IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru

ye.. tak lupa..




SELAMAT HARI GURU
*16 MEI*

buat semua guru di Malaysia.. jasamu guru dikenang..




mood: down

assalammualaikum..


aku tak mampu buat apa-apa hari ini.
macam down je..
lagi-lagi hari sabtu semalam.. dah la kat tempat lesen..
kenapa aku pun tak tahu. dada sesak.. kepala berat.. mata nak keluar air..
aku rasa macam rindu je.. TAPI TAK TAU KAT SAPE...
down sangat. aku harap smuanya akan pulih seperti biasa..

18hb aku dah kne balik tg malim. aku ada tugas untuk kemasukan budak-budak baru..
aku cuma harap satu sahaja..

sekiranya Allah ingin menunjukkan sesuatu pada aku.
maka tunjukkanlah kebenaran itu.. amin..



Bencinta - Faizal Tahir

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu







Cuba

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu


Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa


Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa


Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu

Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku


Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu





SAMPAI SYURGA


Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu



NOTA: mesti semua pelik kan kenapa aku dah letak vedio yang ada lirik.. tetibe je bagi lagi lirik lagu. tujuan aku bagi kau orang baca betul-betul. dan cubalah hayati.. hehehe... aku pun tak tahu apa motif aku.. tapi.. lagu ni feel pulak bila aku dengar time down-down ni.. hahahahaahahahaha.. chill beb.. 

Monday, April 25, 2011

Penulisan Senja Terakhir

Assalammualaikum..

Selesai segala urusan baru aku terpandang dan teingat akan tugasan aku, yang kali ini sikit pun aku rasa tidakkan terbeban buat aku.. lantas aku suakan satu senyuman.. mungkin kerana aku suka berceloteh, suka mengarang.. aku dapat tugasan ini dari CIK MUSFIRAH.. sudah beberapa orang mengajak aku menyertai contest yang hadiahnya pada aku sangat lumayan tapi sayangnya, satu pun aku tak pernah join. *maaf*

Hah! sebab apa? ok, aku sebenarnya tak pandai nak join contest serta aku menulis bukan atas mahukan sesuatu.. namun, ia ikhlas dari hati aku. *ceewah!* sebetulnya, aku memang tak pandai nak join.. kadang-kadang teringin juga nak join contest yang diadakan oleh blogger-blogger terkenal contoh abang ben.. dan yang lain. tapi, kadang-kadang syarat yang diletakkan sulit dan aku bukan seorang yang pakar dalam bidang IT ni..

..tapi, hari ini aku buat keputusan mengila dengan mengikuti contest yang dianjurkan oleh blogger ini. anda yang turut berminat boleh [klik] pada pautan ini.

Bagi menjawab soalan yang dikemukakan.. Mengapa aku mengikuti contest ini?
Aku seorang yang bukan terlalu pakar dalam menulis, namun aku tahu setiap yang terhasil ikhlas dan mampu membawa mesej yang ingin disampaikan. Aku join bukan mengharapkan apa-apa, tapi ia adalah sekadar bicara kata bernilai buat semua yang ingin membaca. cukup lah hujah sasatera ni.. jom baca pula. ^___^








HATI

Malam ini ku rasakan sepi..
Telah ku harungi kepahitan hari..
Tenggelam dan kini sentiasa disisi..
Aku tetap masih bersendiri..


Telah ku turuti segalanya..
Ku patuhi segala derita..
Biar ia mencalar dada..
Sehingga sesak dan ku tersiksa..



Walau terlakar segalanya..
senyumankan pasti menjelma..
Mengukirkan  ia semanis kurma..
Hingga tiada dapat dibaca..



Hati gagah berani bangkit berdiri..
Walau musuh sentiasa mencaci..
Jangan gundah atasi keji..
Kelak mereka jatuh tunduk menyembah bumi..



Manusia menggila musuhkan diri..
Saudara mulai disangkakan api..
Bara merebak segenap diri..
Membakar  jiwamu wahai pemudi..
Kau jua yang menyesali..



harap faham lah dengan apa yang nak disampaikan. kalau tak faham.. buat-buat faham.. hahaha
ok, jangan nak gelakkan aku kalau korang rasa aku jiwang.. nanti aku malu... *biasalah orang comel memang selalunya pemalu.*

aku nak cari mangsa jiwang aku...
1) baby kecik
2) WIFE BIEBER
3) bakal ibu
4) wen comel
5) cik SENJA

penulis senja suh aku tag 3 je.. tapi ni dah over.. cam ne?? aku akan tersingkir ke?? hahaha.. maaflah over excited nak kenakan mereka ni.. ^__^

P/S: Smua diantara mereka ni adalah anak kandung suluh budiman (UPSI), 3 diantara mereka mengambil pendidikan awal kanak-kanak, 1 diantara mereka iaitu Cik senja mengambil bidang Bahasa Melayu. dan seorang lagi saya tak dapat kesan dia.. sebab kenal melalui blog sahaja..  tapi, ada masa dan jodoh mungkin akan berjumpe ye cik wen comel.. ^.^ selamat menyiapkan tugasan anda.. anda cuma ada berapa jam sahaja untuk menyiapkannya sebelum atau pukul 12 am.. kejam kan saya..! hahaha.. *gelak jahat*

tarikh tutp 25 hb April 2011
arigato ko zaimas!!!

Tuesday, April 12, 2011

TERPUKUL :: Kematian adik SAIFUL

awal pagi tadi aku post entry pasal TERPUKUL. Aku dah pun jelaskan mengenai dua maksud terpukul...

Sekarang ni, aku nak masuk kan entry pasal terpukul dalam dua sifat.. pertamanya terpukul dengan kematian adik Saiful.. dan keduanya terpukul atas sebab lakuan..iaitu ustaz pukul awah.. tapi betul ke ustaz yang pukul?? meh baca..!


kematian adik saiful, apa ceritanya?

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung olehwarden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri


YANG INI SEMUANYA AKU COPY DARI http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/ KORANG SMUA BOLEH TERJAH KE SANA K.




Pada aku, media sememangnya mendatangkan kebaikan dan keburukan. Terkadang media ni menambah-nambah perisa yang boleh menjatuhkan imaj seseorang dan mengaibkan sampai tahap teraib lah.. bukan aku nak bela guru terbabit. tapi kasihan pada mereka yang di sebutkan didalam penulisan media, yang sebenarnya tidaklah seperti apa yang tertulis. bukankah itu suatu ANIAYA nama nya???


Isu ini sebenarnya bakal mengaibkan guru terbabit dan pandangan masyarakat di sekeliling serta keluarga mereka. Nak menulis boleh, tetapi janganlah keluarkan suatu kenyataan yang bakal mengundang pelbagai fitnah. walhal sedia maklum.. memang sesiapa yang baca akan menyebarkan dan juga memberi persepsi.. lagi teruk kalau dapat makian dan tomahan. aku harap pihak media selepas ni dapat la bagi sedikit perhatian dan dapat lah buat kenyataan yang tidak terlalu hiperbola. dasyat beb! ini boleh memberikan tanggapan masyarakat yang buruk kepada guru-guru di Malaysia. betul! aku tak tipu..! sekarang ramai iu bapa yang tahu menyalahkan guru sahaja tanpa menyiasat dan mendengar dulu penjelasan atau hujah yang ingin disampaikan. oleh sebab itu, benda yang betul tidak dapat di beritakan.. ...dan masyarakat akan tunding salah.. tunding semuanya pada guru.. imej guru terjejas... kasihan pada guru.. ingat sikit, kita dulu tak tahu apa-apa.. dan tanpa guru, kita tidak akan menjadi seperti apa kita sekarang.


p/s: Aku menulis bukan atas kerana profession GURU tapi aku tahu benda yang serabut harus dirungkaikan. Aku mohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati akan pendapat aku, tetapi ini kenyataannya.. kita selalu dimomokan dengan tajuk dan juga perbandingan yang melampau. sehinggakan masyarakat kini, agak sukar menerima sesuatu yang baru serta perubahan demi perubahan. sampai bila kita harus macam ni?? "tepuk dada tanya selera"

hendakah kita suatu masa nanti, kes-kes yang selalu dimomokkan mengenai guru itu.. guru ini.. dan sebagainya mengundang percikkan yang sangat dasyat dimata masyarakat?

.... jangan samapi suatu masa nanti ibu bapa dah tak mahu hantar anak-anak mereka ke sekolah, atas sebab takut guru dera anak-anak mereka.. masa tu, siapa nak ajar anak-anak? siapa nak bagi anak-anak ilmu? siapa nak bangunkan mentaliti anak-anak? nak biarkan anak-anak terus berpleseran..? jadi kutu rayau?? dan sebagainya??? untuk itu siapa yang bakal memegang, memimpin dan membangunkan Negara?? kalau bukan anak-anak bangsa....takkan nak tragedi lama berulang kembali?? -sejenak renungkan...

kalau rasa aku merapu.. abaikan....
tapi aku tahu apa aku perkatakan...

TERPUKUL!

Assalammualaikum dan salam sejahtera





ceh!! gambar bajet good-good macam pandai main..


Terpukul.. boleh dikatakan dan diolah dengan banyak perkataan membentuk satu ayat. Menjadi maksud yang pelbagai. merujuk kepada imbuhan Ter-, ianya menandakan bahawasanya keadaan tersebut diluar kawalan kita ataupun ianya tidak terkawal iaitu bukan disengajakan. *agak formalnya bahasa saya*

apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah mengenai perasaan.. bukan lakuan... terpukul boleh menjadi dua ayat:-

1) saya terpukul Ali, kata Ainul kepada cikgunya.-lakuan dan tidak terkawal/ bukan disengajakan
2) mak rasa terpukul dengan kehilangan ayah semalam.- bukan lakuan dan diluar kawalan 

sekarang jelas?

kita manusia biasa yang diciptakan oleh tuhan, dikurniakan akal dan juga perasaan. Adakalanya sesuatu yang berlaku dapat diterima oleh akal dan ianya baik pada emosi kita. namun, ada juga sebaliknya yang mana sesuatu itu tidak mampu kita terime dengan akal kita dan ia mempengaruhi kepada emosi kita.

aku bercakap bukan sekadar dengan kata-kata kosong. ianya setiap manusia pasti akan rasa. sesuatu lelehan cecair yang disebut sebagai tangisan pasti wujud di kalangan kita tidak kira baik lelaki mahupun perempuan. ia wujud sedari kita lahir kedunia lagi.

namun sekarang, manusia lebih merelakan ego mereka naik memuncak tinggi *high* sehinggakan cecair itu tidak dikeluarkan dan menjadi asid dalam kehidupan kita. malu? geram? takut?

untuk apa dimalukan wahai kaum adam dan hawa?
untuk apa digeramkan hendak ditahan?
untuk apa ditakutkan jika mahu menangis?

tangisan itu normal. menangislah wahai hati sekiranya kita merasa terpukul akan sesuatu itu.
menangis kerana ia mampu melegakan dan meleaikan gelodak jiwa.



p/s: setiap manusia berhak untuk menangis.. tidak ada satu pun manusia berhak untuk melarang ianya dari keluar. jangan terlalu ego dan menurut rasa, ia boleh jadi binasa.

aku tulis, kau baca..
aku beri, kau rasa..
*sama berfikir*

Friday, April 8, 2011

lelaki suka add perempuan yang comel + seksi meksi... FAKTA atau AUTA?

Assalammualaikum..
hai... lelaki gedik-gedik sekalian..
macho-macho....*hahah jgn marah.. relax.. cool...*

ape ingat entry kali ni aku nak band kaum lelaki ke???ohhh TIDAKKK!
tapi kalau rasa ter band... awal-awal lagi aku mintak maaf ni..
awal-awal tau.. so jangan cakap aku tak minta maaf pula..

semuanya bermula daripada fb.. hahaha.. siapa kat sini yang tidak ada facebook? *sila angkat tangan anda dan tayang bulu ketiak*

banyak kebaikan dan keburukan sebenarnya ber facebook ni. sepanjang aku berfacebook ni aku sedar.. tapi manusia memang selalu buat kesalahan kan? tetapi tidak dinafikan facebook juga adalah sesuatu yang baik. contoh berkongsi ilmu.. kami *ceh nak kate aku la tu*  selalu mmgunakan fb untuk berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan dan menyampaikan maklumat... diakui sebb aku ada banyak group kat dalam FB ni.. group untuk kelas.. halaqah.. *Alhamdulillah*...salahnya bila mana orang kita ni buat benda yang bukan-bukan. upload vedio lucah la... upload gambar seksi meksi la.. oppss!! seksi.. YESS SEKSI...





* trade mark facebook.. "find us on facebook"*


sesuai benar la dengan sifat manusia yang selalu suka find.. find... find ape??? hahaha.. sendiri mau ingat.! ok, berbalik pada topik kita.. lelaki suka add perempuan yang comel+seksi.. fakta ataupun auta??? berdasarkan kajian yang telah aku jalankan di FB, cehh.. jeng3.. keputusan memihak pada....!


*ofcoz la ramai yang memihak setuju dan fakta*
so.. sory la.. jgn nak marah ea...


ye.. ini sebenarnya fakta dan tidak dinafikan. kan lelaki memang suka pada keindahan.. jadi tak salah la kan aku cakap? kajian membuktikan bahawa ramai lelaki yang sukakan kepada wanita yang cantik. serta kegairahan, keasyikan... itu sebenarnya.! memang kita sedia maklum bahawa lelaki mempunyai 1 nafsu yang mana nafsu itu kepada.. tuuuuttttt.....!  perempuan pula ada 9 nafsu yang pelbagai tetapi 1 akal... tapi lelaki ada banyak akal..... dalam hal ini aku tidak menyalahkan kaum lelaki 100%...  tapi ada juga salahnya tu kan?

salahnya bila mana ;-

1) kau sudah ada isteri tapi mengaku bujang dan menambah kenalan kau adalah perempuan... cantik daripada bini kau, muda + seksi... itu salah... tahu kenapa?? sebenarnya isteri kau lagi cantik daripada gadis tersebut.. sini aku nyatakan pempuan cantik dan seksi yea... kau tak kenal pun perempuan tu dan kau main add sahaja. kau tak fikirkan perasaan isteri kau.. dia juga ada facebook, tapi ada dia add kaum adam yang hensem plus seksi-seksi??? badan berketul-ketul?? tidak...! sebab dia masih memilih kau kaum lelaki yang telah menjadi suaminya walaupun badan kau tidak tegap *turf* sewaktu dia mengahwini kau.. sebab badan kau kurus kering dan dia bagi kau makan cukup, sempurna layanannya pada kau sehinggakan kau menjadi apa sekarang kau iaitu.. BUNCIT +BOROI.. tapi pernah ke kau sedikit sahaja dengar dia kata.. "abang ni tak hensem la.. boroi lepas kita kawin.. dulu keding sekarang boroi... ishh.. langsung tak ada ciri-ciri idaman." penah tak??? sebab dihati dia.. cuma ada kau seorang.. iaitu suaminya... sebab itu kalau pun ada lelaki hensem, kacak, bergaya, tampan, seksi.. dia tetap akan cakap dalam hati.. laki aku sejuta kali lebih hensem walhal kau tahu kau bukan dikategori itu.. betul??? dia tundukkan pandangan semata kerana dia tidak mahu melihat badan lelaki lain selain badan kau.... tapi penah ke kau fikir macam tu??? tidak sama sekali kan?? kenapa??? kau add perempuan, bila dah kantoi kau kata "sengaja nak berkawan je" tapi, kau add perempuan yang muda bergetah.. siapa tak angin dan cemburu??? budak kau add tu boleh dikategorikan sebagai anak atau cucu.. 14 tahun.. 15 tahun... semata sebab apa? dia cantik dan seksi.. dan itu alasan kau beri?? apa kau ingat perempuan yang cuma ada satu akal ni bodoh yea?.. meski wanita itu kerjanya duduk di rumah, bancuh susu anak. sediakan pakaian kau, minum kau.. tapi dia tahu apa yang berlaku.. sebab tahap kefahaman wanita lebih tinggi berbanding lelaki.. ITU FAKTA!.. tak ada modal la kalau kau umur 30 tahun nak berkawan dengan budak berumur 14 tahun.. nak pinjam dia duit pun kau tak dapat.. kau bagi duit ada lah.. baik kau sumbang duit kau yang berjuta tu pada anak-anak yatim yang sebaya dengan budak-budak tu di rumah anak-anak yatim.. pahala dapat... semua pun dapat..


2) kau bercerai dengan bini kau semata pasal facebook, kau tak mahu remove atau block perempuan comel dan seksi.. MOTIF???? tidak ada kan?? alasan kau guna "dia cantik dari awak, dia boleh bagi saya segalanya" meh aku bagitahu kau, suatu masa dahulu sewaktu kau memikat hati isteri kau, ayat apa yang kau berikan kepada dia melainkan kata-kata pujian... ada ke kau  memikat hati dia dengan makian??? tidak bukan?... sekarang kenapa ini yang kau kata kan? mahu tahu kenapa??? sebab kau terlalu mengikutkan nafsu yang selalunya ia akan kecundang dan waktu itu semuanya tidak akan berbalik kepada keadaan asal. DIA.. iaitu wanita yang kau kata lebih cantik dari bini kau, apa yang dia mampu bagi??? melainkan bukan jaminan untuk hidup kau sempurna, bahagia dan kesetiaan.. kerana apa?? sebab kau belum menghadapi kebahagiaan sebenar.. kau tahu kah dia hanya berpura menyintai kau? nak duit kau.. bukan jiwa kau..? tahu? tidak bukan.. dia, iaitu perempuan yang kini bergelar isteri kau yang kau lemparkan semua itu, adalah seorang wanita yang tabah dan sanggup bersusah payah demi kau.. sanggup menjaga dan menyempurnakan kekurangan kau... dia menjaga anak-anak kau yang lahirnya hasil dari benih kau sendiri.. dia wanita yang pabila tidur anak-anak mu tidak sempurna, dialah yang menjadi kelambu... tidakkan ada nyamuk berani hinggap... dia juga yang menemani dan setia bersama mu.. siang dan malam mu... kau sakit kepala.. dia yang tak tidur.. dia sakit kepala kau tidur kan???  pernah kau buat semua itu???? tidak bukan.. atas sebab itu kau mula mempertikaikan kecantikannya?? sesungguhnya segala kedutan yang terlakar diwajah, tangan, adalah seribu kepahitan derita beserta kebahagiaan bersama kau.. tapi ada dia kata "kedutan saya atas sebab derita bersama awk.. bak sini sejuta??" tidak bukan.. kerana dia hanya mahukan cinta dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.. *setiap kedutan adalah kecantikan di dalam dan di luarannya. itu yang kau harus tahu*


3) Sudah berpunya dan mahukan wanita yang sempurna tapi kau masih tidak boleh mengawal dan masih membiarkan diri kau add perempuan comel dan seksi sebagai kenalan. kau nak perempuan yang baik perawakannya.. mampu menjaga kau, bersusah payah bersama kau.. bukan hanya bersenang lenang lepas itu tinggalkan kau.. bukan? kau pilih wanita yang sedap mata memandang.. pakaian sopan.. tapi kau masih pandang wanita mcam itu.. yang tersembul segala-galanya... satu soalan.. mana satu kriteria wanita idaman kau? BAIK ATAU YANG DEMIKIAN???? kalau baik... untuk apa kau pandang wanita yang sebegitu?? untuk apa kau jeling wanita yang sebegitu?? kau tidak memikirkan perasaan wanita yang setia di sisi mu.. menunggu pinangan dari mu.. untuk dijadikan sebagai ISTERI??? oo OOO..Kau ingat wanita itu tidak sedih?? kau ingat dia senyap bermakna dia setuju dan suka ya???? 


4) SINGLE tetapi MASIH mencari. adakah itu wanita yang ingin kau peristerikan?? alasan kau mungkin simple "aku mahu mengajar dan menarik mereka kejalan yang lurus.. yang bengkok boleh diperbetulkan." *cehh ayat*. simple bukan ayat kau... sebenarnya, untuk semua itu mmg benar.. pahala kau dapat sekiranya dapt merubah.. tapi jika kau tersilap langkah, tulang yang kau ingin luruskan akan patah... demikian juga dengan ilmu kau ingin mengajarnya... kau yang akan diajar sebenarnya... tahu kenapa??? iman kau tidak kuat.. kau yang tergoda.. kau yang terjerumus walaupun dalam sekelip mata... wanita itu sifatnya pengoda... itu kau harus tahu..!

cukup lah hujah aku.. aku tak mahu nanti smua orang band blog aku ni.. hahahaha...

fikirkan yea... 

renung-renungkan dan selamat beramal!


p/s: aku tidak ada niat untuk band sesiapa.. tapi siapa yang terasa.. aku dahulu dan akhiri dengan ribuan kemaafan.. namun, sila lah.. fikirkan apa yang aku katakan.. dan aku cuma bercakap atas apa yang aku perhatikan.. setiap manusia tidak kan lari dari melakukan kesilapan.. tapi kita mampu merubahnya,,,

KAU yang aku maksudkan bukan anda... tetapi adalah bersifat umum.. harap tidak menimbulkan spekulasi..

Thursday, April 7, 2011

CARRY MARK:: BERTUKAR JADI KARI MAMAK.. HMMM

HAI.. guys...


hurmm.. aku sedang rasa geli hati bila tengah-tengah chat dengan kakak kesayangan aku.. chat.. punya chat...
hah!! meh tengok apa yang aku sembangkan..



zilacosmo: pagi2 da on??dasat as ni..ehheheee
suaratersekat: HAHAHA...DARI KUL 5 PG TADI.. BORING PULAK BILE DAH TAK
                      DE ASGMNT
zilacosmo: heheeh..awlnye bgon...akak pkul 5 stil wt pete ag..ngee...
               da sarapan??hmm...
suaratersekat: hahaha...sarapan msih blom lagi
zilacosmo: diet ea..ke mls nk msak ni..hiiihhiiih...ada klas arini
suaratersekat: huhu..rasanya hari ni tak de klas..hehhehe mls pun nak g..
                      bukan diet..duit tarak...hahaha
zilacosmo: ahahha..samela kite...wet pun xda ni..ngee...as ok kep???
                status cm ta ok jep??
                o00o0o gaduh gan pkwe ea??ehehe
suaratersekat: hahaha..eh bukan la...tu frust ngn cary mark..
zilacosmo: frust???hak3..cary mark tuh spew??? kari mamak tuh ea???
                kihkihkihihk..
suaratersekat: hahahaha.. akk ni buat lawak la.. carry mark tu, markah la syg
                      oii...hhehehehehehe...NI MARKAH2 ASGMNT.. TU YG
                      DIPANGGILCARY MARK.. BUKAN KARI KAT KEDAI MAMAK...
zilacosmo: eheehhe...adoi..malu sye..eheheh... markah sokongan la
                 konon2 nye ni ea????mnela sye tau..hahahaha...hmm???
                 showi2...ta blajo ni la akibatnye..ngee...



lawak ar kakak ni...
siap tanya CARRY MARK tu siapa... akak ingat pelakon industan ape?.. atau orang putih?... hahahaha.. lawak-lawak..

tapi satu ayat akak ni, selalu cakap tak belajar inilah akibatnya.. pesanan saya.. tiada siapa didunia ini yang ketinggalan melainkan tanpa usaha.. jadi, jangan risau.. biar semua tidak menerima usia kita untuk berjaya, tetapi teruskan usaha, jangan berhenti.. ilmu itu tidak melihat pada usia kita.....

sesuatu yang takkan hilang pada dunia ini ialah ILMU...

P/S: TUNTUTLAH ILMU WALAU SAMPAI KENEGERI CHINA..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...