IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Thursday, December 23, 2010

AL-KISAH ANAK BERANAK ZAMAN SEKARANG : SPEAKER BARU !!



assalammualaikum... n salam sejahtera.. 

ni nak cerita pasal anak beranak zaman sekarang... kalau dulu dok nak perli mak pon takot.. usahkan perli.. cakap kuat, nak mengeluh dan membangkang pun takot.. tapi zaman sekarang... hahaha

al-kisah....

Satu hari tu aku baru balik dari tempat kerja.. biasalah dimusim cuti pasti bosan duduk di rumah dan wang tidak mengalir dibuku akaun. Yeah! Jadi kerja itu bagus dan satu alternative untuk mengembalikan poket ku sentiasa ceria dengan warna-warni not-not berharga. 

senyum.. senyum... *comel kan.. pic taken from google k..





senyum tanda puas mengecapinya dengan kudrat yang dikurniakan olehNYA.. Terima kasih YA ALLAH...


Hurmm ok sambung kembali, sewaktu itu aku duduk semeja bersama kakak ku untuk menjamu selera malam dan dengan tidak segan mahupun silu aku makan tanpa dipelawa. ibuku datang untuk menemaniku dan kakak ku.. seketika kemudian abgku pula menyusul membawa pinggan kosong yang masih belum berisikan nasinya. Ibu mula membuka topik untuk dibualkan.. dan aku seperti biasa masih lagi menjamu selera dan menikmati hidangan itu sepuasnya kerna kini aku sudah mula sukar dijamu makanan enak yang disediakan oleh ibuku.. biasalah balik pun sebulan belum tentu sekali.. 

Ibu meneruskan cerita-ceritanya dan kakak mula memberikan ucapan sepatah dua.. aku seperti tadi masih meneruskan santapan kerna masih belum ada point untuk aku menyelit bersuara.. melihat telatah kakak dan ibuku apabila ketawa berdekah-dekah akan topik yang melucukan itu aku turut ketawa. Kemudian topik dialihkan, aku sendiri mulanya terpinga-pinga mengapa kakak ku mula berminat untuk mengutarakan suatu topik yang pastinya mencuit hati.. teka ku, kerna dia sudahpun ketawa saat belum pun topik dimula... hahahaha... begini permulaanya..



Kakak: dik, kau nak tau? Tadikan.. hahaha (tergelak tanpa memulakan topik)

Aku: (hanya senyum sumbing melihatnya dengan wajah yang pelik..)

Kakak: tadi... Cik Izzah cakap “mak kau beli speaker baru ke an?”.

Aku: hah? Beli speaker baru?? (masih terpinga.. seketika kemudian aku bertanya)
         Mak beli speaker kereta baru ke?? Membazir je.. baik bagi adik duit tu... hehehe

Mak: (tak kata apa-apa tapi tersipu-sipu)

Abg: (sudah mula tersenyum kambing..menurutku dia sedang menahan gelak)

Kakak: ye dik.. mak dah beli speaker baru.. kalau tak percaya Tanya abg an...

Aku: ye ke bang?

Abg: ye la... cuba pergi tengok jap lagi...

Aku: malas la... mak ni betul-betul membazir...

Kakak: (terus terhembur ketawa yang menyeringai) dik.. kau ni lembab la.....!

Aku: apsal pulak?

Kakak: tadi pagi... aku tengah kemas kat dapur.. mak masak.. sekali tu abg masok dalam lepas basuh
              motor...

Aku: lepas tu?

Kakak: abg katalah.. mak tadi Cik Izzah Tanya “mak kau beli speaker baru ke an?”

Aku: hurmmm... dah tu..

Kakak: aku pun cakap la... fuyyyooo.. mak beli speaker baru...! pastu mak Tanya kat aku..
             “ko tak paham ye wani..?” pastu aku terus kata kenapa? Pastukan dik.. mak cakap la... “abg ko tu       
               perli mak ko ni hah.. aku yang tua ni pun paham...”

Abg: (terus tergelak tanpa sebarang kata)

Aku: hah? ( masih terpinga)

Kakak: aku dengar mak cakap.. aku terus tergelak-gelak kau tau dik... sengal abg kau ni... ada ke patut
              cakap suara mak macam speaker..

Aku: hahahahaha..... abg, kau ni sengal la... ada pulak speaker.. hahahahaah ( terbahak-bahak)

Abg: habis tu mak kat dapur.. aku yang kat luar sampai boleh dengar apa yang mak cakap.. speaker la             
          tue.. ( sekali lagi dia tergelak sambil bercakap dengan ku..)

Aku: haddddooooiii aiiii....

Mak: kuang asam punye anak... (turut tergelak)...hahaha..

Aku: memang lawak...



Mak aku memang kalau cakap tak perlukan mic.. suaranya boleh satu perhimpunan sekolah dengar.. sebab tu la dulu sebelum mak bersuara aku, kakak, abg dan ayah akan mula buat apa yang disuruh dulu.. hahaha.. *takut kena bebel punya pasal...hahahaha* tapi kadang aku rasa sifat ibuku itu menurun pada aku.. aku bersuara lantang.. dan atas sebab itu mungkin aku memang sesuai untuk profession ku ini...  masih mahu tergelak.. hahaha...  mesej yang abg aku sampaikan untuk mak aku memang cukup jelas meski ayat berbunga.. hahahaha..

Sekian..
     

p/s: sesiapa yang rasa nak menggunakan taktik ini kepada mak anda *sekiranya ada masalah yang sama la.. hahaha
       pastikan yang ibu anda sporting dan leh bergurau ataupun sesuai ikot keadaan... kalau tak.. bukan dapat gelak bersama...
       tapi dapat PELEMPANG.. hahahaha..  selamt mencuba yea..

:: CINTA ATAU DERITA?? ::

Salam hormat dan sejahtera...
CINTA ATAU DERITA??

Hah! Cepat pilih mana satu idaman kalbu.. ramai remaja sekarang dilema kan menghadapi situasi ni. Dia cintakan seseorang tapi dia derita kerana menyintai orang tu tak kira lah derita dari aspek apa sekalipun. Ok tak paham? Sebagai contoh dia cintakan orang tu tapi setiap hari dok menangis, meraung, meleleh, memekik, menjerit dan semua yang bermula dari huruf “M” ni akibat bf/ gf tu punye sikap yang menjengkelkan ataupun main kayu tiga ataupun layan endah tak endah dan sebagainya yang boleh mengguris hati seseorang itu. Namun, si pecinta ni masih tetap sayang dan cintakan seseorang tu walaupun berkali-kali disakiti dan dilukai. Pelikkan?? Mesti bila diceritakan masalah kepada seseorang, orang akan kata “ kalau aku la.. aku dah tinggal je laki/pempuan mcam ni.. dah buat macam ni pun kau masih nak lagi?? Come on la, kau bukan tak laku beb. Ramai nak kau.. tapi kau sengaja pilih derita.. “ kata sipolan kepada SIPOLAN...
Ini adalah cinta tapi yang menderitakan dan agaknya cinta macam ni akan menemukan kepada kebahagiaan ke? Korang sendiri nilai...

 Situasi A
GF: Awak.. awak syg kat saya tak?
BF: ye.
GF: Wak ni langsung tak ikhlas.
BF: Dah nak wat cam ne g?
 *Pastu cerite benda lain lak..Selang beberapa ketika......

GF: Awak.. wak cintakan saya tak?
BF: Adoiii.. wak ni kan! Tak paham-paham lagi ke?? Rimas la.. rimas!!! Jangan Tanya  banyak boleh?
*abis meleleh airmata, hingus dan semua yang boleh dilelehkan untuk menggambarkan betapa sedihnya dia...

BULAN BERIKUTNYA
GF: Awak kalau saya Tanya jangan marah ya.
BF: apa dia?
GF: seberapa banyak cinta awak pada saya?
BF: kan dah kata jangan Tanya lagi benda ni!!!!
GF: awk kita putus lah macam ni..
BF: OK..
*Giler sempoi... hahaha.. (ok dialog ni aku reka je ye.. so korang jangan plak kata aku nak kene kan sesape.. kalau ada yang terkena tu mintak maaf banyak-banyak..

Bagaimana pula cinta yang ada masa bahagia dan ada masa.. maakkk aiii! Azabnya Tuhan je tahu.. hurm, sebagai contoh awalnya indah je. Pastu dingin, biasa lah gado sikit-sikit lepastu sampai dah plan nak berumahtangga ni... lastly, hahaha.. meh baca dialog ni.. bagi paham sikit..

Situasi B
GF: Awak.. buat apa?
BF: Tak ada apa.. kenapa?
GF: Saya sayang awak.. rindulah...
BF: Ye saya pun... rindu juga... bila la boleh kawin ya..
GF: Sabarlah.. lagi setahun je.. habis je saya belaja kita kawin ya..
BF: Ye saya tunggu awk.. tak sabar rasanya.... seronoknya lah masa tu kan..
GF: hurmm ya.. awak jangan tinggal saya tau kalaupun saya yang minta perpisahan tu..
BF: tak... saya takkan tinggalkan awak... takkan... awak satunya dalam hati saya..
GF: terima kasih.. I LOVE YOU>>
*sweetnye.. macam gula...

BULAN BERIKUTNYA
GF: awak.. kenapa senyap berapa hari ni?
BF: tak da apa.
GF: saya ada buat salah ke?
BF: tak da apa.. tak la.. tak ada salah..
GF: dah tu kenapa senyap je? Call tak angkat.. sms tak balas..
BF: boleh tak jangan banyak Tanya... (terus letak telifon)
*tetibe hantar sms..

BF: saya fikir pasal kita.
GF: apa yang awak fikirkan? Kita baik-baik je sebelum ni...
BF: hurmm... saya rasa saya tak boleh nak bahagiakan awak.. awak baik dan saya... awak carilah kebahagiaan awak..
GF: maksud awak?
BF: sy tak mampu buat awak bahagia dan bagi apa yang awak inginkan..
GF: sy Cuma mahu cinta, syg, kasih dan juga kesetiaan.. bukan harta...
*terus tak balas... hah! Sudah... tetibe je.. padahal si gadis tu tak pernah pertikaikan dia baik atau tak.. gadis tu baik atau tak... tetibe je..mau tak meraung gadis ni... kesian beb! Jejaka pun bagi la alasan yang munasabah dan boleh diterima, ini ayat seposen je... kesetiaan langsung tak berbalas.. adoii... and ada sorang penah cakap kat aku pasal situasi macam ni..

“itu semua modal lelaki je nak putus.. ayat klasik.. langsung tak ada variasi dan alasan yang kukuh.. tak professional!”

Ya, aku setuju dengan apa yang kawan aku perkatakan tu.. dan siapa diantara kamu yang setuju jugak.... kalau tak setuju.. meh tengok cinta yang seterusnya....  cinta yang ni pulak aku panggil cinta TARIK TALI.. LEPASTU PUTUS...

Kenapa aku panggil cinta tu cam tu.. sebab bila si perempuan mintak putus.. dia beria-ia tak nak.. pastu menangis... ape la.. tu la... bila pempuan cakap dia kata pempuan membebel dan marah... smua macam salah kat pempuan je la tapi msalah tu dia yang ciptakan.. kenapa tak nak lepaskan pempuan tu time dia mintak putus je? Dan kenapa tiba masa bila pempuan tu dah setia mati kat dia.. cinta maut la konon dia plak dengan senang je cakap...

Situasi C
BF: Saya tak nak awak menderita bila bersama saya. Setiap hari awak sedih sebab saya. Saya harap awak akan bahagia
GF: apa salah saya kenapa buat saya macam ni...
*terus senyap...hahaha.. kelakar kan.. sebab tu aku panggil cinta tarik tali lepas tu putus.

Ok.. aku bukan la pandai sangat dalam bab-bab cinta ni dan aku bukanlah nak band mana-mana pihak. Lelaki atau perempuan sekarang kita semua dah sama taraf, lelaki boleh buat apa yang pempuan boleh dan pempuan juga boleh buat apa yang laki boleh buat. Jadi tak ada istilah lelaki lebih handal dari wanita atau wanita lebih handal dari lelaki.. tapi satu benda yang lelaki tak boleh buat iaitu lelaki sukar untuk menjaga hati wanita sebab keegoan yang tinggi dan melampau. Apa yang aku nak cakap kan dari ke tiga situasi ni A,B dan C ialah, cinta boleh buat orang gila dan cinta boleh buat orang jadi sempurna. Hebatkan cinta ni, walhal cinta itu satu benda yang kita tak boleh Nampak dan pegang tapi boleh dirasa dan atas dasar cinta harus dirasa tu lah ramai plak yang nak merasa-rasa... *rasa pada tempat yang tak sepatotnya dirasa*...ni wrong type of person la kalau nak cintai.. sebab cinta ni harus dirasalah ianya boleh mebunuh perasaan seseorang kerana ia terasa didalam hati biar bahagia mahupun sengsara. Kalaulah nak putus bialah professional, ni bagi ayat setiap kali putus benda yang sama. Nampak sangatlah langsung tak matang dalam bab cinta, dan kalau nak tau perempuan sangatlah kecewa dengan orang yang macam ni.



Untuk sesiapa yang nak mulakan cinta baru akibat dikecewakan samada lelaki mahupun perempuan...yang baru first time nak bercinta meh ler aku nak share apa yang aku baca dan aku tau sikit-sikit..


Korang kena cari MR & MRs  RIGHT korang..

1)      Orang yang menyintai kita adalah orang yang sanggup mendengar segala keluh kesah kita. Kat sini tiada istilah JEMU untuk dia dengar. Bila korang ada masalh, dia akan dengar penuh perhatian bukannya dengar tetibe.. “waaaarrgghh... mengantuk lah.. esok sambung lagi bole.. ?” hah! Kalau orang macam ni bukan aku nak kata bukan mr/mrs right korang.. tapi orang mcam ni selalu buat jiwa korang makin sakit.. hahahaha..

2)      Orang yang menyintai kita akan sentiasa ingat apa yang kita cakapkan. Secara sengaja atau pun tak sengaja. Benda tu besar, bermakna atau tersangatlah remeh. Dia pasti akan ingat dan bijak menggunakan perkataan tu pada waktu dan tempatnya. Bukan main hambur ikut suka..


3)      Orang yang menyintai kita adalah orang yang akan share segalanya dengan kita dan bukan hanya bila ada masalah je baru nak carik kita. Bila time hepy dengan member, jawab call pun tak nak.. tapi bila ada masalah dengan member.. kite gak kne dengar.. kadang-kadang kene dengar maki hambur dia kat member dia.. tapi telinge kite gak yang duk menadah.. adoooiii..

4)      Orang yang menyintai kita dia takkan penah bosan dengan kita walaupun kadang-kadang sifat kita menjengkelkan dia. Kita buat dia marah, sakitkan hati dia dan jumpe dia tapi kita tak cakap pape. Dia still tak bosan dengan kita. Everytime yang kita spend dengan dia masa kita dia anggap itu adalah sesuatu yang berharga dan tak kan dapat dilupakan. Begitu juga bila kita asyik Tanya benda yang sama... dan dia still akan jawab benda tu walaupun terpaksa ucapkan seribu kali sayang dan cinta untuk kita dalam masa sehari tu.


5)      Orang yang menyintai kita adalah orang yang takkan suka hati dia buat perangai dan langsung tak pernah nak minta maaf. Contoh hari ni dia buat hal, malam tu tido.. esok msj macam biasa.. orang macam ni hanya pentingkan diri sendiri dan langsung tak penah paham tentang perasaan kita. Ikot suke hati dia je dia nak buat apa. Pada dia, kita akan sentiasa ada untuk dia. Ataupun, minta maaf beribu kali tapi buat benda yang sama dan selalu membelakangkan kita dalam segala hal.

6)      Orang yang menyintai kita adalah orang yang di dalam hatinya hanya ada kita. Tak de nama orang lain. Dan dia akan selalu menjaga maruah kita apabila kita ditindas dengan sesiapa, dialah hero/heroin kita berfungsi untuk menyelamatkan kita dari tikaman kata-kata berbisa dari sesetengah pihak. Means, dia backup kita la... cehhh.. hahaha


Tuesday, December 21, 2010

Harga Sebuah CINTA ( Part 6 )

by Benang N Jarum Gk on Tuesday, December 21, 2010 at 1:53pm

Subuh itu dikejutkan dengan deringan bunyi jam loceng yang sudah menjadi rutin untuk menggantikan ayam berkokok bagi mengejutkan mereka. Kali ini Naqib yang mematikan jam loceng dan dilihat disisinya Najwa tiada, seketika itu dia pantas bangun apabila dilihat Najwa dalam keadaan bertelekung tidur dilantai beralaskan sejadah. Dia menghampiri isterinya dan kemudian mengejutkan Najwa.



“Wa sayang.. bangun syg.. dah subuh.. kenapa tidurkan bawah ni? Syg... bangun syg...” dia tersenyum melihat isterinya yang masih tidak sedarkan diri. Dia pantas mencium dahi isterinya kerana itu sudah menjadi kebiasaannya diwaktu pagi namun, kali ini dapat dirasai pebezaanya.


“syg. Kenapa ni syg... panas je..” segera tanganya mula meraba disekitar dahi dan juga lehernya. Dia segera mengangkat Najwa kemudian dibaringkan di atas katil. Najwa benar-benar tidak sedarkan diri apabila sudah sekian kali digerakkan untuk menunaikan fardhu dan Naqib awal lagi sudah menalifon pihak sekolah bagi memaklumkan keadaan isterinya. Dibiarkan isterinya lena kerna dia tahu isterinya pasti masih terkejut akan semua yang berlaku.


Najwa tersedar dan didapati dirinya sudah berada diperaduan dan baju juga sudah digantikan serta diselimutkan. Dia terkejut bukan kepalang serta segera cuba bangun untuk bersiap ke sekolah namun dikerlingnya jam dinding dan hari sepertinya sudah mahu merangkak ke tengah hari. Dia cuba menggagahkan diri namun dia terbaring kembali dan badannya lemah tidak berdaya. Naqib masuk kekamar dan kelihatan dia membawa hidangan ditangan.


“ Syg abg dah bangun.. hurm.. mari makan. Abg suapkan ya.. syg demam ya.. kesian syg abg.. makan ya. Abg dah buatkan bubur nasi untuk sayang dan sandwich. Syg nak makan yang mana dulu?” Tanya Naqib lembut.


Najwa tidak memberikan apa-apa reaksi dan dia memejamkan mata. Terasa bahang kehangatan yang mulai terasa disegenap kelopak matanya. Airmatanya juga keluar tanpa dipinta bukan kerna kesakitan tapi kerna terharu diperlakukan sedemikian rupa. Naqib pantas menyapu linangan airmata yang berguguran. Najwa hanya membiarkan dirinya buat seketika dimanjai oleh suaminya.


“Abg.. ba...ju... Wa....” belum pun dia menghabiskan kata-kata itu Naqib sudahpun meletakkan jari dimulutnya dan menghadiahkan senyuman buatnya.

“ Abg yang bukakan. Abg lapkan badan syg.. abg takut syg sejuk sebab semalaman syg tidur kat bawah. Tu la, kan dah demam. Lain kali jangan tidur jauh dari abg, syg abgkan tak boleh kena sejuk dan tak tahan sejuk. Kenapa? Syg marah ya abg tukarkan baju syg atau syg malu?” usik Naqib.


Najwa memejam mata menahan sakit yang tidak terhingga dibahagian kepalanya disamping menutupi rasa malu yang bersarang di dalam hatinya. Pipinya mulai merah akibat menahan kesakitan dan malu atas usikan Naqib.


“hahahaa... syg ni, kan dah jadi suami isteri untuk apa dimalukan. Mari bangun dan jamah apa yang abg buat ni. Khas untuk syg tau abg masak.. lepas tu syg makan panadol ni.nanti kita pergi klinik ya syg ?.” Naqib bertanya sambil memapah isterinya untuk bangun dan bersandar.


Mendengarkan pertanyaan itu Najwa segera berkata “ tak mahu.. Wa tak nak pergi klinik. Wa takut..”

“ Apa yang syg takutkan. Abg kan ada. Abg akan sentiasa temankan syg.. jangan risau k.”

“Wa tak nak!” bentak Najwa lembut seperti anak kecil.


Naqib hanya tersenyum kerana dia sudah maklum akan perangai Najwa yang takut berjumpa doktor. Dia menyuakan sudu yang sudah berisikan bubur kepada Najwa. Walau payah Najwa cuba gagahkan diri untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh suaminya bagi menjaga hati suaminya dan dihati kecilnya sangat bahagia, baginya biarlah dia menikmati kebahagiaan itu walaupun seketika.


Dijamahnya perlahan namun, jamahannya kali ini tidak betah lama tersimpan di mulutnya lama dan sepertinya ia tidak diterima perutnya. Najwa muntah dan dia segera ingin bangun ke bilik air. Naqib turut membantunya untuk ke bilik air namun, ditolak dingin oleh isterinya. Naqib mengekori Najwa yang berlalu ke bilik air dan membersihkan mulutnya dan tiba-tiba pandangannya menjadi gelap. Dia pengsan dan Naqib terus mendapatkan tubuhnya. Dia terus membawa najwa ke Hospital kerana dia terlampau cemas akan keadaan isterinya.




**************************************************************






“ Tahniah Encik Naqib, isteri encik sudah pun hamil 2 bulan. Encik bakal menjadi ayah.!” Jelas benar ucapan yang terkeluar dari mulut Doktor Hisham dan lebih jelas lagi perkataan ayah yang disebut.


Naqib mengulum senyuman dan ucapan syukur yang tidak terhingga kepadaNya. “ Sy akan jadi ayah doktor. Terima kasih ya.” Ujarnya sambil melemparkan pandangan kepada isterinya yang masih berada dipembaringan.

“ Tapi encik, keadaan isteri encik sangat lemah dan saya ingin menasihatkan supaya dia tidak terlalu dibebankan dengan sesuatu hal-hal yang sangat berat. Kelihatan dia sangat-sangat tertekan dan tidak menjaga makan. Ini saya berikan dia cuti untuk berehat dan saya harap encik dapat lebih memberikan dirinya perhatian dan cuba menjaga jadual makn buatnya. Saya juga akan berikan vitamin untuk isteri encik supaya dia boleh segera sihat dan lebih berselera terhadap makan. Sangat perlu untuk dia mengambil susu formula bagi pembentukkan tulang yang sihat serta untuk kandunganya.”


“ Baiklah doktor. Saya akan menjaga dan lebih memerhatikanya, terima kasih diatas nasihat doktor.” Ucapnya dan mendapatkan isterinya.

“ Syg.. terima kasih syg.. abg cintakan syg..” satu kucupan hangat hinggap didahi Najwa. Seketika itu dia bersalaman dengan Doktor Hisham dan memapah isterinya keluar.


Naqib meninggalkan hospital dengan penuh rasa bahagia namun, kebahagiaan itu sepertinya tidak disambut mesra oleh Najwa. Naqib risau benar kalau-kalau Najwa masih memikirkan hal-hal yang bakal mengundang kemudaratan bagi pihak dirinya dan juga janin yang ada dalam kandunganya. Dia buntu namun dia tahu dia harus membuat sesuatu agar isterinya itu mampu tersenyum kembali.

" Sayang kenapa ni? muram je. syg sakit lagi ya.. syg nak makan apa-apa tak? abg belikan." senyumnya sambil mengenggam jari- jemari Najwa.

" Sayang terima kasih atas anugerah ni. terima kasih memberikan abg zuriat syg. abg near-benar gembira dan sangat-sangat menicintai syg.. syg lah cinta yang abg cari selama ini.. terima kasih ya syg" tambah Naqib.

Najwa masih membisu dan tiada sebarang reaksi. Dia memalingkan wajahnya menikmati pemandangan di luar tingkap. Tangannya masih dibiarkan diusap lembut oleh tangan kasar milik Naqib. Seketika itu tangannya itu dialihkan kepeha Naqib dan kemudian di dada Naqib selepas itu Naqib membawa tangannya ke bibirnya. Namun, belum pun sempat tangan itu dikecup Najwa pantas menarik tangannya seperti tidak menyukai perbuatan Naqib pada ketika itu.


" Syg kenapa ni? abg buat salah apa pada sayang? syg tak suka ya. abg minta maaf ya.. syg tidurlah.. ya..syg penat ni " duganya bagi menenangkan hatinya yang resah dan sayu akibat apa yang berlaku.

" Nanti anak ni sy yang akan jaga dan selepas habis sahaja pantang mohon sy pada awak untuk melepaskan sy. Biarlah sy yang akan membesarkan anak ini. Ini anak sy!." tegas Najwa.

" Tak syg. Abg takkan benarkan anak ini tidak berayah. Dia juga anak abg, abg sygkan syg dan juga anak kita. syg boleh hukum abg tapi janganlah hukum dia syg. Dia tak bersalah dan apa pun hukuman syg akan abg terima. abg benar-benar menyesal syg. Please syg.... Jangan tinggalkan abg. " rayu Naqib penuh meminta dan penyesalan.

" Saya dah buat keputusan. Wa tak mahu anak kita dibebani masalah kemelut ini. Biarkan anak ini tidak berbapa dari mengetahui apa yang sudah terjadi. Sy tak mahu anak ini membenci ayahnya nanti apabila dia mendapati ada abang atau kakak tirinya dari isteri kedua ayahnya." tegasnya dalam kesedihan.


Mereka sudah pun sampai di istana mereka dan Naqib terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut Najwa. Selama dia mengenali Najwa belum ada satu pun ayat yang sangat menguris hatinya dan juga kata-kata kasar yang dilaungkan dari suara lunak Najwa. Namun dia sedar, apa pun yang berlaku kini akibat kesalahannya sendiri dan dia harus bijak mengawal emosinya kali ini untuk berhadapan dengan isterinya. Dia tahu yang Najwa tidak sengaja untuk menyakitinya apalagi untuk bertindak kurang sopan apabila berbicara.

" Syg.. apa yang sayg cakapkan ni.. aaa.. baaanngg....." belum pun sempat dia menghabiskan kata-kata. Pintu keretanya diketuk perlahan oleh seseorang yang berada di luar. Dia menurunkan kaca tingkap dan menyapa salam yang diberi.




************************bersambung****************************




p/s: ikuti sambungan akan datang. mohon maaf atas kelewatan mengeluarkan part 5 dan 6 berikutan atas banyak kerja yang harus diutamakan. maaf sekiranya penulisan tidak begitu baik. diharap anda dapat memberikan lebih banyak komen supaya saya dapat memperbaiki lagi setiap kelemahan jalan cerita dan gaya penulisan yang ada. terime ksih kawan2.. :)

Harga Sebuah CINTA ( Part 5 )

by Benang N Jarum Gk on Tuesday, December 21, 2010 at 1:54pm


Naqib sudah pun sampai di perkarangan rumah Melissa yang dahulunya pernah menjadi teratak persinggahan buat dirinya. Dia melihat rumah tersebut sudah berpita bagi menandakan kawasan larangan. Dia terus melulu masuk dan melihat mayat Melissa yang berpagima dengan ubat yang bergelimpangan disisinya.


“ Awak kenal dengan mangsa?” soal Inspektor Rahman.

“ Ya, dia teman sepejabat saya” jawab Naqib dengan suara yang tersekat.

“ Adakah kamu mengenali ahli keluarga mangsa?” soal inspektor lagi, dan cepat Naqib menjawab “ tidak, Encik ”.

“ Baiklah, kami akan menghubungi Encik Naqib semula nanti, kerana kami mahu membuat beberapa siasatan untuk mengesahkan kes kematian si mangsa. Diharap Encik Naqib dapat menghubungi rakan rapat si mangsa untuk memberitahu kepada ahli keluarga si mangsa.” Ujar Inspektor Rahman kemudian berlalu kepada mayat Melissa.


Naqib tidak dapat berbuat apa-apa kerana siasatan masih dijalankan. Dia berlalu keluar dan hilang arah kemana ingin dituju. Dia masih terpukul dengan berita tersebut kerana serasanya baru setahun yang lepas dia mengenali Melissa dan mula bermadu asmara dengannya. Kesal benar dengan tindakkan Melissa hanya kerana demi cinta dia sanggup mengorbankan dirinya.

“ Mel.. maafkan aku Mel.. cintaku hanya buat isteriku kini... Nurin Najwa.. dan ia akan tetap bersemadi selamanya... hanya buat dirinya. Maafkan aku kerana tidak dapat membahagiakanmu dan hanya menjadikan dirimu peneman sepiku.. aku berdosa kepadamu Mel..” keluhnya sendirian dan airmata mula berlinangan.


Kini yang tinggal hanya kenangan dan juga penantian yang bakal diterimanya untuk hari esok dan seterusnya kerana dia tahu bahawa isterinya akan terus menjauhinya. Terlayar satu persatu rentetan peristiwa pertemuan dan detik terjalinnya hubungannya bersama Melissa Edward. Impian gah yang diciptakan mereka bersama hanya dalam khayalan Melissa semata walhal, untuk dirinya semua itu tiada dan hanya akan bersama tunangannya pada ketika itu. Dia akui itu adalah kelemahannya sebagai seorang lelaki yang tidak pernah boleh menahan godaan syaitan, apabila dihadapkan wanita yang sedemikian dan hanya pintaan nafsunya semata. Dia kesal dengan apa yang berlaku malah menyalahi dirinya atas apa yang terjadi kepada Melissa dan semakin kesal dengan perbuatan silamnya bersama Melissa kerna telah menodai cinta suci Najwa.

“ Maafkan abg Wa... abg takkan lepaskan Wa.. bukan untuk siksa Wa.. tapi untuk buktikan cinta abg kepada Wa.. abg dah menyesal Wa..”




*************************************************************





Jam sudah menunjukkan keangka 11 malam, lama benar dia berada di luar seharian hanya untuk menenangkan dirinya juga untuk bersendirian buat seketika. Dia masuk ke dalam rumah yang dibeli dan dihadiahi khas untuk isterinya pada hari pernikahan mereka.


Melihatkan Najwa yang sudah pun berbaring di katil dia segera mendapatkan Najwa dan mengucup dahi Najwa dengan penuh kehangatan yang membara. Seketika dia menyelak helaian rambut yang berjuraian menutupi wajah mulus milik isterinya dia tersenyum dan bersyukur kerana masih dapat melihat wajah yang dicintainya. Setelah beberapa ketika duduk di sisi isterinya dia pantas mencapai tuala dan terus berlalu ke kamar mandi untuk menyegarkan tubuhnya.

Setelah selesai, dia terus mendapatkan Najwa dan baring disisinya. Dia tahu wajah yang tenang itu sangat sedih dan kelihatan mata Najwa sedikit membengkak akibat menangis seharian. Dia lantas menggenggam erat jari- jemari Najwa dan mencium kemas.


“ Wa, abg minta maaf syg.. abg dah buat hidup kamu menderita dan abg bukanlah suami yang terbaik, tetapi apa pun yang berlaku pada hari ini dan mendatang abg tetap tidak akn melepaskan Wa...Kerna itu janji abg ketika menikahi Wa. Abg tahu abg banyak menodai janji yang abg sendiri bina tapi yang jelas ini adalah janji yang akan sentiasa abg ingat sampai bila-bila serta akan abg kotakan. Abg akan buktikan pada syg bahawa abg akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik buat anak-anak kita. Abg sangat cintakan wa, terlalu cintakan Wa. Berilah abg hanya satu peluang Wa. Abg kan buktikan pada Wa. Tidurlah syg, dan bangkitlah pada hari esok melihatku dan tersenyum manis buatku. Abg tunggu kemaafan darimu. Maafkan abg syg...” dia menangis dan memeluk isterinya lantas melelapkan mata.


Najwa membuka mata setelah buat beberapa ketika mendiamkan diri untuk memperlihatkan bahawa dirinya telah pun lena dibuai mimpi yang dia sendiri tidak pasti samaada mimpi indah bersama Naqib mahupun, hanya mimpi ngeri yang menghantui rumahtangganya kini. Air matanya bergenangan dan dia segera memalingkan wajahnya lantas melepaskan pelukkan Naqib dengan cermat. Bimbang kalau-kalau suaminya itu akan terjaga dan dia berlalu untuk membersihkan diri dengan wuduk.


Selesai berwuduk dia pun menunaikan solat sunat taubat dan istikarah bagi memohon petunjuk dariNya. Usai sudah dia berteleku mengenang nasib yang dirasakan seperti badai yang melanda rumahtangganya kini. Apakah badai itu akan mulai surut dan menemukannya kepada kebahagiaan yang dia impikan selama menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Bermain-main dalam ruang benaknya penyoalan demi persoalan yang sudah mulai terlakar akibat tamparan hebat oleh permainan cinta suaminya ditambah pula dengan kiriman yang dihantar oleh Melissa serta panggilan bernada lancang yang diterima olehnya beberapa hari lalu. Cukup membuatkan hatinya remuk juga tersiksa dengan pelbagai hinaan dan makian yang diterima seolah dia yang merampas Naqib darinya. Perlahan butiran mutiara itu gugur buat sekian kalinya, dan di dalam kepekatan malam dia terusan memohon keampunan buat suaminya dan semoga suaminya dikurniakan hidayah dan taufik serta akan ada penyelesaian buat mereka suatu hari nanti.




************************bersambung****************************






p/s: maaf kerana terlewat mengeposkan part yang ke5. bagi sesiapa yang bertanya.. anda boleh lah membaca. dan part ke6 akan dipostkan juga pada hari ini.terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komentar-komentar anda.. sy mohon maaf sekiranya penulisan ini tidak begitu baik.. :)

Thursday, December 9, 2010

:: AIR JARANG ::

ok.. sume sudah tau ape yang aku nak cite kali ni???
ape??? tak tau g?! ok2.. aku nak cita pasal AIR JARANG...
hurmmm air jarang ni banyak kelebihannya.. kenapa? tak pecaya?? ok.. ko follow entry ni pai habis.. t korg tau ape aku nak sembang kan pasal air jarang nie... 

ok2.. aku tau ade yang pelik ngn air jarang.. mgkin ade yang tak penah dengar.. lau ade yang penah dengar tu bgus la.. means kite 'GENG' sebab menggunakan panggilan yang sama. :) ok.. Air jarang ni istilah yang mak aku gunekan untuk kiteorang adik beradik dulu-dulu *sebenarnya bukan dulu-dulu je.. sampai ke sekarang pon still guna gak* hahaha...biasanya time nak makan mak aku suke oder kat kiteorang dulu... " dik.. amik kan mak air jarang "... hurm... adik gak yang kne.. kan? hahahaha...

ok2 tak nak sembang kosong banyak... meh aku tunjukkan ape tu air jarang bagi siapa-siapa yang tak tau..


hah.. amik kau!! ni lah air jarang.. hahaha..
NO COLOUR..& NO SUGAR.....
BAIK UNTUK SEMUA MANUSIA.....
AND DIJAMIN HALAL 100%





















ok.. clear dah? hurm.. aku tak tau kenapa dulu mak aku panggil air jarang dan aku gak penah cakap kat kawan aku "Ko nak air ape? air jarang ke?" dia terus wat muke.. '___'! pelik giler.. aku gelak.. aku cakap ok.. air kosong.... baru dia paham.. hurm..aku rasa itu gelaran orang-orang dulu.. sebab tadi time aku nak carik gamba ni aku search la untuk air jarang.. pergh kua air sungai la... air yang kua dari paip.. dan siap ade kapal terbang.. hahaha.. try gak aku carik kat web pasal air jarang ni.. ade lah beberapa orang yang tulis pasal air jarang is air masak/ air kosong.. tapi tak de lak aku tgok kat wikepedia... nanty korg check la.. mane tau ade.. aku ni pemalas sikit nak carik.. lau ada korang bagitau la ape yang tertulis pasal air jarang ni kat wikepedia tue.. k :) tapi lau tak de.. means ni memang istilah yang diguna pakai zaman atok dan nenek kita.. :)

bagi pendapat aku.. kenapa air ni dipanggil air jarang sebab dia tak de kaler.. dia tak diletakkan pape.. just letak kat dapur kayu then masak... up sikit pada zaman aku letak kat dapur gas masak gune cerek... ok... nak lagi up zaman yang serba canggih sume tinggal tekan je guna jari ni... tu hah letak dalam 'kettle' pastu psang suis.. tunggu then siap dimasak...dengan suhu yang cukup takat didihnya.. pastu korang biarkan sejuk hah jadilah AIR JARANG....

ok.. air ni kan boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit lau tak silap aku... cume dengan amalkan minum setiap pagi bagun dari tidur terus g minum air... tanpa menggosok gigi anda... weh! jangan gelak..NI FAKTA!
ok ni antara beberapa penyakit yang dikenal pasti dapat dihilangkan dengan meminum air yang free morie je ni.. tak yah bayar, lau kat kedai rm0.20.. tapi lau korg bawak dari rumah minum kat kedai free je.. mamak takkan marah la weh korang bawak air sendiri dari rumah!

carta penyakit:
1) tekanan darah tinggi
2) gastrik
3) diabetes
4) sembelit
5) kanser
6) tibi
7) artritis

** ok menurut kajian, penyakit-penyakit ni akan hilang dalam satu tempoh tertentu apabila korang amalkan minum air jarang ni setiap pagi lepas bagun dari tidur.. tapi dia ada kaedahnya.. firstly, bgun dari tidur kne minum 4 gelas air tanpa gosok gigi. pastu gosok gigi dan tak leh makan atau minum selama 45minit (mak aii,hahaha tahan nafsu weh.. cuba bayangkan korang gosok gigi selama 45 minit.. penah tak korang gosok gigi lama cam tu? dah tu habis kan masa dalam bilik mandi bape jam? bersabun lagi, syampu lagi... hahahaha... lambat weh korang kekuliah!)  pas 45 minit baru leh minum dan makan macam biasa pastu lepas 15minit amik  sarapan, makan tengahari, makan malam... korang jangan makan atau minum selama 2jam... 
ok tempoh untuk hilang penyakit-penyakit tu bila korang dah amalkan kaedah ni adalah seperti berikut:-

**penyakit 1 dan 3 akan hilang dalam masa 30 hari. Penyakit 2 dan 4 pulak akan hilang dalam 10 hari,     manakala bagi penyakit yang teruk macam penyakit no 5 dan 6 akan amik masa dalam 180 hari dan juga 90           hari. tapi bagi penyakit no 7 akan hilang dalam masa 3 hari je.. INSYAALLAH.. * selamat mencuba *


OK seterusnya, Ramai yang berdiet nak kurus tapi tak makan.. pastu makan dengan cara yang salah.. nak diet pagi sampai petang tahan lapar.. tapi bila malam, g carik makan.. ape kes? lau makan roti ke.. biskut ke.. k lagi.. ini g makan mee goreng. nasi... ish3... diet kebendenye tue? hurmm meh aku syorkan.. sape yang nak berdiet tue.. minum je air banyak-banyak.. tau tak air jarang ni leh buang toksik dalam badan... badan jadi sehat weh.. dan korang akan nampak perbezaan slimnye.. tak yah korang nak tahan-tahan nafsu makan.. makan je... juz minum air banyak nanti dia akan meneutralkan balik dalam badan korang bila toksik dah dibuang.. at first memang akan ada simptom yang tak best la.. macam sik nak ketandas je.. buang air.. hahahaha.. aku dah kne weh.. tapi lame-lame nanti dah biasa... everythngs is back to NORMAL.. dan kalau berdiet tanpa senaman.. korang akan tgok hasil nya... BAHAGIAN PINGGANG memang akan ramping.. tapi bahagian peha masih besar.. pinggul pon besar... mcam mana tu? tak balance la... dah tue.. kalau korang tahan makan.. diet macam tu akan buat korang rugi besar sebabnya lepas korang diet dah dapat berat yang korang nak.. nanti bila korang makan balik. habislah... NAIK BERGANDA... hah.. nak ke?

ok.. aku pecaya gak air jarang ni penawar terbaik untuk jerawat.. hahaha... sebab aku salah sorgnya.. 
*pergh malu weh*.. aku memang banyak jerawat after spm.. dan makin banyak sejak study.. hurm.. tapi aku dah tak kisah..sebab dah makan taun hidup dengan himpunan jerawat kat muka ni.. hahaha.. now, sejak aku amalkan minum air jarang banyak-banyak ni.. jerawat dah makin berkurangan dan parut pon.. alhamdulillah beransur hilang... kalau dulu memang aku kesah la.. sebab aku dulu tak de jerawat tibe nak spm tu.. ish.. banyak lak PENEMUAN TERBARU yang aku tengok kat muka aku... pastu anasir-anasir ni leh plak berhimpun kat tengah-tengah pipi.. macam buat perhimpunan bala tentera kat tengah padang.. hah! macam tu la... sakit hati weh bila ade perhimpunan yang tak diizinkan.. perhimpunan haram dan tanpe diundang ni... haishh!!! tapi.. now.. :) aku leh senyum sikit-sikit bila ada kawan-kawan tanya "eh mcam ne muke ko leh bersih? ye la dulu kan ade banyak".. hahaha.. alasan aku biasanya aku akan cakap aku pakai bedak sejuk je.. tapi sebenarnya... korang minumlah air banyak-banyak ye.. :) dan bedak sejuk pon membantu gak.. membantu kecutkan jerawat serta menghalang minyak yang belebihan kat muka korang tue.. pastu bila ada jerawat tu.. jangan sik sentuh guna tangan.. sbb tangan kita banyak kuman.. makin banyak la yang akan merebak nanti.. kalau nak sentuh.. bersihkan dulu muka dan tangan... k :)


                    
                       cukup ar berhujah! ok.. selamat mencuba... minum banyak-banyak k.. :) 
                                     tu tengok muke aku.. bersih tak?? bersih kan!! hahaha...
                                     * weh tak ar tipu je.. tu gamba aku amik dari google..*


hurm tapi time carik kettle kat google.. aku de jumpe kettle yang unik.. meh nak share... :)

ni pon tergolong dalam kettle gak ke?? hahaha...
~Koolaburra Kettle Black triple fringe tall boots Black~

          hah.. ni comel kan...??
     ~dusi tea kettle~

haha.... ni kettle kot...
~ kettle house texas us amain~

last sekali... yang unik.. hehehehe..
~salvation army red kettle~

hah! amik korg.. hahaha.. lantak la.. sume ni ade tulis KETTLE... hahaha.. selamt memilih kettle yang sebenar k.. =) masak air.. minum ok.. tada..~





Wednesday, December 1, 2010

Harga Sebuah CINTA (Part 4)

 Naqib tidak mampu berkata apa-apa. Dia tahu, dia telah melukakan hati isteri kesayangannya malah turut menjerumuskan perkahwinan mereka ke arah kehacuran. Dia hanya melihat isteri yang dicintainya kini membisu. Di hatinya timbul rasa kesal dan bersalah.


“Krinnnggggg!!! Kringggg!!”


Telifon bimbitnya berbunyi. Dia melihat di skrin tertera nama Melissa. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Belum pun sempat dia memutuskan talian.


“ Angkatlah bang.. dia menantikan jawapan dari abg..”


“ Tidak syg. Abg takkan biarkan dia menghancurkan rumah tangga kita. Istana yang telah kita bina.”


Najwa diam membisu. Seketika kemudian, telifon masih lagi berdering dan berdering.  Sepertinya pinta untuk diangkat. 


"Angkatlah abg.. tak baik buat org menunggu lama" suara Najwa makin sayu dipendengaran.


Naqib memutuskan talian itu kembali. Berkali-kali sehinggakan tiada deringan yang diterima lagi. Dia berasa aman buat waktu seketika. Najwa masih duduk dibirai katil dan hanya mampu tunduk membisu. Naqib lantas menghampirinya dan mengenggam tangannya. Cuba menenangkan gelodak jiwanya, dia tahu benar walau muka isterinya nampak tenang, namun dalamannya pasti terpukul dengan apa yang terjadi. 


" Wa, pandang la abg Wa... abg bersalah Wa.. maafkan abg Wa... Wa, meski pun dia penah menjadi sebahagian dari hidup abg, tetapi  abg hanya mengimpikan Wa untuk menjadi isteri abg.. abg tahu abg takkan dapt wanita sebaik Wa untuk dijadikan isteri, tetapi untuk mendapatkan seseorang seperti dia ia terlalu senang untuk dicari... Wa syg, abg takkan lepaskan Wa.. Wa masih ingt tak yang Wa penah bagitahu abg sesuatu.. dan abg masih ingat akan sesuatu itu....janji kita Wa... Wa syg... maafkan abg Wa... abg tetap dengan keputusan abg.. yang abg takkan melepaskan Wa.. seumur hidup abg. meskipun abg terpaksa menunggu untuk mendapatkan kemaafan dari Wa...abg sanggup..  maafkan abg Wa.." tanpa diduga, airmatanya bergenangan dan mutiara itu gugur ditapak tangan Najwa. Naqib kemudiannya, mengucup hangat jari jemari Nurin Najwa.



       Setelah beberapa ketika dibiarkan suaminya menyesali akan perbuatannya, dia bingkas bangun serta segera mengambil wuduk, lantas menunaikan waktu solat zohor. Kali ini, solatnya sendirian dan tidak diimamkan. Usai solat, sepert biasa dia akan mendapatkan hantaran yang paling mahal telah diberikan oleh suaminya iaitu AL-QURAN milik suaminya sendiri. Mereka tidak membeli Al-Quran untuk dijadikan hantaran tetapi menggunakan Al-Quran yang sedia ada itu adalah permintaan darinya. 



****************************************************************



" Syg, ada lagi tak barang yang belum kita beli untuk hantaran kita? ingatkan abg, nanti kita pergi cari ya..." ujar Naqib ceria


" Satu lagi bang. Al-Quran."  jwab Najwa ringkas.


" Oohh ya... ok petang nanti abg amik Wa, Wa siap-siap ya kita pergi beli Al-Quran. Wa sebut je warna apa yang Wa nak. Gold atau apa-apa je... akan abg belikan untuk isteri abg." Bersungguh benar bunyinya.


" Tak abg.. Wa akan tunggu abg datang bawa Al-Quran abg pada hari itu.. dan Wa akan persiapkan diri Wa dan bawa Al-Quran Wa untuk dijadikan panduan buat abg. Bagi Wa, Al-Quran bukan untuk dijadikan hantaran dan kemudiannya, hanya diletakkan sebagai perhiasan. Tiada gunanya abg, jika itu yang kita lakukan walaupun abg mampu belikan Wa harga Al-Quran yang sangat mahal, bertakthakan berlian namun jika ia hanya sekadar dijadikan hantaran ia takkan mendatangkan apa-apa. Bagi Wa, walau Al-Quran itu sudah pun luntur warnanya.. ia tetap cantik, tetap bermakna dan tetap panduan buat kita semua selagi tulisan dan kandungannya tidak hilang.." Lembut suara Najwa membuatkan hati Naqib dipukul keinsafan.


" Wa.. abg sangat sygkan Wa. Janji dengan abg ye Wa, andai akan terjadi sesuatu dalam rumah tangga kita kelak. Wa takkan tinggalkan abg.. boleh ye syg.. " rintih Naqib.


" Wa janji abg... apa pun yang berlaku, hidup Wa akn bersama abg dan kita akan tempuhinya bersama-sama. Wa sygkan abg sangat-sangat. Biarlah abg pilihan Wa hingga ke akhir hayat.. Biarkan rumah tangga kita nanti dihiasi alunan suara merdu abg melagukan kalimah Al-Quran. Biarlah Al-Quran menjadi saksi cinta dan istana yang bakal kita bina.." 


" Terima kasih syg. Akan abg lakukan yang terbaik untuk rumah tangga kita kelak. Jika abg lalai dan leka.... Ingtkanlah abg wahai pemaisuriku. Abg sangat bertuah dapat memiliki syg... abg sangat bertuah bakal mempunyai isteri dan ibu kepada anak-anak abg sebaik syg. syg tidakkan ada gantinya. itu janji abg." luah Naqib.


Tanpa diduga airmata yang dulunya menjadi tangisan kegembiraan akan janji yang dipadukan, kini menjadi airmata yang dilanda tsunami dalam rumah tangganya. Najwa memeluk Al-Quran yang sedari tadi di peganganya. Dia mencium lantas menjamah kalimah yang terdapat didalamnya. Naqib hanya melihat dari jauh, dia tahu Najwa sangat jauh hati dengannya.


Dilihat jam ditangan, sudah hampir dua jam Najwa mengaji.Seketika kemudian, deringan kembali berbunyi. " Kringg!! krinnngggggg!!!!"


       Naqib bermalasan untuk melihat telifon bimbitnya, namun atas kesedaranya bahawa Najwa masih berteleku dan mengaji, dia pantas melihat, dan kini dilihatnya bukan nama yang sama, bukan jua nombor yang sama tetapi nombor yang tidak dikenali. Dia lalu mengangkat untuk dijawab.


" Assalammualaikum. ini En. Mohd Naqib Asri ke?" tegas suara yang berada ditalian.


" Ya saya. Kenapa ya, boleh sy tahu siapa yang bercakap?" Naqib menyoal.


" Sy Inspektor Rahman dari Jabatan Penyiasatan Jenayah Bukit Aman. Minta anda ke Jalan Klang Lama  untuk mengesahkan mayat seorang gadis yang ditemui mati... Mangsa membuat panggilan terakhir ke nombor En. Naqib. diminta kerjasama En. " 


" Hurm baiklah, tapi boleh sy tahu siapa mangsa?" suaranya perlahan dan dia melihat Najwa masih kusyuk mengaji.


" Cik Mellisa Edward" ringkas jawapannya.


Bagaikan dipanah petir mendengarkan nama tersebut. sekilas dia mematikan telifon dan bersiap ke sana. 


Najwa menyedari suaminya seperti terkejar sesuatu. Belum pun sempat dia bertanya dan ingin bersalaman, Naqib sudah pun hilang dari pandangannya. Hatinya meruntun sayu, seperti dapat mengagak kemana destinasinya.Dia lantas meneruskan bacaannya dan akhirnya dia telelap.



************************bersambung****************************



P/S: SAMBUNGAN AFTER SY FINAL YEA.. HARAP BERSABAR.. HEHEHE.. =)

P/S/S: CERITA "HARGA SEBUAH CINTA" INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG BARU DILAHIRKAN ATAU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA... INI JUGA BUKANLAH KISAH PENULIS, KERANA PENULISNYA BELUM PUN BERKAHWIN.. [KERANA RAMAI YANG BERTANYA.. MAKA SY DGN INI BUAT PENGUMUMAN.. HIK3.. INI JUGA ADALAH HASIL KARYA SAYA 100% DGN KERINGAT SY.. BUKAN CIPLAK YEA.. HARAP MAKLUM.. =) ]

BOLEH JUGA DIBACA :: Benang n Jarum GK  Facebook.com http://www.facebook.com/SuaraTersekatGK

  

Harga Sebuah CINTA (Part 3)


" Qib..!! tunggu jap!"

Naqib menoleh dan melemparkan senyumanya, menampakkan deretan gigi yang tersusun rapi. " Ye.. knp Cik Sarah.." jawab Naqib.


" Hurm.. kau pergi ke mana semalam?" Sarah bertanya tegas.


Naqib terkejut, dia cuba menjernihkan fikirannya. " hurm.. aku kemana lagi. kat rumah je la semalam. knp kau tanya aku macam tu?" dia cuba menyembunyikan kegelisahannya. Takut benar kalau dapat dihidu oleh Sarah.


" Dah tu kenapa kau tak angkat telifon dari Wawa? dia semalam gelisah benar. Sampai telifon aku tanya pasal kau. macam la aku ni duk sebelah rumah kau. Tu yang hari ni aku cari kau kat sini, sebab aku tahu kau mesti belum pergi ke pejabat lagi. Dia telifon kau tak angkat... lepas tu kau off kan handfone pula. hah.. mana kau pergi nie? baik kau mengaku.. kau keluar date ye?" serkap Sarah.



" Mana ada kemana. semalam aku kat rumah je. satu hari. tunggu bidadari aku dari Sarawak tu balik.. tak balik juga.. dia kat sanakan nak melahirkan anak bangsa la katakan..." jawab Naqib selamba.


" Eh.. kau ni.. selamba je jawab. mcam langsung tak menghargai dia. dia tu risaukan kau, mana tau kau sakit ke.. apa ke.. sebab tu dia suruh aku tengok-tengokan kau. so kau ok tak?" Suaranya mula mereda dari ketegasannya.


" La.. kau ni, aku ada dah depan mata kau. see now... aku ok kan? hurm dia tu memang selalu risaukan aku..."


" Kau tau pun.. hurm kelmarin aku nampak kau dengan seorang gadis naik kereta. macam orang putih pun ade gak lagaknya. boleh tahan dia tu, seksi lagi.. hah siapa tu? " lezer Sarah berkata.


" Errr... mana kau nampak? hurm kau ada bagitau kat Wa ke Sarah? kau jangan memandai ea... " gelisahnya akhirnya tidak dapat dibendung lagi.


Bimbang juga kalau-kalau Sarah menceritakan hal tersebut kepada Najwa. Pasti buah hatinya itu akan terluka, lebih lagi dengan serba maklum dengan mulut Sarah yang agak lazer bila berkata. " Ya Allah, tolong hambamu.." Naqib bermonolog sendirian.


" Tak de la aku nak bagitahu. takut juga kalau-kalau klien kau. nanti timbul isu pula, tapi baru semalam aku jumpa Sham. aku dapat tau dia bukan klien kau, tapi teman sepejabat kau. siap pergi bersama, balik berhatar lagi. kau jangan macam-macam.. ingat sikit si Najwa tu, dia tunang kau.. dia pun aku dengar cerita dah mohon pertukaran ke sini. baru 4 bulan posting ke sana dah buat pertukaran. sebab kau juga kata nak kawin cepat kan? hahaha" hujah Sarah berjeler.


" hurm kau ni, jangan lah fikir yang bukan-bukan. siapa yang bagitahu kau? kau jangan nak percaya sangat lah apa yang dia kata tu.. aku ambil dia pun sebab dia tak de kenderaan, tak lebih dari tu. diorang tu cemburu tegok aku boleh rapat dengan budak tu. padahal kami bukan ada papepun. hahaha.." ketawa Naqib cuba berselindung.



" Baguslah kalau macam tu. aku cuma nasihat dan pesan mana yang boleh. Najwa tu baik, jangan kau pula yang nak buat hal. lagi satu aku nak nasihat kat kau jangan lah terlalu rapat, kau tahukan syaitan ade kat mana-mana. aku tak mahu kau buat sesuatu yang leh datangkan kerugian buat diri kau. aku tahu dia tu cantik dan seksi... bukan hanya lelaki je yang akan tergoda, aku sendiri tgok pun naik juling. nak tercabut biji mata keluar. hahahaha" gelak Sarah dalam sindiran.


" hahaha.. kau ni kenapa? pasal ni la ye kau tak berpunya lagi? kau bernafsu kat perempuan ya? hahaaha.."


" eh. kau ni nak kena la tu. nak aku kata kau tak sekolah nanti kau marah, ni nak kena Najwa balik sekolahkan kau ni biar kau tu pandai sikit. biar padan muka kau dengar ceramah bini kau tu.. hahaha" usiknya.


" Sarah.. errr.. jangan ar.. tak mau aku.. ampun.. hahaha... ko tau kan bini aku tu macam mana. habis nanti dia basuh aku dengan klorok. hahaha"


Akhirnya, deraian tawa mereka bersatu. Satu persatu imbasan sewaktu dibangku sekolah diimbas. Bahkan, sempat juga mengenang kembali bagaimana dia mengenali Najwa si buah hatinya. Nurin Najwa, hanya namanya yang bakal mengegarkan pintu cintanya. Hanya namanya juga yang satu-satunya akan bersemadi dalam darahnya untuk bergelar isteri buatnya satu hari nanti. Biar pun dihadapkan padanya seribu wanita yang cukup cantik, namun ia takkan sama seperti Najwa yang dicintai. Baginya, Najwa adalah wanita yang cukup sempurna dan unik, tidak mudah ditemui olehnya.


Dia juga akur, wanita yang dicintainya itu cukup setia buatnya. Bukan tidak ada yang berkenan padanya, ramai bahkan sebelum ini dia penah menolak pinangan orang yang berkehendakinya. Atas dasar kesetiaannya juga, sesiapa yang mendekatinya atau cuba melamarnya telah ditolak mentah-mentah. dia juga sentiasa bersikap jujur dalam setiap perhubunganya termasuk dengan rakan sekerjanya.


"Aghhh!! Abg sgt rindukan syg.... wa.. abg rindukan wa... balik la cepat.."  monolognya lagi. Diikuutkan rasa hatinya, mahu sahaja dia menelifon Najwa pada masa ini. Namun, dilihat jam ditangan masih berjalan waktu persekolahan. Dia tidak mahu menganggu konsentrasinya. Bukan dia tidak faham dengan perangai buah hatinya itu, asal dapat sahaja talian disambungkan pasti dia tidak mahu terlepas peluang. Dia rela mengorbankan waktu tidurnya untuk berbual dengan dirinya bukan sahaja 5 jam, tapi 5 hari, 5 minggu pun menurutnya dia sanggup. Asalkan berbual dengan bakal suaminya itu.



***********************************************************


Cinta itu,
boleh di umpamakan,
Bagai makan,
Sambal belacan,
Walau pedas,
Hingga mengalir air mata,
Masih mahu di makan jua…..

Cinta jangan buat,
Macam goreng pisang,
Sungguh enak bila,
Makan panas-panas,
Bila ia sejuk,
Jadi kurang enak,
Hohohoho….
Ilang sedapnya…..




Lagu cinta sambal belacan berdendang kedengaran. Dia faham dengan tanda deringan lagu itu. Meski perlahan tapi masih dapat di tangkap dipendengaranya.



" Cikgu..!"



" Ye Kim.. kenapa? ada masalah ke?" jawabnya lembut sambil menoleh walhal belum pun sempat dia menghabiskan ayat yang terakhir ingin ditulisnya.



" Cikgu... tu bunyi sms cikgu tu...pergilah baca cikgu. .mesti ada orang rindukan cikgu.." usik Hakim


"Kerap benarkah aku disapa dengan nada tersebut? sehinggakan anak-anak kesayanganku boleh menghafal nada tersebut. atau akukah yang sudah lama memakai nada tersebut sejak aku mengajar mereka saban hari? hahahaha.. budak-budak memang mcam tu" monolognya didalam diri.


Dia pasti benar itu mesti Naqib. Dia sudah selalu menegur Naqib, jika mahu menalifon atau pun mesej, hanya pada waktu tamat persekolahan. Naqib tahu yang Najwa akan diusik oleh anak muridnya oleh sebab itu dia masih berdegil menghantar mesej pada waktu Najwa di dalam kelas.


"Cikgu!.. pergilah baca.. asyik tersenyum saja... kami tahu cikgu pun rindu nak balas kan?" kali ini usikan Ajib pula kedengaran.


Najwa yang sedari tadi asyik tersenyum tidak menyedari yang dirinya sedang diperhatikan oleh anak didiknya. Dia mula mencari alasan yang ingin diberikan supaya dirinya tidak menjadi usikan anak-anak.


" Sudah...sudah.. apa kata kamu semua cepat siapkan kerja yang cikgu bagi ni. Kalau tak, cikgu tak mahu bagi kamu semua balik hari ni. Cikgu nak semua kerja kena hantar ye hari ni sebelum balik." Helah Najwa sekadar mengusik. Najwa meneruskan ayat-ayat yang belum pun habis ditulis.


" Cikgu!"



" ye Kim. kenapa? kamu dah siap ke? sudah mahu hantar?" tanya Najwa lembut dan sekadar mengusik.


" Cikgu senyuman tu untuk siapa? Pergilah baca dulu mesej tu. Kami risau, kami kena balik lambat nanti, sebab nak kena betulkan ejaan yang ada kat papan hitam tu." Kelas begitu ceria dengan ketawa mereka yang bersatu.



Kali ini Najwa hanya mampu tersenyum dengan usikan mereka, sambil memahami dan mencari tahu akan apa yang sedang di sampaikan oleh muridnya itu. Seketika kemudian, dia tergelak melihat di papan hitam ejaan ayatnya salah, bukan satu malahan 3 ejaan. Kali ini dia tidak mampu berkata apa-apa melainkan berselindung dibalik papan hitam sambil memperbetulkan ejaanya.


" Kim.. dah la tu.. jangan la usik cikgu.. kesian cikgu...kan dah merah muka cikgu..hahaha" simpati Tasya dalam usikan.



“ Aku suka tengok muka cikgu merah. Cikgu nampak comel. Kalau aku dah besar, aku nak kawin dengan cikgu.. tapi semalam mak aku cakap.. orang K.L kalau dah pakai cincin emas kat tangannya, tanda mereka dah ada orang sayang.kan cikgu? ” Acoi yang dari tadi hanya berdiam, ikut bersuara.


Najwa hanya mampu memberikan senyuman manis buat mereka. Di dalam hatinya kini, berbunga riang, ditambah dengan adunan kerinduannya yang menebal. Najwa pantas menghabiskan ayat yang ingin ditulis.


“Sudah.. jangan asyik nak gelakkan cikgu je ye. Nakal kamu semua ni. Cikgu dah siap tulis, kamu semua dah siap salin jawapan dan mula menjawab? Hurm, atau kamu semua tak nak balik.. bagus juga boleh kita buat kelas tambahan lepas ni kan?” kali ini gilirannya pula mengusik mereka.


“Eh cikgu.. tak nak la.. saya nak mandi sungai lepas ni..cikgu pun boleh ikut kami kalau cikgu nak mandi.” Pelawa Ajib.


“ hurm, Jib.. kau ni pun, macam la cikgu kat rumah tu tak ada bilik mandi nak buat mandi...ni semua kau orang punya pasal la ni. Tgok cikgu dah nak denda kita. Habis lah tak boleh baik awal hari ni. Hurmm.. Cikgu kami nak balik awal.” Rayu Syaqira



“ Ok. Kalau semua nak balik awal hari ni. Siapkan cepat. Nanti kita boleh balik sama-sama. Tak da la cikgu balik sorang-sorang.” Najwa tersenyum melihat telatah mereka.



Dia berlalu ke mejanya yang terletak di sisi sudut bahagian hadapan. Dia lantas menarik perlahan beg nya dan menyelok untuk mendapatkan telifon bimbitnya. Bagaikan di duga, dia tersenyum melihat nama yang tertera lantas membuka khidmat pesanan tersebut.



“ Assalammualaikum syg abg. I miss u so much.. Abg rindukan wa sangat-sangat. Wa rindukan abg tak? Abg tunggu wa free ye syg. Dah habis kelas bagitahu abg ya. Secepat mungkin... dah tak tertanggung rindu abg nak berbual dengan pemaisuri hati abg ni.. sayang wa sangat. Abg cintakan wa...



Dia menggulum senyuman manis, tatkala ini dia sempat mengerling jari manisnya yang sudah berisikan cincin emas tanda dia sudah dimiliki.




************************bersambung****************************



P/S: NANTIKAN PART 4. :)
hASiL nUkiLAn :: Benang n Jarum GK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...