IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Wednesday, December 1, 2010

Harga Sebuah CINTA (Part 1)

"Abg, knp abg buat ayg macam ni?" rintih Nurin Najwa.

Naqib yang sedari tadi hanya membisu, kini mula bersuara. " Apa yang abg buat pada ayang?" masih tidak memahami keadaan yang cuba disampaikan oleh Najwa.

" Mengapa abg menduakn ayg? apa salah ayg? mana kurangnya ayg? katakanlah bang, akan ayg perbaiki."

" Apa yang ayg cuba sampaikan ni? abg tak paham yang. Dihati abg cuma ada kamu yang. Tak ada siapa lagi dalm hati ni melainkan kamu.Percayalah"  Naqib cuba menafikan kebenaran itu dan mula memujuk Najwa.

" Abg.. Ayg tahu abg ada yang lain.. Mengakulah pada ayg.. Ayg tak marah. Lebih baik jujur kerana penafian abg akan membuatkan hati ini lebih terluka. Ayg tak mahu membenci abg." 

"Ayang.. Abg benar2 tak paham ngn apa yang ayg cuba sampaikan pada abg.." masih mahu menafikan.

Najwa berlalu dari bilik mereka. Seketika kemudian dia datang membawa sebuah sampul.
dia kemudiannya menghulurkan kepada Naqib. Kali ini pandangannya redup, sayu. Dapat dilihat kesedihan dalam matanya. Dia buntu dan tidak tahu riak apakah yang harus dipamerkan buat tatapan suami yang dicintai kini. Selama ini dia terkenal dengan seorang yang periang, bersahaja dan pandai mengawal emosi, serta bijak menyimpan kesedihanya. tetapi hari itu, dia gagal dalam melemparkan senyuman yang manis buat tatapan suaminya yang dinikahi 6 bulan yang lalu.

Naqib memandangnya dengan penuh kegusaran.

" Apa ini yang?"

Suaranya memecahkan kesunyian kamar yang bebulan lalu tersergam indah, ceria dihiasi bunga-bunga hidup. Indah, sangat indah buat pasangan yang baru bergelar suami isteri.

Najwa hanya membisu dan memandangnya sepi. Langsung tidak kelihatan secalit senyuman yang saban hari menjadi tarikan hati buat Naqib.

Perlahan Naqib mencapai sampul itu dan mengeluarkan isi perut sampul tersebut.
Tumpuannya mati, bibirnya kaku, kelu untuk berbicara. Tiada pujukan, dia tahu hati buah hati nya terluka. Pandanganya mati. Dia tunduk hiba. Malu dengan isterinya, malu dengan dirinya sendiri.

" Wa, maafkan abg.." perlahan sekali bunyi yang terhasil.

Najwa masih kaku. memandang Naqib. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan, namun dia tahu hatinya kini sangat terluka dan kecewa dengan perbuatan suaminya. Dia masih membisu dan kelu untuk berbicara.

"Maafkan abg syg... maafkan abg... abg bersalah... abang menyesal dengan perbuatan abg. Maafkan abg syg..maafkan abg"  Naqib berlalu dan mendekati isteri yang sedari tadi hanya membisu. Dia merangkul kemas tubuh isterinya namun, masih tiada sebarang riaksi yan terhasil.

Akhirnya setelah 10minit kedua-duanya menyepi...

" Wa minta abg lepaskan wa.." 
dia melepaskan rangkulan yang sedari tadi tersimpul kemas disisinya.

Bulat mata Naqib menandang pemaisuri hatinya. Terkejut dengan apa yang diungkapkan. " Syg maafkan abg.. abg minta maaf.. tolong la jangan tinggalkan abg.. tolong syg... abg janji abg takkan buat lagi.. abg janji syg... abg tak mahu kehilangan syg. hanya syg pemaisuri hidup abg.. tiada yang lain.." rayu Naqib sepenuh hati. kini mula kelihatan butir mutiara jatuh dr kelopak matanya.

Dia lelaki ego..tak pernah sekali dia mahu menangis.tapi hari ini dia menangis.. apakah ini hanya lakonannya semata?

"Kalau benar hanya Wa seorang yang ada dalam hati abg. Siapa pula dia yang berada dalm gambar tue? Siapa pula pemilik tiket-tiket itu? Siapa pula yang menulis surat itu dan kininya dia telah mengandungkan anak abg? jawab la bang.."

Naqib terkejut dan memandang nya. " Anak?" 
" Tak mungkin.."

"Knp tak mungkin? bukan kah abg dah semai benih dalam rahimnya? jadi tidak ada yang tak mungkin untuk terjadi jika Allah mengkehendakinya."

"Syg.. abg yakin tak mungkin ada... abg yakin.."
" Abg mengaku memang abg menidurinya, memang abg besamanya.. memang abg penah ada hubungan dengan nya.. tapi abg yakin, ia takkan ada."

" Bagaimana abg boleh sebegitu yakin?" kali ini suara Najwa sedikit meninggi..

" Sayang, hanya syg yang akan memberikan abg zuriat, hanya syg dan tiada yang lain. abg tak penah meletakkan benih padanya syg..."  Suaranya agak tersekat sedikit, takut kiranya tersalah cakap bakal mengundang bencana besar dalm rumah tangganya..

Kali ini tahap kesabaranya mulai tergugat. " Kiranya sy adalah orang yang bakal memberikan awk zuriat.. Sy yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak awk. mengasuh dan membimbing mereka, mengenyangkan mereka dengan susuan.. Jadi untuk apa awk bersama dia?" kedengaran sangat tegas penyoalannya.


******************************bersambung******************************




p/s: ikuti sambungan...akan datang.. :)
       NUKILAN :: Benang n Jarum GK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...