![]() | |
| ok, pinjam kejap gambar yang abg aku baru je edit. ni gambar SAIFFUL DAN SAFIAH. moga dorang hepy dan berjodoh hingga ke akhir hayat. amin |
Thursday, October 27, 2011
pakar cinta - tips kebahagiaan
Tuesday, October 25, 2011
I Follow.. I Follow.. I Follow.. (trademark dalam show Salih Yaacob)
Pagi yang begitu indah tapi dikejutkan dengan berita kesakitan.
maka itu,
Nak beritahu saya sedang sakit.
heh.
Bagitahu pon bukan ada orang nak bagi ubat.
haha.
Kehidupan sebagai manusia ini sangat rumit kan. Sulit untuk diperkatakan atau diperdebatkan.
Jadi andalah yang mampu ubah segala kesulitan itu. yeay! motivasi pagi.
(jadi setelah banyak aku berhujah di atas, maka nak bagi tahu semua tu bukanlah isi untuk tajuk post hari ini)
![]() | |
| aku tak ada la iri hati bila tengok follower orang banyak macam ni. tapi kalau dapat follower banyak macam ni. sape tak nk kan? haishh! menipu! semua orang pasti bangga. kah3 |
jadilah daripada tak de langsung kan? lagipun ini semua pasal aku jarang update blog.
bukan malas. tapi ada banyak komitment lain yang perlu diutamakan.
blog bersarang, sape nak follow kan? haha
ya.
T_______T memang sedih. tapi tak pe.. asalkan mereka bahagia bila skali aku menulis aku tak pernah hampakan dan sia-siakan mereka.
kebanyakkan fedback yang aku terima daripada network fb yang membaca. mereka kata.
1. wow, blog cantik.
2. penulisan bagus.
3. gud entry.
4. nice.
5. eh awak comel la. plus pandai mengarang.. (okey yang ini aku tipu.haha)
huh, tapi semua tu mereka tulis dalam chat je kat aku. kah3.
akibat mereka tak jadi follower aku.
ada setengah mereka tak tahu yang kalau kita tak de blog kita boleh jadi follower blog yang kita minat.
(hah ini aku lah time tak berkecimpung dalam dunia blog.)
ok, bagi kawan-kawan yang tak tahu macam mana nak follow senang je.
klik je butang follower, lepas tu sign in account google.
hah. senang je buat akaun google tu. macam buat yahoo dengan gmail la. haha
eh sekarang dah ada rocketmail kan?. ceh! lame dah aku tahu. saje nak bgtahu korang. haha
hah. motif tak aku buat entry ni?
mesti korang ingat aku nak naikkan follower aku kan. (kalau naik pon ape salahnya)
haha.
tak lah, aku buat entry ni sebab aku nak bagitahu orang yang masih tak tahu.
walaupun ia nampak remeh, tapi bagi orang-orang yang tak tahu ia satu input baru tau.
(ni memang aku saje je bedal. sebab dulu aku pon macam tu, tak tahu. keh3)
So, bagi orang-orang kampung.
anda boleh menjadi follower mana-mana blog sahaja yang anda suka.
mudah sahaja, sign in je akaun google. sebelum tu jangan lupe klik butang follow/ikut.
dan.
ikut sahaja arahan mudah.
Nota berjalan: Aku buat sesuatu aku tak mengharapkan pulangan. tapi jika dapat pulangan itu maknanya rezeki oii.. :)
Monday, October 24, 2011
kalau akar bunga dah rosak, gunalah baja apa sekali pun ia tetap takkan berguna.
![]() |
| "bukan nak suruh korang belajar sains hari ini dan bukan juga belajar pertanian dan cara penyebaran. sila take a note.. hehe" |
"insyaAllah, kalau baja salah. akar bunga masih ada bukan. jadi boleh pilih baja lain, tetapi kalau akar bunga dah rosak, macama mana pusing pon takkan boleh pilih baja lain. sebab bunga takkan segar sebab akar dah rosak. jadi pilih baja lain atau tidak tetap takkan bagi impak.♥"
ini adalah sesuatu yang aku luahkan secara sepontan saat ada sipolan yang menyatakan.. "pakai baja apa?..." kemudian aku jawab "baja GRED A" dan jawapan yang dia berikan pada aku.. "hehehehe..jangan salah baja pulak. merana bunga"...... maka itulah cetusan yang dikurniakan oleh otakku yang ligat pada masa itu...kusut.
itu yang ada dalam kotak fikiranku.
frontal lobe aku macam digunakan secara laju..laju.!
kiri dan kanan! huh!
ini ulasan ku kepada hujah diatas.
knp?
1)bunga yang aku maksudkan adalah diri kita.
2)akar adalah kohormatan kita sebagai wanita.
3)baja adalah cinta *pasangan kita*
jika kita mempunyai kehormatan, maka insyaAllah jika kita salah memilih pasangan, kita masih boleh memilih pasangan lain yang lebih baik boleh dijadikan peneman kita menuju kejalanNya. tetapi jika kita tidak mempunyai kehormatan diri, kita takkan boleh merubah kehormatan yang sudah terjual itu kepada kehormatan yang masih ada dalam diri kita.
nasihatku wahai adik2, kakak2 wanita2 yang berada diluar sana. jagalah akar anda dengan baik.. baja yang baik tidak akan merosakkan akan dan memakan akar. itu baja GRED A. maka jika bunga merana masih ada baja yang boleh menggantikannya. untuk menghidupkan bunga. jika baja salah, maka itulah yang terjadi bunga takkan berbunga lagi dan akar ditelan dek tanah akibat kerosakan.
p/s: "biarkan bunga hari ini merana (bersedih), tetapi jangan biarkan akar yang rosak di makan dek baja yang tidak baik.." renung2kan dan selamat beramal. ♥
ini untuk mereka yang masih belum berkahwin, jaga2lah dirimu..
ada seorang lelaki pernah mnyanyikan sebuah lagu untuk ku. judul "baik2 syg".. lagu ini dan dia telah menekankan tentang liriknya yang berbunyi "kerna bagiku, kau kehormatanku, dgrkan dengarkan aku..".. itu lah lelaki jika dia seorang baja yang baik walaupun mungkin bukan yang terbaik.. ♥
Sunday, October 23, 2011
Dalam pemikiran :: Pembinaan hati baru
benda rumit dan tak nampak bayang penyelesaian.
itu je yang aku boleh gambarkan buat setakat ini.
maaf sebab membiarkan blog ini yang sudah usang lagi bertambah sarang..
ada niat nak update blog, sebab ada banyak benda yang aku nak catatkan ulasan di sini..
tapi banyak benda juga setiap kali aku tulis, setiap kali itu aku memadamkannya..
tulisan ada sesuatu yang lebih mudah dibaca daripada membaca apa yang ada di dalam hati.. bukan?
terlampau banyak yang berlaku dalam kehidupan aku sewaktu aku tidak mengendalikan blog ini.
ya!
banyak sangat!
kadang kala bila kenang semua benda yang jadi..
ada tiga perasaan yang kita akan rasa.
1) bersyukur
2) pedih
3) matang
tidak?
okey! sakit itu yang lebih bukan.
itu biasa bila terlalu lama dipendam, nanahan hati itu makin menjadi-jadi.
wow! seriusly sakit macam nak tukar je hati baru..
jadi untuk mengubati nanahan itu kena ambil masa yang lama..
ya..lama..
kadang-kadang kita selalu ditomah dengan hinaan yang menggunung.
tidak!
bukan kadang-kadang tapi selalunya..
manusia selalu meleparkan fitnah tanpa menjaga hati kita.
ya. itu manusia yang tidak punya hati..
dan aku selalu akan menjadi pemerhati.
kini.
aku ingin bebas dari hujah-hujah kosong yang dirasakan berisi.
aku nak jauh pergi dari perlihatan kurang bijak yang dikendalikan oleh manusia.
cuba untuk memaafkan.
tapi masih tidak dapat menyempurnakan kemaafan itu.
maka kini aku berdiri..
mutiara jernih pada kelopak dah lama aku cuba hapuskan.
dan ia semakin surut.
tapi Allah selalu memberikan aku satu hati yang dalam kesedihan dan kemurungan untuk aku ajak dia bersama-sama menjadi kuat. yeah! kuat!! kadang kala kita tidak dapat memahami akan diri kita sendiri walhal kita sebenarnya sudah cukup faham dengan kemampuan diri kita. maka kini, aku dan sebilangan rakan sedang mengalami pembinaan hati yang baru.. insyaAllah moga dipermudahkan segala urusanya..
nota: Aku ingin melangkah penuh gagah dan meninggalkan sesuatu itu jauh dalam pelosok dan biarkan ia hilang dalam penglihatanku dengan penjejakan yang dilangkahi hari demi hari.. moga-moga.!

Sunday, July 31, 2011
PERSEPSI MATA HATI :: DRIVER bernama BAHASA
Assalammualaikum dan selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi yang beragama islam.
hurm, wish dah..bagi salam pun sudah sekarang is story telling.. yeay! haha..
ok, semalam aku telah pun pulang ke kampung. nak berpuasa dengan mak ayah dan alhamdulillah aku telah pun selamat tiba ke destinasi. tapi semalam ada satu cerita yang aku nak kongsikan bersama.
ceritanya begini>>
Aku telah selamat tiba di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang pada aku sanggat gah namanya di mata penduduk Malaysia dan dunia. Pelancong dari negara asing juga akan menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi yang wajib dilawati. Hidup di Bandar ini bukan mudah untuk golongan orang yang sederhana seperti aku. hanya manusia yang cekal dan berkedudukan tinggi sahaja yang mampu hidup di sana. Buruh asing juga ramai dikawasan ini. Kuala Lumpur adalah bandar yang sangat sibuk. Di sana bukanlah suatu tempat kedaiman kerana orangnya juga bukanlah seorang yang boleh bersabar dalam segala hal.
Aku macam biasa akan turun di Pasar Seni dan berjalan kaki ke Stasen Bus Klang lama. Aku memang akan terus naik bas dan pulang ke rumah, aku bukan seorang yang suka berjalan-jalan di Kuala Lumpur. sewaktu di dalam bus, aku lihat macam-macam ragam manusia. ada yang suka merokok, buat bising, mengorat, bergayut, melihat macam nak makan tak kurang juga manusia yang kurang adabnya. tapi satu benda yang bila sahaja aku naik bas aku akan selalu memerhatikan ialah pemandu bas tersebut.cara dia layan dan sebagainya. kali ini, biar aku ceritakan semuanya sebagai pedoman dan panduan.
semalam aku lihat seorang pemandu yang elok rupanya tapi bukan sifatnya. mungkin nasib aku sebab dia tak menunjukkan sikapnya sewaktu aku naik. tapi kasihan melihat dua orang warga asing, mungkin buruh di situ. sudah tua dan aku kira dia beragama islam kerana dia memakai kopiah. dari pengetahuan aku dia mungkin dari bangladesh.
dua orang warga asing tadi naik dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang aku kira usianya baru sahaja mencapai 16 tahun, yang duduk di sebelah pemandu. lagak budak itu seperti pembantu pemandu. aku lihat budak itu duduk dan menggoyangkan kaki, memakai rayban yang tak ori, seluar jeans lusuh, baju ketat dan lambang tah pape. budak itu dengan sombongnya tersenyum sinis dan buat muka macam budak hensem padahal dia gemok dan tak hensem.. MassyaAllah.. tapi itu kebenarannya. budak itu memang mungkin tak sekolah dan tak belajar adab. kasihan bukan. pertanyaan warga asing itu senang sahaja. "halo encek ini ka bus number 16 belas encek?" budak itu jawab, "eh, kau ni tak payah naik bas ni la kalau tak tahu ni bas nombor berapa." kemudian dia ketawa.
warga asing itu tunduk malu dan sekali lagi cuba bertanya kepada pemandunya pula. "encek, ini bus number apa encek? number 16 ka encek?" pemandu tadi menjawab, "hah, ya la.ini nombor 16. kenapa u orang asik tanya saja? mau naik ke tak mau?" lalu warga asing tadi bertanya lagi "encek ini betul la number 16 ya encek?" pemandu bas itu naik berang, kini dia bukan sahaja meninggi suaranya seperti yang tadi. dia siap bangun dan menengking. "ya la! u mau naik ke tak mau? kalau tak mau u keluar sekarang dan u jangan naik lagi. i tak nk u naik lagi. faham!!" kemudian warga asing tadi di tolak keluar.
orang ramai kemudiannya naik, naik, dan naik bas ini sehinggakan hampir penuh ruang yang ada. tiba masa bas ingin berjalan. aku lihat dua warga asing yang sudah tua tadi masih berada di sisi bas. kemudian cuba mendapatkan bas, tetapi apa yang berlaku. pemandu bas itu menutup pintu bas dan terus berlalu. yang paling menyentuh hati, warga asing tu berlari di sisi bas, tetapi pemandu itu terus laju dan sikit pun tak berhenti. lama kemudian aku lihat ada pengawal memarahi warga asing itu. mungkin kerana membahayakan dirinya. kasihan sangat sehinggakan aku mengucap melihat perangai buruk pemandu. hilang terus warga asing dari pandanganku, tiba-tiba pemandu dan budak tadi ketawa berdekah-dekah. sekali lagi aku rasa sangat sedih. insan seperti inilah yang menjatuhkan persepsi orang luar kepada negara kita. insan seperti ini jugalah yang merosakkan anak bangsa. tidak tahu langsung adab berbudi.
aku kemudian terlelap dan aku lihat sekitarku seperti aku sudah sampai di Klang. Sebelum aku turun tergerak aku untuk pergi kebahagian tempat pemandu dan dengan keberanian yang Allah berikan kepada aku, terkeluar daripada mulut aku sesuatu "dik, adik rasa adik hensem tak? kalau rasa adik hensem sila hensemkan juga perangai tu.. pak cik, rasa tak dah tua pakcik sekarang ni? kalau pak cik tak rasa..cuba tengok cermin dan selak satu persatu rambut pakcik ada tak uban.kalau ada bersiap sedialah dengan amalan.takut nanti kat kubur kena tanya. maafkan saya. salam".. aku terus berlalu, aku dapat tengok budak dan pak cik tadi mengomel dan pandangannya memang seakan tidak puas hati. dalam hati aku cuma mampu berdoa semoga mereka diberikan taufik dan hidayah. amin..
p/s: budi bahasa budaya kita. tak rugi kita berbudi dan tak rugi juga kalau kita berbahasa.

Thursday, June 16, 2011
pandangan :: mahalnya cinta
assalammualaikum..
dan salam sejahtera...
ada apa dengan CINTA ??
Sebenarnya entry ini aku sengaja buat khas untuk bagi pendapat aku pada seorang sahabat aku merangkap kawan lama time sekolah rendah.. Actually, we are not best frend and not knowing each other.. tapi aku tahu dia dulu budak baru yang masuk sekolah tu darjah 5. hahahahaha... tapi itu dulu.. now we are frend, sebab dia suka menyemakkan wall aku di facebook..huh!
Guys out there yang budget tahu pasal L.O.V.E, stop dreaming by using ur money to get woman heart. bukan semua benda kau boleh beli dengan wang ringgit... What The Nugget with people those who were thinking like you! you! and you!!.. stop dreaming la... now, woman can succed without man... money can't buy everything.
aku salut dengan kawan aku Si Batman ni.. kisah sebenarnya dia pergi dengan gadis idaman dia yang merangkap kawan dia ke satu tempat untuk orang yang nak buat, atau buat pasaran MLM ni..dia kata dia sangat teruja dengan si speaker tu, tapi ada satu ayat yang dia tak setuju.. got it!! bagus kalau kau tak setuju.. sebab aku pun tak setuju.. speaker tu cakap,"sekarang cinta semua boleh di beli. Tiada duit tiada la kasih sayang".. duh!!
memang benar cinta itu sangat mahal.. orang yang berilmu tapi tidak memiliki akal sahaja yang boleh bercakap macam tu.. aku tak berapa nak setuju sebab...
mungkin dia tak tahu yang cinta itu sangat mahal. atau mungkin dia tak pernah dapat cinta dan selalu kecundang dalam cinta. atau... dia tak tahu apa itu cinta...tahukah dia cinta itu sangat mahal..??
Reason aku:
1) Adakah cinta kita kepada anak dengan memberikan dia wang sahaja tanpa kasih dan sayang? dan sekiranya anak kita terlibat dalam kemalangan.. adakah nyawa anak yang kita cinta tadi boleh ditukar ganti dengan hanya berikan pada doktor itu wang?? jwapannya: wang bukan jaminan..
2) Maruah...cinta kita kepada maruah kita.. adakah dara perempuan dan juga teruna lelaki boleh juga dimiliki kembali melalui wang? jawapannya masih sama iaitu wang bukan jaminan..
3) cinta akan ibu bapa, adakah ibu bapa juga boleh dibeli dengan wang ringgit?? ringgit malaysia?? ataupun RM? hahaha.. sama je la semua tu kan.... jawapannya: wang bukan jaminan..
4) terakhir, cinta kepada ILLAHI.. adakah ianya juga boleh dihadapkan dengan wang ringgit?? jawapannya: wang bukan jaminan..
yea.. wang bukan jaminan, bukan jaminan untuk mengikat jamin nyawa yang dah hilang atau akan hilang.. bukan juga untuk mengikat jamin dan mendapatkan kembali maruah yang telah hilang... bukan juga jaminan untuk mendapatkan hati seseorang.. bukan juga jaminan untuk mendapatkan seseorang. meskipun kita boleh mendapatkannya dengan senang atau membeli isteri.. ya! membeli isteri.. zaman sekarang isteri boleh dibeli beb.. sama ada untuk isteri yang haram.. main pakai buang atau pun hadapkan duit pada mak ayah yang mata duitan untuk mendapatkan gadis sunti.. padahal gadis itu tidak cintakan dia... tapi dipaksa.... bukan jaminan.. meskipun seorang pelacur dibayar harga wang untuk dipakai selama semalam.. atau mungkin setahun.. belum tentu hatinya milik awk.. kenapa? sebab dia bukan digunakan oleh awak sahaja.. tapi ramai orang.. bukan juga jaminan untuk memiliki hati gadis yang terpaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan atas kehendaknya. ya mungkin kau menang dengan memiliki tubuhnya atau zahirnya.. tapi bukan batin iaitu dalamannya.. hati bukan boleh untuk dilonggokan dengan wang ringgit. percayalah.. terakhir, ia juga bukan jaminan untuk mendapatkan keredhaan Ya Illahi...
semua yang kita lakukan di dunia. rujuklah kembali dan cuba berpaksikan padaNya.. dengan lafaz niat..
"Lillahi taala : sesungguhnya hanya kerana Allah SWT".
p/s: sekadar bingkisan dari hati. kau rasa aku betul.. sila senyum.. ^____^

Wednesday, June 15, 2011
:: cinta si pemungut tin ::
assalammualaikum.. dan selamat pagi..
hai smua... *sambil tarik nafas dalam-dalam*
lama dah tak menaip untuk menyatakan sesuatu..
notebook pun seakan berhabuk je..
**maaf la.. aku sangat sibuk.. tapi dalam kesibukkan aku mengakui kadang fikiran aku tak berhenti mengingati blog aku yang usang dan yang tidak berpenghuni, tak seperti blog Cik Apple atau Abg Ben.. hahahah...
ye.. aku akui, dalam sendirian aku sempat terfikir akan sesuatu, dan sering kali itu aku disua dengan pelbagai rintangan tapi tak mengapa sebab aku berblog bukan untuk mengaut keuntungan daripada nuffnang ataupun yang sewaktu denganya. chill..*hembus nafas*
.... baiklah.. aku nak berbincang mengenai tajuk entry kali ni iaitu Cinta Si Pemungut Tin..*duh! bunyi dah macam good-good je entry ni... lets find the answer.. good atau put ur mother print down.. ceh.. skiping omputeh aku tau! <<<<
ceritanya bermula pada pagi isnin yang lalu.
waktu tu aku duduk di tempat biasa yang hmm.. macam biasa aku datang bagi salam pada pakcik kaunter tu, then cakap.. pakcik tiket Tanjung Malim paling awal pukul berapa ya??? pakcik tu jawab," pukul 2 petang dik.." aku tengok pada jam ditangan yang dah masuk air dan batu berlian tiruan sudah jatuh 2 biji... ouchhh! baru pukul 12.20 minit...what the nuget rite!
aku pandang sekeliling lepas dapatkan tiket..after tu, aku duduk.. dan sekali lagi aku lihat sekeliling.. tempat ni tak ubah.. bersawang.. kotor.. hurmmm...... sejak pudu tutup untuk diubah suai dulu, aku lagsung dah tak pergi sana... beli tiket kat situ je...
selepas 5 minit aku duduk.. tiba-tiba ada orang datang dekat depan aku.. beb! dup dap.. dup dap..! aku dongak.. bulat mata aku tengok...............dia pakai baju compang camping...rambut tak bersikat.. memang tak terurus.. GOD! aku memang rasa nak suh dia pergi mandi je kat tandas awam tu... aku nak je bagi rm20 sen kat dia suh g mandi... *kejam kan!*
............tapi jauh sangat dalam hati aku sedih melihat hamba Allah ni..dia datang dan senyum...masih senyum walaupun keadaannya seperti itu.. sikit pun tiada airmata yang dititiskan dihadapanku....dia capai tin kosong milik pemuda yang tiada sivik tinggalkan kat situ sambil pandang aku.. mungkin dia ingat itu kepunyaan aku.. tapi aku tahu jauh disudut hati dia, dia bersyukur.. sebab ada rezeki tin untuk dia hari itu... lantas dia kembali tersenyum dan berlalu...
aku masih memerhatikannya dalam sembunyi....aku lihat dia seperti memunggah sesuatu di sana... matanya redup meski rambutnya kusut masai seperti berus dawai.. dan anak mataku tak lepas mengekori tubuh susutnya.. dan arah mataku berfokus lama...dia datang pada seorang budak, budak itu peminta sedekah.. dia hulurkan wang seringgit pada budak itu dan masih menghadiahkan senyuman sepertimana senyuman yang terhulur buat ku. arghh! aku tergamam.. dia sudah tua..kedutnya berselerak...
** timbul persoalan, kenapa dia yang susah masih mampu menderma kepada orang yang susah? kenapa kita yang senang tidak mampu menghulurkan sesuatu untuk dikongsikan bersama? bahkan untuk sedekahkan satu senyuman juga sangat berat untuk dilakukan oleh pemuda/i sekarang... aku terkesima..
perlahan aku dekati budak si peminta.. dan ku hulurkan sebungkus makanan.. kerna hanya itu yang masih bersisa buatku.. dia menerima dengan rasa selesa... dan aku kembali ke tempat dudukku.. seorang pakcik menegurku dan berkata," kenapa suka pandang orang macam tu? " dan aku senyum hambar.. pakcik tadi bersuara garau.. "dik tahu, zaman sekarang ni manusia sanggup buat apa sahaja untuk puaskan keinginan hati. terlebih lagi remaja-remaja. kadang kita ada ilmu.. tinggi!! lebih tinggi dari gunung, mungkin..tapi ilmu tu belum cukup mampu untuk pastikan sahsiah kita ini seperti seorang yang sangat berilmu.. sebab ilmu matematik tidak digunakan untuk membina sahsiah... ilmu sains juga begitu.... dan ilmu agama juga sekarang bukan jaminan untuk membentuk sahsiah.. kenapa? sebab budak sekarang belajar agama walau dipaksa macam mana sekalipun dihantar oleh ibu dan ayah ke sekolah waimah sekolah itu sekolah agama sekalipun, agamanya belum cukup mantap untuk tertusuk ke dalam hati. sebab mereka hanya belajar untuk duduk dalam peperiksaan dan lulus cemerlang. tetapi tidak dipahatkan di dalam hati.. sebab itulah ada seorang bapa yang sudah penat lelah.. bersengkang mata.. membesarkan anak-anak menjadi seorang yang berguna...akhirnya menjadi seorang pemungut tin...semata akibat mengisi masa lapang yang ada dari di tempatkan di rumah orang-orang tua.. mungkin ada dua jalan dalam hidup kita. satu ia sakit.. teramat sakit... tapi senang duduknya.... satu sulit, perit, hiba.. sukar duduknya.. tapi kebebasan dapatnya....dan pakcik pemungut tin tadi memilih jalan yang kedua. anak-anak sukar untuk memahami keinginan dan jiwa ibu bapa.. kerana ibu bapa terlebih dahulu meningkat usianya dari anak-anak.. dan anak-anak belum sampai masa lagi untuk capai tahap umur ibu bapanya... dah berjaya jadi guru nanti jangan lupa jasa orang tua.. seperti mana anak-anak pakcik pemungut tin itu.. mereka lupa akan cinta pakcik pemungut tin tadi." dia berlalu.. dan aku senyum..
*** aku sedih melihat keadaan orang yang terbiar nasibnya.. mungkin rasa empati itu sangat kuat dalam diri aku... aku janji, ibu dan ayah aku takkan terima nasib yang sama.. dan aku juga yakin dan pasti yang mana, atas cinta si pemungut tin itu tadi.. dia juga sanggup mengorbankan wang sakunya.. menahan lapar untuk anak kecil yang meminta-minta di jalanan... pada aku, dia bukan sahaja seorang bapa yang baik kerana tidak merungut sampai masuk dalam tv 3... tulis dan heboh pada media massa untuk memburukan reputasi anak-anaknya... tapi dia juga seorang masyarakat yang perihatin.. kerana dia seorang bapa... mungkin juga seorang datuk.. aku tahu dia tidak mahu anak kecil itu kelaparan..........
..SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAHANDA TERCINTA MOHD SAIMI BIN JAINI..
p/s: nilailah sesuatu dari cerita ini.. aku menulis bukan minta untuk dipuji.. tapi untuk dibaca dan secebis rasa itu buat tersemat dihati.. chill!

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)