IKAN DILAUT, ASAM DIDARAT... DALAM KUALI, BIKIN MUFAKAT..

Friday, October 28, 2011

awak, dia ada hati sangat kecil




[gambar sekadar hiasan]



Awak,
hati dia sudah lama tercalar,
ubat bisa setelah dikelar,
kian terobek akibat kata nan liar,
dirinya disakiti tanpa penawar,
hidup umpama bersulam gambaran kasar.


Awak,
selalu anggap semua remeh,
hati itu bukan baru nak bernanah tapi dah meleleh.
sakit katanya dalam sedu tanpa tertoleh,
otak berserabut jiwa kian menggelebeh,


 hati itu mungkin mati.


perempuan itu berhati kecil,
ya.
nampak dia kuat,
tapi dia sakit.
nampak dia berlari,
tapi dia rebah.
nampak dia senyum,
tapi dia hiba.

kau.
patut tahu saat kau memilihnya menjadi teman hidupmu,
kau patut bersyukur,
dia tidak pernah menyakiti hatimu dengan maha dasyat.
kau patut jengah,
sakit itu kau yang buat.


lelaki,
jangan selalu menyulam kata cinta,
jangan selalu kata janji sumpah seranah,
jangan selalu mengulum kasih,
jangan selalu mencium jejak ikatan.
kau buat dia tambah derita saat hatinya ada namamu.
saat jiwanya buat mu,
saat kasihnya hanya untukmu,
saat ikhlasnya pada dirimu.

lelaki,
saat kau lepaskan dia pergi,
jangan cari salahnya dengan bandingkan yang dahulu,
kau tak tahu apa yang kau tuturkan.
ia merobek jiwa hatinya.
kau kini makin tertekan,
permainan apa yang kau ciptakan.
lelaki apakah kamu?
kau tak tahu apa yang terjadi hakikatnya.
wanita itu kesakitan.



Sahabat sudah aku kata, ia sakit. tapi kau degil. sudah aku bilang jangan, tapi kau hampiri. kini hidupmu malah tak terurus. hidupmu tidak terjaga, dirimu serba kesakitan dan aku.. menahan sebak. jangan salahkan takdir. kita tawakal selain dari berusaha. itu jalan terindah.


mari kenang satu rentetan hubungan.

jalani dengan keindahan
PJJ (percintaan jarak jauh)
memerlukan pengorbanan,
kesetiaan perlu wujud,
kehormatan hubungan perlu diadakan,
keindahan dan keamanan perlu diseragamkan,
puncaknya kau harus kenal diri kau.
bila dia sudah berusaha percaya,
jangan mungkiri dan khianati,
kelak kau takkan dapat apa.
hidup sendiri bukankah lebih baik?
tapi kau jangan menyesal akibat salah pilihanmu,

dia wanita tabah,
aku kenal dia cuba usaha menyingkirmu dalam hidupnya,
kau senang di sana,
dia sengsara di sini,
harinya gelap,
sementara kau cerah,
dia berkeseorangan,
namun kau tidak.
kau carikanlah dia cinta baru,
sepertimana telah kau perolehi.
kau tak sanggup bukan?

jadi.
kenapa ego menyelubungi diri?
katakan saja kau sayang dia.
itu sudah cukup.
mengapa perlu tegaskan untuk keraskan hati.
bukankah sudah berjanji akan mengakhiri.
kau dusta sana,
kau belot sini,
mana akalmu berdrama?
akhiran ceritamu tiada.
carilah penutup itu segera.
agar ceritamu berakhir dengan baik-baik saja.
seindah bunga di taman yang telah engkau ciptakan dan ada pari-pari cinta
yang ceria menjaga taman.





[gambar sekadar hiasan]


nota pejam:: kau sayang hidupmu makin meminggir, seleramu makin hilang, sakitmu makin kelihatan. bangkit, jangan sedih. Allah itu Maha Berkuasa. dia pemilik sekian hati. mari berserah.

Harga Sebuah CINTA (PART 7)










"Assalammualaikum. En. Naqib?" sapa seorang yang berbadan tegap dan bermisai lentik. Di sisinya setia ditemani seorang yang berbaju hitam bermuka bengis.


"Waalaikumsalm. ya saya, ada apa ya?", jawab Naqib.


"kami polis. kami mempunyai waran tangkap untuk membawa encik ke Balai untuk di soal siasat mengenai kes kematian Cik Mellisa Edward. sila ikut kami ke balai." tegas nada lelaki itu. seraya menunjukkan kad kuasanya dan kemudian membuka pintu Naqib untuk memegangnya.

Najwa yang duduk di dalam kereta turut tersentak mendengar khabar yang diberitakan oleh mereka." Abang?", sepintas itu Najwa terus memaling dan memandang Naqib.

"ta..tapi encik. Apa kaitan kes kematian dia dengan saya? begini encik, isteri saya tidak sihat biarlah dia masuk ke dalam dahulu. Saya akan ikut encik ke balai. tapi biar saya papah isteri saya ke dalam dahulu. encik boleh ikut jika encik tak percaya."  Pinta Naqib seraya bangun dan keluar membuka pintu Najwa. 


Najwa memandang Naqib dengan penuh pertanyaan. kelopak matanya sudah mulai membengkak menampung air mata."Abang. Wa takot, jangan tinggal wa." pinta Najwa, kali ini dipeluknya Naqib seeratnya.


"hey sayang, kenapa nangis. abang ada ni. abang tak kemana. wa tunggu abg di rumah ya. abang pasti balik. wa jangan kemana-mana. jaga diri dan kandungan. abang tak nak apa-apa jadi pada wa. abang sayang wa. jangan nangis sayang. abang ada. abang pasti balik. abang janji." Naqib memujuk najwa dan kemudiannya mengucup dahi isterinya sambil memapah isterinya masuk naik ke atas kamar. 


Dia menyelimutkan najwa. kemudian dia berkata, "abang tahu sayang abg marah dengan abang. tapi abang bangga dengan sayang sebab sayang tak pernah meninggalkan abang waktu abang dalam kesusahan. abang sayang wa. abang tak bersalah. abang akan pulang. wa tunggu ya. " Dia mencium dahi najwa dan tangan Najwa.


Najwa menangis kerana dia takut akan kehilangan Naqib. "abang janji dengan wa, abang akan balik ya.wa tunggu, wa takot sorang-sorang. abang wa nak minta maaf wa kasar. wa tak mahu hilang abang. wa cintakan abang." airmatanya seperti air hujan yang mencurah-curah tanpa di pinta.


"ye wa, abang janji. jaga diri, jangan wat kerja berat-berat. jaga kandungan. nanti abang suruh fatimah datang jaga wa. ye sayang. abang pergi dulu. tidurlah sayang. I love you." Naqib menghampiri dua lelaki tadi dan keluar dari kamar tersebut.

Najwa binggung dengan kejadian yang menimpa. dia risau dan berbagai persoalan sedang berada di dalam pemikiranya. adakah naqib bersalah? kenapa Mellisa pergi secara tiba-tiba?. "Ya Allah selamatkanlah suamiku, kau ringankanlah dan permudahkanlah setiap urusan itu. aku tahu suamiku tidak bersalah, kau bantulah kami Ya Allah. amin ya rabbal a'lamin" doa najwa tidak henti-henti. dia mengelap airmatanya, dia mula rasa rindu kepada naqib. 


***********************************************************************"


Tok..tok..tok!!" ketukan pintu bilik berbunyi.

Najwa terjaga dari lenanya, dia sangat kepenatan menangis. Dia lihat jam di dinding sudah ke angka lapan malam."Ya Allah. aku sungguh terlena. asar dan maghribku belum tertunai." Namun dihatinya lega kerana dia sangkakan naqib sudah pulang.  

tiba-tiba, pintu dikuak dari luar dan kemudiannya dia melihat sekujur tubuh yang memakai baju kurung berada dimuka pintu. "Fatimah" desis hatinya.

"kak, macam mana? okey?. ima datang dengan mak. abang telifon tadi cakap akak tak sihat dia ada hal diluar takot balik lewat. dia suruh kami temankan akak. maaf lewat, jalan sesak sangat tadi dari Klang ke sini. kan hari kerja. semua balik kerja." dia terus mencapai tangan najwa dan mencium.


"oo.. akak ingat tadi abang balik. hurm. mak mana?",tanya Najwa cuba untuk berselindung takut benar andai dapat di duga akan kemelut yang melanda rumah tangganya. 

"mak ada kat bawah dengan along. malam sikit nanti mak balik. Ima tidur sini jaga akak ya. esok mak dengan along kerja.", jawab Fatimah lembut.


 "akak nak solat sayang, badan akak tak larat sangat, boleh tolong papah akak pergi tandas?", Pinta najwa lembut. "baik kak. mari."  Najwa dipapah oleh Fatimah ke tandas dan dia menyempurnakan wuduk'nya.Najwa menunaikan solat fardhu dan qada'. Usai keduanya dia berdoa dan kemudian turun ke bawah untuk berjumpa dengan mak mertuanya.

Dia hanya mengenakan tudung syiria dan jubah yang dipakai bersama Naqib sewaktu di hospital tadi. Teringat di fikirannya, mengapa Naqib memakaikannya jubah? mungkin dalam keadaan cemas itu jubah adalah yang bersesuaian dan mudah disarungkan. lucu.

"mak, dah makan?", sapa Najwa sambil menyalami mak mertuanya. 
"kamu okey?", tanya Puan Rukayah. 
"alhamdulillah. baik mak. cuma badan rasa lemas sangat dan tekak mual-mual." jawab Najwa.


"Pergilah berehat. mak nak balik kejap lagi.Kamu tu sakit dan berbadan dua." ujar mak naqib.Najwa tersentak dan terus tunduk. dia fikir naqib belum memberitahu perihal itu kepada keluarganya.

"insyaAllah, abang pun dah pesan tadi. nanti najwa ke dapur buatkan air dulu ya mak." 

Along yang diam dari tadi mulai bersuara. "tak payah Wa, Ima dah tolong buatkan. Kamu rehat je kat rumah. Naqib pun la, urusan apa lah sampai isteri tengah sakit pun nak pergi lagi." Nadanya tegas.  

"abang tak sengaja tu along. dia ada urusan penting. nanti balik la tu. along esok kerja?" tanya najwa mengubah topik perbualan.

"along kerja wa esok, itu yang kena balik. tak apalah, esok along dengan mak datang lagi. along minta cuti esok." jwab along sepontan.

Najwa terkejut dengan jawapan along, dia tidak mahu menyusahkan along dan mak mertuanya. Najwa tahu along memang seorang yang sangat perihatin dan penyayang penuh dengan tanggungjawabnya, namun dia masih belum mempunyai rezeki untuk berjodoh. Dia senyum melihat along, ikutkan hati hendak saja dia berkata tidak perlu bimbang menyusahkan tapi bila difikirkan dia kenal benar along, jika dia kata itu, maka itu lah jawapannya. 

Puan Rukayah ibu mertuanya hanya tersenyum, dia kenal benar sifat pendiam mak mertuanya, bukan dingin tapi lebih suka berdiam dari berbual.


 "Ima, mak dengan along nak balik ni, tolong jaga kak wa kamu ya. esok mak datang bawakan apa yang patut." arah mak mertuanya kepada Fatimah. 

"baik mak. mak dengan along balik hati-hati ya." pinta Fatimah sambil menyalami mereka. 
Najwa turut menyalami ibu mertuanya. kemudian menghantar mereka sehingga ke muka pintu, badannya masih lemah dan tidak mampu berdiri lama. 

Dia pantas masuk ke dalam semula dan duduk di sofa.Najwa merenung nasib dan masih menanti suaminya pulang dengan penuh setia. "Abang wa rindu abang. balik cepat bang. wa takut." pinta najwa di dalam hati.


"kak, kenapa ni? rindu abang ya?" soal Fatimah.
Najwa hanya mampu senyum dan mengangguk. "Sudahlah kak. nanti abang balik.dia pun mesti ingat akak. akk rehatlah dalam bilik. kalau nak apa-apa cakap nanti Ima buatkan. mari Ima hantar akak masuk bilik." ujar gadis molek itu.

Mereka berjalan seiringan menuju ke bilik."Ima, malam ni tidur dalam bilik dengan akak ya. akak takut." Rayu Najwa. Fatimah tersenyum sambil mengangguk kemudian berlalu. 


Najwa mencapai telifon bimbitnya kemudian menaip pesanan ringkas kepada Naqib. Dia tahu Naqib tidak akan membalas namun dia tetap menghantarnya. 


"Assalammualaikum, abang.. ayang rindu sangat pada abang. wa tak tahu abang tak bersalah. wa percaya abang. abang balik cepat. wa rindu. wa takut sangat.. balik cepat abang. wa risaukan abang. wa rindu abang.. baliklah bang.ampunkan wa bang. wa minta maaf.  Wa cintakan abang."


 Najwa menangis dan berdoa moga Naqib akan dibebaskan cepat. Dia kemudiannya mengambil wuduk dan mulai mengaji.



**********************bersambung***********************


p/s: maaf lewat sangat. dan terlampau sangat2 terlewat menyambung.  maaf banyak-banyak. insyaAllah sambungan untuk part 8 akan dipercepatkan. komen anda amat dihargai, terima kasih.

Thursday, October 27, 2011

pakar cinta - tips kebahagiaan







ok, pinjam kejap gambar yang abg aku baru je edit. ni gambar SAIFFUL DAN SAFIAH.
moga dorang hepy dan berjodoh hingga ke akhir hayat. amin


Hari ini aku bangun dengan perasaan yang berdebar dan terus berdoa moga sentiasa berada dalam perlindunganNya.
Ok, post aku hari ini memang khas aku nak tuju untuk mereka yang bakal menjejakkan alam perkongsian*berdua* atau yang sudah sah berkongsi-kongsi. ngeh3.. ini kisah percintaan dan kasih-kasihan. *mood jiwang*

siapa kata senang jadi isteri orang?
angkat tangan.
siapa kata senang jadi seorang suami yang memikul tanggungjawab?
angkat tangan.

ya,
mesti semua pelik bukan.
atau ada yang kata macam ni.
"hek eleh minah ni, kecoh ar.. belum kawin tapi sibuk nak nasihat orang.."
atau.
"adoi pegi belajar dulu ye dik. jangan sibuk-sibuk.."
jawapan.

aku bukan pandai, bahkan aku juga belum berkahwin.
aku bukan warak. aku juga insan yang melakukan khilaf dimuka bumi Allah.
aku bukan menyibuk, aku sekadar mahu kita sejenak merenungkan apa yang dikatakan dengan perkahwinan dan perkongsian hidup.

bukan senang sebenarnya menjadi isteri dan suami. tanggungjawab besar. kena selalu jaga diri, jaga hati, jaga makan minum, jaga lah semuanya. Aurat kita adalah aurat dia. faham?
tapi aku bukannya nak bising-bising. aku cuma nak kongsi apa yang aku baca hari ini.


hari ini aku bukak facebook. (bukan hari ini je, tapi setiap hari.)
aku memang suka dengan satu page ni.
dan dia ada share untuk suami isteri.
tips kebahagiaan.
jom baca.
aku share je kat korg.
harap ia berguna.


"INILAH TIPS CINTA UNTUK KEBAHAGIAAN..."

Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia.
Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari
orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan
hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah
ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tips Cinta Untuk Suami (lelaki):-

1. Bersikap baik dan lembut dengan isteri.
2. Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah.
3. Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik.
4. Bersabar terhadap karenah isteri.
5. Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros).
6. Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra).
7. Membantu tugas-tugas isteri di rumah.
8. Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri.
9. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
10. Tidak bermesra dengan wanita lain.
11. Menjaga rahsia isteri.
12. Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain.
13. Tidak makan hasil kerja isteri.

Tips Cinta Untuk Isteri (wanita):-

1. Berterima kasih di atas pemberian suami walaupun kecil.
2. Segera memenuhi permintaan suami.
3. Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara.
4. Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri.
5. Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi.
6. Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir.
7. Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir.
8. Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya.
9. Membantu urusan perjuangannya.
10. Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami.
11. Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan.
12. Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata.
13. Menghormati keluarga suami.
14. Menjaga rahsia suami.
15. Tips cinta untuk kedua suami isteri.

P/s: Jangan lupa SHARE jika ianya bermanfaat buat anda dan sahabat!

Tuesday, October 25, 2011

I Follow.. I Follow.. I Follow.. (trademark dalam show Salih Yaacob)



Pagi yang begitu indah tapi dikejutkan dengan berita kesakitan.
maka itu,

Nak beritahu saya sedang sakit.
heh.
Bagitahu pon bukan ada orang nak bagi ubat.
haha.

Kehidupan sebagai manusia ini sangat rumit kan. Sulit untuk diperkatakan atau diperdebatkan.
Jadi andalah yang mampu ubah segala kesulitan itu. yeay! motivasi pagi.






(jadi setelah banyak aku berhujah di atas, maka nak bagi tahu semua tu bukanlah isi untuk tajuk post hari ini)
aku tak ada la iri hati bila tengok follower orang banyak macam ni. tapi kalau dapat follower banyak macam ni. sape tak nk kan? haishh! menipu! semua orang pasti bangga. kah3
Bbuat setakat ini, follower aku dah nak hampir ke angka ratus. alhamdulillah.
jadilah daripada tak de langsung kan? lagipun ini semua pasal aku jarang update blog.
bukan malas. tapi ada banyak komitment lain yang perlu diutamakan.
blog bersarang, sape nak follow kan? haha
ya.

T_______T memang sedih. tapi tak pe.. asalkan mereka bahagia bila skali aku menulis aku tak pernah hampakan dan sia-siakan mereka.

kebanyakkan fedback yang aku terima daripada network fb yang membaca. mereka kata.

1. wow, blog cantik.
2. penulisan bagus.
3. gud entry.
4. nice.
5. eh awak comel la. plus pandai mengarang.. (okey yang ini aku tipu.haha)

huh, tapi semua tu mereka tulis dalam chat je kat aku. kah3.
akibat mereka tak jadi follower aku.
ada setengah mereka tak tahu yang kalau kita tak de blog kita boleh jadi follower blog yang kita minat.
(hah ini aku lah time tak berkecimpung dalam dunia blog.)

ok, bagi kawan-kawan yang  tak tahu macam mana nak follow senang je.
klik je butang follower, lepas tu sign in account google.
hah. senang je buat akaun google tu. macam buat yahoo dengan gmail la. haha
eh sekarang dah ada rocketmail kan?. ceh! lame dah aku tahu. saje nak bgtahu korang. haha


hah. motif tak aku buat entry ni?
mesti korang ingat aku nak naikkan follower aku kan. (kalau naik pon ape salahnya)
haha.
tak lah, aku buat entry ni sebab aku nak bagitahu orang yang masih tak tahu.
walaupun ia nampak remeh, tapi bagi orang-orang yang tak tahu ia satu input baru tau.
(ni memang aku saje je bedal. sebab dulu aku pon macam tu, tak tahu. keh3)


So, bagi orang-orang kampung.
anda boleh menjadi follower mana-mana blog sahaja yang anda suka.
mudah sahaja, sign in je akaun google. sebelum tu jangan lupe klik butang follow/ikut.
dan.
ikut sahaja arahan mudah.


Nota berjalan: Aku buat sesuatu aku tak mengharapkan pulangan. tapi jika dapat pulangan itu maknanya rezeki oii.. :)









Monday, October 24, 2011

kalau akar bunga dah rosak, gunalah baja apa sekali pun ia tetap takkan berguna.






"bukan nak suruh korang belajar sains hari ini dan bukan juga belajar pertanian dan cara penyebaran. sila take a note.. hehe"



"insyaAllah, kalau baja salah. akar bunga masih ada bukan. jadi boleh pilih baja lain, tetapi kalau akar bunga dah rosak, macama mana pusing pon takkan boleh pilih baja lain. sebab bunga takkan segar sebab akar dah rosak. jadi pilih baja lain atau tidak tetap takkan bagi impak.♥"


ini adalah sesuatu yang aku luahkan secara sepontan saat ada sipolan yang menyatakan.. "pakai baja apa?..." kemudian aku jawab "baja GRED A" dan jawapan yang dia berikan pada aku.. "hehehehe..jangan salah baja pulak. merana bunga"...... maka itulah cetusan yang dikurniakan oleh otakku yang ligat pada masa itu...

kusut.
itu yang ada dalam kotak fikiranku.
frontal lobe aku macam digunakan secara laju..laju.!
kiri dan kanan! huh!

ini ulasan ku kepada hujah diatas.
knp?
1)bunga yang aku maksudkan adalah diri kita.
2)akar adalah kohormatan kita sebag
ai wanita.
3)baja adalah cinta *pasangan kita*


jika kita mempunyai kehormatan, maka insyaAllah jika kita salah memilih pasangan, kita masih boleh memilih pasangan lain yang lebih baik boleh dijadikan peneman kita menuju kejalanNya. tetapi jika kita tidak mempunyai kehormatan diri, kita takkan boleh merubah kehormatan yang sudah terjual itu kepada kehormatan yang masih ada dalam diri kita.

nasihatku wahai adik2, kakak2 wanita2 yang berada diluar sana. jagalah akar anda dengan baik.. baja yang baik tidak akan merosakkan akan dan memakan akar. itu baja GRED A. maka jika bunga merana masih ada baja yang boleh menggantikannya. untuk menghidupkan bunga. jika baja salah, maka itulah yang terjadi bunga takkan berbunga lagi dan akar ditelan dek tanah akibat kerosakan.

p/s: "biarkan bunga hari ini merana (bersedih), tetapi jangan biarkan akar yang rosak di makan dek baja yang tidak baik.." renung2kan dan selamat beramal. ♥
ini untuk mereka yang masih belum berkahwin, jaga2lah dirimu..

ada seorang lelaki pernah mnyanyikan sebuah lagu untuk ku. judul "baik2 syg".. lagu ini dan dia telah menekankan tentang liriknya yang berbunyi "kerna bagiku, kau kehormatanku, dgrkan dengarkan aku..".. itu lah lelaki jika dia seorang baja yang baik walaupun mungkin bukan yang terbaik.. ♥


Sunday, October 23, 2011

Dalam pemikiran :: Pembinaan hati baru

benda rumit dan tak nampak bayang penyelesaian.

"sebagai manusia kita selalu kena ingat, ada hati yang harus dijaga. keegoan dan keterlampau bijaksanaan akan membuatkan kita menderita kesakitan, tidak rasa sekarang bukan. tapi suatu hari nanti itu pasti. jangan melukai mereka yang tidak bersalah... jangan nangis.."


itu je yang aku boleh gambarkan buat setakat ini.

maaf sebab membiarkan blog ini yang sudah usang lagi bertambah sarang..
ada niat nak update blog, sebab ada banyak benda yang aku nak catatkan ulasan di sini..
tapi banyak benda juga setiap kali aku tulis, setiap kali itu aku memadamkannya..
tulisan ada sesuatu yang lebih mudah dibaca daripada membaca apa yang ada di dalam hati.. bukan?

terlampau banyak yang berlaku dalam kehidupan aku sewaktu aku tidak mengendalikan blog ini.

ya!

banyak sangat!

kadang kala bila kenang semua benda yang jadi..
ada tiga perasaan yang kita akan rasa.

1) bersyukur
2) pedih
3) matang

tidak?
okey! sakit itu yang lebih bukan.
itu biasa bila terlalu lama dipendam, nanahan hati itu makin menjadi-jadi.
wow! seriusly sakit macam nak tukar je hati baru..
jadi untuk mengubati nanahan itu kena ambil masa yang lama..
ya..lama..

kadang-kadang kita selalu ditomah dengan hinaan yang menggunung.
tidak!
bukan kadang-kadang tapi selalunya..
manusia selalu meleparkan fitnah tanpa menjaga hati kita.
ya. itu manusia yang tidak punya hati..
dan aku selalu akan menjadi pemerhati.

kini.
aku ingin bebas dari hujah-hujah kosong yang dirasakan berisi.
aku nak jauh pergi dari perlihatan kurang bijak yang dikendalikan oleh manusia.
cuba untuk memaafkan.
tapi masih tidak dapat menyempurnakan kemaafan itu.
maka kini aku berdiri..
mutiara jernih pada kelopak dah lama aku cuba hapuskan.
dan ia semakin surut.

tapi Allah selalu memberikan aku satu hati yang dalam kesedihan dan kemurungan untuk aku ajak dia bersama-sama menjadi kuat. yeah! kuat!! kadang kala kita tidak dapat memahami akan diri kita sendiri walhal kita sebenarnya sudah cukup faham dengan kemampuan diri kita. maka kini, aku dan sebilangan rakan sedang mengalami pembinaan hati yang baru.. insyaAllah moga dipermudahkan segala urusanya..


nota: Aku ingin melangkah penuh gagah dan meninggalkan sesuatu itu jauh dalam pelosok dan biarkan ia hilang dalam penglihatanku dengan penjejakan yang dilangkahi hari demi hari.. moga-moga.!

Sunday, July 31, 2011

PERSEPSI MATA HATI :: DRIVER bernama BAHASA

Assalammualaikum dan selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi yang beragama islam.


hurm, wish dah..bagi salam pun sudah sekarang is story telling.. yeay! haha..
ok, semalam aku telah pun pulang ke kampung. nak berpuasa dengan mak ayah dan alhamdulillah aku telah pun selamat tiba ke destinasi. tapi semalam ada satu cerita yang aku nak kongsikan bersama.

ceritanya begini>>

Aku telah selamat tiba di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang pada aku sanggat gah namanya di mata penduduk Malaysia dan dunia. Pelancong dari negara asing juga akan menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi yang wajib dilawati. Hidup di Bandar ini bukan mudah untuk golongan orang yang sederhana seperti aku. hanya manusia yang cekal dan berkedudukan tinggi sahaja yang mampu hidup di sana. Buruh asing juga ramai dikawasan ini. Kuala Lumpur adalah bandar yang sangat sibuk. Di sana bukanlah suatu tempat kedaiman kerana orangnya juga bukanlah seorang yang boleh bersabar dalam segala hal.

Aku macam biasa akan turun di Pasar Seni dan berjalan kaki ke Stasen Bus Klang lama.  Aku memang akan terus naik bas dan pulang ke rumah, aku bukan seorang yang suka berjalan-jalan di Kuala Lumpur. sewaktu di dalam bus, aku lihat macam-macam ragam manusia. ada yang suka merokok, buat bising, mengorat, bergayut, melihat macam nak makan tak kurang juga manusia yang kurang adabnya. tapi satu benda yang bila sahaja aku naik bas aku akan selalu memerhatikan ialah pemandu bas tersebut.cara dia layan dan sebagainya. kali ini, biar aku ceritakan semuanya sebagai pedoman dan panduan.

semalam aku lihat seorang pemandu yang elok rupanya tapi bukan sifatnya. mungkin nasib aku sebab dia tak menunjukkan sikapnya sewaktu aku naik. tapi kasihan melihat dua orang warga asing, mungkin buruh di situ. sudah tua dan aku kira dia beragama islam kerana dia memakai kopiah. dari pengetahuan aku dia mungkin dari bangladesh.

dua orang warga asing tadi naik dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang aku kira usianya baru sahaja mencapai 16 tahun, yang duduk di sebelah pemandu. lagak budak itu seperti pembantu pemandu. aku lihat budak itu duduk dan menggoyangkan kaki, memakai rayban yang tak ori, seluar jeans lusuh, baju ketat dan lambang tah pape. budak itu dengan sombongnya tersenyum sinis dan buat muka macam budak hensem padahal dia gemok dan tak hensem.. MassyaAllah.. tapi itu kebenarannya. budak itu memang mungkin tak sekolah dan tak belajar adab. kasihan bukan. pertanyaan warga asing itu senang sahaja. "halo encek ini ka bus number 16 belas encek?" budak itu jawab, "eh, kau ni tak payah naik bas ni la kalau tak tahu ni bas nombor berapa." kemudian dia ketawa.

warga asing itu tunduk malu dan sekali lagi cuba bertanya kepada pemandunya pula. "encek, ini bus number apa encek? number 16 ka encek?" pemandu tadi menjawab, "hah, ya la.ini nombor 16. kenapa u orang asik tanya saja? mau naik ke tak mau?" lalu warga asing tadi bertanya lagi "encek ini betul la number 16 ya encek?" pemandu bas itu naik berang, kini dia bukan sahaja meninggi suaranya seperti yang tadi. dia siap bangun dan menengking. "ya la! u mau naik ke tak mau? kalau tak mau u keluar sekarang dan u jangan naik lagi. i tak nk u naik lagi. faham!!" kemudian warga asing tadi di tolak keluar.

orang ramai kemudiannya naik, naik, dan naik bas ini sehinggakan hampir penuh ruang yang ada. tiba masa bas ingin berjalan. aku lihat dua warga asing yang sudah tua tadi masih berada di sisi bas. kemudian cuba mendapatkan bas, tetapi apa yang berlaku. pemandu bas itu menutup pintu bas dan terus berlalu. yang paling menyentuh hati, warga asing tu berlari di sisi bas, tetapi pemandu itu terus laju dan sikit pun tak berhenti. lama kemudian aku lihat ada pengawal memarahi warga asing itu. mungkin kerana membahayakan dirinya. kasihan sangat sehinggakan aku mengucap melihat perangai buruk pemandu. hilang terus warga asing dari pandanganku, tiba-tiba pemandu dan budak tadi ketawa berdekah-dekah. sekali lagi aku rasa sangat sedih. insan seperti inilah yang menjatuhkan persepsi orang luar kepada negara kita. insan seperti ini jugalah yang merosakkan anak bangsa. tidak tahu langsung adab berbudi.

aku kemudian terlelap dan aku lihat sekitarku seperti aku sudah sampai di Klang. Sebelum aku turun tergerak aku untuk pergi kebahagian tempat pemandu dan dengan keberanian yang Allah berikan kepada aku, terkeluar daripada mulut aku sesuatu "dik, adik rasa adik hensem tak? kalau rasa adik hensem sila hensemkan juga perangai tu.. pak cik, rasa tak dah tua pakcik sekarang ni? kalau pak cik tak rasa..cuba tengok cermin dan selak satu persatu rambut pakcik ada tak uban.kalau ada bersiap sedialah dengan amalan.takut nanti kat kubur kena tanya. maafkan saya. salam".. aku terus berlalu, aku dapat tengok budak dan pak cik tadi mengomel dan pandangannya memang seakan tidak puas hati. dalam hati aku cuma mampu berdoa semoga mereka diberikan taufik dan hidayah. amin..


p/s: budi bahasa budaya kita. tak rugi kita berbudi dan tak rugi juga kalau kita berbahasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...