IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Wednesday, December 1, 2010

Harga Sebuah CINTA (Part 2)



" b, u takkan tinggalkan i kan? " manja suara Melissa kedengaran padanya.


Bukan dia sahaja yang akan terpikat dengan kecantikan dan juga kemanjaan suaranya, bahkan siapa sahaja yang bergelar kaum adam pasti akan tergoda apabila mendengar rayuan si gadis sunti yang umurnya baru mencatatkan ke angka 20an. Ditambah pula dia seorang yang berdarah kacukan, tubuhnya yang menjadi ekoran mata setiap lelaki serta kulitnya yang mulus dan gebu sudah pasti ramai yang sanggup mengorbankan apa sahaja buatnya.


" ye honey, b takkan tinggalkan u. i'll promise." Seakan mengerti dengan apa yang dikatakan. Dia yang sedang dibuai rasa keasyikkan duniawi, mengikat janji tanpa membukukan apa yang dikatakan di dalam hatinya.


" b, i love u so much dear. Don't u ever leave me alone, i really need u in my life even, i terpaksa gadaikan nyawa i demi u. i sanggup. Hanya untuk u." Luahnya sambil mendakap tubuh sasa milik Naqib erat.


Naqib yang sedari tadi dilayan bagaikan raja, hanya membiarkan saja dirinya dibelai manja. Langsung tidak terlintas wajah Najwa yang kini sudah bergelar tunangannya. Baginya kini, hanya ada dia dan Melissa dan dia sangat merasakan kebahagiaan itu apabila bersama Melissa. Ditambah pula ramai dikalangan teman sepejabat mencemburuinya kerana dapat mendekati Melissa.


" Kringggg... kringggg...!" dilihat tertera nama Nurin Najwa, dia terus mematikan deringan tersebut dan lantas menyembunyikan, bimbang langkah yang diatur bakal dihidu oleh Melissa. Mel yang sedang lena dibuai mimpi mengereng dan merengek kecil minta dibelai manja.


Diperhatiannya kini hanya Melissa, Najwa pula hanya jelmaannya dikala rindu bertaut. Najwa yang kini berada jauh diperantauan kerana ditugaskan ke sana membuatkan dia makin mudah dihampiri gadis lain sekaligus menempatkan juga di dalam hatinya yang dirasakan sunyi dan kosong.


" b, kenapa u tak peluk i, i sejuk.. hmmm" manja suara Mel sambil menarik lengan Naqib ke sisinya.


" hurmmm.. im sory dear.. i terfikir hal kat pejabat tadi.." Naqib cuba menyembunyikan.


" no..no..no.. this is unfair.. bile i dengan u i boleh ketepikan hal lain.. kenapa u tak boleh ketepikan hal lain bila besama i? atau u ada benda yang u cuba sembunyikan ni?? awas u ye jika i dapat tau u ada yang lain.. i will kill u!"


Ugutan yang kedengaran manja hanya mampu membuatkan hati Naqib dicuit rasa lucu. Sedikit pun tidak diterima dalam akalnya.


" ohoo.. sekarang u dah pandai main ugut i.. siap kata nak bunuh i lagi ye? sanggup ke u tengok bakal husband u ni mati? tak sempat la u nak makan nasi minyak u sendiri nanti... hah? sanggup??" naqib mengelitik mel dan akhirnya mereka lemas dalam keasyikkan gurauan itu.


************************bersambung****************************



p/s: sambungan part 3.terdelete... dalm proses buat balik.. teruskan membaca.. :)

hASIL nUkiLAn:: Benang n Jarum GK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...