khas untuk isterinya pada hari pernikahan mereka.


Melihatkan Najwa yang sudah pun berbaring di katil dia segera mendapatkan Najwa dan mengucup dahi Najwa dengan penuh kehangatan yang membara. Seketika dia menyelak helaian rambut yang berjuraian menutupi wajah mulus milik isterinya dia tersenyum dan bersyukur kerana masih dapat melihat wajah yang dicintainya. Setelah beberapa ketika duduk di sisi isterinya dia pantas mencapai tuala dan terus berlalu ke kamar mandi untuk menyegarkan tubuhnya.

Setelah selesai, dia terus mendapatkan Najwa dan baring disisinya. Dia tahu wajah yang tenang itu sangat sedih dan kelihatan mata Najwa sedikit membengkak akibat menangis seharian. Dia lantas menggenggam erat jari- jemari Najwa dan mencium kemas.


“ Wa, abg minta maaf syg.. abg dah buat hidup kamu menderita dan abg bukanlah suami yang terbaik, tetapi apa pun yang berlaku pada hari ini dan mendatang abg tetap tidak akn melepaskan Wa...Kerna itu janji abg ketika menikahi Wa. Abg tahu abg banyak menodai janji yang abg sendiri bina tapi yang jelas ini adalah janji yang akan sentiasa abg ingat sampai bila-bila serta akan abg kotakan. Abg akan buktikan pada syg bahawa abg akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik buat anak-anak kita. Abg sangat cintakan wa, terlalu cintakan Wa. Berilah abg hanya satu peluang Wa. Abg kan buktikan pada Wa. Tidurlah syg, dan bangkitlah pada hari esok melihatku dan tersenyum manis buatku. Abg tunggu kemaafan darimu. Maafkan abg syg...” dia menangis dan memeluk isterinya lantas melelapkan mata.


Najwa membuka mata setelah buat beberapa ketika mendiamkan diri untuk memperlihatkan bahawa dirinya telah pun lena dibuai mimpi yang dia sendiri tidak pasti samaada mimpi indah bersama Naqib mahupun, hanya mimpi ngeri yang menghantui rumahtangganya kini. Air matanya bergenangan dan dia segera memalingkan wajahnya lantas melepaskan pelukkan Naqib dengan cermat. Bimbang kalau-kalau suaminya itu akan terjaga dan dia berlalu untuk membersihkan diri dengan wuduk.


Selesai berwuduk dia pun menunaikan solat sunat taubat dan istikarah bagi memohon petunjuk dariNya. Usai sudah dia berteleku mengenang nasib yang dirasakan seperti badai yang melanda rumahtangganya kini. Apakah badai itu akan mulai surut dan menemukannya kepada kebahagiaan yang dia impikan selama menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Bermain-main dalam ruang benaknya penyoalan demi persoalan yang sudah mulai terlakar akibat tamparan hebat oleh permainan cinta suaminya ditambah pula dengan kiriman yang dihantar oleh Melissa serta panggilan bernada lancang yang diterima olehnya beberapa hari lalu. Cukup membuatkan hatinya remuk juga tersiksa dengan pelbagai hinaan dan makian yang diterima seolah dia yang merampas Naqib darinya. Perlahan butiran mutiara itu gugur buat sekian kalinya, dan di dalam kepekatan malam dia terusan memohon keampunan buat suaminya dan semoga suaminya dikurniakan hidayah dan taufik serta akan ada penyelesaian buat mereka suatu hari nanti.




************************bersambung****************************






p/s: maaf kerana terlewat mengeposkan part yang ke5. bagi sesiapa yang bertanya.. anda boleh lah membaca. dan part ke6 akan dipostkan juga pada hari ini.terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komentar-komentar anda.. sy mohon maaf sekiranya penulisan ini tidak begitu baik.. :)

3 comments :

~ Warna Warni Kehidupanku ~ said...

knp mell mati beb??

kualisenduk_cerite said...

itu kne tunggu cerita ni... hehehe

ziera joe said...

lame tunggu baru perasan ader da ader smb0ngan nye... jp..nk bce part 6 lak.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...