IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Tuesday, February 8, 2011

SOALAN :: Macam mana nak jadi BAIK??

Assalammualaikum/ salam sejahtera...
HAI SEMUA... 
SIAPA YANG SUKA BUDAK JAHAT?? MEH BAGI TAHU..
RASANYA SEMUA DIANTARA KITA SUKA BUDAK BAIK...
NAK CARIK CALON ISTERI NAK BAIK..
CALON SUAMI NAK BAIK...
ANAK NAK BAIK.....
SEMUA PUN NAK BAIK...
KAN.. KAN.. KAN??


Biasanya kalau nak berubah dan buat satu perubahan mesti ditahun baru...
mule la time ni nak pasang niat....
nak itulah.. inilah... 
lastly........
same je.... kan???
dan ada juga yang ingin berubah atas sebab-sebab tertentu...
contoh : demi insan tersayang...

dan baru-baru ni aku chating dengan seorang kawan aku...
kawan yang aku rasa aku selesa dan suka dengan cara dia...
gaya dia.... dan life dia yang pada aku simple je...


Teman: Salam
Aku: Waalaikumsalm.. dah tulis?
 Teman: guess what??
Aku: what??
Teman: i already write bout her..
Aku: wow.. 
Teman: nak baca? tapi tak post pun kat blog..
Aku: nak lah.. meh..
Teman: kejap ea... nah ni link ********
Aku: wah excited nak bace.. kejap ea..
Teman: jangan nak bace sangat.. jgn lame sangat.. hahaha
Aku: kenapa?? hahahaha.. bestnye... ape dia kata?
Teman: eh jangan bagi orang bace tau..
Aku: kenapa tak post?
Teman: biarlah hanya jadi simpanan.. dan dia dah bace..
Aku: Komen dia??
Teman: dia cakap ************
Aku: ooo.. bagus lah... hurmm
Teman: dia yang cabar.. hahaha
Aku: i rase dia pun dah ada hati dengan u.. but, u dont have to force...
nanty dia bosan.. so biar perlahan-lahan..

and bla..bla..bla... lagi cite.. lastly, akibat internet slow.. ada satu ayat dia..

Teman: dia terlalu baik la...macam mana nak jadi orang yang baik???
dia terlalu baik untuk i..............................................

dan dikala aku nak balas... habis tenet aku memang laju sangat.. sampai loadingnya sejam lebih.. sampai dia offline pun dia tak dapat apa yang aku hantar agaknye.. lastly dah fadeup, aku terus offline and tidur... 

see, ramai yang buat demi orang yang tersayang dan yang tercinta.. aku bukan pakar, tapi aku tahu bila orang meluah, aku boleh menjadi pendengar yang baik.. as long as benda tu bukan benda remeh pastu dihadapkan kat aku everyday..sebab aku jenis orang yang mudah bosan dan tak suke benda yang remeh ditangisi atau pape.. sebab pada aku, benda biasa jangan nak "over" ada orang yang lebih teruk ditimpa ujian, dan aku tak suke orang duk melalak dan meraung bagai nak rak.. nak nangis tapi senyap boleh.. means suh aku dgr je nangis dia... tanpe cakap pape... jangan nak meraung, melalak, meratap.. spesis macam ni aku tak boleh sebab aku kenal siapa diri aku...

*dan aku salah seorang yang bila terlampau sedih hanya mampu menangis.. tapi tidak akan bercakap apa-apa.. sebab pada aku itu satu cara luahan terbaik.. bile aku perlukan seseorang, biarlah hanya seseorang tu mampu mendengar aku menangis.. itu sudah cukup dari aku meluah.. dan meluah... but, kalau aku tak puas hati.. ye.. aku akan meluah.. meluah.. meluah.. sampai aku dah tak ada benda nak cakap... ada reason kenapa aku buat macam tu.. tapi ada setengah pekara, aku lebih suke pendam.... ia adalah jalan terbaik.. kita kne bijak dan perlu tahu, mana harus diluah, dan mana yang perlu dirahsiakan...*

ok, sory bro.. aku tak dapat nak jawab masa tu sebab keadaan yang tak mengizinkan.. tapi meh singgah sekejap dekat blog aku untuk kau bace apa yang aku nak bagitau pasal soalan tu..



Teman: dia terlalu baik la...macam mana nak jadi orang yang baik???
dia terlalu baik untuk i..............................................




my answer is : u dont have to ask me bout this.. u know ur self better..

kalau rasa tak mampu berubah menjadi yang lebih baik dari insan lain yang penah berada dalam hati dia.. juz jadi diri kau but make sure jadi yang terbaik untuk dia.. bukan yang terbaik dari yang lain...
sedia maklum, dia adalah wanita pilihan kau yang kau rasa sangat baik dimata kau. kau tahu yang kau tak mahu lepaskan dia, dan kau mahu menjadi yang terbaik.. jadilah yang terbaik.. sebab kalau dah tahu mana tahap kita dengan dia, jika kita tidak boleh jadi yang lebih baik.. setidak-tidaknya cubalah jadi yang terbaik buat dia.. kerana wanita sangat senang jika itu yang kau lakukan.. ia adalah bukti bahawa kamu amat menghargainya..jangan ingat wanita tak sedar akan itu tapi jangan pula melakukan sesuatu untuk meminta balasan... ia takkan jadi.....lakukan dengan rela hati dan ikhlaskan dalam perhubungan.!
kalau ikhlas, semuanya secara automatik akan berubah menjadi baik.. jangan kau tahu kau dah la tak cukup baik.. sedang dia kau kira macam malaikat, pastu kau buat lagi onar dengan dia.. memang haru biru la.. kau kena belajar.. bahawa kepercayaan perempuan hanya datang sekali. Ia tak datang secara berpekej.. Ia datang sekali... sekali kau dah terlepas atau lepaskan peluang.. it wont be happen again...! 
remember dat!!

jadi kepada sesiapa yang sedang menjalinkan hubungan, hargailah perhubungan itu.. jaga hubungan tu.. dan jangan sekali disia-siakan. Jangan sampai " Nasi dah jadi bubur ".. mmg masih boleh makan.. tapi ia tak seperti yang asal... harap korang faham lah dengan puitis yang aku sampaikan ni.. 
dan satu lagi... nak awek baik... isteri baik.. pakwe baik.. suami baik....anak baik...
semua itu bermula dari ANDA SENDIRI...

ANDA KENA JADI YANG TERBAIK... KALAU TAK BOLEH JADI YANG TERBAIK.. 
SEKURANG-KURANGNYA MENCUBA... BUKAN KENA BAYAR PUN..!!!


PESANAN PENAJA: TEMAN, AKU HARAP KAU DAPAT MENGEKALKAN HUBUNGAN KORANG DENGAN BERAKHIRNYA KE JINJANG PELAMIN... DAN AKU DOA, DIA AKAN SEDAR KEIKHLASAN KAU DALAM BEKAWAN DENGAN DIA...

P/S: mari cuba menjadi yang terbaik... dan tak semestinya buat demi orang yang tersayang kan?? habis kalau tak ada yang nak disayang., takkan selamanya nak menjadi apa yang anda jadi sekarang?? cuba fikirkan..

p/s/s: kan lebih elok jika kita buat atas kerana DIA pencipta kita... akan lebih nampak ikhlasnya..  jadi...
         "RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"


Monday, February 7, 2011

GITAR OH GITAR : GITAR YANG TERBENGKALAI



ASSALAMMUALAIKUM...






OK.. melihatkan hari ni aku tak de buat apa-apa. Meh aku nak share sikit satu benda yang dari dulu aku rasa aku teringin nak buat.. tapi tak kesampaian atau pun tak berkesempatan atau mungkinkah aku sendiri yang malas nak capai..? hurmm berapa banyak atau kan..

Aku ada seorang abang.. and memang ada sorang je pun abang aku.. hurmm dia ni aku rasa ada pelbagai satu jenis sifat yang aku kira hobi dia tak stabil. Setiap tahun pasti akan bertukar dan bertukar ikut suka hati dia dan kaum kerabat dia. Means, “kawan-kawan dia” maka dengan ini aku kira kawan-kawan dia pun memiliki hobi yang tidak stabil sebab dia dari sekolah memang tak pernah nak bertukar-tukar kawan sangat. Hurm friendship forever la konon.. ceit! Hahaha

Kenapa aku kata hobi dia tak stabil, macam-macam setiap tahun mesti akan ada hobi dia yang bertukar. Sebagai contoh, tahun ni gitar, tahun depan skate, pastu scooter, tahun akan datangnye pulak kerete... ntah macam-macam lagi.. dan yang terbaru skrg ni korang boleh intai blog dia, hurmm dia dah berjinak-jinak plak dengan dslr....lantak kau la janji kau hepy bro! Aku jeles dengan kau punye dslr sebenarnye.. kadang-kadang sedikit sebanyak aku perasan yang aku memiliki hobi yang sama dengan abang aku, tapi satu benda yang aku tahu, tahap pemikiran aku lebih dewasa sikit dari dia,,! Hahahaha... sory again bro! Aku dengan abang aku ni dulu memang rapat sebab itulah mungkin kami ada banyak berkongsi hobi yang sama. Aku ni seorang yang kasar, dulu kecik-kecik mak selalu kata aku macam jantan.. hahaha... funny!

Ok, tutup citer tu. Sebelum aku bagitau apa yang aku nak buat meh aku kisahkan sebuah cerita al-kisah tentang sebuah gitar kapok milik abg aku. Dahulunya abang aku ni rajin kot main gitar. Bukan rajin je malah setiap hari. Dari celik je mata.. sampai la nak tutup mata.. gitar.. gitar.. dan gitar.. lama dah tak dengar mak aku menjerit “ bang! Kau ni tak sudah-sudah ke? Dah maghrib sembahyang dulu apa semua jangan nak memekak je. Tak reti ke dah malam?” hahahaha.. itu dulu la, skrg tak kot.. seriusly, abg aku memang giler gitar dulu. Menyumbangkan suara dia kat setiap pelusuk rumah, bila dia menyanyi je, habis satu isi rumah bergegar.. ntah ler.. korg paham-paham je la maksud aku ea.. hahaha.. *opss! Sory bro* .....Kemana mengusung gitar tapi skg gitar tu terperuk je dalam bilik aku langsung tak berusik. Aku rasa mak aku je yang usik gitar tu untuk dialihkan waktu menyapu. Aku tgok kesian kat gitar tu da lemah dek habuk, sinarnya dah tak kelihatan. Semalam waktu aku belek-belek gitar tu baru aku perasan tali gitar tu dah putus satu. Dia tak pernah nak ajar aku main gitar, bukan kedekut ilmu, tapi dia memang tak pandai nak ajar orang. Ade ke dia pernah suh aku petik benda tu ntah kod ape.. dia kata “dik, kau petik je benda ni sampai kau dah pandai”, haram jadah tiap hari aku petik tak gak aku tahu kod-kod yang lain. Bengong kan? Hahahaha.. itulah abang aku!


Oleh sebab hobi dia yang tak pernah nak istiqamah, gitar tu pun dah dipandang sepi je.. kalaulah gitar tu bernyawa, mesti dah macam-macam gitar tu luahkan kan?? Hahaha.. * teringatlah dulu waktu darjah 4 cikgu suruh buat karangan biografi, aku sebuah jam tangan* hahaha... dan aku rasa abang aku mcam dah tak nak dah gitar tu..itu pemberian kakak aku kat abang aku. Abang aku ini kire bertuah la, kadang apa yang dia nak, kakak and mak aku mesti akan bagi.. ye la.. hero sorang je pun.. hahaha... 



....dan, itulah satunya benda yang dari dulu aku nak buat. Aku nak belajar main gitar.. dan benda ni makin hidup bila baru-baru ni aku duduk umah sorang kakak ni, dia pandai main gitar. Aku dengar dia citer.. makin excited aku.. lama dah aku nak post entry ni, tapi masih tak kesampaian disebabkan internet yang sangat sangat sangat lajuuuuuuu............ aku start teringin sangat sejak awal sem ni, tapi aku masih tak bawak gitar dan cuti baru-baru ni, aku sempat balik lepas menghadapi demam teruk.. jadi aku amik gitar tu and bawak kat sini untuk aku belajar.. ntah sape yang sudi ajar aku pun aku tak tahu, tapi aku tahu yang aku tetap nak main..  sebab, puas aku asik dengar orang mainkan gitar untuk aku.. dan sekarang orang tu dah pun berhenti bermain untuk aku.. sepi je talian tanpa gurindam yang dulu selalu jadi halwa telinga aku. Tp aku pasti... ada hikmah nada itu terhenti.. meski aku tak mendengar tapi ia masih terus bermain.. dan dimainkan.. itu yang pasti..!


p/s: jadi ada sesiapa sudi ajar aku?? Hah! Aku offer nie!!!! Hahha...
p/s/s : aku harap gitarkan terus dipetik dan didendangkan... kerana setiap yang didendangkan amat menghiburkan dan menenangkan... ia muzik jiwa....

p/s/s/s:: ok, tahu la kalau main gitar atau apa sahaja lagu yang korang nak dengar, muzik is for our emotion.. tapi the best way is read AL-QURAN... itulah penawar segalanya.. kalau berduka, kalau rindu, kalau suka, atau apa sahaja, IA ADALAH MEDIUM TERBAIK.. DAN KAWAN YANG KEKAL HINGGA KE MATI KITA... :)




jom layan lagu ni...




Monday, January 24, 2011

Hati sedang membara :: PANAS!

assalammualaikum

ok.. dah bersiap sedia nak g berperang ni..
wish me luck babe...

aku sangat geram sebenarnye, agak sukar untuk aku katakan mengapa. kadanga-kadang manusia ni, langsung tak boleh nak diramal. Nasibkan... kalau kita jumpe dengan manusia yang kita tak nak jumpe dalam hidup kita. *means, kat perangai dia* selama aku hidup, aku tak pernah nak membenci orang dan menganggap orang tu musuh aku, tapi...... kali ni, aku sedang membenci sikap orang tu.. ya sikap.. sbb aku tak nak membenci wajahnya... dia cantik!

Ya Allah, aku mohon kau jauhkanlah perasaan benci ini...ikhlaskanlah haty ini untuk memaafkan orang seperti ini.. aminnn...


kawan : kau ok??
aku: tak....
kawan : samelah...
aku : kau kenape???
kawan : tak ada apa.. masalah dengan bf je..
aku : ok, aku minta maaf tak dapat nak mendengar masalah kau hari ni.. aku tgh panas ni..
kawan : tak pe, aku faham..
aku : terime kasih.. esok kau cite k..

* aku memutuskan talian... *

entah la... hati sebenarnya sakit sangat dan bengang.. geram.. marah.. entah lah.. sedih sangat kenapa aku dapat jumpa orang yang maacam ni dalam hidup aku... *giler!*


Aku rasa macam nak hambur orang je... boleh tak???


nak menjerit marah.. tapi aku tak tahu kenapa aku malas nak bersuara kali ni...
agh!!! manusia ni, buat aku kesal...

dia ni melebih-lebih.. hal kecik diperbesarkan... 
gile..!



mulut aku seperti kena gam..
sebab aku tahu tahap diri aku,
kalau aku marah....
kau memang tak dapat nak control aku..
aku susah nak marahkan orang.. tapi
bila dia dah banyak kali wat aku sakit hati..
tu yang jadi macam ni...


aku on fb malam tadi lepas selesai buat benda-enda yang perlu diutamakan... lepas tu kawan aku chat aku..

GK 1 : hai salam.. buat apa tue?
aku : hai.. wasalam.. tak buat ape.. edit kertas kerje..
GK 1 : ok tak?
aku : tgh sakit haty dan geram.... 
GK 1: kenapa?? tak nak cerite?
aku :  esok lah dalam kelas... tak leh nak cite.. nanti lagi marah..
GK 1: ohoo... ok.. esok deh.. tapi pasal sape?
aku : manusia yang tak pekak tapi buat-buat pekak...bole melihat, dengar.. tapi hanya tahu bersuara je..
GK 1: saya ada kat rumah nul, ceritelah kalau nak k..
aku : esok...
GK 1: mcam mana pasal majlis tue? wajib?
aku : agrhh! dia saja yang melebih.. nanti esok saya buat pengumuman kat kelas pasal benda tue..
GK 1: ok..
aku : saya nak tido ni.. bye.. salam


*ye, lebih baik aku berdiam.. takot aku tak dapat kawal perasaan kalau aku cerite.. *



sedapnye.. teringin lah..!!!!


haiii.. makin bertambah panas lah nanti kalau makan durian.. hahaha.. biarkan aku mimpi durian...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok, aku dah mula menenangkan diri aku...  Allah tahu akan hati ini... :)


ok selingan, aku tak tau sape mamat ni, tadi aku g google carik pasal hati panas... 
skarng cube perhatikan.. ape yang kena ngn mamat nie?? muke dia ada mcam org tngah marah ke?

*oppss.. sory bro..  pinjam gamba..*

and, bile aku perhatikan, muke dia macam muke bf kawan aku.. malam tadi baru g umah membe aku n ternampak wall paper kat hp dia... 
mungkinkah??? hahahahaha.. 

*aku : kawan sory.. *


p/s :: ok, lastly.. kadang-kadang kita harus mendengar apa orang lain ingin suarakan.. walaupun kita pandai bercakap.. tapi kalau kita tidak pandai mendengar.. tak ada gunanya... jangan jadi orang yang cantik, ada mata, ada mulut dan ada telinga.... tapi dia celik mata, tidak bisu.. tapi pekak untuk mendengar... orang ini, sangat bahaya.. dan dalam lingkungan untuk disenarai sebagai orang yang akan dibenci... sebab itulah Allah kurniakan kan lengkap dan sempurna.. ada mata, ada mulut dan ada telinga.. kalau Dia kurniakan mulut sahaja, sape yang nak mendengar??? fikirkan.!

Tuesday, January 18, 2011

PTPTN LAMBAT>> SALAH SIAPA????

Assalammualaikum..

ini adalah jawapan bagi permasalahan yang berlaku..
sejauh mana kesahihannya..
Wallahualam...

Menurut dari sumber yang aku perolehi, iaitu kakitangan PTPTN sendiri telah memberi maklum balas apabila abang aku bertanyakan tentang " Adakah duit PTPTN telah disalurkan kepada Pihak UPSI? Sudah diKREDITkan ataupun belum?"..

Ini adalah kenyataan yang telah dibuat kepada abang aku.. 

" Buat masa ni pembayaran belum pun dibuat pada pihak UPSI, atas sebab PTPTN kini sedang menutup buku akaun. Jadi, segala wang tidak boleh disalurkan buat masa ini. Ditambah pula, Pihak atasan belum pun mengemukakan atau memberi sebarang notis dan surat untuk membuat pengagihan duit kepada pihak UPSI. atas sebab ini, pemindaan wang masih belum dapat dilakukan.. " 

tambahan: " apa-apa sebarang info akan diberitahu lagi "..... Ni kata abang aku la...( kalau dia bohong kat aku, means aku pon bohong la kat korang..tp, dun wory insyaAllah, tak... sebab dia ada kenalan kat sana.."

ok, settle.. sesi maklum balas tu..

......tapi, takkanlah sampai begitu lama pihak PTPTN akan buat pindaan wang kepada pihak UPSI kan?? Sebab result dah pun keluar sebulan. kenapa pihak PTPTN tak buat pembayaran pada kita dahulu sebelum closing acount...atau mungkin, ada masalah yang mana ia datang dari Pihak kita sendiri iaitu UPSI...contohnya, pihak UPSI sndiri yang lambat memberikan result kita kepada pihak PTPTN ... mungkin kah????


Nota Kuali :: Pada aku pula, kalau ianya adalah dari kesalahan pihak kita sendiri.. memang sangat sedih dan teramat menduka citakan sebab, pihak yang berwajib seperti tidak mengambil kira akan masalah yang akan berlaku kelak (eg. sekaranglah.... ). Kesian pada warga yang teraniayalah.. dalam sebuah Universiti atau kolej  dan sewaktu dengannya.. ia seperti sebuah negeri yang mana didalamnya ada pihak kerajaan (kakitangan pentadbiran) dan rakyatnya (student). Bukankah kerajaan harus mengutamakan kebajikan rakyatnya???
......dan untuk membina sesuatu projek sekalipun, kerajaan harus mengutamakan pilihan yang memaksimumkan kebajikan dengan mengambil kira kebajikan rakyat mereka sendiri.. kena ada kos lepas la... ( ceh dah masok bab ekonomi dah nie..).... hurmm pape pun sabar je la...Nak interup lebih-lebih karang banyak pula isu yang timbul... apa-apa pun diharap pihak yang berwajib lebih komited dalam melakukan dan melaksanakan tugas mereka.. sekian....



 p/s :: Nak tunding mana-mana pihak pun susah juga. Kadang kita ni nampak buruk orang saje.. baik orang kita tak nampak..bila buruk heboh nak jaja, kesabaran langsung susah nak bagi.. tapi kalau baik nak cakap terima kasih pun susah nak keluar.. tak pula orang heboh... kan???

p/s/s ::  Tapi... ramai orang cakap la.. kesabaran kita pun ada batas nya... ( ini orang cakap la..)



ok.. ini link yang korang boleh rujuk ea untuk maklumat.. aku nak buka link yang pasal TERKINI DARI UPSI: Zahar, tampil perjelas isu PTPTN.. tapi tak boleh nak buka pula, kalau korang boleh buka.. sila drop komen and share pada aku dan kawan-kawan lain ok.. peace...


jom layan kepala... :)

waaaaa................!!!!
makan.... nyum3...! :'(


waa...... kasutttt :'(


waaaa...... assgmnt :'(
payung.. :'(
duit elektrik.. :'(
projek... :'(
buku.. :'(

jom kira hary... :)


31... LAMBAT LAGI DA........... :'(


OK.. DAPAT DUIT... SETTLE MANA YANG PERLU DULU K...
PASTU KIRA KAT TGN TINGGAL BAPE....MSTI TAK DE...
BYK PAKAI DUIT LA SEM NI..

MAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKK!!!!!



OK.. LAYAN FEEL.. AMIK MOOD JAP..
PEACE..

BYE.. :)


Sunday, January 16, 2011

ISU TERHANGAT :: PTPTN DI UPSI

 >> PELAJAR PENAT MENUNGGU SAMPAI MESIN ATM  " TEMPORARY OUT OF SERVICE "... & PELAJAR MENGHITUNG DETIK DUIT DIMASUKKAN SEHINGGA TIDUR TAK LENA, MANDI TAK BASAH.!!<<


Assalammualaikum


wohaoooo.... Ramainye manusia kat ATM nie.. lagi dasyat kot...OK pic ni bukan student UPSI k.. aku amik dari google je..  ok.. buat beberapa ketika ni, aku pergi cafe.. aku dengar chitchat cite ini.. pergi duk kat TV.. pon dgr story yang sama.. pergi diskusi.. benda yang sama jugak.. pergi kuliah.. still benda yang sama... naik bus....naik umah... AGAIN.......... benda yang sama,,, kat dalam bilik nak tidur... BENDA yang sama gak... ishhh!!!  semuanya pasal PTPTN... duit tak masuk lagi walaupun dah sebulan kua result.. seingat aku tak pula kami tidak dibenarkan meneruskan pengajian... hmmm...


kesian kan bila terpaksa setiap hari duk jenguk mesin ATM.. 
untuk check duit.. dengan assgmnt bertimbun..
mini projek...
makan....
duit elektrik......
blom dikira duit nak BERSHOPING...
HAHAHAHA...


KESIAN KAN TGOK BUDAK KECIK BILE MENANGIS
MENGENANGKAN NASIB...kan??


MERENUNG JAUH TERINGATKAN KASUT YANG HILANG TAPAK..
DIKALA MEREDAH HUJAN....
PAYUNG ROSAK TERKENA RIBUT..
LASTY, 
DARI ATAS SAMPAI BAWAH BASAH KUYUP SEMATA INGIN KEKULIAH...


ok.. ini adalah contoh gangster kami siap menelifon pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kepastian.. walaupun sebenarnye orang ni tak de la telifon pun.. tapi orang lain la yang buat.. sampai boleh create page ini..


dasyatkan.. kala macam ni, teringat pula waktu MPP bermanifesto.. bukan main gah lagi cara mereka menyampaikan sesuatu.. lastly, dimana mereka kala macam ni??? itu yang ramai persoalkan..
mgkin mereka demam...
atau terkena ULSER...
atau mgkin sedang buat TESIS....
atau mungkin.....
dan berapa banyak atau pun.. tetap mereka tak tampil berikan penjelasan....


ramai yang menghitung hari detik duit untuk dimasukkan.. 
dan makin tergugat apabila ada karnival yang dianjurkan di kolej-kolej...
bagi pelajar, ini adalah hari yang sepatutnya untuk membeli belah... 
ini je waktu yang MURAH..!!!
termasuk aku.. mmg rugi...


tapi sebenarnye bukanlah atas sebab nak bershopping.. tapi atas sebab duit kat dompet dah tak cukup dah nak menampung kos hidup di tempat orang nie.. ye la tempat orang.. kalau rumah sendiri makan pun free.... nyam3.. lapar pulak!!!

        sebenarnya, aku bukan nak berkempen sangat pasal PTPTN ni.. cuma, kesian kat orang-orang yang jauh dari family dan background mereka dari keluarga yang tidak berkemampuan juga... aku pun ya, tergolong.. walaupun aku ada abg n adik beradik lain yang dah bekerja.. tapi, bukan jenis aku suka nak minta-minta.. malu seyh!! dah besar pun.... kecuali kalau dah terdesak.. dan buat masa ni aku masih mampu cuma agak risau gak duit simpanan semakin cair melalui pengeluaran yang maha DASYAT! jadi, aku pun salah seorang yang selalu memperbualkan isu PTPTN ni di facebook.. seiusly.. aku nak beli kasutt!!! kasut aku dah tak de tapak da.. (T.T) ok, sila jangan gelakkan....

       bukan aku tak mampu, tapi aku nak kene saving gak la, takut-takut kalau penundaan tarikh untuk duit dikreditkan dalam bank dianjakkan lagi.. parah kalau gitu... takut aku yang pergi bom pejabat nanti karang.. hahaha..buat setakat ni, apa yang aku dapat dari page yang dibuat tadi.. duit akan dibank kan pada 31 jan.. selewatnya.. hurmm tunggu je la.. tapi still lambat jugak... (T.T) andai katalah, tarikh tu dianjakkan lagi.. aku bet, memag ramai yang takkan balik ke kampung masa cuti raya cina nanti.. dah tue, boleh la berdiet.. ni namanya DIET TERPAKSA... tanpa perlu pergi besenam ye kawan-kawan.. hahaha
hmm.. aku pun tak tahu nak salahkan siapa... pihak ptptn ataupun pihak UPSI sendiri,... atau fakulti kami... entah la.. sebab ramai yang duk kata.. itu lah.. inilah.. nak salahkan lebih-lebih, aku pun bukan tau sangat pasal benda nie.. papehal pun, aku kena besabar untuk bawak berite kat korang.. sebab hary ni abang aku akan bagitau pasal ptptn dah salur duit untuk kita atau pun belum.. so tunggu je la info.. kalau dah baru kite leh salahkan pihak pengurusan upsi...sebab mereka yang lambat salurkan duit pada kita.. hurmm jom tgok duit..
ohooo.. tgok kat sini je la.. 
wat apa nak pergi ATM tu... hahaha
banyaknye.. hurmm bile boleh dapat duit macam ni ye??? hahahaha
tidur mimpi duit.. makan teringat duit..
nak mandi fikir duit dalam wallet ada lagi tak...
hahaha.. semua gara-gara duit... ohh DUIT!!!

LASTLY, AKU ADA SELINGAN.... NILAH KELUH KESAH... ANTARA-ANTARA KAWAN-KAWAN AKU YANG BERSUARA KAT ALAM MAYA JE.. NAK G WAT CONFRONTASI TAK BERANI LAK EA.. HAHAHHA.. LAWAK LA KORANG... CEHH!! AKU PUN SAME GAK...2X5..

INI BY.....


YANG NI PULAK.. COMEL KANN....

OK.. Setakat ni je aku nak berjeler... tengah pening nak pikir pasal assgmnt yang bertimbun ni.. 

p/s: jangan sedih-sedih lagi.. meh layan lagu kat bawah nie...hurmm.. satu g.. thnks to kuma GK, Hana GK, Ella, Intan GK, dan khalijah.. aku amik korang punye gamba n status.. hope korang tak marah k..  nanti hari raye aku mintak maaf k.. 

                                

wargghh!! makin sedih la layan lagu nie.. hahaha..
lagu ni aku layan berulang-ulang malam tadi..
motif?????
ntah.. tak de..  



Wednesday, January 5, 2011

:: Praktikal atau teori mana yang lebih baik? ::

assalammualaikum dan salam sejahtera,

Dah 2 entry aku tulis pagi-pagi, sebab waktu pagi je aku dapat connection dalam bilik aku ni.
oh wifi kolej, mengapakah engkau begitu kejam denganku...! masalah pasal wifi ni bukan aku sorang je yang hadapi, tapi agak dikira ramai la yang macam ni. Aku pun jadi tak paham kenapa sebab selama aku kat sini, ok je wifi.. laju hanya dengan satu klik je dah leh akses internet.. ( hah yang ni memamg aku bohong sikit la ) tak de la hanya dengan satu klik tapi dia agak laju la nak di bandingkan yang sekarang langsung tak ada connection. nak pakai broadband kat sini rasa rugi je sebab kat sini dah ada wifi. tapi bila hadapi masalah macam ni, agak menyesal sebab tak gunakan broadband la.. hahaha.. tak pe la nanti bawak boadband la bulan 2.



ok, berbalik pada topik aku kali ini, teori atau praktikal, yang mana satu lebih baik??  aku rasa bila bukak topik ni, mesti ramai yang lebih prefer pilih praktikal dari teori. teori ni buat semak dan sakit kepala je nak pikir dan lagi satu nak mengingat, menghafal nama-nama tokoh. kalau satu dua tak pe lagi. ni sampai belas-belas dengan apa yang dia buat, biodata ringkas dia. pergghh! pecah kepala. aku paham sebab aku pun mengalaminya.

...tapikan kawan-kawan teori ni ada banyak kebaikannya which is dia bagi kau orang semua memahami apa yang dia cuba lakukan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada dan sudah dikaji. Hanya kita ni semua manipulated dan adaptasikan je dalam life atau sesuatu tu. tokoh-tokoh yang terdahulu punyalah bijak dan ada banyak masa dorang. mana tak nya, spend more years sampai ke tua hah aku tengok dah beruban untuk mengeluarkan suatu teori yang kukuh dan ada kesahihan. kadang-kadang kajian tu dibuat ke atas anak-anak diorang je. Aku salut la dengan Jean Piaget, Lev Vygotsky, Maria Montessori, Freud, Eric dan ramai lagi. Diaorang ni dok spend banyak masa dengan mengkaji dari awal pertumbuhan kanak-kanak tu iaitu sejak dilahirkan sampai la ke dewasa. diaorang perhati, kaji, mencatat dan juga merakamkan sesuatu untuk dibincangkan dan kita tinggal guna pakai je teori yang ada. Pentingnya belajar teori ni, kau orang akan ada platform korang untuk menapak dan mengendalikan sesuatu dengan berbekalkan ilmu yang tak seberapa dan korang kajilah teori diaorang. kalau ada yang boleh diguna pakai, why not korang gunakan waktu praktikal dan tugasan ataupun kehidupan seharian. kan?

..tapi teori tanpa praktikal pada aku sangat membosankan dan ada kelemahan. contohlah, kau orang hanya belajar teori dan langsung tak mengendalikan praktikal. Ok aku amik skop kecil iaitu bidang pendidikan, agak sukar untuk kita mengendalikan kanak-kanak sebenarnya ya. Orang yang dah dewasa pun sukar nak dididik, inikan pula budak yang buas, nakal, hyperaktif dan sebagainya. kita tak tahu latar belakang mereka, perangai mereka. Kalau belajar teori dan tidak dipraktikalkan ianya sememangnya menjadi suatu yang sangat sukar untuk kita laksanakan dan mendidik mereka dengan jayanya. Tanpa praktikal, kebiasaannya orang akan berasa kekok dan juga tidak berkeyakinan untuk mengajar, dan di sinilah pentingnya praktikal itu. Kita belajar untuk mengajar. kita belajar untuk mengendalikan kanak-kanak tu. Tahu macam mana memujuk dan mewujudkan suasana yang ceria, selesa dan mengembirakan kanak-kanak untuk belajar. eh! apa kau orang ingat senang nak ajar kanak-kanak. Mereka susah untuk belajar sebab dalam kepala mereka dan usia mereka hanya akan tahu bermain dan bermain.



Jadi kalau tetibe ada bakal cikgu masuk-masuk atau dapat sekolah dengan ZERO praktikal. Ya diucapkan tahniah untuk mereka ni kalau dapat mengawal dengan baik budak-budak tu. Memang ada setengah yang mempunyai bakat semula jadi tapi kebarangkalian itu sangat tipis. Kita tak tahu siapa mereka, dan sikap mereka. Mula-mula memang semangat nak mengajar lastly, cikgu yang kena BULI.


Hah! kat sini la pentingnya korang kena ada skill. budak sekarang bukan macam dulu yea...nak menurut dan dengar kata. kena marah dah takut.

Budak sekarang, semuanya kita kena pandai main psikologi dan kena ada skill nak buat mereka sayang kita dan respek kita. Kalau nak dibanding orang dulu dengan sekarang, memang sangat jauh bezanya.

Teori tanpa paktikal sangat membosankan dan sepertinya kita tak habis meneroka sesuatu yang kita belajar. Kita tak aplikasikan sesuatu itu dengan realiti. Kita hanya belajar dan memahaminya melalui konsep dan buku. Walhal, kita akan cepat belajar melalui praktikal sebab kita belajar, lihat, buat dan faham. Sekiranyalah ada course yang korang ambil tu langsung tak ada praktikal di dalam kelas atau kerja kursus luar dan hanya tunggu tiba masa untuk korang buat L.I /praktikal pastu grad hanya itu je, Fight dan perjuangkan!! jangan duk diam dan follow je apa yang dibagi. Tak ubah la macam orang OKU sebab orang istimewa (OKU) je yang makan sampai ke hari ini disuapkan. Eh, now orang OKU pun leh bediri atas kaki sendiri tau.. Kita ada MPP dan sebenarnya memang ada setengah MPP nama je wujud dan ada ahli jawatan kuasa, tapi langsung tidak berfungsi. Ada setengah Universiti tu bukan tidak wujud MPP tapi aman je, damai je. Bukanlah kita minta rusuhan tetapi cuma minta hak kita sebagai seorang siswa dan siswi. Kadang-kadang tu ada yang dah buat kertas projek nak buat tapi ditolak untuk diluluskan. kesian sangat... mana punca nya??

Ok.. fine aku bukan nak manipulated atau pape sabab aku pun bukan tau sangat, tapi it is the best way bila kita belajar ada praktikal. Sebab pihak Universiti kompom dah bagi kita pasal teori. Ya, memang dia ada bagi kita praktikal tapi hanya praktikal ditahun akhir selama bape bulan tu sahaja.. cukup ke?? untuk belajar the hole things yang korang belajar betahun tu? come on la..show ur skill. Make a diffrent with others.  Tak rugi pun bila kita ada praktikal dan buat sendiri atas usaha kita sebab benda tu yang kita akan pakai time kita kerja. Bagi kita keyakinan dan boleh mengaplikasikan jadi orang tak adalah pandang kita dan kata, "eh pelajar ni dari .........tapi langsung tak tahu buat keje!!"...  Ada ke bos yang nak kita menerangkan tentang teori selain dari melihat skill, kepakaran dan kemahiran kita? tak de orang nak dengar kita berleter pasal teori la.. teori tu untuk kita jadikan panduan dan untuk seat for the exam then pass paper. Siapa yang nak merubah nasib kita kalau bukan kita sendiri.. Think on it!

....tapi bagi sesiapa yang ada skill dan kemahiran, kau orang janganlah rasa bila korang dah pakar dan tak perlukan teori sebab teori boleh menaikkan daya pemikiran kita dan bagi kita nampak jalan yang lain. Kita akan lebih memahami bila kita juga mempelajari teori. Jadi teori dan praktikal sangat diperlukan dalam pembelajaran kita. Integrated sikit korang punya skill tu dengan teori. Sambunglah belajar sebab ia tak merugikan. Tak semestinya sambung belajar dengan masok ke Universiti atau mana-mana pastu belajar dalam kelas. Carik la alternatif, jangan matikan akal korang macam tu je. Banyak benda yang kita leh buat untuk belajar contoh bacalah buku.. Usahalah sikit untuk sesuatu itu. mesti akan menjadi punye.. InsyaAllah...


My last word for this entry :: Think out of the box! 

Tuesday, January 4, 2011

Melangkah ke tahun baru sebagai calon pelajar SEM 4 :: SERIUSLY SEMAKIN MENCABAR..!

Assalammualaikum smua, n gud morning evryone..!

fuhh! lame dah tak update my blog. kesian kau blog terabai..
sebenarnya, aku dah memulakan sesi pengajian aku untuk sem yang ke4 pada tahun 2011 nie.
terasa macam baru je aku mendapat tawaran dan melangkah ke menara gading. aku sendiri tak mengerti kenapa masa jika dilalui dengan hari-hari yang diisi dengan pelbagai rutin dan sepertinya tidak terlalu ditunggu sangat begitu tidak terasa.. mungkin sebab kesibukkan dan keseronokkan.. Ya KESERONOKAN..kenapa dengan keseronokkan??

sepanjang aku berada di tempat aku belajar ni, banyak benda yang aku tinggal dan lupakan..azam semasa menjejakkan kaki ke sini, harapan mak ayah, nekad, Semangat.. dan banyak benda.. kononnye dulu, datang sini hanya sekadar study.. stdy..sdty!! dan sekaligus akan merubah personaliti dan juga diri aku sendiri supaya lebih bermotivasi dengan tagline " hari ini akan sentiasa lebih baik dari semalam "... ini yang aku slalu sangat lupakan... hurmm...

sebagai seorang budak yang masih dilanda hingusan yang dah tak seberapa ni.. ok, anyway, aku tau aku bukan budak lagi.. dah masok ketahun baru ni umur aku semakin meningkat 19 + 1 =20 tapi ia sepertinya tak melambangkan aku sebagai seorang yang dewasa... seriusly, aku masok sini berkobar-kobar dengan harapan nak capai target dan merubah personaliti aku.. tapi aku still aku yang dulu!

1) bangun lewat akibat tidur lambat
2) malasnya nak bukak buku
3) love katil more than book (tak termasok mukabuku ok..)
4) tak begitu punctual
5) harus memaksa diri untuk stdy..stdy..stdy.. n buat assgmnt...(kalau tak da inisiatif langsung aku tak buat!)
6) ENJOY!!

OK, Skop enjoy tu aku boldkan sebab memang kat sini dari awal sem 1, masok bulan kedua apabila aku dah ada ramai kawan semuanya.. 100% aku enjoy! haish! apa la yang nak jadi ni kan.. tapi tu la hakikat yang terjadi sebenarnya. aku dah melupakan ape aim aku masok sini dan teramatlah bersyukur sebab kat sini tak ada pusat-pusat hiburan such as shoping kompleks yang ada panggung wayang, games, and bla..bla... yang ada kat selangor.. kalau tak.. habislah hidup aku kat sini.. lunyai dibungkus dek arus masa yang dilimpahi dengan pelbagai peralatan yang berteknologi tinggi dan canggih.. asyik nak hang out je.. kat sini nak g ke shoping mall kne g ke KL atau IPOH.. ape yang ada kat sini cuma pemandangan dan jugak kehidupan yang sederhana.. suasana kampung yang mendamaikan..pekan kecil yang kira bagi kami sangat besar sebab itu lebih baik dari tak ada bukan? haha.. tempat-tempat untuk relaxing our mind dan juga tempat untuk beriadah seperting jogging dan junggle tracking. mana tak nya kat sini ada sungai samak ( teratak river view ), kalumpang, tasik di proton city...dan banyak g tempat..cuma aku je yang belum habis teroka.. mmg best bagi yang suke bercamping dan pemandagan. tapi bagi yang tak suke aktiviti outdoor ni confirm datang sini akan cakap sini hulu dan tak ada pape..

....dan atas sebab itu, aku sangat bersyukur tak dapat kat tempat yang berpusat atau tertumpu dibandar atau kawasan yang pelancong asing suka datang.. contoh at melaka.. even bandar melaka kat situ je.. tapi tak penah jemu pergi.. kat situ banyak shoping mall yang leh kite buat tempat tok hang out dengan member-member..nak dicompare dengan kat sini..yang paling terbesar shoping mall adelah Big10... ni adalah pusat beli belah yang famous di Tg Malim.. kalau tanya student atau tanya pada orang awam confirm arah yang ditunjukkan korang memang takkan sesat.. nak tau apa yang ada kat Big10 tu, hah! korang singgah la sendiri ea..

Bile aku dapat ramai kawan, apa yang aku boleh katakan.. even kami suka enjoy dan suke gelak kuat-kuat sampai dah tak ada rupa seorang gadis.. cewah.. ye la gelak sampai satu kolej dianggarkan boleh dengar dalam hanya satu nafas gelakkan seramai 7-8 orang, hah! amik kau.. satu kolej boleh dengar... tapi kawan-kawan yang aku ada kat sini tidak lah terlalu soSIAL.. kami memang sosial dan ramah tamah tapi tak de ar sampai sume lelaki yang dok say "HAI" akan dilayan. atau sesuka hati ikut orang keluar dan buat perlakuan seperti " AKU PILIH KLCC ".. HELLO, kami semua masih ada etika kami, tahu menjaga batas pergaulan walaupun lelaki kat sini memang orang kata walau dia gelap atau apa sekali pun.. dia tetap HOT.. mgkin atas sebab lelaki di sini jumlahnya sangat kurang dibandingkan wanita dan juga atas profession dorang.. tapi bagi aku, aku tak ada lah nak dok hadap sangat.. dan kawan-kawan aku di sini sentiasa berpesan-peasan dan mengingati. cuma, aku ni yang susah nak buat benda yang dari dulu aku tak terbuat...

...dan kalau korang nak tau sebenarnya problem aku, aku tak suka bila aku tepati masa dan i hve to wait till about an hour or 1 hour dan so ON.. itu sebenarnya problem aku.. kalau sekali dua tak pe kalau berkali-kali haru biru. dan sebab tu juga aku selalu akan turun lambat bagi smua dah ada.. dan kesian pulak pada orang-orang yang punctual kan??? hurmm.. soryla. janji tak buat lagi... dan cuba sehabis boleh sygs-sygs ku... tapi kadang-kadang memang salah aku sebab lambat.. ada je halnya.. wallet tinggal la.. itu la.. ini la.. dan aku tak marah sesape kalau tyme aku lambat korg tak tunggu aku.. tak perlu pon tak pe.. nevermind.. sebab boleh lebih disiplinkan aku untuk lebih punctual dan tak ditinggalkan.. hahaha... dan sebenarnya aku tak kisah pun menunggu orang.. :)

SEM 4 ni aku rasa adalah segala kemuncak sem.. kenapa sebab, sem 3 dan 4 engin dah panas.. sem 1 dan 2 hanya suam-suam kuku, start 3 dan mula nak panas.. sem4 kene bergerak pantas.. sem 5 nanti boleh slow down dan gunekan kawalan manual... sem 6 adalah waktu untuk mempraktikalkan diri jadi seorang yang bitara.. hahhaa...  aku daftar je sem hari tu, benda first yang akan keluar ialah.. jadual.. ya.. jadual, disebabkan kami anak kandung suluh budiman.. maka, kami dengan senang lenangnya tak perlu nak berebut wifi, sampaikan kene pilih hari dan kalau subjek tu dah penuh korang carik la subjek ape yang korang nak tambah untuk sem tu sampai ada.. hahaha...kami tak perlu buat jadual atau aturkan jadual seperti anak-anak kandung suluh budiman yang terpaksa berdikari.. yeah!
 dan bila aku tengok jadual aku.. ishh! aku dah tepuk dahi.. dan mengucap... ya, mengucap sebab aku orang islam... dan seharusnya bila ditimpah musibah kita jangan cakap benda-benda yang mengarut mencarut dan cecarut... sangat pack jadual sem kali ni.. hurmm... dari isnin sampai jumaat aku ada kelas sampai petang.. kecuali isni yang hanya ada satu kelas sahja...dan setakat ni cuma ada satu kelas yang akan ditukarkan masa.. hanya masa.. bukan hari... macam sem lepas walau dapat jadual pack tapi kami dengan excellentnya memujuk pensyarah untuk menukarkan masa, menukarkan hari dan membatalkan kelas satu jam atas alasan buat discuss atau assgmnt (padahal TIDUR).. dan disebabkan itu, kami ada 4 hari free dalam seminggu termasuk sabtu dan ahad.. itulah waktu kami untuk pulun assgmnt dan balik.. atau beriadah.. tapi kali ni spertinya kasut sukan yang aku bawak mcam tak boleh digunakan disini melainkan sabtu dan ahad... tapi tu pun dah adjuzt masa untuk berasgmnt dan belum bagi masa untuk BERINTERNET...

lately ni pula, banyak sangat masalah yang aku hadapi dan aku hampir terfikir untuk berhenti blaja... malas dan hurmm.. tapi atas aku manusia yang masih waras.. aku masih ada lagi target untuk berjaya dan capai impian aku yang belambak...  dan untuk pengetahuan korang.. hari first aku iaitu semalam.. dah ada asggmnt.. dan jumlah yang terkumpul ialah 4.. serta 1 quiz yang telah dijawab semalam.. hahaha.. first class terkejut tak ada kuiz..?? tapi kuiz tu masih boleh bagi aku untuk menjawab... alhamdulillah..  hari ni kelas aku kul 12 tengah hari.. dan aku dengar cerite dari kelas lain untuk subjek english, assgmnt dia sangat mencabar dan susah... serta dah dapat pon tugasan... hahaha.. memang best dan aku tengah menanti assgmnt tu dengan sabarnya pada hari ni bile lectrer masok ke kelas... agak-agak berape banyak yang akan terkumpul pada hari ini sampai petang punye kelas??? tunggu!!

untuk assgmnt semalam untuk subjek pesekitaran pembelajaran yang responsif tugasan individu kena buat observation dan ia memerlukan seorang kanak-kanak daripada tadika dan perlu untuk kami tau aspek perkembangan dari pelbagai sudut..tahu background dan kena bertanya pada cikgu mereka dan ibu bapa mereka tentang tingkahlaku anak tersebut. buat laporan.. dan untuk tugasan kumpulan kena buat satu slot dan bengkel ceramah. kena jemput penceramah yang ada dalam kepakaran yang di tugaskan untuk kami dalam subjek ni.. pastu buat laporan lengkap untuk assgmnt bengkel ni..

assgmnt penjagaan pula kami dapat tugasan individu tentang penyakit-penyakit..( terasa seperti mengambil bidang perubatan pula ya ketika membuka google dan search after tu keluar banyak penyakit yang namanya pelik-pelik...seperti rotavirus, hepatitis yang aku hanya tau ada A,B dan C tapi sebenarnya sampai ke G pun ada... hahahaha betapa cetek ilmu aku dalam bidang perubatan..dan rupanya cacing dalam badan kita ada banyak jenis.. ada cacing Benang N Jarum lagi kau, cacing gelang, cacing rambu dan cambuk.. jangan main-main..hahaha) untuk tugasan berkumpulan pula kena buat observation dan markah adalah 40.. banyak tue...!!

hurm.. apa-apa pun aku memang tawakal.. dan kalau korang nak tau aku memang tak pernah ada azam tahun baru melainkan " nak buat yang lebih terbaik " itu sahaja.. dan kali ni, biar la aku bukak buku baru dan nak buat azam "mencuba dari tak langsung" trademark ni memang untuk benda-benda yang dulunya semua dah hilang akibat aku enjoy... aku akan cuba menjadi seorang yang punctual... walaupun... hurmm agak sukar...dan smua benda yang aku nak buat yang masih tak tercapai... atleast aku mencuba dengan effort aku, bukan atas usaha orang lain..contoh copy paste assgmnt.. ceh.. pastu senang je dapat dekan.. memang tak leh pakai.. buat stakat ni tak ada pulak yang aku copy dari orang. kalau tak tahu tanya pada yang pakar dan tengok contoh untuk buat.. tapi sory ye.. juz tengok macam mana nak buat dan penerangan bukan tiru ayat ataupun point... dan alhamdulillah, result aku sem lepas masih tetap dalam senarai dekan.. dan tak menurun.. (mintak-mintak JANGAN!) AMIN.. aku tak nak menurun.. dan itu adalah usaha aku sendiri sem lepas.. akibat berperap kat library... selame seminggu dan buat assgmnt sampai pecah otak tak tidur 3 hari akibat assgmnt yang aku nak hantar last minit hilang sebab virus nyanyi tue.. sengal!! tapi tekejut gak sebab assgmnt tu jugak yang dapat 20/20.. hurmm aku bukan nak membangga cuma aku nak adik-adik yang baru masok belajar tue jangan malas dan bagi sesiapa yang tension akibat penah hilang assgmnt tue, jangan giveup walaupun rumusan korang hanya 4 baris.. keh3.. tu yang aku buat tok rumusan assgmnt ni.. hanya 4 baris.. kawan aku si hana Gk tu gelakkan aku.. sebab rumusan aku terbaek hanya 4 baris.. tapi alhamdulillah.. dapat gak skor fullmarks..sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...


akhir kata meh la aku sharekan satu vedio yang tadi room8 aku baru tunjuk kat aku.. dan tak da kena mengena pun vedio ni dalam entry aku kali ni.. hahahaha JADI LAYANKAN JE... sementara tengah pening nak buat penyakit apa untuk assgmnt ni.. or buat penyakit hati.. ialitu dengki?? boleh ka?? humm...

p/s:: tak mau tension-tension.. dugaan, dan moga tahun baru ni lebih buat kita tabah dan bijak menguruskan kehidupan kita yang seperti lilin.. bila-bila masa je boleh terpadam.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...